Doa-doa Anjuran Nabi Ketika Tertimpa Kesusahan, Bencana, dan Kesedihan
www.ilmusunnah.com
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kita beberapa doa tatkala berhadapan dengan kesusahan, bencana, musibah, atau kesedihan. Yang mana seandainya doa-doa ini dipanjatkan kepada Allah dan diamalkan dengan benar, nescaya Allah akan mengabulkannya sama ada cepat (di dunia) mahupun tertunda (di akhirat), Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada yang mengamalkannya, menambahkan kedekatan dengan Allah, menjadi motivasi bagi yang mengamalkannya, mendatangkan ketenangan kepada hati, dan merawat jiwa yang gundah atau hampir putus harap dengan kembali mempererat tautan dan kebergantungan hanya kepada-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ (45) الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabb-nya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Surah Al-Baqarah, 2: 45-46)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa (memohon) kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah, 2: 186)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ
“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam keadaan terdesak apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan, dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Adakah di samping Allah ada ilah yang lain (yakni tuhan lain yang disembah dan dijadikan tempat berdoa selain Allah)? Sungguh sedikit sekali kalian mengingat (kepada Allah).” (Surah An-Naml, 27: 62)
Al-Imam Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:
ينبه تعالى أنه هو المدعُوّ عند الشدائد، المرجُوّ عند النوازل، كما قال: { وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلا إِيَّاهُ } [الإسراء: 67]، وقال تعالى: { ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ } [النحل: 53]. وهكذا قال هاهنا: { أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ } أي: مَنْ هو الذي لا يلجأ المضطر إلا إليه، والذي لا يكشف ضر المضرورين سواه.
“Allah Ta’ala mengingatkan bahawa hanya Dia-lah yang diseru (sebagai tempat berdoa) di saat manusia tertimpa kesusahan, dan Dia-lah tempat berharap (untuk memohon pertolongan) di saat terjadinya musibah besar (atau bencana). Allah berfirman (dalam surah Al-Israa’, 17: 67):
“Dan apabila kalian ditimpa bahaya di tengah lautan, nescaya hilanglah siapa yang kalian seru kecuali hanya Dia.”
Dan Allah berfirman (dalam surah An-Nahl, 16: 53):
“Dan apabila kalian ditimpa kemudharatan yang besar, maka hanya kepada-Nya lah kalian memohon pertolongan.”
Dan demikianlah dengan firman-Nya di sini, “Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam keadaan terdesak apabila dia berdoa kepada-Nya…”
Yakni tiada siapa pun yang menjadi tempat memohon pertolongan tatkala keadaan benar-benar telah terdesak melainkan hanya kepada-Nya, dan tiada siapa yang menghilangkan kemudharatan pada orang-orang yang tertimpa mudharat melainkan hanyalah Dia.” (Tafsir Ibn Katsir, 6/203)
Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Sufyan Ibn ‘Uyainah rahimahullah (Wafat: 198H) berkata:
لَا تَتْرُكُوا الدُّعَاءَ وَلَا يَمْنَعْكُمْ مِنْهُ مَا تَعْلَمُونَ مِنْ أَنْفُسِكُمْ، فَقَدِ اسْتَجَابَ اللهُ تَعَالَى لِإِبْلِيسَ وَهُوَ شَرُّ الْخَلْقِ
“Janganlah kalian meninggalkan doa, dan janganlah sampai maksiat yang kalian lakukan menjadikan kalian terhalang untuk berdoa. Kerana benar-benar Allah telah memperkenankan permintaan Iblis sedangkan Iblis adalah sejahat-jahat makhluk.” (Syu’abul Iman oleh Al-Baihaqi, no. 1107)
Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menyebutkan dalam Tafsir-nya berkaitan ayat ini (Surah An-Naml, 27: 62) satu nukilan:
وَجَاءَ رَجُلٌ إِلَى مَالِكِ بن دينار فقال: أنا أسألك با لله أَنْ تَدْعُوَ لِي فَأَنَا مُضْطَرٌّ، قَالَ: إِذًا فَاسْأَلْهُ فَإِنَّهُ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ
“Datang seorang lelaki kepada Malik bin Dinaar, lalu lelaki itu berkata, “Aku meminta engkau dengan nama Allah agar engkau mendoakan aku kerana sesungguhnya aku dalam keadaan yang benar-benar terdesak.”
