Islam Telah Sempurna, Tak Usah Buat Bid’ah
Abu Numair
www.ilmusunnah.com
1, Islam telah sempurna.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al-Maidah, 5: 3)
Di antara faedah yang dapat diambil dari ayat ini:
Islam adalah agama yang sempurna, padanya tidak mengandungi kekurangan dari sisi mana pun, segala yang diperlukan makhluk untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat telah diajarkan dalam Islam, dan semua sisi kehidupan makhluk diatur dalam Islam, sehingga kita tidak memerlukan yang lain lagi.
Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menegaskan berkaitan ayat ini:
هذه أكبر نعم الله، عز وجل، على هذه الأمة حيث أكمل تعالى لهم دينهم ، فلا يحتاجون إلى دين غيره، ولا إلى نبي غير نبيهم، صلوات الله وسلامه عليه؛ ولهذا جعله الله خاتم الأنبياء، وبعثه إلى الإنس والجن، فلا حلال إلا ما أحله، ولا حرام إلا ما حرمه، ولا دين إلا ما شرعه، وكل شيء أخبر به فهو حق وصدق لا كذب فيه ولا خُلْف، كما قال تعالى: { وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلا } [ الأنعام : 115 ]
“Ini adalah nikmat Allah ‘Azza wa Jalla yang besar atas umat ini yang mana Dia telah menyempurnakan untuk mereka agama mereka sehingga mereka pun tidak memerlukan kepada agama selain dari Islam dan tidak perlu kepada seorang Nabi pun selain dari Nabi mereka (yakni Muhammad), semoga selawat dan salam Allah atasnya. Dan Allah menjadikannya penutup para Nabi, dan mengutusnya kepada seluruh manusia dan jin. Tiada yang halal melainkan apa yang dihalalkannya, dan tiadayang haram melainkan apa yang diharamkannya, dan tiada agama melainkan apa yang telah disyari’atkannya. Dan segala sesuatu yang dikhabarkan melaluinya adalah haq (kebenaran) dan kejujuran. Tiada pendustaan padanya dan tiada pengkhianatan dalam dirinya, sebagaimana firman-Nya:
“Telah Aku sempurnakan kalimat Rabb-mu (Al-Qur’an) sebagai kalimat yang benar dan adil.” (Surah Al-An’aam, 6: 115).”
قال علي بن أبي طلحة، عن ابن عباس قوله: { الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ } وهو الإسلام، أخبر الله نبيه صلى الله عليه وسلم والمؤمنين أنه أكمل لهم الإيمان، فلا يحتاجون إلى زيادة أبدا، وقد أتمه الله فلا ينقصه أبدا، وقد رضيه الله فلا يَسْخَطُه أبدا
“Berkata ‘Ali bin Abi Thalhah, daripada Ibn ‘Abbas, firman Allah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian…”, ia adalah Islam. Allah telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kaum mukminin bahawa Dia telah menyempurnakan bagi mereka Al-Iman (yakni Islam) yang dengannya mereka tidak memerlukan sebarang penambahan sama sekali selamanya. Dan Allah telah menyempurnakannya sehingga Allah tidak pernah menguranginya, dan sesungguhnya Allah telah meredhainya dan tidak pula akan memurkainya selamanya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/26)
Sahabat Nabi yang Mulia, Salmaan Al-Faarisi radhiyallahu’anhu ditanya:
قَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ -صلى الله عليه وسلم- كُلَّ شَىْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَةَ. قَالَ فَقَالَ أَجَلْ لَقَدْ نَهَانَا أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ لِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِىَ بِالْيَمِينِ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِىَ بِأَقَلَّ مِنْ ثَلاَثَةِ أَحْجَارٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِىَ بِرَجِيعٍ أَوْ بِعَظْمٍ
“Sungguh Nabi kalian Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajar kepada kalian segala sesuatu sampai cara buang hajat? Maka Salmaan pun berkata:
“Benar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang kami menghadap kiblat ketika buang air besar atau kecil, beliau juga melarang kami membersihkan kemaluan setelah buang hajat (istinja’) dengan tangan kanan, dengan kurang dari tiga biji batu, dengan kotoran haiwan atau tulang.” (Shahih Muslim, no. 262. Sunan At-Tirmidzi, no. 16)
2, Seluruh kebaikan mahupun keburukan telah dijelaskan oleh Islam.
