Hukum Mencium Tangan Dan Membongkokkan Badan Ketika Bersalaman
[Pertama] Hukum Mencium Tangan
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) mengatakan:
و أما تقبيل اليد، ففي الباب أحاديث و آثار كثيرة، يدل مجموعها على ثبوت ذلك
عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، فنرى جواز تقبيل يد العالم إذا توفرت الشروط
الآتية:
1 – أن لا يتخذ عادة بحيث يتطبع العالم على مد يده إلى تلامذته، و يتطبع هؤلاء
على التبرك بذلك، فإن النبي صلى الله عليه وسلم و إن قبلت يده فإنما كان ذلك
على الندرة، و ما كان كذلك فلا يجوز أن يجعل سنة مستمرة، كما هو معلوم من
القواعد الفقهية.
2 – أن لا يدعو ذلك إلى تكبر العالم على غيره، و رؤيته لنفسه، كما هو الواقع
مع بعض المشايخ اليوم.
3 – أن لا يؤدي ذلك إلى تعطيل سنة معلومة ، كسنة المصافحة ، فإنها مشروعة بفعله
صلى الله عليه وسلم و قوله ، و هي سبب تساقط ذنوب المتصافحين كما روي في غير ما حديث واحد، فلا يجوز إلغاؤها من أجل أمر، أحسن أحواله أنه جائز.
“Berkaitan mencium tangan (yakni tanpa membongkok atau menundukkan badan – pent.); dalam soal ini terdapat banyak hadis dan atsar dari kalangan salaf yang secara keseluruhan menunjukkan bahawa hadis tersebut sahih dari Nabi. Oleh sebab itu, kami berpendapat dibolehkan mencium tangan seorang ulama (yang ahli sunnah, bukan ahli bid’ah – pent.) jika memenuhi beberapa syarat berikut ini.
1. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Sehingga ulama tertentu terbiasa menghulurkan tangannya kepada murid-muridnya. Demikian juga para murid terbiasa mengambil barakah dengan mencium tangan gurunya. Ini kerana Nabi sendiri jarang sekali tangannya dicium oleh para shahabat. Jika demikian maka tidak boleh menjadikannya sebagai kebiasaan yang dilakukan terus-menerus sebagaimana kita ketahui dalam perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
2. Perbuatan mencium tangan tersebut tidaklah menyebabkan ulama tersebut merasa sombong dan merasa lebih baik daripada yang lain serta menganggap dirinyalah yang paling hebat berbanding yang lain.
3. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak menyebabkan hilangnya sunnah Nabi yang sudah diketahui seperti sunnah bersalaman. Bersalam atau berjabat tangan adalah satu amal yang dianjurkan berdasarkan perbuatan dan sabda Nabi. Bersalaman tangan adalah salah satu sebab gugurnya dosa-dosa orang yang melakukannya sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis. Oleh itu, tidak sepatutnya sunnah berjabat tangan ini ditinggalkan kerana mengejar suatu amalan yang hanya berstatus mubah (dibolehkan).” (Silsilah Al-Ahaadits Ash-Shahihah 1/159, Maktabah Syamilah).
Juga disebutkan:
يستحب تقبيل أيدي الصالحين وفضلاء العلماء ويكره تقبيل يد غيرهم، ولا يقبل يد أمرد حسنٍ بحال . انتهى من كتاب فتاوى الإمام النووي
“Dibenarkan cium tangan-tangan orang-orang soleh dan para ulama yang memiliki keutamaan, dan adalah makruh mencium tangan yang selainya. Dan tidak boleh mencium tangan orang yang tidak memiliki janggut. Diambil dari kitab Fataawa Al-Imam An-Nawawi.” (Fataawa Al-Islaam Su’aal wa Jawaab, m/s. 1/3520 – http://www.islam-qa.com/ar/3489)
Akan tetapi perlu difahami di sini, ulama yang dicium tangannya tersebut adalah ulama ahli sunnah bukan ulama pembela bid’ah.
Selain itu, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah pernah ditanya:
هل يجوز أن أقبل أختي أو تقبلني؟
لا بأس أن تقبل أختك وتقبلك، وهكذا جميع محارمك كعمتك وخالتك وزوجة أبيك وأمك وبنت أخيك تقبلها مع الخد أو مع الأنف أو جبهتها أو رأسها إن كانت كبيرة، فالنبي صلى الله عليه وسلم كان يقبل فاطمة إذا دخلت عليه أو دخل عليها يأخذ بيدها عليه الصلاة والسلام، والصديق أبو بكر رضي الله عنه لما دخل على ابنته عائشة وهي مريضة قبلها مع خدها.
Soalan: “Adakah saya boleh mencium adik kandung yang perempuan atau bolehkah dia menciumku?”
Jawaban: “Tidak mengapa engkau mencium adik-beradik kandungmu yang perempuan atau dia menciummu. Demikian juga berlaku untuk semua mahrammu seperti pakcikmu, makcikmu, isteri ayahmu, ibumu, dan anak saudaramu (yang perempuan). Engkau boleh mencium di pipi, hidung, kening atau kepala jika dia lebih tua.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencium Faathimah jika menemuinya (atau masuk ke rumahnya) atau ketika Faathimah menemui beliau, maka dia mengambil tangan Nabi ‘alihish shalaatu was salaam. Dan Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu ketika menemui anak perempuannya iaitu ‘Aisyah dalam keadaan sakit, beliau menciumnya di pipi.” (lihat: http://www.binbaz.org.sa/mat/188)
Namun hal ini dilakukan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah.