Maka Malik bin Dinaar pun berkata:
“Jika memang demikian keadaannya, maka berdoalah langsung kepada Allah kerana sesungguhnya Allah akan memperkenakan doa orang yang benar-benar terdesak apabila dia berdoa.” (Al-Jaami’ li Ahkamil Qur’an, 13/223)
Ayat-ayat dan nash ini semuanya dengan tegas dan jelas menunjukkan bahawa tempat berdoa hanyalah kepada Allah, dengan ikhlas serta tulus semata-mata kepada Allah, yakni jangan sampai melampaui batas dan mensyirikkan Allah Subhanahu wa Ta’ala tatkala berdoa.
Maka tidak boleh berdoa kepada selain Allah. Demikian juga tidak boleh berdoa kepada Allah tetapi dalam masa yang sama dia juga turut berdoa kepada selain Allah, sebagaimana yang banyak dilakukan oleh sebahagian orang-orang yang menyimpang di mana di samping dia berdoa kepada Allah, dia juga turut berdoa dan beristighatsah (memohon doa pertolongan) kepada selain Allah seperti memohon kepada orang-orang yang telah wafat, menyeru Nabi Muhammad, menyeru ‘Abdul Qadir Al-Jailani, menyeru Al-Baidhawi, menyeru Al-Husain, dan seumpamanya.
Rincian berkaitan perkara ini boleh dilihat di artikel kami berjudul, “Menyeru Selain Allah Sebagai Tandingan, Wasilah, dan Syafa’at.”
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Maka berdoalah kepada Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya.” (Surah Al-Mukmin, 40: 14)
Dari hadis Nu’man bin Basyiir, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
“Doa adalah ibadah. “Rabb kalian berfirman, berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan untukmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari mengibadahi-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3247)
Dari hadis Salmaan Al-Faarisi, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
“Sesungguhnya Allah itu sangat pemalu dan Maha Pemurah. Dia malu jika seorang lelaki mengangkat kedua tangannya untuk berdoa kepada-Nya, lalu Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 3556)
Lihat juga artikel terdahulu dengan judul “Agar Doa Mustajab Lagi Berpahala.”
Doa-doa Anjuran Nabi Ketika Tertimpa Kesusahan, Bencana, dan Kesedihan
Berikut adalah sebahagian dari doa-doa yang dimaksudkan:
1, Dari hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:
أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ عِنْدَ الْكَرْبِ:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila mengalami perkara yang berat (yakni dalam keadaan yang meresahkan atau sulit), beliau pun mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
“Tiada ilah (yang behak diibadahi) melainkan Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah Rabb (yang memiliki) ‘Arsy yang agung. Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah iaitu Rabb langit, Rabb bumi dan Rabb ‘Arsy yang mulia.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6345. Muslim, no. 2730)
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:
فيه حديث بن عباس وهو حديث جليل ينبغى الاعتناء به والاكثار منه عند الكرب والأمور العظيمة قال الطبرى كان السلف يدعون به ويسمونه دعاء الكرب فان قيل هذا ذكر وليس فيه دعاء فجوابه من وجهين مشهورين أحدهما أن هذا الذكر يستفتح به الدعاء
“Padanya hadis Ibn ‘Abbas, dan ia adalah hadis yang agung lagi mulia yang sangat perlu diambil perhatian dan diperbanyak mengucapkannya tatkala tertimpa perkara yang berat dan ketika berhadapan perkara-perkara yang besar. Berkata Ath-Thabari:
“Bahawa para salaf berdoa dengannya dan menamakan doa ini dengan doa ketika kesusahan.”.” (Syarh Shahih Muslim, 17/47)
Al-Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa doa ini boleh dijadikan sebagai pembuka kepada doa permohonan, dan beliau menukil perkataan Sufyan Ibn ‘Uyainah bahawa sesiapa yang lebih banyak memuji Allah atau disibukkan dengan dzikir, maka Allah akan lebih mudah memperkenankan hajatnya. (lihat Syarh Shahih Muslim, 17/47-48)
2, Hadis ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu:
Dari ‘Abdullah bin Ja’far, dari ‘Ali bin Abi Thalib bahawa beliau berkata:
لَقَّنَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَؤُلاءِ الْكَلِمَاتِ وَأَمَرَنِي إِنْ نَزَلَ بِي كَرْبٌ أَوْ شِدَّةٌ أَنْ أَقُولَهُنَّ: ” لَا إِلَهَ إِلا اللهُ الْكَرِيمُ الْحَلِيمُ، سُبْحَانَهُ، وَتَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengajari aku kalimat-kalimat yang mana beliau memerintahkan aku agar membacanya tatkala tertimpa perkara yang berat atau ketika mengalami kesulitan yang amat, iaitu:
لَا إِلَهَ إِلا اللهُ الْكَرِيمُ الْحَلِيمُ، سُبْحَانَهُ، وَتَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah Al-Kariim Al-Haliim (yang Maha Mulia dan Maha Penyantun). Dia Maha Suci, Allah yang Maha Agung, Rabb (pemilik) ‘Arsy yang Agung, dan segala puji hanya bagi Allah Rabb semesta Alam.” (Musnad Ahmad, no. 726)
Al-Imam An-Nawawi berkata setelah menyebutkan hadis ini dalam kitab beliau:
كان عبد الله بن جعفر يلقنها وينفث بها على الموعوك ، ويعلمها المغتربة من بناته.
“Bahawa ‘Abdullah bin Ja’far selalu mengajarkan dzikir ini dan meniupkan dengannya pada orang yang sakit (demam), dan beliau juga mengajarkannya kepada anak perempuannya yang menikah kepada selain kerabat dekatnya.” (Al-Adzkar, m/s. 259-260 – Tahqiq Amir ‘Ali Yasin)
3, Hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:
Beliau berkata, “Aku selalu berkhidmat (membantu) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan aku selalu mendengar beliau berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perkara yang merisaukan dan menyedihkan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan belenggu hutang serta penindasan orang.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2893, 5425, 6363, 6369)
Dari Anas bin Malik, di hadis yang lain, beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ قَالَ
“Bahawa apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menghadapi kesulitan pada urusannya, beliau pun mengucapkan:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
“Wahai Yang Maha Hidup lagi terus-menerus mengurus makhluk-Nya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan.” (Sunan At-Timidzi, no. 3524)
Juga datang dari riwayat Ibnu ‘Abbas sebagaimana dalam Al-Mustadrak oleh Al-Hakim.
Dalam hadis yang lain dari Anas bin Malik juga, beliau berkata:
كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًاـ يَعْنِي ـ وَرَجُلٌ قَائِمٌ يُصَلِّي، فَلَمَّا رَكَعَ وَسَجَدَ وَتَشَهَّدَ دَعَا، فَقَالَ فِي دُعَائِهِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، إِنِّي أَسْأَلُكَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: «تَدْرُونَ بِمَا دَعَا؟» قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ، الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ، وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى
“Bahawasanya aku (Anas) sedang duduk bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sementara seorang lelaki sedang mendirikan solat. Setelah itu dia ruku’, sujud, dan tasyahhud seraya berdoa. Dia mengucapkan dalam doanya:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ، بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا حَيُّ يَا قَيُّوم، إِنِّي أَسْأَلُكَ
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, segala puji hanya milik-Mu, tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Engkau Al-Mannan (Yang Maha Pemberi), Pencipta (yang mengadakan dari tiada) langit dan bumi, wahai pemilik Kebesaran dan Kewibawaan dan Maha Mulia, wahai Yang Maha Hidup lagi Terus-menerus mengurus makhluk-Nya. Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau…”
(Mendengar doa ucapan tersebut) Nabi pun bersabda kepada para sahabatnya:
“Tahukah engkau dengan apa dia berdoa?” Para sahabat menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Maka Nabi pun bersabda:
“Demi Dzat yang jiwaku di Tangan-Nya, benar-benar dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-nama-Nya yang Agung, yang apabila Dia berdoa dengan nama-nama tersebut maka Allah pasti akan memperkenankannya, dan apabila Dia memohon dengan nama-nama itu pasti Dia akan memberi.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 1300)
Hadis ini juga diriwayatkan dalam Sunan Abi Dawud, no. 1495.
