Hukum Cukai Import dan Export Barangan Dalam Islam

Hukum Cukai Import dan Export Barangan Dalam Islam

Barisan Ulama Besar ‘Arab Saudi
Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyah wa Al-Iftaa’
www.ilmusunnah.com

الفتوى رقم 4012

Fatwa No. 4012, Soalannya:

س: قرأت في كتاب (الزواجر عن اقتراف الكبائر) لابن حجر الهيتمي في حكم المكوس، ونهي النبي صلى الله عليه وسلم عنها وأن أصحابها أشد الناس عذابًا يوم القيامة، فلدينا في مصر يعتمد الاقتصاد القومي على تحصيل الرسوم الجمركية على الواردات والصادرات، وهذه الرسوم بالتالي يقوم التجار بإضافتها إلى ثمن البضاعة المباعة بالتجزئة للجمهور، وبهذه الأموال المحصلة تقوم الدولة بمشروعاتها المختلفة لبناء مرافق الدولة، فأرجو من فضيلتكم توضيح حكم هذه الرسوم وحكم الجمارك والعمل بها، وهل يعتبر نفس حكم المكوس أم لا يعتبر نفس الحكم؟ أرجو توضيح هذا الأمر؛ لأنني أعمل بمصلحة الجمارك، فهل هذا العمل حرام أم حلال؟ وبالتالي يتسنى لي التصرف حتى لا يصيبنا عذاب الله عز وجل، علمًا بأنني أعمل في مجال الحسابات والاستحقاقات مرتبات العاملين.

“Aku membaca buku Az-Zaawajir ‘an Iqtiraaf Al-Kabaair karya Ibnu Hajar Al-Haitami tentang hukum Al-Mukus (duti atau percukaian) dan larangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terhadapnya. Di sana juga disebutkan bahawa pendukung maks (percukaian) adalah manusia yang paling keras seksaannya pada hari Kiamat nanti. Di Mesir, perekonomiannya bergantung kepada pelbagai hasil tarif duti percukaian atas barang import dan eksport. Kesan dari tarif percukaian yang dikenakan ini, maka para peniaga pun memasukkan beban cukai tersebut ke dalam harga runcit barang-barangan sehingga harganya pun menjadi lebih mahal (serta membebankan majoriti pengguna). Dari kutipan hasil cukai ini pihak kerajaan (atau negara) pun menggunakannya untuk pelbagai plan pembangunan pelbagai insfrastruktur negara. Aku berharap daripada anda yang dimuliakan agar memberikan suatu penjelasan tentang hukum perkara ini dan hukum al-jamaarik (bea cukai) serta hukum bekerja di bidang tersebut. Dan adakah hal percukaian ini dikira termasuk dalam makna al-mukus tersebut ataupun berbeza?

Aku berharap penjelasan perkara ini kerana aku berkerja di badan percukaian, lalu adakah pekerjaan aku ini haram atau halal?

Dan aku berharap dengan jawaban tersebut aku pun akan dapat memperbetulkan kedudukan aku sehingga aku tidak termasuk ke dalam ancaman azab Allah ‘Azza wa Jalla yang mana saat ini aku bekerja sebagai staff dalam bidang perakaunan, salari, dan pemungutan.”

Jawaban Al-Lajnah Ad-Daa’imah:

ج: تحصيل الرسوم الجمركية على الواردات والصادرات من المكوس، والمكوس حرام، والعمل بها حرام، ولو كانت مما يصرفها ولاة الأمور في المشروعات المختلفة، كبناء مرافق الدولة؛ لنهي النبي صلى الله عليه وسلم عن أخذ المكوس، وتشديده فيه،

“Hasil bea cukai (Ar-Rasyum Al-Jamarikiyah) ke atas barang import dan eksport itu termasuk Al-Mukus, dan Al-Mukus itu adalah haram, dan bekerja padanya (yakni pada bidang tersebut) hukumnya haram walaupun cukai tersebut dibelanjakan oleh negara untuk mengadakan pelbagai plan pembangunan semisal membangun pelbagai insfrastruktur negara. Ini adalah kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang dari perbuatan mengambil Al-Mukus dan bahkan beliau memberi ancaman keras padanya.”

فقد ثبت في حديث عبد الله بن بريدة عن أبيه في رجم الغامدية التي ولدت من الزنا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: والذي نفسي بيده لقد تابت توبة لو تابها صاحب مكس لغفر له  الحديث رواه أحمد ومسلم وأبو داود،

“Telah tsabit pada hadis ‘Abdullah bin Buraidah dari ayahnya tentang direjamnya wanita dari suku Al-Ghamidiyyah setelah melahirkan anak disebabkan perbuatan zina. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda tentang wanita tersebut:

“Demi zat yang jiwaku di Tangan-Nya, benar-benar wanita ini telah bertaubat dengan suatu taubat yang seandainya pemungut maks (cukai) bertaubat sepertinya nescaya Allah akan mengampuninya.” Al-hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, dan Abu Daud.”

