Hukum Sambutan Peringatan Malam Israk dan Mikraj

Hukum Sambutan Peringatan Malam Israk dan Mikraj

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz rahimahullah
حكم الاحتفال بليلة الإسراء والمعراج
www.ilmusunnah.com

jangan buat bid'ah

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه. أما بعد:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan Salam semoga dilimpahkan kepada Rasulullah, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Amma ba’d;

فلا ريب أن الإسراء والمعراج من آيات الله العظيمة الدالة على صدق رسوله محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى عظم منزلته عند الله عز وجل، كما أنها من الدلائل على قدرة الله الباهرة، وعلى علوه سبحانه وتعالى على جميع خلقه، قال الله سبحانه وتعالى: {سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ}

Maka adalah tidak diragukan lagi bahawa Al-Isra’ wal-Mi’raj termasuk tanda-tanda kebesaran Allah yang Maha Agung yang menunjukkan kebenaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan agungnya kedudukan beliau di sisi Allah ‘Azza wa Jalla, sebagaimana ianya menujukkan qudrah (kekuasaan dan kemampuan) Allah yang Maha Agung, dan menunjukkan Ketinggian-Nya di atas seluruh makhluk-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Maha Suci Allah, yang telah meng-isra’kan (memperjalankan) hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’, 17: 1)

وتواتر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه عرج به إلى السماء، وفتحت له أبوابها حتى جاوز السماء السابعة، فكلمه ربه سبحانه بما أراد، وفرض عليه الصلوات الخمس، وكان الله سبحانه فرضها أولا خمسين صلاة، فلم يزل نبينا محمد صلى الله عليه وسلم يراجعه ويسأله التخفيف، حتى جعلها خمساً، فهي خمس في الفرض، وخمسون في الأجر، لأن الحسنة بعشر أمثالها، فلله الحمد والشكر على جميع نعمه.

Telah diriwayatkan secara mutawatir dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau mi’raj (naik) ke langit, lalu dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga melepasi langit yang ke tujuh, kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berbicara kepadanya dan memfardhukan atasnya solat lima waktu. Bahawa pada mulanya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memfardhukan kepadanya lima puluh kali solat, tetapi Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak langsung turun ke bumi, sebaliknya beliau kembali kepada-Nya dan meminta diringankan, sampailah menjadikan untuknya hanya lima kali solat fardhu sahaja, namun pahalanya menyamai lima puluh kali solat, kerana suatu kebaikan dibalas dengan sepuluh kali ganda yang semisal. Puji dan syukur kepada Allah atas seluruh nikmat-Nya.

وهذه الليلة التي حصل فيها الإسراء والمعراج، لم يأت في الأحاديث الصحيحة تعيينها لا في رجب ولا غيره، وكل ما ورد في تعيينها فهو غير ثابت عن النبي صلى الله عليه وسلم عند أهل العلم بالحديث،

Dan rincian tentang (tarikh) terjadinya malam al-isra’ dan al-mi’raj ini, tidaklah ianya disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih, yakni tidak ada yang menyebutkan bahawa ianya berlaku pada bulan Rajab dan tidak pula dinyatakan pada bulan selainnya. Semua riwayat yang memastikannya (terjadi pada bulan sekian atau malam sekian) adalah tidak tsabit dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menurut para ahli ilmu hadis.

ولله الحكمة البالغة في إنساء الناس لها، ولو ثبت تعيينها لم يجز للمسلمين أن يخصوها بشيء من العبادات، ولم يجز لهم أن يحتفلوا بها؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه رضي الله عنهم لم يحتفلوا بها، ولم يخصوها بشيء ولو كان الاحتفال بها أمراً مشروعاً لبينه الرسول صلى الله عليه وسلم للأمة، إما بالقول وإما بالفعل، ولو وقع شيء من ذلك لعرف واشتهر، ولنقله الصحابة رضي الله عنهم إلينا، فقد نقلوا عن نبيهم صلى الله عليه وسلم كل شيء تحتاجه الأمة، ولم يفرطوا في شيء من الدين، بل هم السابقون إلى كل خير، فلو كان الاحتفال بهذه الليلة مشروعاً لكانوا أسبق الناس إليه،

Allah mempunyai hikmah tertentu dengan menjadikan manusia lupa pada memastikan tarikh kejadiannya. Kalaupun tsabit akan kepastiannya (diketahui tarikh kejadiannya), tidak boleh bagi kaum muslimin mengkhususkannya dengan suatu ibadah tertentu, dan tidak boleh pula bagi mereka untuk mengadakan sambutan tertentu (dengan merayakannya), kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya radhiyallahu ‘anhum tidak pernah merayakannya dan tidak pernah pula mengkhususkannya dengan sesuatu apa pun. Seandainya sambutan (atau hari peringatan) terhadap isra’ dan mi’raj itu disyari’atkan, sudah tentu Rasulullah telah menjelaskannya kepada umat ini, sama ada melalui perkataan ataupun dengan perbuatan. Dan jika ianya disyari’atkan, tentu sudah diketahui dan dimaklumi serta dinukilkan dari para sahabat beliau radhiyallahu ‘anhum kepada kita, kerana mereka adalah generasi manusia yang sentiasa menyampaikan segala sesuatu tentang agama dari Nabi mereka Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang diperlukan umat ini, bahkan merekalah orang-orang yang paling awal dalam melaksanakan setiap kebaikan. Maka kalau seandainya sambutan (perayaan atau hari peringatan) malam isra’ dan mi’raj tersebut disyari’atkan, sudah tentu merekalah manusia yang terawal akan melaksanakannya.

