Diam, Fokus dan Tidak Bermain-main Ketika Khuthbah Jumaat

Diam, Fokus dan Tidak Bermain-main Ketika Khuthbah Jumaat

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:datang awal solat jumaat

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ: أَنْصِتْ، يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ

“Apabila engkau berkata kepada kawanmu “diamlah” tatkala imam sedang berkhutbah pada hari Juma’at, maka engkau telah berbuat sia-sia.” (Shahih Al-Bukhari, no. 882. Muslim, no. 851)

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

وقال النضر بن شميل معنى لغوت خبت من الأجر وقيل بطلت فضيلة جمعتك وقيل صارت جمعتك ظهرا

“Telah berkata An-Nadhr bin Syumayl, “Makna “لَغَوْتَ” adalah luput dari pahala.” Dikatakan juga (oleh ahli ilmu yang lainnya), hilang fadhilat Juma’atnya. Dikatakan juga, Juma’atnya menjadi solat Zhuhur biasa.” (Fathul Bari, 4/414)

Al-Hafiz Ibnu Abdil Barr rahimahullah (Wafat: 463H) berkata:

لا خلاف بين فقهاء الأمصار في وجوب الإنصات للخطبة على من سمعها

“Tidak ada khilaf (perbezaan pendapat) di antara fuqaha’ dari pelbagai negera pada kewajiban untuk mendengar dan memberi tumpuan kepada khuthbah (Juma’at) bagi siapa yang mendengarnya.” (Al-Istidzkar, 5/43)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

قوله صلى الله عليه و سلم والإمام يخطب دليل على أن وجوب الانصات والنهى عن الكلام إنما هو في حال لخطبة وهذا مذهبنا ومذهب مالك والجمهور وقال أبو حنيفة يجب الانصات بخروج الإمام

“Sabda Nabi menyebutkan, “… tatkala imam sedang berkhutbah (pada hari Juma’at)...”, ini adalah dalil yang menunjukkan wajibnya diam dan larangan dari berkata-kata di saat khuthbah sedang berlangsung, dan inilah pendapat kami (dari kalangan mazhab Asy-Syafi’i) dan juga pendapat (mazhab) Malik serta jumhur ulama lainnya kecuali Abu Hanifah, di mana Abu Hanifah mewajibkan diam sampailah imam keluar (selesai) dari khuthbahnya.” (Syarh Shahih Muslim, 6/139)

Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

“Siapa yang menyentuh (bermain) batu-batu kecil (ketika imam berkhuthbah), benar-benar telah sia-sia (pahala Juma’atnya).” (Shahih Muslim, no. 857)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

فيه النهى عن مس الحصا وغيره من أنواع العبث في حالة الخطبة وفيه اشارة إلى اقبال القلب والجوارح على الخطبة

“Pada hadis ini terkandung larangan dari bermain batu-batu kecil dan selainnya dari bentuk-bentuk permainan ketika khuthbah, dan padanya terkandung isyarat agar menghadirkan (atau memfokuskan) hati dan tubuh badan pada khuthbah (yang sedang disampaikan).” (Syarh Shahih Muslim, 6/147)

Berkata Ibn Al-Hummaam:

يحرم في الخطبة الكلام وإن كان أمرا بمعروف أو تسبيحا والأكل والشرب والكتابة

“Adalah diharamkan berkata-kata ketika khuthbah sedang disampaikan, walaupun dalam urusan kebaikan, atau untuk bertasbih, tidak boleh makan dan minum, dan tidak boleh pula mencatat.” (Mirqatul Mafatih oleh Mulla ‘Ali Al-Qari, 5/54)

Dari hadis Salman Al-Farisi radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الجُمُعَةِ، وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ، أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ، ثُمَّ يَخْرُجُ فَلاَ يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ، ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الإِمَامُ، إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الجُمُعَةِ الأُخْرَى

“Tidaklah seseorang mandi di hari Juma’at dan membersihkan apa yang sepatutnya dibersihkan dari badannya, kemudian mengenakan perapi (minyak) rambut atau memakai wangi-wangian lalu keluar menuju masjid. (Sebaik sampai di masjid) dia tidak memisahkan dua orang (yang saling duduk bersebelahan) dengan cara duduk di antaranya tanpa izin, kemudian dia solat sunnah sebanyak yang dia mampu, kemudian dia diam sebaik imam mula berkhutbah, melainkan dosanya akan diampuni antara hari tersebut dengan Juma’at berikutnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 883)

Dari Abu ‘Aamir rahimahullah beliau berkata, bahawa ‘Utsman selalu menyebutkan dalam Khuthbahnya:

إِذَا قَامَ الْإِمَامُ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَاسْتَمِعُوا وَأَنْصِتُوا. فَإِنَّ لِلْمُنْصِتِ، الَّذِي لَا يَسْمَعُ، مِنَ الْحَظِّ، مِثْلَ مَا لِلْمُنْصِتِ السَّامِعِ. فَإِذَا قَامَتِ الصَّلَاةُ فَاعْدِلُوا الصُّفُوفَ، وَحَاذُوا بِالْمَنَاكِبِ، فَإِنَّ اعْتِدَالَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ». ثُمَّ لَا يُكَبِّرُ، حَتَّى يَأْتِيَهُ رِجَالٌ قَدْ وَكَّلَهُمْ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ، فَيُخْبِرُونَهُ أَنْ قَدِ اسْتَوَتْ، فَيُكَبِّرُ

“Apabila imam sedang berdiri berkhutbah pada hari Juma’at maka dengarlah dan diamlah, kerana orang diam yang tidak mendengar khutbah mendapatkan seperti apa yang didapatkan oleh orang diam yang mendengarkan. Apabila solat hendak didirikan, maka luruskanlah saf dan sejajarkan bahu-bahu kalian. Sesungguhnya lurusnya saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat.”