وروى أحمد وأبو داود والحاكم عن عقبة بن عامر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: لا يدخل الجنة صاحب مكس  وصححه الحاكم، وقد قال الذهبي في كتابه (الكبائر): والمكاس داخل في عموم قوله تعالى:  إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ؛ والمكاس من أكبر أعوان الظلمة، بل هو من الظلمة أنفسهم، فإنه يأخذ ما لا يستحق، ويعطيه لمن لا يستحق،

“Dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan Al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Aamir, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda:

“Tidak masuk Syurga shahibu maks (para pendukung atau pemungut cukai).” Dan hadis ini disahihkan oleh Al-Hakim.

Dan Al-Imam Adz-Dzahabi menegaskan di kitab beliau Al-Kabaa’ir, “Al-Makkaas (Pemungut cukai) itu termasuk dalam keumuman firman Allah Ta’ala (yang terjemahan maknanya):

“Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.” (Surah Asy-Syura, 42: 42)

Al-Makkaas (pemungut cukai) termasuk sebahagian dari kaki tangan paling penting bagi penguasa zalim. Bahkan Al-Makkaas (pemungut cukai) itu termasuk pelaku kezaliman kerana mereka mengambil harta yang tidak sepatutnya diambil dan memberinya kepada yang tidak berhak pula.”

واستدل على ذلك بحديث بريدة وحديث عقبة المتقدمين، ثم قال: والمكاس فيه شبه من قاطع الطريق، وهو من اللصوص، وجابي المكس وكاتبه وشاهده وآخذه من جندي وشيخ وصاحب راية – شركاء في الوزر، آكلون للسحت والحرام. انتهى.

Kemudian Adz-Dzahabi beristidlal dengan dalil dari hadis Buraidah dan ‘Uqbah yang telah disebutkan. Kemudian beliau (Adz-Dzahabi) mengatakan:

Al-Makkaas (Pemungut cukai) itu memiliki kesamaan dengan perompak di jalanan dan bahkan dia termasuk penyamun. Pemungut cukai, tukang tulisnya, yang menjadi saksinya, dan yang mengambilnya sama ada seorang tentera, syaikh, atau pemimpin; mereka semuanya saling berserikat (berkongsi) dalam dosa dan saling bekerjasama dalam memakan harta yang haram.” Demikian nukilan dari Adz-Dzahabi.”

ولأن ذلك من أكل أموال الناس بالباطل، وقد قال تعالى:  وَلاَ تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ، ولما ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال في خطبته بمنى يوم العيد في حجة الوداع:  إن دماءكم وأموالكم وأعراضكم عليكم حرام كحرمة يومكم هذا في بلدكم هذا في شهركم هذا  فعلى المسلم أن يتقي الله ويدع طرق الكسب الحرام، ويسلك طرق الكسب الحلال، وهي كثيرة وللّه الحمد، ومن يستغن يغنه الله، قال الله تعالى:  وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا  ، وقال:  يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا.

“Ini kerana pada yang demikian itu (yakni percukaian) mengandungi perbuatan memakan harta orang lain dengan cara yang bathil sedangkan Allah Ta’ala telah berfirman (yang terjemahan maknanya):

“Janganlah engkau memakan harta di antara kalian dengan cara yang bathil.” (Surah Al-Baqarah, 2: 188)

Dan sebagaimana apa yang tsabit dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau berkata dalam khutbah beliau di Mina pada hari ‘Ied di Hajjatil Wadaa’ (10 Dzulhijjah):

“Sesungguhnya darah kalian, harta kalian, dan kehormatan kalian adalah haram atas kalian sebagaimana dhormatinya hari ini, di negeri kalian ini, dan pada bulan kalian ini.”

Hendaklah ke atas setiap Muslim bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan sumber-sumber pendapatan yang haram, iaitu dengan memilih sumber-sumber pendapatan yang halal dan ianya banyak sekali, walillaahilhamd (dan bagi Allah segala puji-pijian). Sesiapa yang merasa cukup (dengan yang halal) maka Allah pun akan memberinya kecukupan. Allah Ta’ala berfirman (yang terjemahan maknanya):

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan untuknya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan segala sesuatu pada qadarnya (ketentuan-Nya).”

Dan Dia juga berfirman (yang terjemahan maknanya):

“(Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah), Dia akan menjadikan untuknya kemudahan dalam urusannya.”

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

Wabillaahit Taufiq, wa Shallallaahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa aalihi wa Shahbihi wa Sallam.”

Fatwa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyah wa Al-Iftaa’ (‘Arab Saudi) diketuai oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillaah bin Baaz rahimahullah.