Hukum Meraikan, Merayakan, dan Mengucap Tahniah Sempena Perayaan Kaum Kafir dan Ahli Maksiat
Fatwa Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)
www.ilmusunnah.com
Kata Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah dalam kitab beliau; Ahkam Ahl Al-Zimmah:
فَصْلٌ فِي تَهْنِئَتِهِمْ. بِزَوْجَةٍ أَوْ وَلَدٍ أَوْ قُدُومِ غَائِبٍ أَوْ عَافِيَةٍ أَوْ سَلَامَةٍ مِنْ مَكْرُوهٍ وَنَحْوِ ذَلِكَ، وَقَدِ اخْتَلَفَتِ الرِّوَايَةُ فِي ذَلِكَ عَنْ أَحْمَدَ فَأَبَاحَهَا مَرَّةً وَمَنَعَهَا أُخْرَى، وَالْكَلَامُ فِيهَا كَالْكَلَامِ فِي التَّعْزِيَةِ وَالْعِيَادَةِ وَلَا فَرْقَ بَيْنَهُمَا، وَلَكِنْ لِيَحْذَرِ الْوُقُوعَ فِيمَا يَقَعُ فِيهِ الْجُهَّالُ مِنَ الْأَلْفَاظِ الَّتِي تَدُلُّ عَلَى رِضَاهُ بِدِينِهِ، كَمَا يَقُولُ أَحَدُهُمْ: مَتَّعَكَ اللَّهُ بِدِينِكَ أَوْ نَيَّحَكَ فِيهِ، أَوْ يَقُولُ لَهُ: أَعَزَّكَ اللَّهُ أَوْ أَكْرَمَكَ إِلَّا أَنْ يَقُولَ: أَكْرَمَكَ اللَّهُ بِالْإِسْلَامِ وَأَعَزَّكَ بِهِ وَنَحْوَ ذَلِكَ، فَهَذَا فِي التَّهْنِئَةِ بِالْأُمُورِ الْمُشْتَرَكَةِ.
“Fasal pada menyatakan (hukum) mengucapkan Tahniah (selamat/wish) kepada mereka (kaum kafir) bersempena perkahwinan atau mendapat anak atau pulangnya orang yang hilang atau sembuh dari sakit atau terselamat dari mara bahaya dan seumpamanya. Telah berbeza riwayat daripada Ahmad (Imam Ahmad bin Hanbal) berkenaan dengannya, adakalanya beliau mengharuskannya dan kadang-kadang beliau melarang, dan perbahasan mengenai perkara ini adalah seperti perbahasan berkaitan takziah dan melawat mereka semasa sakit, tidak ada perbezaan antara keduanya, tetapi hendaklah dia menjauhi dari terjebak ke dalam perkara yang terjebak padanya kaum yang jahil dari mengucapkan lafaz-lafaz yang menunjukkan keredhaan terhadap agamanya seperti berkata:
“Semoga Allah membahagiakan engkau dengan agama engkau.”
atau berkata:
“Semoga ALLAH memuliakan engkau.”
melainkan kalau dia berkata:
“Semoga ALLAH memuliakan kamu dengan Islam dan meneguhkan kamu dengannya.” atau ucapan seumpama ini.
Ini adalah perbahasan berkaitan mengucapkan tahniah dalam perkara-perkara yang berkongsi (antara kaum kafir dan muslimin).”
وَأَمَّا التَّهْنِئَةُ بِشَعَائِرِ الْكُفْرِ الْمُخْتَصَّةِ بِهِ فَحَرَامٌ بِالِاتِّفَاقِ مِثْلَ أَنْ يُهَنِّئَهُمْ بِأَعْيَادِهِمْ وَصَوْمِهِمْ، فَيَقُولَ: عِيدٌ مُبَارَكٌ عَلَيْكَ، أَوْ تَهْنَأُ بِهَذَا الْعِيدِ، وَنَحْوَهُ، فَهَذَا إِنْ سَلِمَ قَائِلُهُ مِنَ الْكُفْرِ فَهُوَ مِنَ الْمُحَرَّمَاتِ، وَهُوَ بِمَنْزِلَةِ أَنْ يُهَنِّئَهُ بِسُجُودِهِ لِلصَّلِيبِ، بَلْ ذَلِكَ أَعْظَمُ إِثْمًا عِنْدَ اللَّهِ وَأَشَدُّ مَقْتًا مِنَ التَّهْنِئَةِ بِشُرْبِ الْخَمْرِ وَقَتْلِ النَّفْسِ وَارْتِكَابِ الْفَرْجِ الْحَرَامِ وَنَحْوِهِ.
“Adapun mengucapkan Tahniah (selamat/wish) bersempena Syi’ar-syi’ar Kufur yang khusus dengan mereka maka ini adalah HARAM dengan KESEPAKATAN ulama seperti mengucapkan Tahniah sempena PERAYAAN mereka atau Puasa mereka, yang mana dia berkata:
“Selamat Hari Raya.”,
“Tahniah sempena perayaan ini.”,
dan seumpamanya…, maka perbuatan ini jika penuturnya selamat dari kufur maka dia tidak akan lepas dari perbuatan yang HARAM dan dia sama seperti orang yang mengucapkan tahniah kepada kaum kafir sempena si kafir itu bersujud kepada Salib bahkan perbuatan itu lebih besar dosanya di sisi ALLAH dan lebih dibenci di sisi Allah berbanding seseorang yang mengucapkan tahniah atas sebab seseorang itu meminum arak, membunuh orang, berzina, dan seumpamanya.”
