Himpunan Fatwa Para Ulama Berkaitan Amalan Bulan Rajab
Al-Imam Abu Syamah rahimahullah (Wafat: 665H) berkata:
وذكر الشيخ أبو الخطاب في كتاب أداء ما وجب من وضع الوضاعين في رجب عن المؤتمن بن أحمد الساجي الحافظ قال:
كان الإمام عبد الله الأنصاري شيخ خراسان لا يصوم رجب وينهى عن ذلك ويقول: ما صح في فضل رجب ولا صيامه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم شيء وقد رويت كراهة صومه عن جماعة من الصحابة، منهم أبو بكر وعمر- رضي الله عنهما -، وكان يضرب بالدرة صوامه وروي ذلك الفاكهي في كتاب مكة له، وأسند الإمام المجمع على عدالته، المتفق على إخراج حديثه وروايته، أبو عثمان سعيد بن منصور الخراساني قال: حدثنا سفيان عن مسعر عن وبرة عن خرشة بن الحر أن عمر ابن الخطاب-رضي الله عنه-كان يضرب أيدي الرجال في رجب ،إذا رفعوها عن طعامه حتى يضعوها فيه، ويقول: إنما هو شهر كان أهل الجاهلية يعظمونه .قال وهذا سند مجمع على عدالة رواته.
فالصيام جنة، وفعل خير، وعمل بر، لا لفضل صوم هذا الشهر قال: فإن قيل: أليس هذا هو استعمال خير؟ قيل الخير ينبغي أن يكون مشروعاً من النبي صلى الله عليه وسلم، فإذا علمنا أنه كذب خرج أنه من المشروعية، وإنما كانت تعظيمه مضر في الجاهلية، كما قال أمير المؤمنين عمر – رضي الله عنه-، وضرب أيدي الذين كانوا يصومونه وكان ابن عباس حبر القرآن يكره صيامه. وقال فقيه القيروان، وعالم أهل زمانه بالفروع: أبو محمد بن زيد: وكره ابن عباس صيام رجب كله، خيفة أن يرى الجاهل أنه مفترض
“Syaikh Abu Al-Khaththab menyebutkan riwayat dalam kitab Adaa’u ma Wajaba min Wadh’i Al-Wadhdha’iin fi Rajab, yang bersumber dari Mu’tamin bin Ahmad As-Saaji Al-Hafiz, beliau berkata, bahawa Al-Imam ‘Abdullah Al-Anshari yakni Syaikh Khurasan (tokoh ulama wilayah Khurasan – pent.) tidak berpuasa sempena Rajab, dan beliau melarangnya.
Syaikh ini menegaskan, tidak ada satu riwayat pun yang sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menjelaskan keutamaan bulan Rejab dan anjuran berpuasa padanya. Dan telah diriwayatkan tentang makruhnya puasa bersempena dengan bulan ini dari jama’ah para sahabat Nabi, yang antaranya adalah Abu Bakr dan ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma. Bahkan dinyatakan bahawa ‘Umar sering memukul orang yang melakukan puasa sempena bulan Rejab dengan tongkatnya.”
Pernyataan ini juga diriwayatkan oleh Al-Faakihi dalam Akhbar Makkah-nya:
“Imam yang telah disepakati keadilannya dan diakui hadis dan riwayatnya, yakni Abu ‘Utsman Sa’id bin Manshur Al-Khurasani, beliau pernah berkata, Sufyan (Ibn Uyainah) menceritakan kepada kami dari Mis’ar, dari Wabrah, dari Kharsyah bin Al-Hurr, bahawa ‘Umar bin Al-Khaththab memukul tangan orang-orang pada bulan Rajab, yakni sepanjang mereka mengangkat tangannya dari makanan (yakni kerana berpuasa sempena bulan Rejab), sampailah mereka mahu meletakkan tangannya pada makanan (yakni berbuka). ‘Umar pun berkata:
“Sesungguhnya bulan ini hanya diagungkan oleh orang-orang jahiliyyah.”
Berkaitan riwayat ini, Al-Fakihi menyatakan:
“Sanad ini adalah sanad yang telah disepakati keadilan para perawinya.”
Puasa adalah perisai, perbuatan yang baik, dan merupakan amalan kebajikan (yang berpahala). Akan tetapi semua itu bukanlah asas yang menjadi tuntutan pada puasa sempena Rejab tersebut, sebaliknya ia adalah keutamaan di balik puasa itu sendiri (tanpa terkhusus pada mana-mana puasa).