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 19)
Iaitu agama Islam sebagaimana yang dibawa oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Allah Ta’ala berfirman:
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan Kami turunkan Al-Qur’an kepadamu agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” (Surah An-Nahl, 16: 44)
Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabb-mu. Dan jika engkau tidak melaksanakannya, bermakna engkau tidak menyampaikan amanat-Nya.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 67)
Sahabat Nabi, Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu berkata:
تَرَكْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَا طَائِرٌ يُقَلِّبُ جَنَاحَيْهِ فِي الْهَوَاءِ، إِلا وَهُوَ يُذَكِّرُنَا مِنْهُ عِلْمًا قَالَ: فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا بَقِيَ شَيْءٌ يُقَرِّبُ مِنَ الْجَنَّةِ، ويُبَاعِدُ مِنَ النَّارِ، إِلا وَقَدْ بُيِّنَ لَكُمْ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meninggalkan kami dalam keadaan tidaklah seekor burung kecil mengepakkan dua sayapnya di udara kecuali beliau telah menyebutkan kepada kami ilmu tentang perkara tersebut.” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Tidak tersisa sedikit pun yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah dijelaskan kepada kalian.” (Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 1647)
Orang yang berbuat bid’ah seakan-akan menuduh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak amanah, tidak menyampaikan seluruh agama, iaitu masih ada kebaikan yang belum beliau ajar dan sampaikan sehingga perlu ditambah-tambah, bahkan menuduh agama ini belum sempurna sehingga perlu kepada penambahan.
Al-Imam Malik rahimahullah (Wafat: 179H) berkata:
مَنِ ابْتَدَعَ فِي الْإِسْلَامِ بِدْعَةً يَرَاهَا حَسَنَةً، زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَانَ الرِّسَالَةَ، لِأَنَّ اللَّهَ يَقُولُ: {الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ} [المائدة: 3]، فَمَا لَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ دِينًا، فَلَا يَكُونُ الْيَوْمَ دِينًا.
“Siapa yang berbuat bid’ah dalam Islam yang dia anggap sebagai hasanah, maka dia telah menuduh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengkhianati tugas kerasulan, kerana Allah berfirman, “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian…”, sehingga apa yang pada hari itu bukan ajaran agama, maka pada hari ini juga bukan ajaran agama.” (Al-I’tisham li Asy-Syaathibi, m/s. 64-65)
3, Membuat tambahan dalam agama adalah bid’ah.
Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
“Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Al-Mahdiyyin Ar-Rasyidin setelah peninggalanku. Pegang dan gigitlah ia walau dengan geraham kalian dengan sekuat-kuatnya, dan jauhilah hal-hal (amalan-amalan agama) yang baru (yang diada-adakan), kerana setiap amalan baru yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.” (Sunan Abu Daud, no. 4607)
Dalam hadis yang lain, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menegaskan:
أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
“Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur’an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), dan seburuk-buruk perkara (dalam agama) adalah apa yang diada-adakan lalu disandarkan kepada agama (iaitu bid’ah), dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.” (Shahih Muslim, no. 867)
4, Para sahabat dimuliakan dengan Islam.
