Hukum Bekerja di Badan Percukaian, Dan Bilakah Cukai Boleh Dipungut Dari Rakyat?
Syaikh Abu ‘Abdil Mu’iz Muhammad ‘Ali Firkous hafidzahullah[1]
العمل في الضرائب
www.ilmusunnah.com
السؤال: إلى الشيخ الفاضل، إنّي تحصلت على شهادة في الجباية (الضرائب) وأنا أريد أن أوجه لك بعض الأسئلة على حكم العمل في مصالح الضرائب
Soalan: Kepada Asy-Syaikh Al-Faadhil, saya telah mendapat ijazah Al-Jabaayah (Adh-Dharaa’ib; yakni percukaian – pent.) dan saya ingin mengajukan beberapa pertanyaan kepada Syaikh berhubung hukum bekerja di badan percukaian.
السؤال الأول: هل يجوز لي العمل في مصالح الضرائب وهل يعتبر حلالا شرعا؟
Soalan pertama: Adakah dibolehkan bagi saya bekerja di badan percukaian dan adakah bekerja di sana dihalalkan oleh syara’?
السؤال الثاني: هل يجوز فرض الضرائب إلى جانب الزكاة في الدولة الإسلامية؟
Soalan kedua: Adakah dibolehkan mewajibkan cukai dalam sebuah negara Islam di samping kewajiban zakat?
السؤال الثالث: إذا كان العمل جائزا في هذه المصالح كيف يمكن تفسير أو تأويل حديث ذم المكس والمكاسين والعشارين؟
Soalan ketiga: Apabila bekerja di badan percukaian dibenarkan, maka bagaimana memahami hadis yang mencela al-maks (cukai), hukum mereka yang terlibat dengannya, dan para pemungutnya?
أرجو أن تشفي غليلي في هذه المسألة وجزاك الله خيرا، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya berharap agar Syaikh dapat menghilangkan kerunsingan saya dalam perkara ini. Semoga Allah membalas Syaikh dengan kebaikan. Wassalaamu ‘alaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh.
Jawaban:
الجواب: الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسلام على محمد وعلى آله وصحبه وإخوانه إلى يوم الدين، أمّا بعد
Al-Jawab: Segala puji hanya bagi Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salaam semoga tercurah ke atas Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarganya, sahabatnya, saudaranya hingga hari Kiamat. Amma ba’d…
فينبغي -قبل الشروع في الإجابة- التفريق بين نوعين من الضرائب التي يسمّيها بعض الفقهاء من المالكية بـ ” الوظائف ” أو بـ ” الخراج ” وسمّاها بعض الأحناف بـ “النوائب” أي نيابة الفرد عن السلطان وعند بعض الحنابلة بـ: ” الكلف السلطانية “
Suatu yang penting sebelum pergi pada jawaban, kita perlu tahu mengasingkan antara dua jenis cukai yang dinamakan oleh sebahagian fuqahaa’ dari kalangan Al-Malikiyah (pengikut mazhab Malik), iaitu antara “al-wazhaa-if” atau “al-kharraaj”; dan dikenal pula di kalangan sebahagian ulama mazhab Hanafi dengan nama “an-nawaa-ib”, iaitu pengganti cukai per kepala dari Sulthan (pemerintah), dan di sisi sebahagian ulama Hanabilah (mazhab Ahmad) dinamakan dengan “al-kalf as-sulthaniyah“, (kedua bentuk cukai ini terbahagi menjadi):
– ضرائب مأخوذة بحق على سبيل العدل وبشرطها.
– ضرائب تؤخذ على سبيل الظلم والتعدي.
1, Cukai yang diambil dengan jalan yang adil dan memenuhi syarat-syaratnya.
2, Cukai yang diambil dengan jalan yang zalim dan melampaui batas.