Jika ada yang menanyakan:
“Bukankah dengan berpuasa Rejab bermakna kita telah melakukan kebaikan?”
Maka, jawaban yang dapat diberikan adalah:
“Berbuat baik itu perlu berdasarkan syari’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah kita mengetahui kedustaan atau ketidak-absahan riwayat-riwayat (tentang anjuran atau keutamaan) puasa sempena bulan Rajab, maka dapat kita pastikan bahawa perbuatan (atau amalan) ini tidaklah berasal dari syari’at. Bahkan yang mengangungkan Rajab pada ketika itu adalah kaum (kabilah) Mudhar ketika jahiliyyah (yakni pengagungan Rajab bukan berasal dari umat Islam – pent.). Ini adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Amirul Mu’minin ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu. ‘Umar malah memukul tangan orang-orang yang melakukan puasa sempena bulan Rajab. Sementara Ibnu ‘Abbaas yang dikenal sebagai Habr Al-Qur’an turut memakruhkannya (yakni tidak menyukainya).”
Abu Muhammad bin Zayd, seorang ahli fiqh Qairuwan dan tokoh yang ‘alim (berpengetahuan luas dan menguasai) furu’ (cabang-cabang permasalahan fiqh) pada masanya, beliau berkata:
“Ibnu ‘Abbaas membenci puasa Rejab sebulan penuh kerana wujudnya kebimbangan terhadap orang-orang yang jahil yang akan menyangkanya sebagai sebahagian dari kewajiban.” (Al-Baa’its ‘ala Inkaril Bida’ wal-Hawadits oleh Abu Syamah, m/s. 52-53)
Al-Imam Ath-Thurthusyi rahimahullah (Wafat: 520H) menjelaskan:
يكره صيام رجب على أحد ثلاثة أوجه: أحدها: إذا خصه المسلمون بالصوم في كل عام، حسب العوام ومن لا معرفة له بالشريعة مع ظهور صيامه أنه فرض كرمضان. الثاني: أو أنه سنة ثابتة خصه رسول الله صلى الله عليه وسلم كالسنن الراتبة. الثالث: أو أن الصوم فيه مخصوص بفضل ثواب على سائر الشهور، جار مجري صوم عاشوراء، وفضل آخر الليل على أوله في الصلاة، فيكون من باب الفضائل لا من باب السنن والفرائض، ولو كان من باب الفضائل لسنه صلى الله عليه وسلم، أو فعله ولو مرة في العمر كما فعل في صوم عاشوراء، وفي الثلث الغابر من الليل.
ولما لم يفعل بطل كونه مخصوصاً بالفضيلة، ولا هو فرض ولا سنة باتفاق، فلم يبق لتخصيصه بالصيام وجه، فكره صيامه والدوام عليه، وحذراً من أن يلحق بالفرائض والسنن الراتبة عند العوام .
فإن أحب امرؤ أن يصومه على وجه تؤمن فيه الذريعة، وانتشار الأمر-حتى لا يعد فرضاً أو سنة-فلا بأس بذلك
“Puasa Rajab dimakruhkan kerana tiga sebab,
Pertama; Jika umat Islam mengkhususkan bulan ini sebagai bulan yang dianjurkan berpuasa di setiap tahun, maka seiring dengan bertambah banyaknya orang yang melakukannya, orang-orang awam dan orang-orang yang tidak mengetahui syari’at pun akan menganggap puasa ini sebagai suatu kewajiban sebagaimana puasa Ramadhan.
Kedua; Kebarangkalian yang lainnya, mereka akan menganggap puasa Rajab sebagai sunnah yang sangat dianjurkan, (dengan anggapan) kerana perbuatan ini telah dikhususkan oleh Rasulullah, sebagaimana halnya solat sunnah rawatib (padahal tidaklah demikian – pent.).
Ketiga; Mungkin juga, mereka akan menganggap puasa Rajab ini dikhususkan oleh Allah dengan ganjaran yang lebih besar berbanding puasa di bulan-bulan yang lainnya.
Akibatnya, puasa pada bulan Rajab ini akan menjadi (dianggap) seperti puasa ‘Asyura; atau menjadi (dianggap) seperti akhir malam yang lebih utama dibanding awal malamnya dalam perkara melaksanakan solat-solat sunnah. Sampailah puasa Rajab itu pun mereka masukkan dalam kategori fadha’il (yang memiliki anjuran keutamaan), walaupun mungkin tidak dianggap sebagai sunnah yang ditekankan ataupun fardhu. Namun, seandainya puasa tersebut memang termasuk dalam bab fadha’il, nescaya Rasulullah pernah melakukannya walaupun hanya sekali seumur hidup sebagaimana beliau melakukan puasa ‘Asyura dan solat di sepertiga malam.