Sebagaimana kata ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu:
إِنَّا قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالإِسْلاَمِ، فَلَنْ نَبْتَغِيَ الْعِزَّةَ بِغَيْرِهِ
“Sesungguhnya kami adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam, maka tidaklah kami mencari kemuliaan dengan yang selainnya.” (Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 208)
Bahkan kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kerendahan dan kehinaan-lah bagi mereka yang berpaling dari Islam, iaitu bagi mereka yang berpaling dari petunjuk beliau sebagaimana dalam sabdanya:
وَجُعِلَ الذِّلَّةُ، وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي، وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Dijadikan KERENDAHAN dan KEHINAAN ke atas sesiapa yang menyelisihi perintahku. Dan sesiapa yang tasyabbuh iaitu menyerupai sesuatu kaum (dalam hal yang menjadi kekhususan kaum kafir – pent.) maka dia termasuk ke dalamnya (ke dalam kaum tersebut).” (Musnad Ahmad, no. 5114, 5115. Dinilai sahih oleh Ahmad Syakir)
Demikianlah, kemulian itu adalah dengan Islam, dan sesiapa yang mencari selainnya dengan meninggalkan Islam yang telah sempurna ini, maka akan dijadikan baginya kehinaan dan kerendahan, baik di dunia atau pun di akhirat. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah-Nya buat kita semua.
Makna bid’ah
Secara ringkas, penulis kemukakan perkataan dua orang ulama sebagaimana berikut,
Dari Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H), beliau berkata:
فالبدعة في عرف الشرع مذمومة بخلاف اللغة فان كل شيء أحدث على غير مثال يسمى بدعة سواء كان محمودا أو مذموما
“Bid’ah yang dikenal menurut definisi syari’at adalah tercela, ia berbeza dari sekadar penyebutan bahasa. Kerana semua perkara yang diada-adakan tanpa contoh sebelumnya (menurut bahasa) adalah bid’ah, sama ada terpuji mahupun tercela.” (Fathul Bari, 13/253)
Beliau juga berkata:
وأما البدع فهو جمع بدعة وهي كل شيء ليس له مثال تقدم فيشمل لغة ما يحمد ويذم ويختص في عرف أهل الشرع بما يذم وأن وردت في المحمود فعلى معناها اللغوي
“Bid’ah adalah segala sesuatu yang tidak ada contoh sebelumnya. Maka dari sudut bahasa, bid’ah boleh mencakup perkara yang terpuji mahupun tercela. Manakala menurut definisi syari’ah secara khusus, bid’ah adalah tercela. Jadi jika bid’ah diungkapkan dalam penyebutan terpuji, maka maksudnya adalah merujuk kepada pemahaman dari sudut bahasa.” (Fathul Bari, 13/278)
Al-Imam Asy-Syathibi rahimahullah mendefinisikannya:
الْبِدْعَةُ: طَرِيقَةٌ فِي الدِّينِ مُخْتَرَعَةٌ، تُضَاهِي الشَّرْعِيَّةَ، يُقْصَدُ بِالسُّلُوكِ عَلَيْهَا مَا يُقْصَدُ بِالطَّرِيقَةِ الشَّرْعِيَّةِ.
“Al-Bid’ah: Ia adalah suatu jalan (atau kaedah) dalam agama yang direka yang menyerupai jalan (atau cara peribadatan) yang syar’i dengan tujuan yang menyerupai tujuan yang syar’i (yakni tujuan ibadah; mendekatkan diri kepada Allah) apabila melakukannya (atau mengamalkannya).”(Al-I’tishaam, 1/51 – Tahqiq Salim Al-Hilali)
Secara umumnya, bid’ah adalah hasil ciptaan, rekaan atau pengubahsuaian yang belum ada sebelumnya. Dengan itu, jika bid’ah dimaksudkan dengan syara’ atau agama, maka ia adalah rekaan atau pengubahsuaian yang dilakukan terhadap agama atau syara’, yang tidak ada petunjuknya dari Nabi lalu ia dinamakan sebagai sebahagian dari agama.