وَكَثِيرٌ مِمَّنْ لَا قَدْرَ لِلدِّينِ عِنْدَهُ يَقَعُ فِي ذَلِكَ، وَلَا يَدْرِي قُبْحَ مَا فَعَلَ، فَمَنْ هَنَّأَ عَبْدًا بِمَعْصِيَةٍ أَوْ بِدْعَةٍ أَوْ كُفْرٍ فَقَدْ تَعَرَّضَ لِمَقْتِ اللَّهِ وَسَخَطِهِ
“dan kebanyakan orang yang tidak memiliki penghargaan terhadap agama, mereka terjebak dalam perkara ini dan dia tidak sedar betapa kejinya perbuatannya tersebut, maka sesiapa yang mengucapkan tahniah kepada seseorang sempena perbuatan maksiat, atau bid’ah, atau kekafiran, maka benar-benar dia telah mendedahkan dirinya kepada kebencian Allah yang amat dahsyat dan kemurkaan-Nya.”
وَقَدْ كَانَ أَهْلُ الْوَرَعِ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ يَتَجَنَّبُونَ تَهْنِئَةَ الظَّلَمَةِ بِالْوِلَايَاتِ، وَتَهْنِئَةَ الْجُهَّالِ بِمَنْصِبِ الْقَضَاءِ وَالتَّدْرِيسِ وَالْإِفْتَاءِ تَجَنُّبًا لِمَقْتِ اللَّهِ وَسُقُوطِهِمْ مِنْ عَيْنِهِ، وَإِنْ بُلِيَ الرَّجُلُ بِذَلِكَ فَتَعَاطَاهُ دَفْعًا لِشَرٍّ يَتَوَقَّعُهُ مِنْهُمْ فَمَشَى إِلَيْهِمْ وَلَمْ يَقُلْ إِلَّا خَيْرًا، وَدَعَا لَهُمْ بِالتَّوْفِيقِ وَالتَّسْدِيدِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ، وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ.
“dan bahawa ahli wara’ dari kalangan Ulama, mereka menjauhi perbuatan mengucapkan tahniah kepada orang zalim yang mendapat jawatan dan meninggalkan dari memberi tahniah kepada kaum jahil yang menjawat jawatan hakim, guru, dan fatwa, kerana menjauhi dari kebencian ALLAH dan jatuhnya darjat mereka di mata Allah. Jika seseorang diuji (terpaksa) melakukan perbuatan itu maka dia melakukannya untuk mengelakkan keburukan yang dia jangka berlaku daripada mereka (pemimpin yang zalim), maka hendaklah dia pergi kepada mereka dalam keadaan dia tidak mengucapkan kecuali yang baik-baik (yakni yang bersesuaian dengan agama serta tidak menunjukkan redha dengan hal tersebut) dan mendoakan kepada mereka dengan Taufiq dan Tasdid maka tidak mengapa. Wa billahi al-Taufiq.” (lihat: Ahkam Ahl Al-Dzimmah oleh Ibn Al-Qayyim, 1/441-442)
Catatan faedah:
1, Majlis-majlis maksiat, atau perayaan-perayaan kaum kafir bukan termasuk kebaikan, sebaliknya termasuk keburukan, kemungkaran, dan ke-syirikkan. Dan agama-agama selain Islam adalah agama yang sesat, iaitu agama yang kafir yang tidak diredhai oleh Allah.
2, Bahkan majlis-majlis mereka adalah termasuk sebesar-besar keburukan dan kemungkaran. Lebih besar dari dosa membunuh, minum arak, atau berzina. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang paling besar.” (Surah Luqman, 31: 13)
Ini kerana pada perayaan mereka itu adalah sempena merai-kan kepercayaan-kepercayaan, i’tiqad-i’tiqad, kesesatan dan kekafiran mereka, serta sempena penyembahan (atau peng-agungan) terhadap sembahan-sembahan mereka.
Sedangkan kita sebagai umat Islam yang berdiri di atas aqidah yang murni yang mentauhidkan Allah semata-mata dan dengan sebenar-benarnya, maka wajib berlepas diri dari segala bentuk kesyirikan dan kesesatan agama mereka tersebut. Kita tidak redha dengannya.
3, Dari itu, setiap ucapan tahniah dan selamat bersempena dengannya, bukanlah termasuk kebaikan sama sekali. Maka apatah lagi turut serta merai-kan dan bergembira bersempena dengannya.
4, Jika terhadap orang-orang yang berzina, minum arak, berbuat rasuah, atau membunuh tidak kita ucapkan tahniah dan selamat atas mereka, maka sudah tentu lebih lagi ke atas orang-orang yang melakukan keburukan yang jauh lebih besar dari itu seperti perayaan-perayaan syirik, kufur, dan sesat.
5, Namun, adalah dibolehkan untuk kita mengucapkan dengan ucapan yang berbentuk berlepas diri dari kekafirannya atau kemaksiatannya, serta mendoakan dengan doa-doa agar mereka diberi hidayah dan taufiq oleh Allah agar mereka meninggalkan kekafiran dan kemaksiatan mereka seraya kembali kepada agama Islam yang haq.
Baca juga artikel kami yang berkaitan di, https://ilmusunnah.com/?p=9414
Wallahu a’lam.