Jadi, dalam keadaan Rasulullah sendiri tidak pernah melaksanakan puasa sempena Rajab, maka menjadi batallah kedudukan puasa Rajab sebagai puasa yang memiliki kekhususan keutamaan. Dengan sendirinya puasa sempena bulan Rajab tidak boleh dianggap sebagai puasa yang wajib mahupun sunnah, bersesuaian dengan kesepakatan yang telah diittifaqkan (atau dipersetujui). Maka, tidak ada alasan untuk mengkhususkan bulan Rajab dengan amalan puasa pada mana-mana harinya. Atas sebab itu, dimakruhkan berpuasa sempena bulan Rajab dan membiasakannya, yakni agar orang-orang yang awam tidak menyamakannya dengan perkara-perkara yang wajib mahupun menyamakannya seperti amalan solat sunnah Rawatib. Akan tetapi, apabila seseorang hendak melakukan puasa bertepatan dengan hari-hari di bulan Rajab, dalam keadaan bebas dari sangkaan dan bebas dari tersebarnya anggapan ia termasuk sebahagian sunnah atau kewajiban, maka ianya tidaklah mengapa.” (Al-Baa’its ‘ala Inkaril Bida’ wal-Hawadits oleh Abu Syamah, m/s. 53)
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
أَمَّا تَخْصِيصُ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ جَمِيعًا بِالصَّوْمِ أَوْ الِاعْتِكَافِ فَلَمْ يَرِدْ فِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْءٌ وَلَا عَنْ أَصْحَابِهِ . وَلَا أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ بَلْ قَدْ ثَبَتَ فِي الصَّحِيحِ . أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَصُومُ إلَى شَعْبَانَ وَلَمْ يَكُنْ يَصُومُ مِنْ السَّنَةِ أَكْثَرَ مِمَّا يَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ مِنْ أَجْلِ شَهْرِ رَمَضَانَ . وَأَمَّا صَوْمُ رَجَبٍ بِخُصُوصِهِ فَأَحَادِيثُهُ كُلُّهَا ضَعِيفَةٌ بَلْ مَوْضُوعَةٌ لَا يَعْتَمِدُ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى شَيْءٍ مِنْهَا وَلَيْسَتْ مِنْ الضَّعِيفِ الَّذِي يُرْوَى فِي الْفَضَائِلِ بَلْ عَامَّتُهَا مِنْ الْمَوْضُوعَاتِ الْمَكْذُوبَاتِ
“Adapun mengkhususkan (bulan) Rajab dan Sya’ban secara keseluruhannya dengan puasa dan i’tikaf, maka tidak warid padanya hadis (dan petunjuk) dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan tidak pula dari para sahabat beliau, dan tidaklah juga dari kalangan para ulama kaum muslimin. Tetapi sebaliknya telah tsabit di dalam Ash-Shahih (Kitab Shahih; Al-Bukhari atau Muslim), bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau biasa berpuasa pada bulan Sya’ban, dan beliau tidak pernah berpuasa dalam setahun lebih banyak berbanding pada bulan Sya’ban kecuali jika dibandingkan dengan bulan Ramadhan.