Jadi, bid’ah boleh jadi dalam bentuk amalan, baik amalan hati (i’tiqad), anggota tubuh, mahupun lisan yang dianggap sebagai ibadah (atau agama), namun hakikatnya bukanlah ibadah (atau agama) secara hakikat (syara’). Boleh jadi juga dalam bentuk jalan, pemikiran, ideologi, atau kaedah beragama, namun menyimpang dari jalan atau kaedah yang benar, iaitu seperti bid’ahnya khawarij, muktazilah, kesufian, dan rafidhah.
Sebahagian dari keburukan dan bahaya bid’ah.
1, Amalan yang bid’ah akan sia-sia, tertolak dan tidak diterima.
Dari hadis ‘Aisyah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang membuat suatu perkara baru (yakni bid’ah) dalam urusan kami (yakni agama) yang bukan dari kami, maka ianya tertolak.” (Shahih Al-Bukhari, no. 20. Muslim, no. 1718)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأخْسَرِينَ أَعْمَالا.الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Adakah perlu kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi amalannya?” Iaitu orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi, 18: 103-104)
Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):
“Ayat ini bersifat umum mencakupi setiap orang yang beribadah kepada Allah tetapi tidak menggunakan cara yang diredhai-Nya. Mereka beranggapan apa yang dilakukannya telah benar dan amal perbuatannya akan diterima, tetapi rupanya sangkaan mereka meleset dan amalnya pun ditolak.
Firman Allah, “… orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia…” Maksudnya, mengerjakan amal yang bathil yang tidak bersesuaian dengan syari’at yang telah ditetapkan dan diredhai serta diterima.
Firman Allah, “… sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” Maksudnya, mereka menyangka bahawa mereka akan mendapat suatu manfaat dan mereka menyangka mereka adalah orang-orang yang diterima amalnya dan dicintai oleh Allah.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/202)
Kata Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:
وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ
“Berapa ramai orang yang inginkan kebaikan, tetapi tidak mendapatkannya.” Sunan Ad-Darimi, no. 210)
Baca kupasan berkaitan point ini pada artikel “Agar Amalan Tidak Sia-sia.”
2, Semua bid’ah dalam agama adalah sesat walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik), kerana agama telah pun sempurna tidak memerlukan tambahan.
Sahabat Nabi, Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةُ وَإِنْ رَآهَا النَّاس حَسَنَة
“Setiap bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik).” (Dzamm Al-Kalaam, no. 276. Syarh Ushul I’tiqad, no. 126)
3, As-Sunnah adalah cahaya, petunjuk, dan kebaikan, manakala bid’ah adalah kesesatan. Sunnah itu mencukupi, manakala bid’ah melelahkan.
Sahabat Nabi, ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:
اقْتِصَادٌ فِي سُنَّةٍ خَيْرٌ مِنَ اجْتِهَادٍ فِي بِدْعَةٍ، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ.
“Bersederhana (merasa cukup) dalam sunnah lebih baik dari bersungguh-sungguh (bersusah-payah) dalam suatu bid‘ah. Dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” (As-Sunnah lil Marwazi, no. 89)
Dalam riwayat yang lain:
اتَّبِعُوا وَلَا تبتدعوا فَقَدْ كُفِيتُمْ، وُكلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