فالضرائب التي يفرضها الحاكم المسلم لضرورة قاضية أو لسدّ حاجة داعية أو لدرء خطر داهم أو متوقع، ومصدر الخزينة العامة للدولة لا تفي بالحاجيات ولا تغطيها بالنفقات، فإنّ العلماء أفتوا بتجويز فرضها على الأغنياء عملا بالمصالح المرسلة وتأسيسا لقاعدة: تفويت أدنى المصلحتين تحصيلا لأعلاهما وقاعدة: يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عام
Adh-Dhara’ib (cukai) yang diwajibkan oleh penguasa muslim disebabkan keadaan yang darurat untuk memenuhi keperluan negara atau untuk mencegah kerugian yang menimpa, iaitu di ketika perbendaharaan negara tidak cukup dan tidak dapat menampung belanja keperluan tersebut, maka dalam keadaan yang demikian ulama telah memfatwakan bolehnya menetapkan tarif cukai atas orang-orang kaya dalam rangka menerapkan mashalih al-mursalah dan berdasarkan kaedah “tafwit adnaa al-mashlahatain tahshilan li a’laahuma” (sengaja tidak mengambil mashlahat yang lebih kecil dalam rangka memperoleh mashalat yang lebih besar) dan “yatahammalu adh-dharar al-khaash li daf’i dhararin ‘aam” (menanggung kerugian yang lebih ringan dalam rangka menolak kerugian yang lebih besar).
وبه قال أبو حامد الغزالي في المستصفى والشاطبي في الاعتصام حيث نصّ على أنّه إذا خلا بيت المال وزادت حاجة الجند فللإمام أن يوظف على الأغنياء ما يراه كافيا لهم في الحال، ولا يخفى أنّ الجهاد بالمال مفروض على المسلمين وهو واجب آخر غير فريضة الزكاة،
Pendapat ini juga didukung oleh Abu Hamid Al-Ghazali (Imam Al-Ghazali) dalam Al-Mustashfa dan Asy-Syatibhi dalam Al-I’tisham ketika me-nashkan bahawa jika simpanan Baitulmaal kekeringan sedangkan keperluan pasukan (ketenteraan) bertambah, maka al-imam (pihak pemerintah) boleh menetapkan pungutan (atau penjanaan) yang sesuai atas orang-orang yang berharta (atau orang kaya) yang dilihat punya harta yang lebih dari cukup atas mereka dalam urusan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa berjihad dengan harta adalah difardhukan ke atas kaum muslimin dan merupakan kewajiban yang lain di samping kewajiban zakat.
قال تعالى: ﴿إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ﴾[الحجرات 15] وقوله تعالى: ﴿انفِرُوا خفافا ًوَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيْلِ اللهِ﴾[التوبة 41] وقوله تعالى: ﴿وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ﴾[البقرة 195] وقوله عزّ وجلّ:﴿تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَرَسُولهِ ِوَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَ أَنْفُسِكُمْ﴾[الصف 11]،
Allah Ta’ala berfirman (yang terjemahan maknanya):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka bermujahadah (berjuang atau berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka Itulah orang-orang yang benar.” (Surah Al-Hujuraat, 49: 15)
Dan firman Allah Ta’ala (yang terjemahan maknanya):
“Berangkatlah kamu sama ada dalam Keadaan merasa ringan ataupun berat, dan bermujahadah (berjuang dan berjihad)lah kamu dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah.” (Surah At-Taubah, 9: 41)
Dan firman Allah lagi (yang terjemahan maknanya):
“Dan infaqkanlah (harta benda kalian) pada jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri kepada kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, 2: 195)
Dan firman Allah ‘Azza wa Jalla (yang terjemahan maknanya):
“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kalian.” (Surah Ash-Shaff, 61: 11)
فيكون من حق أولي أمر المسلمين أن يحددوا نصيب كلّ فرد قادر من عبء الجهاد بالمال على ما قرره صاحب “غياث الأمم ” ورجح النووي وغيره من أئمة الشافعية أنّه يلزم أغنياء المسلمين إعانتهم من غير مال الزكاة،
Maka menjadi sebahagian hak ulil amr (pemimpin) kaum muslimin adalah menetapkan berapa nisbah beban jihad dengan harta bagi setiap orang yang mampu. Hal ini sesuai dengan apa yang dikemukakan oleh penyusun “Ghiyaats Al-Umam” dan apa yang dirajihkan oleh An-Nawawi serta dari para ulama Syafi’iyah yang lainnya. Sesungguhnya mereka merajihkan pendapat bahawa kalangan kaya dari kaum muslimin bertanggungjawab untuk membantu kaum muslimin dengan harta selain zakat.