والنبي صلى الله عليه وسلم هو أنصح الناس للناس، وقد بلغ الرسالة غاية البلاغ، وأدى الأمانة فلو كان تعظيم هذه الليلة والاحتفال بها من دين الله لم يغفله النبي صلى الله عليه وسلم ولم يكتمه، فلما لم يقع شيء من ذلك، علم أن الاحتفال بها، وتعظيمها ليسا من الإسلام في شيء وقد أكمل الله لهذه الأمة دينها، وأتم عليها النعمة، وأنكر على من شرع في الدين ما لم يأذن به الله، قال سبحانه وتعالى في كتابه المبين من سورة المائدة: {الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلامَ دِينًا}، وقال عز وجل في سورة الشورى: {أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ}

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling tulus (memberi nasihat) terhadap manusia, beliau telah menyampaikan risalah dengan sangat jelas dan telah menunaikan amanah dengan sempurna. Maka, kalau seandainya mengagungkan malam tersebut dan merayakannya termasuk sebahagian dari agama Allah, sudah tentu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak akan melalaikannya dan tidak pula menyembunyikannya. Tetapi disebabkan hakikatnya tidaklah demikian, maka dapatlah diketahui bahawa merayakannya dan mengagungkannya bukanlah termasuk ajaran Islam sedikit pun. Dan Allah telah pun menyempurnakan untuk umat ini agamanya dan Allah juga telah menyempurnakan nikmatnya serta mengingkari orang-orang yang mensyari’atkan sesuatu dalam agama ini dengan sesuatu yang tidak diizinkan-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman di Kitab-Nya yang jelas di Surah Al-Ma’idah:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلامَ دِينًا

“Pada Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama-mu dan telah Aku cukupkan bagi-mu nikmat-Ku.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 3)

Dan Allah ‘Azza wa Jalla berfirman di Surah Asy-Syura:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang telah mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu bagi mereka ‘adzab yang amat pedih.” (Surah Asy-Syura, 42: 21)

وثبت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم في الأحاديث الصحيحة: التحذير من البدع، والتصريح بأنها ضلالة، تنبيها للأمة على عظم خطرها، وتنفيراً لهم من اقترافها، ومن ذلك ما ثبت في الصحيحين عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد))، وفي رواية لمسلم: ((من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد))،

Dan telah tsabit dari Rasulullah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan hadis-hadis yang sahih tentang peringatan terhadap bid’ah-bid’ah dan penjelasan tentang sesatnya bid’ah-bid’ah. Itu semua adalah sebagai peringatan bagi umatnya tentang bahayanya yang besar dan agar mereka menghindarkan diri dari melakukannya. Di antaranya adalah apa yang tsabit dalam Ash-Shahihain dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dari Nabi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda:

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

“Siapa yang membuat sesuatu yang baru dalam urusan kami (yakni dalam Islam) yang tidak terdapat (asas dan bimbingan) padanya, maka ia tertolak.”

Dan di riwayat Muslim disebutkan:

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد

“Siapa yang melakukan suatu amal yang tidak kami perintahkan maka ianya tertolak.”

وفي صحيح مسلم عن جابر رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول في خطبته يوم الجمعة: ((أما بعد فإن خير الحديث كتاب الله وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم وشر الأمور محدثاتها وكل بدعة ضلالة)) زاد النسائي بسند جيد: ((وكل ضلالة في النار))،

Di Shahih Muslim disebutkan, dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Bahawa Rasulullah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mengatakan dalam salah satu khutbah Juma’at:

“Amma ba’du; Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk (bimbingan) adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara adalah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam agama) dan setiap perkara baru yang diada-adakan adalah sesat.”

Terdapat tambahan pada riwayat Al-Imam An-Nasaa’i dengan sanad yang jayyid:

“Dan setiap yang sesat itu (tempatnya) di Neraka.”

وفي السنن عن العرباض بن سارية رضي الله عنه أنه قال: وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة بليغة وجلت منها القلوب وذرفت منها العيون فقلنا يا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا فقال: ((أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافاً كثيراً فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة))،

Dalam As-Sunan (kitab-kitab Sunan) disebutkan, dari ‘Irbaadh bin Saariyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengimami kami solat Shubuh, kemudian beliau berbalik menghadap kepada kami, lalu beliau pun menyampaikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang sangat menyentuh sehingga membuat air mata menitis dan hati bergetar. Kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan, maka berwasiatlah kepada kami.”