Adapun mengkhususkan (bulan) Rajab dengan amalan berpuasa, maka sebenarnya hadis-hadis yang menyebutkan tentangnya (yakni yang menganjurkannya), semuanya adalah dha’if (lemah), bahkan maudhu’ (palsu). Para ahli ilmu tidak pernah menjadikannya sebagai sandaran sedikit pun. Dan hadis-hadisnya tidak pula termasuk dari jajaran hadis-hadis dha’if yang diriwayatkan bersesuaian sebagai hadis-hadis fadhail (keutamaan amalan), bahkan keseluruhannya secara umum adalah dari jajaran hadis-hadis yang maudhu’ lagi dusta.” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/290-291)
Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:
وكل حديث في ذكر صوم رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى
“Dan seluruh hadis yang menyebutkan tentang puasa Rajab dan solat pada sebahagian malamnya adalah merupakan hadis-hadis yang dusta yang diada-adakan.” (Al-Manaarul Muniif oleh Ibn Al-Qayyim, m/s. 96)
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:
لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة
“Tidak ada satu hadis sahih pun yang warid yang dapat dijadikan hujjah berkaitan keutamaan Rajab, dan tidak pula tentang keutamaan puasanya (puasa bersempena dengan bulan Rajab), tidak pula puasa khusus pada hari tertentunya, dan tidak pula tentang keutamaan qiyam secara khusus pada malam tertentunya.” (Tabyin Al-‘Ajab, m/s. 11)
Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) berkata:
لم يرد في رجب على الخصوص سنة صحيحية ولا حسنة ولا ضعيفة ضعفا خفيفا بل جميع ما روى فيه على الخصوص أما موضوع مكذوب أو ضعيف شديد الضعف
“Tidak ada yang warid tentang keutamaan-keutamaan (puasa) Rajab secara khusus berdasarkan hadis-hadis sahih, tidak pula yang hasan, dan tidak pula yang dha’if dengan kedha’ifan yang ringan. Bahkan seluruh hadis-hadis yang diriwayatkan berkaitan kekhususannya adalah hadis-hadis yang maudhu’ lagi dusta, atau dha’if dengan kedha’ifan yang bersangatan.” (As-Sail Al-Jarrar, m/s. 297)
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:
ولم يثبت في صوم رجب نهي ولا ندب لعينه ولكن أصل الصوم مندوب إليه. وفي سنن أبي داود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ندب إلى الصوم من الأشهر الحرم ورجب أحدها والله أعلم
“Tidak tsabit adanya larangan berpuasa di bulan Rajab, dan tidak pula anjurannya (secara khusus). Akan tetapi asal hukum berpuasa pada bulan tersebut adalah mandub (dianjurkan). Di Sunan Abi Dawud (menyebutkan) bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menganjurkan agar berpuasa pada bulan-bulan Haram, dan Rajab adalah salah satu di antara bulan-bulan haram tersebut. Wallaahu a’lam.” (Syarh Shahih Muslim, 8/39)
Mungkin hadis yang dimaksudkan oleh beliau adalah sebagaimana berikut, dari Mujibah Al-Bahiliyyah, dari ayahnya, atau dari pak ciknya, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتْرُكْ، وَقَالَ: بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا
“Berpuasalah pada sebahagian bulan-bulan Haram dan tinggalkanlah sebahagian, berpuasalah pada sebahagian bulan-bulan Haram dan tinggalkanlah sebahagian, berpuasalah pada sebahagian bulan-bulan Haram dan tinggalkanlah sebahagian.” [Dan beliau berkata dengan menggenggam tiga jarinya, lalu kemudian melepaskannya]. (Sunan Abi Dawud, no. 2428)
Namun hadis ini dinilai dhaif oleh para ulama hadis.
Adapun anjuran memperbaiki atau memperbanyakkan amal-amal soleh (tanpa terkhusus pada puasa) dan sedaya-upaya meninggalkan larangan-larangan Allah pada bulan-bulan Haram berbanding bulan-bulan yang lainnya boleh dibaca di artikel dengan judul, “Keutamaan Bulan-bulan Haram Dalam Islam.”
Mungkin atas dasar rangka tersebut, sebahagian sahabat dan salaf yang lain diriwayatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, namun mereka tidak menyukai jika menjadikan Rajab sebagai bulan untuk berpuasa pada keseluruhan harinya.
Diriwayatkan (antaranya), dari Salim, dari Ibn ‘Umar:
كَانَ يَصُومُ أَشْهُرَ الْحُرُمِ
“Bahawa beliau (Ibnu ‘Umar) berpuasa di bulan-bulan Haram.” (Mushannaf oleh ‘Abdurrazzaaq, no. 7856)
Dari Yunus, dari Al-Hasan (Al-Bashri):
أَنَّهُ كَانَ يَصُومُ أَشْهُرَ الْحُرُمِ
“Bahawa beliau biasa berpuasa pada bulan-bulan Haram.” (Mushannaf oleh Ibn Abi Syaibah, no. 9315)
Namun, mereka memakruhkan (tidak menyukai) berpuasa sebulan penuh di bulan Rajab.