ويدخل ضمن ما ذكرنا سائر المرافق العامة العائدة على أفراد المجتمع كافة سواء كانت مصلحة الجماعة وتأمينها عسكريا واقتصاديا يحتاج إلى مال لتحقيقها ولم تكفهم الزكاة بل وحتى إذا كانت الدعوة إلى الله وتبليغ رسالته يتطلب ذلك إذ أنّ تحقيقها حتم لازم على ساسة المسلمين وفرض الزكاة، لا يفي بما هو لازم وإنّما يتمّ الواجب بفرض مال ضريبة غير الزكاة، فيقرر الوجوب عندئذ بناء على قاعدة: ما لا يتمّ الواجب إلاّ به فهو واجب
Dan termasuk dari apa yang kami sebutkan adalah pelbagai kemudahan insfrastruktur awam yang bermanfaat bagi masyarakat keseluruhannya. Iaitu yang bermashlahah (bermanfaat) kepada seluruh masyarakat dan perlindungan mereka dari segi keamanan (ketenteraan) dan ekonomi di mana ini semua memerlukan kos perbelanjaan bagi menjayakannya sementara pada ketika itu hasil dari zakat tidak mencukupi. Bahkan apabila dakwah kepada Allah dan urusan menyampaikan risalah-Nya memerlukan dana (maka pungutan cukai boleh diterapkan), kerana melaksanakan perkara tersebut merupakan kewajiban bagi tokoh kaum muslimin yang mana (pada kebiasaannya) kewajiban zakat tidaklah mencukupi. Kewajiban tersebut hanya mampu terlaksana dengan penetapan dharibah (tarif cukai) di luar kewajiban zakat. Oleh sebab itu, kewajiban ini ditampung di atas kaedah “maa laa yatimmu al-wajib illa bihi fa huwa wajib”, sesuatu di mana sebuah kewajiban tidak sempurna kecuali denganya, maka sesuatu itu menjadi wajib.
ثمّ إنّ الفرد يغنم من تلك المرافق العامة التي هيأتها الدولة المسلمة لمصلحته وفائدته ، فإنّه عليه بالمقابل أن يدفع ما هو داخل في التزامه عملا بمبدأ: ” الغرم بالغنم ” .
غير أنّ هذا التشريع مقيّد بجملة من الشروط منها:
1_ خلو بيت المال وحاجة الدولة إليه حقيقية وانعدام الموارد المالية الأخرى لها.
2_ وجوب إنفاقها في مصالح الأمة على سبيل العدل.
3_ التماس مشورة أهل الرأي ورجال الشورى في تقدير حاجات الدولة العاجلة إلى المال ، ومدى كفاية الموارد عن عجزها، مع مراقبة جمعها وتوزيعها بالصورة المطلوبة شرعا.
Kemudian, setiap individu yang memanfaatkan insfrastruktur (atau kemudahan) awam yang telah disediakan untuk faedah dan mashlahah orang ramai dari pihak kerajaan, maka atasnya menjadi kewajiban setiap individu untuk memberi sumbangan dengan mengamalkan prinsip “al-ghurm bi al-ghunm” (tanggungan kewajiban seimbang dengan manfaat yang diambil). Akan tetapi ketetapan ini diikat dengan sejumlah dari syarat-syarat yang perlu dipatuhi, yang darinya adalah:
1, Bait al-maal telah mengalami kekosongan dan keperluan negara untuk mengambil cukai memang benar-benar sangat diperlukan sementara sumber masukan harta negara yang lain bagi menampung keperluan tersebut tidak ada.
2, Kutipan tersebut wajib dikelolakan untuk mashlahah umum dengan jalan yang adil.