Ibnu ‘Abidin As-Dimasyqi rahimahullah (Wafat: 1252H) berkata:
قِيلَ التَّقْبِيلُ عَلَى خَمْسَةِ أَوْجُهٍ: قُبْلَةُ الْمَوَدَّةِ لِلْوَلَدِ عَلَى الْخَدِّ، وَقُبْلَةُ الرَّحْمَةِ لِوَالِدَيْهِ عَلَى الرَّأْسِ، وَقُبْلَةُ الشَّفَقَةِ لِأَخِيهِ عَلَى الْجَبْهَةِ وَقُبْلَةُ الشَّهْوَةِ لِامْرَأَتِهِ وَأَمَتِهِ عَلَى الْفَمِ وَقُبْلَةُ التَّحِيَّةِ لِلْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْيَدِ وَزَادَ بَعْضُهُمْ، قُبْلَةُ الدِّيَانَةِ لِلْحَجَرِ الْأَسْوَدِ جَوْهَرَةٌ.
“Dikatakan ciuman itu ada lima jenis:
1. Ciuman al-mawaddah (kasih-sayang), iaitu ciuman kepada anak di pipinya.
2. Ciuman ar-rahmah (belas-kasihan), iaitu ciuman kepada ibu dan bapa di kepalanya.
3. Ciuman asy-syafaqah (tanda kemesraan), iaitu ciuman kepada saudara kandungnya di dahinya.
4. Ciuman asy-syahwah (berahi), iaitu ciuman kepada isteri atau hamba perempuannya di mulut. dan
5. Ciuman at-tahiyyah (penghormatan), iaitu ciuman untuk orang-orang beriman pada tangannya.
Sebahagian mereka (dari kalangan ulama) menambahkan dengan ciuman berbentuk keagamaan, iaitu mencium hajar al-aswad.” (Radd Al-Muhtar ‘ala Ad-Dur Al-Muhtar, 6/384)
[Kedua] Membongkokkan atau menundukkan badan sebagai penghormatan
Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi ﷺ bersabda:
لَا يَصْلُحُ لِبَشَرٍ أَنْ يَسْجُدَ لِبَشَرٍ، وَلَوْ صَلَحَ لِبَشَرٍ أَنْ يَسْجُدَ لِبَشَرٍ، لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، مِنْ عِظَمِ حَقِّهِ عَلَيْهَا
“Tidaklah patut bagi seorang manusia untuk sujud kepada manusia yang lain. Sekiranya dibolehkan bagi seseorang untuk sujud kepada seorang yang lain nescaya aku perintahkan bagi isteri untuk sujud kepada suaminya disebabkan besarnya hak suaminya terhadapnya.” (Musnad Ahmad, no. 12614. Dinilai sahih oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)
Dalam hadis yang lain, hadis daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Kami bertanya kepada Nabi ﷺ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا لِبَعْضٍ قَالَ لَا قُلْنَا أَيُعَانِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا قَالَ لَا وَلَكِنْ تَصَافَحُوا
“Wahai Rasulullah, adakah sebahagian kami boleh membongkokkan (atau menundukkan) badan kepada sebahagian yang lain (yang ditemui)?” Rasulullah bersabda, “Tidak boleh.” Kami bertanya lagi, “Adakah kami boleh berpelukan jika saling bertemu?” Beliau bersabda, “Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling bersalaman.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3692. Dinilai hasan oleh Al-Albani)
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:
قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ قَالَ نَعَمْ
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh saling menundukkan (atau membongkokkan) badan apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki tersebut bertanya lagi, “Adakah boleh mendakapnya (memeluknya) dan menciumnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Adakah boleh mengambil tangannya dan bersalaman dengannya?” Rasulullah menjawab, “Ya.”.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2728. Dinilai hasan oleh At-Tirmidzi dan Al-Albani)
Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) berkara:
وَرَوَى أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ: قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا إِلَى بَعْضٍ إِذَا الْتَقَيْنَا؟ قَالَ:” لَا”، قُلْنَا: أَفَيَعْتَنِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ” لَا”. قُلْنَا: أَفَيُصَافِحُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ” نَعَمْ”
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata, “Kami bertanya:
“Wahai Rasulullah bolehkah kami saling membongkokkan (menundukkan) badan apabila kami bertemu?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya, “Untuk saling berpelukan di antara satu dengan lain?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya lagi, “Dengan saling bersalaman di antara satu dengan yang lain?” Rasulullah menjawab, “Ya.” (Tafsir Al-Qurthubi, 9/265)
Imam Al-Qurthubi mengatakan:
وَإِذَا سَلَّمَ فَإِنَّهُ لَا يَنْحَنِي، وَلَا أَنْ يُقَبِّلَ مَعَ السَّلَامِ يَدَهُ، وَلِأَنَّ الِانْحِنَاءَ عَلَى مَعْنَى التَّوَاضُعِ لَا يَنْبَغِي إِلَّا لِلَّهِ. وَأَمَّا تَقْبِيلُ الْيَدِ فَإِنَّهُ مِنْ فِعْلِ الْأَعَاجِمِ، وَلَا يُتَّبَعُونَ عَلَى أَفْعَالِهِمُ الَّتِي أَحْدَثُوهَا تَعْظِيمًا مِنْهُمْ لِكُبَرَائِهِمْ
“Tidak boleh bersalaman (atau menghulur tangan) diiringi dengan membongkokkan badan dan mencium tangan. Membongkokkan badan dalam maksud atau tujuan kerendahan hati hanya boleh ditujukan kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala). Adapun mencium tangan, itu adalah perbuatan orang-orang ‘Ajam (selain ‘Arab) yang dilakukan dengan maksud memuliakan orang-orang tuanya.” (Tafsir Al-Qurthubi, 9/266)
Kata Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:
وَأَمَّا الِانْحِنَاءُ عِنْدَ التَّحِيَّةِ : فَيُنْهَى عَنْهُ كَمَا فِي التِّرْمِذِيِّ { عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ سَأَلُوهُ عَنْ الرَّجُلِ يَلْقَى أَخَاهُ يَنْحَنِي لَهُ ؟ قَالَ : لَا } وَلِأَنَّ الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ لَا يَجُوزُ فِعْلُهُ إلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ؛ وَإِنْ كَانَ هَذَا عَلَى وَجْهِ التَّحِيَّةِ فِي غَيْرِ شَرِيعَتِنَا كَمَا فِي قِصَّةِ يُوسُفَ : ( { وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا وَقَالَ يَا أَبَتِ هَذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِنْ قَبْلُ } وَفِي شَرِيعَتِنَا لَا يَصْلُحُ السُّجُودُ إلَّا لِلَّهِ بَلْ قَدْ تَقَدَّمَ نَهْيُهُ عَنْ الْقِيَامِ كَمَا يَفْعَلُهُ الْأَعَاجِمُ بَعْضُهَا لِبَعْضِ فَكَيْفَ بِالرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ ؟ وَكَذَلِكَ مَا هُوَ رُكُوعٌ نَاقِصٌ يَدْخُلُ فِي النَّهْيِ عَنْهُ
“Adapun tunduk hormat, maka Rasulullah melarang darinya sebagaimana diriwayatkan dalam Sunan At-Tirmidzi dari Nabi ﷺ bahawa mereka bertanya kepada Nabi ﷺ tentang seorang lelaki yang bertemu saudaranya, bolehkah beliau membongkokkan (atau menundukkan) badan kepadanya? Maka jawab Nabi, “Tidak boleh.” Kerana sesungguhnya perbuatan ruku’ dan sujud tidak dibenarkan melainkan hanya kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Dan sesungguhnya bentuk penghormatan dengan cara menunduk (atau merebahkan badan) terdapat pada selain dari syari’at kita sebagaimana dalam kisah Yusuf:
“Dan mereka semua merebahkan diri seraya bersujud (kepada Yusuf), dan beliau (Yusuf) berkata, “Wahai ayahku, inilah ta’wil (tafsir) mimpiku yang sebelum ini.”
Adapun dalam syari’at kita, tidak dibolehkan sujud melainkan kepada Allah. Malah turut dilarang seseorang mendahului dengan berdiri (sebagai bentuk penghormatan) sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian Al-‘Ajam (yakni kaum selain ‘Arab) kepada selainnya, lalu bagaimana dengan ruku’ dan sujud? Dan demikianlah ruku’ yang sedikit juga masuk ke dalam larangan.” (Majmu’ Al-Fatawa, 1/377)
Adapun perbuatan saling berpelukan (berdakapan) dibenarkan apabila pulang dari musafir atau setelah lama tidak bertemu. Tetapi jika menjadikan ianya sebagai kebiasaan (selain dari ketika balik safar), maka tidak dibolehkan (makruh). Ini sebagaimana diriwayatkan dari amalan para sahabat Nabi.
كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا تلاقوا تصافحوا، و إذا قدموا من سفر تعانقوا
“Bahawasanya para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila bertemu mereka saling bersalaman, dan apabila pulang dari safar (bermusafir), mereka saling berpelukan.” (Majma’ Az-Zawa’id, 8/75. Kata Al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam al-Ausath dan para perawinya adalah perawi kitab ash-Shahih.” Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
“Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian saling bersalaman melainkan dosa keduanya akan diampunkan (oleh Allah) sebelum ia berpisah.” (Musnad Ahmad, no. 18547. Sunan Abu Daud, no. 5212. Sunan At-Tirmidzi, no. 2727. Sunan Ibnu Majah, no. 3693. Dinilai sahih oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)
Demkianlah bahawa asal sunnah bersalaman atau berjabat tangan itu adalah tanpa diiringi dengan menundukkan badan, dan tanpa diiringi dengan mencium tangan. Itulah sunnah Nabi kita.
Wallahu a’lam.