Bumi Sfera atau Datar

Bumi Sfera atau Datar

www.ilmusunnah.com

eclipe-moon

Telah disebutkan di banyak dalil-dalil Al-Qur’an yang menyatakan bumi itu dijadikan sebagai hamparan, dibentangkan untuk kehidupan. Dan ini adalah realiti keadaan bumi sebagaimana yang dapat kita saksikan dan rasai. Namun itu tidak menafikan bahawa bumi itu bulat seperti bola (sfera) sebagaimana dijelaskan pada dalil-dalil yang lainnya pula.

Kerana di antara makna hamparan di situ adalah sebagai tempat yang sesuai untuk didiami, tenang, tidak bergoncang, dan lengkap dengan segala keperluan kehidupan (berupa sumber air, udara, tumbuh-tumbuhan, makanan, dan yang lainnya).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Allah yang menjadikan untuk kalian bumi sebagai firasy (hamparan yang terbentang) dan langit itu binaa’ (atap atau suatu binaan), dan Kami turunkan dari langit itu hujan, lalu keluar darinya buah-buahan sebagai rezeki bagi kalian. Maka yang demikian itu janganlah kalian menjadikan sekitu-sekutu bagi Allah sedang kalian mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, 2: 22)

Di ayat yang lain:

وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْزُونٍ

Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung, dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut timbangan.” (Surah Al-Hijr, 15: 19)

Di ayat yang lain:

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا (30) أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا

“Dan bumi sesudah itu Dia hamparkan. Memancar keluar darinya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya.” (Surah An-Naazi’at, 79: 30-31)

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H) ketika menafsirkan Surah Al-Hijr, 15: 19, beliau berkata:

{ وَالأرْضَ مَدَدْنَاهَا } أي: وسعناها سعة يتمكن الآدميون والحيوانات كلها على الامتداد بأرجائها والتناول من أرزاقها والسكون في نواحيها.

“Firman-Nya, “Dan bumi itu Kami hamparkan.” Maksudnya, Kami luaskan (lapangkan) bumi dengan seluas-luasnya agar manusia dan haiwan-haiwan seluruhnya dapat berjalan sampai ke segenap pelosok dan mencari rezeki-rezekinya, dan dapat tinggal di susut-sudutnya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 430)

Asy-Syaikh As-Si’di ketika menafsirkan Surah Qaaf, 50: 7, beliau berkata:

{ و } إلى { الأرض } كيف { مَدَدْنَاهَا } ووسعناها، حتى أمكن كل حيوان السكون فيها والاستقرار (2) والاستعداد لجميع مصالحه

“Dan (agar mereka memerhatikan) kepada bumi bagaimana Kami menghamparkannya, dan meluaskannya, sampailah membolehkan seluruh haiwan menempatinya dengan tenang dan stabil, serta mempersiapkan seluruh kebaikan dan keperluannya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 804)

Asy-Syaikh As-Si’di ketika menafsirkan Surah Al-Ghaasiyah, 88: 20, beliau berkata:

{ وَإِلَى الأرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ } أي: مدت مدًا واسعًا، وسهلت غاية التسهيل، ليستقر الخلائق على ظهرها، ويتمكنوا من حرثها وغراسها، والبنيان فيها، وسلوك الطرق الموصلة إلى أنواع المقاصد فيها. واعلم أن تسطيحها لا ينافي أنها كرة مستديرة، قد أحاطت الأفلاك فيها من جميع جوانبها، كما دل على ذلك النقل والعقل والحس والمشاهدة، كما هو مذكور معروف عند أكثر الناس، خصوصًا في هذه الأزمنة، التي وقف الناس على أكثر أرجائها بما أعطاهم الله من الأسباب المقربة للبعيد، فإن التسطيح إنما ينافي كروية الجسم الصغير جدًا، الذي لو سطح لم يبق له استدارة تذكر. وأما جسم الأرض الذي هو في غاية الكبر والسعة، فيكون كرويًا مسطحًا، ولا يتنافى الأمران، كما يعرف ذلك أرباب الخبرة.

“(Firman Allah), “Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?” Yakni dibentangkan dengan luas agar dapat dimanfaatkan dengan pelbagai kemudahan, para penghuninya merasa tenang di atasnya, membolehkan bercucuk-tanam (bertani), membuat binaan-binaan (rumah, bangunan, dll. – pent.) di atasnya, dan melalui jalan-jalannya untuk pelbagai tujuan padanya.

Ketahuilah bahawa hamparan yang dimaksudkan (di sini) tidaklah menafikan bulatnya bumi seperti bola (sfera) yang dilingkupi dan dikelilingi oleh pelbagai bintang-bintang dari pelbagai sisi-sisinya sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil naqli, akal, panca indera, dan kesaksian, yakni sebagaimana yang makruf disebutkan kebanyakan manusia, khasnya pada zaman ini yang mana ramai orang mampu mencapai pelbagai penjuru-penjuru wilayah yang jauh dengan pelbagai alat-alatan yang diberikan oleh Allah yang menjadi sebab untuk mendekatkan yang jauh.