Dalam hadis yang lain juga dari Anas, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdoa:
اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا
“Ya Allah, tidak ada kemudahan melainkan apa yang Engkau mudahkan, dan Engkaulah yang menjadikan kesusahan menjadi mudah apabila Engkau menghendaki.” (Shahih Ibn Hibban, no. 974)
4, Hadis ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:
Beliau berkata, “(Bahawa ucapan):
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ
“Cukuplah Allah bagi kami dan Dia-lah sebaik-baik penolong.”
قَالَهَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ حِينَ أُلْقِيَ فِي النَّارِ، وَقَالَهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ» حِينَ قَالُوا: {إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا، وَقَالُوا: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ} [آل عمران: 173]
“Diucapkan oleh Nabi Ibrahim ‘alaihis salaam ketika dilemparkan ke dalam api, dan ia turut diucapkan oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika sebagaimana (disebutkan dalam) firman Allah:
“(Sebahagian orang mengatakan): “Orang-orang kafir (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kalian, kerana itu takutlah kepada mereka”, ternyata ucapan tersebut menambah kuat iman mereka dan mereka menjawab:
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ
“Cukuplah Allah bagi kami dan Dia-lah sebaik-baik penolong.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4563)
5, Hadis ‘Abdullah Ibn Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:
Beliau berkata, bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Cukuplah seseorang mengucapkan doa berikut tatkala sedang risau dan sedih, melainkan Allah akan menghilangkan kerisauannya dan kesedihannya serta menggantinya dengan kebahagiaan, (iaitu doanya):
اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak lelaki hamba-Mu, dan anak dari hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku yang di Tangan-Mu, keputusan berlaku atasku, keadilan ketentuan (qadha’)-mu atas diriku, aku memohon kepada engkau dengan setiap nama-Mu, yang telah Engkau gunakan untuk menyebut diri-Mu, yang telah Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu, dan yang Engkau Rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, (maka dengan semua itu) Engkau jadikanlah Al-Qur’an sebagai taman (yang mekar berbunga) di dalam hatiku, menjadi cahaya di dadaku, dan penghibur kesedihanku serta penghilang kerisauanku.”
Sahabat bertanya:
يَا رَسُولَ اللهِ يَنْبَغِي لَنَا أَنْ نَتَعَلَّمَ هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ ؟ قَالَ: ” أَجَلْ، يَنْبَغِي لِمَنْ سَمِعَهُنَّ أَنْ يَتَعَلَّمَهُنَّ
“Wahai Rasulullah, perlukah kami mempelajari kalimat-kalimat doa tersebut (yakni menghafal dan mengamalkannya)?”
Jawab Rasulullah:
“Sudah tentu, bagi yang mendengarnya hendaklah dia mempelajarinya.” (Musnad Ahmad, no. 4318)
6, Hadis Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu:
Beliau berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
دَعَوَاتُ الْمَكْرُوبِ
“Di antara doa-doa (yang bermanfaat) bagi orang yang tertimpa kesusahan (atau kesulitan) adalah:
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
“Ya Allah, aku mengharap rahmat-Mu, maka janganlah Engkau serahkan (urusan)-ku kepada diriku sendiri walau cuma sekejap kerdipan mata, perbaikilah seluruh urusanku, tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Engkau.” (Sunan Abi Dawud, no. 5090)
7, Hadis Asma’ binti ‘Umais radhiyallahu ‘anha:
Beliau berkata:
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا أُعَلِّمُكِ كَلِمَاتٍ تَقُولِينَهُنَّ عِنْدَ الْكَرْبِ – أَوْ فِي الْكَرْبِ؟
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepadaku:
“Mahukah engkau aku ajari dengan beberapa kalimat yang baik untuk engkau ucapkan tatkala terjadi kesulitan (musibah) atau ketika mengalami kesusahan?
