Fatwa Ulama; Hukum Menjual Air Jampi

Fatwa Ulama; Hukum Menjual Air Jampi

Sembuhkanlah Penyakitmu Dengan Ruqyah Syar'iyyahBarisan Fatwa Ulama Besar ‘Arab Saudi
Al-Lajnah Ad-Daa-imah wal Iftaa’
www.ilmusunnah.com

الفتوى رقم: 20361

Al-Fatwa no: 20361, (Tarikh: 1/8/1418H).

س 1: القراءة على ماء فيه زعفران، ثم غمس الأوراق فيه، ثم تجفيفها، ثم حلها بعد ذلك بماء، ثم شربها

Soalan 1: (Bolehkah) membaca ruqyah (jampi atau ayat-ayat Al-Qur’an) pada air za’faran, kemudian beberapa kertas dicelupkan ke dalamnya, lalu dikeringkan, kemudian dicampurkan dengan air, lalu air tersebut diminum?

ج 1 : القراءة في ماء فيه زعفران، ثم تغمس الأوراق في هذا الماء وتباع على الناس لأجل الاستشفاء بها، هذا العمل لا يجوز،ويجب منعه؛ لأنه احتيال على أكل أموال الناس بالباطل، وليس هو من الرقية الشرعية التي نص بعض أهل العلم على جوازها، وهي كتابة الآيات في ورقة أو شيء طاهر كتابة واضحة، ثم غسل تلك الكتابة وشرب غسيلها

Jawaban 1:

“Membaca ruqyah pada pada air yang berisi za’faran, kemudian beberapa kertas dicelupkan ke dalam air ini, dan dijual kepada orang ramai dengan alasan penyembuhan adalah merupakan amalan yang tidak dibenarkan, wajib dilarang (dicegah), kerana perbuatan ini adalah termasuk helah untuk memakan harta orang ramai dengan cara yang bathil, bukan termasuk ruqyah yang syar’iyyah walaupun sebahagian ahli ilmu ada yang membolehkannya, iaitu menuliskan beberapa ayat (Al-Qur’an) pada kertas atau pada sesuatu yang suci dengan tulisan yang jelas, lalu tulisan tersebut dicuci dan air cuciannya pun diminum.”

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء

Al-Lajnah Ad-Daa-imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyah wal Iftaa’.

Barisan Ulama:

1, Diketuai oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baaz (rahimahullah).

2, Timbalan ketua oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Aalu Asy-Syaikh (hafidzahullah).

3, Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan (hafidzahullah).

4, Syaikh Dr. Bakr bin ‘Abdullah Abu Zaid (rahimahullah).