Fiqh Puasa Mazhab Asy-Syafi’i (Matan Abi Syuja’)
Ini adalah rakaman perbahasan dan syarah (penjelasan) Fiqh Puasa dari Bab Ash-Shiyaam Kitab Al-Ghoyah wat Taqrib (matan Abi Syuja’) oleh Al-Ustadz Dzulqarnain Muhammad Sunusi hafizhahullah. Kitab Matan Abi Syuja’ adalah salah satu kitab asas, penting, pedoman, dan yang banyak dipelajari sebagai salah satu fiqh asas dalam Mazhab Asy-Syafi’i.
Al-Ustaz adalah salah seorang yang banyak bermulazamah dan menuntut ilmu dari Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah (Yaman), Asy-Syaikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah (Saudi), dan para masyaikh yang lainnya.
Rakaman ini terdiri dari dua edisi rakaman; Edisi Tahun 2012M dan Edisi Tahun 2013M.
Rakaman terdiri dari penjelasan tentang Syarat-syarat Wajib Puasa, Rukun Puasa, Perkara-perkara yang membatalkan puasa, Sunnah-sunnah Puasa, perkara-perkara yang haram dan makruh ketika berpuasa, Qadha’ dan Kaffarat, Udzur untuk berbuka, dan hukum-hakam I’tikaf menurut Mazhab Asy-Syafi’i.
Rakaman ini adalah dalam Format MP3, (Kualiti rakaman adalah baik).
Muat Turun:
Rakaman Fiqh Puasa Tahun 2013 (dari Edisi Daurah lengkap Kitab Matan Abi Syuja’); link 1 / link 2.
Rakaman Fiqh Puasa Tahun 2012; Sesi 1 | Sesi 2.
Nota Kuliah:
Untuk Mendapatkan Kitab Matan Abi Syuja’, Klik.
Untuk Mendapat Kitab Syarah Matan Abi Syuja’ (Kifayatul Akhyaar), Klik.
Semoga bermanfaat.