“Ittiba’lah (ikutilah sunnah) dan jangan ibtida’ (berbuat bid’ah), kerana sunnah itu telah menckupi, dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” (Al-Bida’ oleh Ibn Wadhdhah, no. 13. As-Sunnah lil Marwazi, no. 78)
Hudzaifah bin Al-Yaman radhiyallahu ‘anhu berkata:
كُلُّ عِبَادَةٍ لَمْ يَتَعَبَّدْهَا أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَا تَعَبَّدُوهَا فَإِنَّ الْأَوَّلَ لَمْ يَدَعْ لِلْآخِرِ مَقَالًا، فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا مَعْشَرَ الْقُرَّاءِ، وَخُذُوا بِطَرِيقِ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ
“Setiap ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai ibadah, maka janganlah kamu lakukan, kerana sesungguhnya generasi awal tidak meninggalkan ruang untuk generasi kemudian, maka bertaqwalah kamu kepada Allah wahai al-qurraa’ (orang yang membaca Al-Qur’an), ambillah jalan orang-orang sebelum kamu.” (Al-I’tishaam oleh Asy-Syathibi, 2/630 – Tahqiq Salim Al-Hilali)
‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz rahimahullah berkata:
مَّا بَعْدُ، أُوصِيكَ بِتَقْوَى اللَّهِ، وَالِاقْتِصَادِ فِي أَمْرِهِ، وَاتِّبَاعِ سُنَّةِ نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَتَرْكِ مَا أَحْدَثَ الْمُحْدِثُونَ بَعْدَ مَا جَرَتْ بِهِ سُنَّتُهُ، وَكُفُوا مُؤْنَتَهُ، فَعَلَيْكَ بِلُزُومِ السُّنَّةِ فَإِنَّهَا لَكَ – بِإِذْنِ اللَّهِ – عِصْمَةٌ، ثُمَّ اعْلَمْ أَنَّهُ لَمْ يَبْتَدِعِ النَّاسُ بِدْعَةً إِلَّا قَدْ مَضَى قَبْلَهَا مَا هُوَ دَلِيلٌ عَلَيْهَا أَوْ عِبْرَةٌ فِيهَا، فَإِنَّ السُّنَّةَ إِنَّمَا سَنَّهَا مَنْ قَدْ عَلِمَ مَا فِي خِلَافِهَا
“Amma ba’du, aku berwasiat kepada engkau agar bertaqwa kepada Allah, bersederhana dalam menjalankan perintahnya, mengikuti sunnah nabi-Nya Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, serta meninggalkan segala hal yang diada-adakan oleh pembuat bid’ah setelah berlalu sunnahnya Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dan dicukupkan bagi mereka bebannya. Maka hendaklah engkau berpegang pada sunnah, kerana ia penjaga bagimu dengan izin Allah. Kemudian ketahuilah, bahawa tidaklah manusia membuat-buat bid’ah kecuali telah ada dalil yang menjelaskan tentang perkara tersebut atau pelajaran yang ada di dalamnya (tentang perkara itu). Sesungguhnya sunnah hanyalah apa yang disunnahkan oleh Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui apa yang menyelisihinya (dari bid’ah tersebut)…” (Sunan Abi Dawud, no. 4612)
Kata Al-Imam Abu Syamah rahimahullah (Wafat: 665H):
واتبع ولا يستحسن فإن من استحسن فقد شرع
“Ittiba’lah, jangan istihsan, kerana siapa yang istihsan (bersangka baik dengan amalan baru), sungguh dia telah membuat syari’at (yang baru).” (Al-Baa’its ‘ala Inkar Al-Bida’ oleh Abu Syamah, m/s 10 – Daar Al-Huda, Qahirah)
Demikian pula yang dikatakan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H):
مَنِ اسْتَحْسَنَ فَقَدْ شَرَّعَ
“Siapa yang istihsan (bersangka baik dengan amalan baru), sungguh dia telah membuat syari’at (yang baru).” (Al-I’tisham, 2/637 dan 647 – Tahqiq Salim Al-Hilali, Daar Ibn ‘Affaan)
Al-Imam Abul ‘Abbaas Al-Qar’afi rahimahullah (Wafat: 684H) berkata:
فَإِنَّ الْخَيْرَ كُلَّهُ فِي الِاتِّبَاعِ ، وَالشَّرَّ كُلَّهُ فِي الِابْتِدَاعِ
“Bahawa kebaikan itu seluruhnya pada ittiba’ (mengikuti sunnah), dan keburukan seluruhnya itu pada ibtida’ (menyelisihi sunnah, atau bid’ah).” (Anwar Al-Buruuq fi Anwa’ul Furuuq, 8/219)
4, Bid’ah akan menenggelamkan dan mematikan sunnah yang sebenar.