Iaitu:
أَللَّهُ أَللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
“Allah, Allah Rabb-ku, aku tidak mensyirikan-Nya dengan sesuatu apa pun.” (Sunan Abi Dawud, no. 1525)
Manakala dalam riwayat Al-Imam Ath-Thabrani dari Asma’ binti ‘Umais, Rasulullah bersabda:
مَنْ أَصَابَهُ غَمٌّ، أَوْ هَمٌّ، أَوْ سَقَمٌ، أَوْ شِدَّةٌ ، فَقَالَ:
“Siapa yang terkena kesedihan, atau keresahan, atau kesakitan, atau kesusahan (yang berat), maka ucapkanlah:
اللَّهُ رَبِّي لا شَرِيكَ لَهُ
“Allah Rabbku, tiada sekutu bagi-Nya.”
كُشِفَ ذَلِكَ عَنْهُ
“Maka disingkaplah (dihilangkan) hal tersebut darinya.” (Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 393)
8, Hadis Sa’ad Ibn Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu:
Beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
“Doa Dzun-Nuun (Nabi Yunus ‘alaihis Salam) apabila beliau di dalam perut ikan paus adalah:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dari kalangan orang yang zalim.”
Maka benar-benar tidaklah seorang muslim berdoa dengan doa tersebut untuk memohon sesuatu melainkan akan diperkenankan oleh Allah baginya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3505)
9, Hadis ‘Abdullah bin Buraidah:
Dari hadis ‘Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya (Buraidah), beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ: «لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالِاسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendengar seorang lelaki berdoa (dengan doa berikut):
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, aku benar-benar bersaksi bahawa Engkau adalah ilah (yang berhak diibadahi yang sebenar-benarnya), tiada ilah melainkan hanya Engkau, Al-Ahad (yang Maha Esa) Ash-Shomad (yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu), Yang Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan Yang tiada suatu apa pun yang setara dengan-Nya.”
(Mendengar doa tersebut) Nabi pun bersabda:
“Sungguh engkau telah memohon kepada Allah dengan nama-nama Allah yang jika memohon dengan nama-nama Allah tersebut, nescaya Dia akan memberi. Dan apabila berdoa dengan nama-nama Allah tersebut nescaya Dia akan memperkenankan.”.” (Sunan Abi Dawud, no. 1493)
Manakala lafaz dalam Sunan At-Tirmidzi disebutkan:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ سَأَلَ اللَّهَ بِاسْمِهِ الأَعْظَمِ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ، وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى
“(Sabda Nabi sebaik mendengar doa tersebut): … Demi Yang jiwaku di Tangan-Nya, benar-benar dia telah memohon kepada Allah dengan nama-Nya yang paling Agung, yang apabila Dia berdoa dengan nama-nama tersebut pasti Dia akan memperkenankannya, dan apabila dia memohon dengan nama-nama Alah tersebut Dia pasti akan memberinya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3475)
10, Dari hadis dari Ummu Salamah:
Beliau berkata, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ:إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
“Tidaklah seorang hamba ditimpa suatu musibah lalu mengucapkan:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَ
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku, dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik darinya.”