3, Bermusyawarah dengan ahlu ar-ra’yi (orang-orang yang pakar dalam bidangnya) dan anggota syura dalam menentukan pelbagai kadar keperluan negara yang memerlukan dana segera, dan batas mencukupi sumber kewangan negara dalam memenuhi keperluan tersebut berserta dengan pengawasan terhadap pengumpulan dan pengelolaan dana tersebut dengan cara yang bersesuaian syari’at.
هذا النوع من الضرائب الذي يقسم بالعدل والقسط بحق فقد أقره فقهاء المذاهب الأربعة تحت تسميات مختلفة كما يؤيد ذلك فعل عمر بن الخطاب رضي الله عنه أثناء خلافته أنّه كان يفرض على تجار أهل الحرب العشر، ويأخذ من تجار أهل الذمّة نصف العشر ومن تجار المسلمين ربع العشر.
Adh-Dhara’ib (cukai) dari bentuk ini yang dibahagikan secara adil dan dengan cara yang haq telah disebutkan oleh para fuqaha’ empat mazhab dengan penamaan yang berbeza-beza sebagaimana perkara ini didukung oleh perbuatan ‘Umar Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu ketika masa kekhalifahannya, di mana beliau mewajibkan ‘usyur (cukai sebanyak 10%) kepada para pedagang ahlu al-harb (kafir harbi), dari para pedagang ahlu adz-dzimmah diambil sebanyak nishful ‘usyur (5%), dan dari para pedagang kaum muslimin sebanyak satu per empat ‘usyur (2.5%; iaitu zakat perniagaan yang dikenakan atas kaum Musimin – pent.).
أمّا النوع الثاني من الضرائب المجحفة والجائرة فليست سوى مصادرة لجزء من المال يؤخذ من أصحابه قسرا وجبرا وكرها من غير طيب نفس منه، مخالفين في ذلك المبدأ الشرعي العام في الأموال وهو أنّ الأصل فيها التحريم استنادا إلى نصوص كثيرة منها قوله صلى الله عليه وسلم: “لا يحلّ مال امرئ مسلم إلاّ بطيب نفس منه”(١) وقوله عليه الصلاة والسلام: “من قتل دون ماله فهو شهيد”(٢) وقوله :” ألا إنّ دماءكم وأموالكم وأعراضكم عليكم حرام … “(٣) الحديث .
Adapun cukai bentuk kedua yang diambil secara tidak adil dan zalim, maka perkara tersebut tidak lain merupakan bentuk rampasan sejumlah harta yang diambil dari pemiliknya secara paksa tanpa ada kerelaan darinya. Perkara ini menyelisihi prinsip umum syari’at Islam berkaitan harta, yang mana hukum asal dalam permasalahan harta adalah haram diganggu kerana berpedoman pada dalil-dalil yang banyak, di antaranya adalah sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Tidak halal harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan dari dirinya.”
Dan sabda Nabi ‘alaihish Sholatu was Salam:
“Sesiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka dia syahid.”
Juga sabda beliau:
“Sesungguhnya darah-darah kalian, harta-harta dan kerhormatan-kehormatan kalian adalah haram atas sesama kalian (untuk dilanggar).”
وعليه فإنّ ما ورد ثابتا أو غير ثابت من أحاديث ذمّ المكاس والعشار واقترانها بالوعيد الشديد إنّما هي محمولة على الجبايات والضرائب الجائرة والقاسطة التي تؤخذ بغير حق وتنفق في غير حق ومن غير توجيه، بمعنى أنّ الموظف العامل على جبايتها يستخدمه الملوك والحكام وأتباعهم لقضاء مصالحهم وشهواتهم على حساب فقراء ومظلومي مجتمعاتهم من شعوبهم، وضمن هذا المنظور والمحتوى يقول الذهبي في الكبائر: “المكاس من أكبر أعوان الظلمة، بل هو من الظلمة أنفسهم، فإنّه يأخذ ما لا يستحق ويعطيه لمن لا يستحق.