Beliau pun bersabda:

“Aku berwasiat kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah, taat dan patuh, walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba habsyi (berkulit hitam). Sesungguhnya siapa di antara kalian yang masih hidup setelah peninggalan aku, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kalian berpegang-teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan geraham, dan hendaklah kalian menjauhi perkara-perakara yang baru yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu merupakan kesesatan.”

والأحاديث في هذا المعنى كثيرة، وقد ثبت عن أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، وعن السلف الصالح بعدهم، التحذير من البدع والترهيب منها، وما ذاك إلا لأنها زيادة في الدين، وشرع لم يأذن به الله، وتشبه بأعداء الله من اليهود والنصارى في زيادتهم في دينهم، وابتداعهم فيه ما لم يأذن به الله، ولأن لازمها التنقص للدين الإسلامي، واتهامه بعدم الكمال، ومعلوم ما في هذا من الفساد العظيم، والمنكر الشنيع، والمصادمة لقول الله عز وجل: {الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ} والمخالفة الصريحة لأحاديث الرسول عليه الصلاة والسلام المحذرة من البدع والمنفرة منها.

Dan hadis-hadis yang semakna dengan ini sangatlah banyak.

Telah tsabit riwayat dari para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan dari para assalaf ash-shalih setelah mereka, tentang tahdzir (peringatan) terhadap bid’ah-bid’ah dan tarhib (ancaman) pada melakukannya. Tidaklah peringatan dan ancaman ini melainkan kerana bid’ah adalah bentuk penambahan terhadap agama dan syari’at yang tidak dizinkan oleh Allah. Dan ia merupakan bentuk tasyabbuh (penyerupaan) terhadap musuh-musuh Allah dari kalangan Yahudi dan Nashara yang agama mereka telah rosak dengan sebab penambahan-penambahan mereka pada agama mereka yang tidak pernah diizinkan oleh Allah. Melakukan bid’ah-bid’ah ini merupakan tanda kekurangan pada agama Islam serta bentuk tuduhan (atau anggapan) ketidak-sempurnaan Islam.

Dan dimaklumi pada bid’ah-bid’ah ini semua adalah bentuk dari kerosakan yang besar, kemungkaran yang sangat buruk, dan termasuk bentuk bantahan (penentangan) terhadap firman Allah ‘Azza wa Jalla:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 3)

Dan juga merupakan penyelisihan yang nyata terhadap hadis-hadis Rasulullah ‘alaihi Ash-Sholaatu wa As-Salaam yang telah memberikan peringatan tentang keburukan bid’ah-bid’ah dan peringatan agar menjauhinya.

وأرجو أن يكون فيما ذكرناه من الأدلة كفاية ومقنع لطالب الحق في إنكار هذه البدعة: أعني بدعة الاحتفال بليلة الإسراء والمعراج، والتحذير منها، وأنها ليست من دين الإسلام في شيء.

Mudah-mudahan pada apa yang kami sebutkan dari dalil-dalil tersebut dapat memberi kecukupan dan memuaskan bagi setiap pencari kebenaran untuk mengingkari bid’ah ini, yakni bid’ah sambutan atau malam peringatan (perayaan) isra’ dan mi’raj, seraya mewaspadainya, bahawa ianya sama sekali bukan termasuk ajaran agama Islam sedikit pun.

ولما أوجب الله من النصح للمسلمين، وبيان ما شرع الله لهم من الدين، وتحريم كتمان العلم، رأيت تنبيه إخواني المسلمين على هذه البدعة، التي قد فشت في كثير من الأمصار، حتى ظنها بعض الناس من الدين، والله المسؤول أن يصلح أحوال المسلمين جميعاً، ويمنحهم الفقه في الدين، ويوفقنا وإياهم للتمسك بالحق والثبات عليه، وترك ما خالفه، إنه ولي ذلك والقادر عليه، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله نبينا محمد وآله وصحبه.

Kemudian dari itu, Allah telah mewajibkan untuk kita bersikap tulus (memberikan nasihat) terhadap kaum muslimin, menjelaskan apa-apa yang disyari’atkan Allah bagi mereka dalam agama ini serta larangan menyembunyikan ilmu, maka aku merasa perlu untuk memberikan catatan (atau peringatan) kepada saudara-saudara-ku kaum muslimin terhadap bid’ah ini yang telah tersebar ke pelbagai negara dan wilayah, sehinggakan ianya telah dianggap sebagai sebahagian dari agama oleh sebahagian manusia. Hanya kepada Allah-lah tempat meminta, semoga Allah memperbaiki keadaan kaum muslimin seluruhnya dan mengurniakan mereka kefaqihan dalam perkara agama. Dan semoga Allah memberikan taufiq kepada kita dan mereka untuk berpegang-teguh dengan Al-Haq (kebenaran) dan tetap tsabat (konsisten dan teguh) padanya serta meninggalkan segala apa-apa yang menyelisihinya.

Sesungguhnya Dia adalah Pelindung dan Maha Kuasa atas itu. Selawat, salam dan keberkahan semoga dilimpahkan ke atas hamba dan utusan-Nya, yakni Nabi kita Muhammad, dan juga ke atas keluarga dan para sahabatnya.”

Sumber nukilan: (Website Rasmi Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah); http://www.binbaz.org.sa/article/24