Daripada Hassan bin ‘Athiyyah (tokoh tabi’in), beliau berkata:
مَا أَحْدَثَ [ابتدع] قَوْمٌ بِدْعَةً فِي دِينِهِمْ إِلَّا نَزَعَ اللَّهُ مِنْ سُنَّتِهِمْ مِثْلَهَا، ثُمَّ لَمْ يُعِدْهَا إِلَيْهِمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Tidaklah suatu kaum membuat [atau mereka-reka] bid’ah dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut suatu sunnah yang semisalnya, dan tidaklah akan kembali padanya sehingga hari Kiamat.” (Al-Bida’ oleh Ibn Wadhdhah, no. 88. Syarh Ushul I’tiqad, no. 129. Al-I’tisham, 1/40 – Tahqiq Salim Al-Hilali)
5, Akan tiba suatu zaman, kesukaran berpegang pada sunnah kerana bid’ah telah berleluasa.
Dari hadis Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ
“Akan datang kepada manusia suatu zaman, siapa di antara mereka yang bersabar dengan berpegang teguh pada agamanya, ia ibarat menggenggam bara api.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2260)
Ini kerana bid’ah menjadi sebab berat untuk mempelajari dan mengamalkan sunnah.
6, Ahli bid’ah dan pelakunya akan dijauhkan dan terusir dari telaga Nabi.
Dari Hadis dari Sahl, beliau mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ، مَنْ وَرَدَ شَرِبَ، وَمَنْ شَرِبَ لَمْ يَظْمَأْ أَبَدًا، وَلَيَرِدَنَّ عَلَيَّ أَقْوَامٌ أَعْرِفُهُمْ وَيَعْرِفُونِي، ثُمَّ يُحَالُ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ
“Aku mendahului atas kalian di Al-Haudh (telaga), sesiapa yang sampai di telaga dia akan minum, dan sesiapa yang minum dia tidak akan dahaga selamanya. Dan akan datang kepadaku suatu kaum yang aku mengenal mereka dan mereka juga mengenalku, tetapi kemudian mereka terhadang antara aku dengan mereka.”
Manakala dalam riwayat dari Abu Sa’iid Al-Khudri, kata Nabi:
إِنَّهُمْ مِنِّي
“Sesungguhnya mereka (yang terhadang dari telaga) adalah golonganku.” Maka dikatakan kepada Nabi:
إِنَّكَ لَا تَدْرِي مَا عَمِلُوا بَعْدَكَ، فَأَقُولُ: سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي
“Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka lakukan sepeninggalan engkau.” Maka Nabi pun berkata:
“Semoga terjauh dan menjauh kepada sesiapa yang mengubah (dari ajaran Islam) sepeninggalanku.” (Shahih Muslim, no. 2290)
Al-Hafiz Ibn ‘Abdil Bar rahimahullah (Wafat: 463H) berkata:
كل من أحدث في الدين فهو من المطرودين عن الحوض كالخوارج والروافض وسائر أصحاب الأهواء
“Setiap orang yang berbuat bid’ah dalam agama maka ia termasuk orang-orang yang diusir dari telaga, seperti kaum khowarij, rafidhah, dan selainnya dari kalangan pengikut hawa nafsu.” (Syarah Shahih Muslim, 3/137)
7, Pembuat bid’ah mendapat laknat dari Allah dan menangung dosa orang-orang yang mengikutinya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
لِيَحْمِلُواْ أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلاَ سَاء مَا يَزِرُونَ
“(Ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-dosanya dengan sepenuh-penuhnya pada hari kiamat, dan (mereka turut memikul) sebahagian dosa orang-orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu.” (Surah An-Nahl, 16: 25)
Dari hadis ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
فَمَنْ أَحْدَثَ حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالمَلاَئِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru (bid’ah) atau melindungi pembuatnya, maka atasnya laknat Allah, para malaikat-Nya, dan manusia seluruhnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, dan Muslim)
Dari hadis Jariir bin ‘Abdillah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
“Sesiapa yang menghidupkan (atau mengajarkan) sunnah yang baik dalam Islam, kemudian diikuti (dengan cara diamalkan) oleh orang lain setelahnya, maka dicatat untuknya pahala seperti orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.
