Di Mana Kekuatan Kita?

Di Mana Kekuatan Kita?

Kekuatan umat Islam adalah berdiri di atas ketulenan aqidah dan kesahihan amal-amal solehnya. Ambillah iktibar dari peperangan Badar, Mu’tah, Yarmouk, dan Hunain, serta perang-perang yang lainnya di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, di mana yang sedikit mampu mengalahkan yang ramai. Yang bersenjata sedikit mampu mengalahkan persenjataan yg lengkap lagi hebat. Dengan aqidah dan keimanan yang murni, Allah menurunkan bantuan dari bentuk yang kita tidak mampu melihatnya. Rujuk dan bukalah Surah an-Nuur, 24: 55 dan at-Taubah, 9: 25-27 sebagai pedoman dan muhasabah.

Wallahu a’lam…

4 Comments

  1. free palestine

  2. Kelemahan kita ialah kejumudan. Kita enggan berfikir jauh dan tidak sanggup menyalahi adat atau tradisi. Malangnya kejumudan ini melarat dikalangan ahli ilmu yang sudah mantap ilmunya tapi enggan menyalahi gurunya…. malah pendapat yang khilaf pun dibuang jawatan kerana menyalahi yang ramai.

    Kita enggan mengakui perubahan dunia malah sedihnya ada yang menentang perubahan. Di barat kebebasan bersuara, demokrasi diberi tempat yang tinggi tetapi di negara Islam prinsip kebebasan ditekan oleh pemerintah zalim dan jumud. Padahal umat islamlah yang pertama2 sekali menyambut baik idea kebebasan bersuara, pengeluarkab pendapat dan sebagainya. Lebih sedih sekali ada yang menyeru perhambaan di zaman perhambaan itu sudah dihapuskan.

    Untuk terkehadapan dan kuat pertama sekali ialah pemikiran perlu berubah. Barat mengalami banyak perubahan dan panca roba. Mereka menghadapi banyak fasa, age of enlightenment, revolusi perancis, reformation dan banyak perang sehinggalah mencapai revolusi industri. Terbuktilah untuk maju pemikiran manusia perlu bebas. Apa kata kita ambil idea yang baik dari barat untuk maju?, tanpa menghadapi fasa yang susah yang dilaui mereka… adakah kita perlu menghadapi semua itu dulu untuk maju…

    Salahuddin

  3. Kemajuan di sisi agama, adalah kekuatan dalam mempertahankan aqidah dan amal-amal soleh.

    Apa guna maju sepeti barat, tetapi mundur dari sisi aqidah. Tak akan ke mana akhirnya…

  4. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

    (a) SIFAT 20 – http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    (h) TAJUK KHAS – BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

    FAKEH KHALIFAH SAKA

Comments are closed.