Dan pada perkara ini, telah datang pelbagai hadis sama ada yang sahih mahupun yang tidak, yang mencela al-makkaas dan al-‘usyaar (pengelola dan pemungut cukai) yang mana mengaitkannya dengan seksaan yang berat, kesemuanya itu dibawa kepada makna cukai (al-jabayah dan adh-dhara’ib) yang berlangsung secara zalim dan tidak adil, yang diambil tanpa haq dan dikelolakan tanpa hak dan tanpa memenuhi syaratnya. Iaitu dengan makna bahawa pegawai yang ditugaskan untuk memungut cukai tersebut dipergunakan oleh para raja dan penguasa serta para pengikutnya untuk memenuhi kepentingan dan syahwat mereka dengan mengorbankan kaum faqir dan rakyat yang tertindas. Gambaran inilah yang dikatakan oleh Adz-Dzahabi dalam Al-Kaba’ir:
“Pemungut cukai adalah salah satu pendukung kezaliman, bahkan ia termasuk kezaliman itu sendiri, kerana mereka mengambil sesuatu yang bukan haknya dan memberikan pula kepada yang tidak berhak.”
هذا هو حال التعامل الذي ساد العالم عند ظهور الإسلام ولا تزال هذه الضرائب المجحفة تفرضها الحكومات اليوم على أوساط الناس وفقرائهم من مجتمعاتهم وبالخصوص الشعوب الإسلامية، وتُرَدُّ على الرؤساء والأقوياء والأغنياء، وتصرف غالبا في شهواتهم وملذاتهم المتمثلة في البروتوكولات الرسمية في استقبال الزائرين من ملوك ورؤساء، وفي ولائمهم ومهرجاناتهم التي يأخذ فيها الفجور والخمور وإظهار الخصور نصيب الأسد فضلا عن أنواع الموسيقى وألوان الرقص والدعايات الباطلة وغيرها من شتى المجالات الأخرى المعلومة والمشاهدة عيانا باهضة التكاليف المالية فكانت هذه الضريبة فعلا – كما عبّر عنها بعض أهل العلم- بأنّها: تؤخذ من فقرائهم وتردّ على أغنيائهم، خلافا لمعنى الزكاة التي قال فيها النبي صلى الله عليه وسلم: “تؤخذ من أغنيائهم و ترد على فقرائهم”
Inilah realiti yang tersebar luas di seluruh pelusuk dunia ketika Islam telah berkembang. Pelbagai bentuk cukai yang tidak wajar telah diwajibkan oleh kebanyakan pemerintahan ketika ini di tengah-tengah manusia dan ke atas orang-orang faqir, khasnya kaum muslimin. Kemudian, cukai tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan pemimpin, golongan yang punya kedudukan, dan orang-orang kaya, dan disalurkan pula bagi tujuan memenuhi syahwat dan kesenangan mereka, sebagaimana terdapat dalam protokol-protokol rasmi negara ketika menerima tamu dari kalangan para raja dan pemimpin. Demikian pula turut disebutkan digunakan bagi mengelolakan pelbagai pesta dan festival yang padanya kemaksiatan dan minuman keras, mempertontonkan aurat, persembahan musikal dan tari-menari serta kegiatan bathil lainnya yang begitu jelas memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi.
Maka, cukai bentuk ini seperti yang dinyatakan oleh sebahagian ulama yang dengannya malah dipungut dari kalangan faqir lalu dikembalikan kepada orang-orang kaya. Keadaan ini bertentangan dengan ruh zakat yang dinyatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam hadisnya:
“Zakat itu diambil dari kalangan berharta dan dikembalikan kepada orang-orang faqir mereka.”
وبناء على ما تقدم فإنّه يجب على المسلم الحريص على دينه أن يتجنب المحرمات والمعاصي وأن يبتعد عن كلّ عمل يلوثه بالآثام والذنوب وينجس أمواله ويقذرها، كما ينبغي عليه أن لا يكون آلة ظلم ووسيلة قهر يستخدمه الظلمة سوط عذاب لإرهاق النّاس بالتكاليف المالية بل قد يكون من الظلمة أنفسهم لأنّه غالبا ما يشارك الظالمين ظلمهم ويقاسمهم الأموال المحرمة، على أنّ الشرع إذا حرّم شيئا حرّم ثمنه قال عليه الصلاة والسلام: “قاتل الله اليهود لمّا حرّم عليهم شحومها جملوه ثمّ باعوه فأكلوا ثمنه”
Berdasarkan penjelasan di atas, seorang muslim yang peduli terhadap agamanya maka dia berkewajiban menjauhi segala perkara yang haram dan kemaksiatan serta menjauhkan diri dari setiap perbuatan yang membawa dosa serta mengotori harta yang dimilikinya. Sebagaimana dia juga tidak boleh menjadi alat dan wasilah (perantara) kezaliman yang digunakan oleh para pelakunya dalam membebani manusia dengan pelbagai kutipan harta.