Melainkan Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya tersebut, dan menggantikan dengan yang lebih baik baginya.” (Shahih Muslim, no. 918)
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah menyebutkan kalimat tersebut dalam firman-Nya:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
“Dan sungguh akan Kami berikan bala’ (ujian) kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali)”
Mereka itulah yang mendapat selawat dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah, 2: 155-157)
Memperbanyakkan Istighfar dan Taubat
Sebahagian dari musibah dan bencana yang menimpa selain sebagai ujian atau cubaan, ia juga boleh jadi ditimpakan dengan sebab dosa-dosa manusia, sebagai kaffarah (penebus dosa), sebagai hukuman, atau sebagai peringatan agar manusia kembali kepada-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
“Dan musibah apa pun yang menimpa kalian adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahan kalian).” (Surah Asy-Syuura, 42: 30)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
“Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (Surah Al-Ankabut, 29: 40)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
“Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kalian kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kalian berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (Kiamat).” (Surah Huud, 11: 3)
Dari hadis Al-Baraa’ bin ‘Aazib, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا اخْتَلَجَ عِرْقٌ وَلَا عَيْنٌ إِلَّا بِذَنْبٍ ، وَمَا يَدْفَعُ اللَّهُ عَنْهُ أَكْثَرُ
“Tidaklah urat dan kelopak mata berkedut melainkan ia terjadi kerana dosa. Tetapi apa yang Allah cegah dari kedutan itu lebih banyak lagi.” (Al-Mu’jam Ash-Shaghir oleh Ath-Thabrani, no. 1053)
Disebutkan dalam suatu hadis dari Ibn ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Musnad Ahmad, no. 2234. Sunan Abi Dawud, no. 1518. Ibnu Majah, no. 3819. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dha’if oleh al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth).” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)
Lihat juga artikel dengan judul, “Hikmah di Balik Musibah.”
Agar Terhindar Dari Musibah Yang Menimpa Seseorang
Dari hadis ‘Umar bin Al-Khaththab, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ رَأَى صَاحِبَ بَلَاءٍ، فَقَالَ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا، إِلَّا عُوفِيَ مِنْ ذَلِكَ البَلَاءِ كَائِنًا مَا كَانَ مَا عَاشَ
“Siapa yang melihat orang tertimpa bala’ (musibah) hendaklah dia mengucapkan:
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا
“Segala puji hanya bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang menimpa-mu dan memberikan kelebihan kepada-ku dari sekian makhluk (lainnya) dengan kelebihan yang banyak.”
Melainkan dia akan diselamatkan dari bala’ (musibah) tersebut bagaimana pun ia selama dia hidup.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3431. Bab: Apa yang diucapkan apabila melihat orang yang tertimpa bala’)
Dalam riwayat yang lain:
لَمْ يُصِبْهُ ذَلِكَ البَلَاءُ
“… (maka) dia tidak akan ditimpa bala’ (musibah) yang sebegitu.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3432. Bab: Apa yang diucapkan apabila melihat orang yang tertimpa bala’)
Dalam Sunan Ibnu Majah disebutkan:
عُوفِيَ مِنْ ذَلِكَ الْبَلَاءِ، كَائِنًا مَا كَانَ
“… Maka dia akan diselamatkan dari bala’ (musibah) tersebut bagaimana pun keadaannya.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3892. Bab: Apa yang diucapkan seseorang ketika melihat orang yang tertimpa bala’)
Al-Imam At-Tirmidzi setelah meriwayatkan hadis ini, beliau pun menyebutkan, “Diriwayatkan dari Abi Ja’far Muhammad bin ‘Ali , bahawa beliau berkata:
إِذَا رَأَى صَاحِبَ بَلَاءٍ يَتَعَوَّذُ، يَقُولُ ذَلِكَ فِي نَفْسِهِ، وَلَا يُسْمِعُ صَاحِبَ الْبَلَاءِ
“Apabila melihat orang tertimpa bala’ (musibah), dia pun berlindung di mana dia mengucapkan ucapan tersebut dalam hatinya tanpa memperdengarkan kepada orang yang tertimpa bala’ (musibah) tersebut.”
Musibah yang dimaksudkan dalam hadis ini mencakupi musibah secara umum baik berupa penyakit, musibah pada tubuh, bencana, kesusahan, mahupun musibah dalam perkara agama berupa kefasikan, maksiat, bid’ah, kezaliman, mahupun kekafiran pada diri seseorang atau sekelompok manusia.
Dalam hadis yang lain dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ: «الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ» ، وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila melihat apa yang beliau sukai, beliau pun mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
“Segala puji hanya bagi Allah yang dengan nikmat-Nya kebaikan menjadi sempurna.”
Dan apabila beliau melihat apa yang beliau tidak sukai, beliau pun mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
“Segala pujian hanya bagi Allah atas segala keadaan.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3803)
Semoga bermanfaat.
Wallahu a’lam.