Antaranya sebagaimana diriwayatkan dari ‘Athaa’, beliau berkata:
كَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ يَنْهَى عَنْ صِيَامِ رَجَبٍ كُلِّهِ؛ لَأَنْ لَا يُتَّخَذَ عِيدًا
“Bahawa Ibnu ‘Abbas melarang dari puasa di bulan Rajab keseluruhan hari-harinya, agar (bulan tersebut) tidak dijadikan sebagai ‘Ied (sebagaimana Ramadhan – pent.).” (Mushannaf oleh ‘Abdurrazzaq, no. 7854)
Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:
وعن ابن عباس: أنه كره أن يصام رجب كله وعن ابن عمر وابن عباس أنهما كانا يريان أن يفطر منه أياما وكرهه أنس أيضا وسعيد بن جبير وكره صيام رجب كله يحيى بن سعيد الأنصاري والإمام أحمد وقال: يفطر منه يوما أو يومين وحكاه عن ابن عمر وابن عباس وقال الشافعي في القديم: أكره أن يتخذ الرجل صوم شهر يكمله كما يكمل رمضان واحتج بحديث عائشة: ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل شهرا قط إلا رمضان
“Dari Ibnu ‘Abbas, bahawasannya beliau membenci berpuasa di bulan Rajab penuh keseluruhannya. Dan dari Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas bahawa mereka berdua berpendapat orang yang berpuasa di bulan Rajab hendaklah berbuka (tidak berpuasa) sebahagian harinya.
Anas dan Sa’id bin Jubair juga turut memakruhkan berpuasa pada keseluruhan Rajab. Demikian pula Yahya bin Sa’id Al-Anshari. Dan Al-Imam Ahmad pula berkata:
“Hendaknya berbuka (tidak berpuasa) sehari atau selang dua hari (jika berpuasa).” – di mana beliau menghikayatkannya dari dari Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas.
Berkata Asy-Syafi’i dalam al-qadiim (pendapat lamanya), “Aku membenci seseorang yang berpuasa satu bulan sempurna sebagaimana dia menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan.” Dan beliau berhujjah dengan hadis ‘Aisyah:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyempurnakan puasa satu bulan penuh melainkan (puasa) bulan Ramadhan.” (Lathaaif Al-Ma’aarif, m/s. 119)
Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
وَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ فَرَأَى أَهْلَهُ قَدْ اشْتَرَوْا كِيزَانًا لِلْمَاءِ وَاسْتَعَدُّوا لِلصَّوْمِ فَقَالَ: ” مَا هَذَا فَقَالُوا: رَجَبٌ فَقَالَ: أَتُرِيدُونَ أَنْ تُشَبِّهُوهُ بِرَمَضَانَ ؟ وَكَسَرَ تِلْكَ الْكِيزَانَ
“Abu Bakar pernah masuk (ke rumahnya), lalu beliau melihat ahli keluarganya telah membeli bekas-bekas untuk air (minuman) dan mereka bersiap-siap untuk berpuasa. Maka beliau pun berkata, “Untuk apa ini?” Mereka menjawab, “Rajab.” Beliau berkata, “Adakah kalian hendak menyamakan Rajab dengan Ramadhan?” Lalu beliau pun memecah bekas-bekas minuman tersebut.” (Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyah, 25/291)
Demikian pula dengan ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, beliau juga menunjukkan ketidaksukaannya terhadap puasa khusus sempena Rajab.
Dari Khorosyah bin Al-Hurr, beliau berkata:
رَأَيْتُ عُمَرَ يَضْرِبُ أَكُفَّ النَّاسِ فِي رَجَبٍ ، حَتَّى يَضَعُوهَا فِي الْجِفَانِ وَيَقُولُ : كُلُوا فَإِنَّمَا هُوَ شَهْرٌ كَانَ يُعَظِّمُهُ أَهْلُ الْجَاهِلِيَّةِ.
“Aku melihat ‘Umar memukul tangan orang-orang (yang berpuasa bersempena Rajab) sampailah mereka meletakkan tangannya pada bekas makanan (untuk berbuka/makan), dan beliau berkata:
“Makanlah, kerana Rajab hanya diagung-agungkan oleh orang-orang jahiliyyah.” (Mushannaf oleh Ibn Abi Syaibah, no. 9758)
Demikian pula sebagaimana yang diriwayatakan dari Ibn ‘Umar readhiyallahu ‘anhuma:
كَانَ ابْنُ عُمَرَ: إِذَا رَأَى النَّاسَ، وَمَا يَعُدُّونَ لِرَجَبٍ كَرِهَ ذَلِكَ
“Bahawa Ibn ‘Umar apabila melihat orang-orang dan apa yang mereka persiapkan untuk Rajab, maka beliau pun tidak menyukai hal tersebut.” (Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 9761)
Wallaahu a’lam.