HUKUM MEMBUAT CERITA FIKSYEN (Kisah² Khayalan)
س7: هل يجوز للشخص أن يكتب قصصا من نسج الخيال، وكل ما فيها في الحقيقة كذب، ولكن يقدمها كقصص للأطفال لقراءتها وأخذ العبر منها؟
ج7: يحرم على المسلم أن يكتب هذه القصص الكاذبة، وفي القصص القرآني والنبوي وغيرهما مما يحكي الواقع ويمثل الحقيقة ما فيه الكفاية في العبرة والموعظة الحسنة.
وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.
اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
نائب رئيس اللجنة … الرئيس
عبد الرزاق عفيفي … عبد العزيز بن عبد الله بن باز
Terjemahan:
Soalan:
Adakah boleh bagi seseorang menulis cerita-cerita khayalan, semua yang ditulis pada hakikatnya adalah dusta akan tetapi dilakukan sebagai cerita buat kanak-kanak untuk dibaca dan diambil pengajaran?
Jawapan:
DiHARAMKAN atas seorang Muslim untuk menulis cerita-cerita dusta ini dan pada kisah-kisah al-Quran dan hadis-hadis Nabawi dan selain keduanya yang menceritakan realiti dan kejadian sebenar sudah mencukupi sebagai iktibar dan nasihat yang baik.
Wa billahit Taufiq Wa Sollallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa Alihi wa Sohbihi wa Sallam.
Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi
Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah Ibn Baz
Naib Ketua: Abdul Razzaq ‘Afifi
Sumber: Fatwa Lajnah Tetap Untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi, No. Fatwa: 6252. Soalan ke-7, jil. 12, m.s 187.
Komentar:
Termasuk dilarang juga menjadikan cerita-cerita dongeng dan khayalan (fiksyen) ini sebagai Wasilah Dakwah sama ada dalam bentuk cerpen, novel, dan sebagainya. Wasilah Dakwah adalah Tauqifiah yakni: “Apa-apa wasilah dakwah yang tidak digunakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sedangkan adanya keperluan menggunakannya dan tiada halangan daripada baginda melakukannya maka ia dilarang digunakan” apatah lagi jika wasilah itu sendiri pada hukum asalnya adalah dilarang secara syar’ie maka tidak boleh dijadikan sebagai wasilah dakwah kerana dakwah adalah Ibadat.
Terjemahan & Komentar oleh:
Muhammad Asrie bin Sobri
Universiti Islam Madinah Nabawiah.