Setelah itu, tidaklah beliau bertakbir (untuk solat) kecuali orang-orang yang beliau tugaskan untuk meluruskan saf telah datang kepadanya dan memberitahukan bahawa saf-saf telah lurus. Setelah itu barulah beliau bertakbir (memulakan solat). (lihat: Al-Muwaththa’ oleh Imam Malik dalam Kitab Al-Jumu’ah)

Naafi’ berkata:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَأَى رَجُلَيْنِ يَتَحَدَّثَانِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَحَصَبَهُمَا أَنِ اصْمُتَا

“Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar pernah melihat dua orang lelaki saling bercakap-cakap antara mereka tatkala imam sedang berkhuthbah pada hari Juma’at, lalu beliau pun melempar mereka dengan batu-batu kecil agar diam.” (lihat: Al-Muwaththa’ oleh Imam Malik dalam Kitab Al-Jumu’ah)

Dibolehkan Berbicara Kepada Khathib Jika Ada Keperluan Penting

Dalilnya adalah,

Sebagaimana hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau menyebutkan:

“Pada hari Juma’at ada seorang lelaki memasuki masjid dari pintu yang menghadap mimbar. Ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berdiri dan menyampaikan khutbah. Kemudian orang tersebut berdiri menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata:

“Wahai Rasulullah, harta-benda kami rosak, dan sarana perjalanan pun terputus. Maka berdoalah kepada Allah agar menurunkan hujan kepada kami.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun mengangkat kedua tangannya dan berdoa:

اللَّهُمَّ اسْقِنَا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا

“Ya Allah, berila kami hujan. Ya Allah, berilah kami hujan. Ya Allah, berilah kami Hujan.”

Kata Anas lagi:

Demi Allah, ketika itu kami melihat langit sangat cerah. Tidak ada awan dan tidak juga mendung. Bahkan seolah-olah tidak ada rumah atau perkampungan antara kami dengan bukit Sal’. Tiba-tiba dari balik bukit itu muncul awan tebal seperti perisai. Ketika tiba di tengah langit, awan itu menyebar dan kemudian turunlah hujan.

Demi Allah, kami tidak dapat melihat matahari selama seminggu. Kemudian  ada seorang lelaki masuk ke dalam masjid dari pintu yang sama pada hari Juma’at. Ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berdiri berkhutbah. Lelaki itu berkata, “Ya Rasulullah, harta-benda binasa dan jalan-jalan tertutup (kerana hujan yang tidak henti-henti). Maka berdoalah kepada Allah agar memberhentikan hujan.”

Maka Rasulullah pun mengangkat kedua tangannya lalu berdoa:

اَللَّهُمّ حَوَاليَنْاَ وَلاَعَليَنْاَ، اَللَّهُمَّ عَلىَ اْلآكاَمِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami (di luar kawasan kami), bukan ke atas kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, bukit-bukit, di lembah-lembah dan tempat pokok-pokok.”

Maka berhentilah hujan, dan kami pun keluar bersiar-siar di bawah terik matahari.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1013)

Dibolehkan Memerintahkan Untuk Diam Dengan Isyarat

Al-Imam Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dari Syarik, beliau berkata:

عَلَى الْمِنْبَرِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! مَتَى السَّاعَةُ؟ فَأَشَارَ إِلَيْهِ النَّاسُ أَنِ اسْكُتْ، فَسَأَلَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، كُلُّ ذَلِكَ يُشِيرُونَ إِلَيْهِ: أَنِ اسْكُتْ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – عِنْدَ الثَّالِثَةِ: “وَيْحَكَ مَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا؟ ” قَالَ: حُبَّ اللَّهِ وَرَسُولِهِ. قَالَ: “إِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ”

“Ketika di atas mimbar pada hari Juma’at, seorang lelaki berkata kepada Rasulullah:

“Wahai Rasulullah, bilakah hari Kiamat?” lalu orang-orang yang hadir pun memberikan isyarat kepadanya agar diam. Tetapi orang tersebut terus mengajukan pertanyaan sehingga tiga kali. Seluruh hadirin memberikan isyarat kepadanya agar diam.

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab pada pertanyaan di kali ketiga, “Wahai engkau, apa yang telah engkau siapkan untuk menghadapi hari Kiamat?”

Lelaki itu menjawab, “Kecintaan terhadap Allah dan Rausl-Nya.” Rasulullah membalas:

“Sesungguhnya engkau bersama siapa yang engkau cintai.”…. (Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1796. Shahih Al-Bukhari, no. 6167)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

وإنما طريقه إذا أراد نهى غيره عن الكلام أن يشير إليه بالسكوت ان فهمه

“Adapun cara apabila mahu menegah orang lain dari berkata-kata (ketika khuthbah sedang berlangsung) adalah dengan menggunakan isyarat diam padanya agar dia memahaminya.” (Syarh Shahih Muslim, 6/138)

Wallaahu a’lam.

Fiqih_Masjid