Sesiapa yang menghidupkan sunnah yang sayyi’ah (buruk) dalam Islam, kemudian diikuti oleh orang lain setelahnya, maka dicatat baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (Shahih Muslim, no. 1017. Bab: Sesiapa yang menghidupkan sunnah hasanah atau sunnah sayyi’ah, dan siapa yang mengajak kepada petunjuk atau kesesatan)
8, Amalan bid’ah dan yang menyelisihi sunnah menjadi sebab azab.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih.” (Surah An-Nuur, 24: 63)
Daripada Sa’id Ibnul Musayyab rahimahullah (seorang tokoh ulama besar generasi Tabi’in):
أَنَّهُ رَأَى رَجُلاً يُصَلِّى بَعْدَ طُلُوعِ الْفَجْرِ أَكْثَرَ مِنْ رَكْعَتَيْنِ، يُكْثِرُ فِيهَا الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ فَنَهَاهُ، فَقَالَ: يَا أَبَا مُحَمَّدٍ يُعَذِّبُنِى اللَّهُ عَلَى الصَّلاَةِ؟ قَالَ: لاَ وَلَكِنْ يُعَذِّبُكَ عَلَى خِلاَفِ السُّنَّةِ
Bahawasanya beliau (Sa’id Ibnul Musayyab) rahimahullah melihat seseorang solat setelah terbitnya fajar lebih dari dua rakaat, orang tersebut memperbanyak ruku’ dan sujudnya. Maka beliau (Sa’id Ibnul Musayyab) pun melarangnya. Lalu orang tersebut berkata, “Wahai Abu Muhammad (Sa’id bin Al-Musayyab), adakah Allah mengazabku kerana mengerjakan solat?”
Sa’id Ibnul Musayyab menjawab, “Tidak, akan tetapi (Allah) mengazab engkau kerana menyelisihi Sunnah.” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 4755. Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 4621)
Dalam riwayat yang lain:
أنَّ سعيد بن المسيب نظر إلى رجُلٍ صلى بعد النداءِ من صلاة الصُّبحِ، فأكثر الصلاة فحصَبَهُ، ثم قال: إذا لم يكن أحدكم يعلم فليسألْ، إنَّهُ لاصلاة بعد النداء إلا ركعتين، قال: فانصرفَ فقال: يا أبا محمد، أتَخْشَى أَن يُعَذّبني الله بكثرةِ الصلاة، قال: بل أخشى أنْ يعذبك الله بترك السنة
Bahawasanya Sa’id bin Al-Musayyab melihat seorang lelaki solat selepas seruan (azan) solat Subuh, lelaki tersebut memperbanyak solatnya. Lalu Sa’id bin Al-Musayyab menegur lelaki tersebut dan berkata, “Apabila salah seorang dari kamu tidak mengetahui maka bertanyalah. Sesungguhnya tidak ada solat setelah seruan (azan Subuh) melainkan dengan dua raka’at (sahaja).” Beliau berkata lagi, “Maka berhentilah.” Lalu lelaki tersebut pun berkata:
“Wahai Abu Muhammad, adakah engkau bimbang Allah mengazab aku kerana banyak solat?” Sa’id bin Al-Musayyab pun berkata:
“Sebaliknya aku bimbang Allah mengazab engkau kerana meninggalkan sunnah!” (Al-Faqih wa Al-Mutafaqqih oleh Al-Khathib Al-Baghdadi, no. 381)
9, Amalan bid’ah menjauhkan dari Allah.
Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H) berkata:
صَاحِبُ الْبِدْعَةِ لا يَزْدَادُ اجْتِهَادًا، صِيَامًا وَصَلاةً، إِلا ازْدَادَ مِنَ اللَّهِ بُعْدًا
“Ahli bid’ah itu tidaklah bertambah kesungguhannya dalam urusan puasa dan solatnya melainkan dia hanya menambah jauh dari Allah.” (Ibnu Wadhdhah, Al-Bida’ wa an-Nahi ‘anha, no. 66. Al-I’tisham, m/s. 64)
Ini adalah kerana bid’ah adalah amalan-amalan palsu yang disangka sebagai amalan ibadah. Pelakunya menyangka ia dapat mendekatkan diri kepada Allah, sedang hakikatnya adalah sebaliknya.
10, Bid’ah menjadi sebab perpecahan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka usahakan.” (Surah Al-An’aam, 6: 159)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman:
وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
“… dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mensyirikkan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah Ruum, 30: 31-32)
Jabir B. ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata:
كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَّ خَطًّا هذا أَمَامَهُ فَقَالَ: هَذَا سَبِيلُ اللهِ عز وجل وخط خَطًّا عَنْ يَمِينِهِ وخط خَطًّا عَنْ شماله وقال هَذِهِ سَبِلُ الشَّيْطَانِ، مَّ وَضَعَ يَدَهُ فِي الْخَطِّ الْأَوْسَطِ، ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ
“Dahulu kami pernah duduk-duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu beliau membuat suatu garisan (lurus) seperti garisan ini di hadapannya. Lalu beliau bersabda:
“Ini adalah jalan Allah ‘Azza wa Jalla.”
Kemudian beliau membuat garis di sebelah kanannya dan membuat garis di sebelah kirinya lalu bersabda lagi:
“Ini adalah jalan-jalan Syaitan.” Kemudian beliau meletakkan tangannya di garisan yang tengah sambil membaca ayat ini:
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan yang lain itu memecah-belahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-An’aam, 6: 153).” (Dzilal Al-Jannah, no. 16. Musnad Ahmad, no. 15277. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Amru, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أُمَّتِي مَا أَتَى عَلَى بني إسرائيل حَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ، حَتَّى إِنْ كَانَ مِنْهُمْ مَنْ أَتَى أُمَّهُ عَلَانِيَةً لَكَانَ فِي أُمَّتِي مَنْ يَصْنَعُ ذَلِكَ، وَإِنَّ بني إسرائيل تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً»، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
“Sungguh akan datang pada umatku sesuatu yang datang pada bani Israil seperti kasut yang berjajar dengan kasut-kasut yang lain hingga ada di antara mereka yang menyetubuhi ibunya terang-terangan dan pada umatku akan ada yang demikian. Sesungguhnya bani Israil telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka kecuali satu golongan.”
Para sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2641. Dinilai hasan oleh Al-Albani)
Dalam hadis Al-‘Irbaadh bin Saariyah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Sunan Abi Dawud, no. 4607. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
11, Islam itu mudah, tetapi bid’ah itu memberatkan.
Allah Subahanhu wa Ta’ala berfirman:
قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ
“Katakanlah (Wahai Muhammad), “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwah-ku dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang takalluf (mengada-adakan).”(Surah Shaad, 38: 86)
Iaitu maksudnya, “Aku tidak meminta risalah yang Allah pikulkan kepadaku, aku pula tidak meminta tambahan darinya melainkan apa yang diperintahkan kepadaku maka aku laksanakan, aku tidak menambah dan tidak menguranginya. Tetapi yang aku pinta adalah keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kehidupan akhirat.” (Tafsir Ibnu Katsir, 7/82)
Lihat rincian untuk point ini pada artikel “Ghuluw, Sikap Yang Perlu Dihindari.”
Wallaahu a’lam.
Baca artikel berikutnya dengan judul, Celaan Terhadap Bid’ah dan Ahlinya.