Boleh jadi dia sendiri termasuk pelaku kezaliman itu sendiri, kerana biasanya seorang yang bersekutu dengan para pelaku kezaliman akan saling mengagih harta yang haram, (yang mana perkara tersebut termasuk perbuatan zalim), yang mana syari’at apabila mengharamkan suatu perbuatan, maka wang yang diperoleh hasil dari perbuatan tersebut juga adalah haram. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Semoga Allah membinasakan Yahudi, kerana ketika Allah mengharamkan lemak bangkai atas mereka, mereka malah mencairkannya (menukar menjadi minyak), kemudian mereka menjual dan menggunakan wang dari hasil jualannya.”
أمّا فرض الضرائب إلى جانب الزكاة إذا لم يوجد المورد لسدّ هذه الحاجة إلاّ بالضرائب فيجوز أخذها بل يجب أخذها عند خلو بيت المال وإنفاقها في حقها وتوزيع أعبائها بالعدل والمساواة على ما تقدم في الضرائب العادلة وما تأيّد به من فعل عمر بن الخطاب رضي الله عنه
Adapun penetapan cukai di sisi kewajiban zakat, apabila tidak ditemukan sumber kewangan bagi memenuhi suatu keperluan negara melainkan dengan mengadakan pungutan cukai, maka dibolehkan memungut cukai bahkan perkara tersebut menjadi wajib dengan syarat harta simpanan Baitul Maal telah kosong, dikelolakan dan disalurkan dengan benar dan adil berdasarkan penjelasan terdahulu berkaitan adh-dhara’ib (cukai) yang adil dan berdasarkan dukungan dari perbuatan ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu yang mendukung perkara tersebut.
هذا ما بدا لي في هذه المسألة فإن أصبت فمن الله وإن أخطأت فمن نفسي، والله نسأل أن يسدد خطانا ويبعدنا من الزلل ويوفقنا لما فيه خير الدنيا والآخرة، ويجعلنا عونا في إصلاح العباد والبلاد إنّه ولي ذلك والقادر عليه.
Inilah pendapat yang aku pilih dalam permasalahan ini. Apabila benar, maka itu berasal dari Allah dan jika keliru, maka ianya berasal daripadaku. Aku memohon kepada Allah untuk meneguhkan langkah kita, menjauhkan kita dari kesesatan, memberi taufiq kepada kita untuk melaksanakan amalan yang mengandungi kebaikan di dunia dan akhirat, serta menjadikan diri kita sebagai sarana dalam memperbaiki manusia dan negara. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Menguasai dan Maha Mampu atas hal itu.
وآخر دعوانا أن الحمد لله ربّ العالمين؛ وصلّى الله على محمّد وعلى آله وصحبه وإخوانه إلى يوم الدين وسلم تسليما
Segala puji hanya bagi Allah Rabb semesta alam, semoga selawat dan salam keselamatan dari Allah untuk Nabi Muhammad, untuk keluarga beliau, untuk para sahabatya, dan untuk yang mengikutinya sampai hari kiamat.
الجزائر في : 12 جمادى الأول 1417هـ
Al-Jazaa’ir: 12 Jamadil Awwal 1417H (26 September 1996M)
Sumber: http://www.ferkous.com/site/rep/Bi2.php (Fatwa no. 6, dari rangkaian Fatwa Jual-Beli dan Mu’amalah Harta).
[1] Biografi Syaikh Muhammad ‘Ali Ferkous boleh dilihat di, http://www.ferkous.com/site/eng/A1.php