Kerana suatu hamparan hanyalah menafikan suatu jisim berbentuk bulat yang kecil, yang mana kalau dibentangkan tidak lagi berbentuk bulat. Adapun bentuk bumi, ianya amat besar dan luas, maka menjadilah bentuk bumi itu dalam keadaan bulat (sfera) yang terhampar, dan tidak pula menafikan satu sama lain sebagaimana yang diketahui dari pengalaman para ahlinya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 922)

Demikian sebagaimana dikemukakan oleh Asy-Syaikh Muhammad Al-Amin bin Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqithi rahimahullah (Wafat: 1393H), kata beliau:

وبتأمل قول المفسرين نجدها متفقة في مجموعها بأن {دَحَاهَا} مهدها وسهل الحياة عليها وذكر لوازم التمكين من الحياة عليها من إخراج الماء والمرعى ووضع الجبال وهو المتفق مع نصوص القرآن في قوله {أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَاداً وَالْجِبَالَ أَوْتَاداً} [78/6-7]. وقوله {هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولاً فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ} [67/15].

“Dengan meneliti perkataan para mufassirin (ulama tafsir) kita akan mendapati adanya kesepakatan dalam menghimpun makna “دَحَاهَا”, “مهدها” dan “سهل” sebagai “الحياة” (kehidupan) di bumi. Kemudian diisyaratkan dengan keharusan lazimnya kehidupan dengan keluarnya air (terdapat sumber air), adanya tumbuh-tumbuhan, tertegaknya gunung-ganang, yang mana ianya bertepatan dengan nash-nash Al-Qur’an (yang antaranya) pada firman-Nya, “Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan, dan gunung-ganang sebagai pasak?” dan juga firman-Nya, “Dia-lah yang telah menjadikan bagi kalian bumi untuk diterokai (untuk menjalani kehidupan), maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah dari apa-apa yang telah direzekikan oleh-Nya”.” (Adhwaa’ Al-Bayaan fii Idhaah Al-Qur’aan bil Qur’aan, 8/425)

Dengan keadaan bumi yang bulat seperti bola (sfera), maka siang dan malam pun terjadi dan matahari beredar dengan laju mengelilinginya. Dengan peralihan dan perjalanan siang dan malam yang sekata juga menjadi bukti bahawa bumi itu bentuknya sfera, sehingga waktu-waktu solat pun dapat dihitung berdasarkan kedudukan matahari, yang ini semua dapat diperhatikan semenjak ketika ia terbit, ketika naik, ketika zawal, ketika hendak terbenam dan sebaik ianya terbenam.

Ini antaranya sebagaimana keterangan daripada Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

ثم تأمل الحكمة في طلوع الشمس على العالم كيف قدره العزيز العليم سبحانه فإنها لو كانت تطلع في موضع من السماء فتقف فيه ولا تعدوه لما وصل شعاعها الى كثير من الجهات لان ظل احد جوانب كرة الارض يحجبها عن الجانب الاخر وكان يكون الليل دائما سرمدا على من لم تطلع عليهم والنهار سرمدا على من هي طالعة عليهم فيفسد هؤلاء وهؤلاء فاقتضت الحكمة الالهية والعناية الربانية ان قدر طلوعها من اول النهار من المشرق فتشرق على ما قابلها من الافق الغربي ثم لا تزال تدور وتغشى جهة بعد جهة حتى تنتهي الى الغرب فتشرق على ما استتر عنها في اول النهار فيختلف عندهم الليل والنهار فتنتظم مصالحهم

“Kemudian perhatikanlah hikmah pada terbitnya matahari pada alam semesta, bagaimana Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui menentukannya. Seandainya matahari  itu terbit di salah satu bahagian langit lalu berhenti dan tidak bergerak, maka cahayanya pun tidak akan sampai ke banyak arah, kerana bayangan salah satu sisi bumi yang berbentuk bulat (seperti bola) akan menghalangi sisi yang lain (dari menerima cahaya). Jika ini berlaku, maka pada bahagian yang tidak terbit matahari pun akan menjadi malam selamanya, manakala siang akan terus dialami oleh bahagian yang mendapat cahaya matahari, maka kedua-dua bahagian bumi ini akan menjadi rosak.

Dan demikianlah hikmah Allah yang Maha Mengatur pada menetukan agar matahari itu terbit di pagi hari dari arah timur, kemudian terbit menyinari bahagian bumi yang berikutnya di bahagian barat, kemudian begitulah seterusnya matahari terus beredar dan menyinari satu bahagian demi satu bahagian sampailah ia berada di hujung barat, lalu ia pun menyinari bahagian yang sebelumnya terlindung darinya pada awal siang.

Maka demikianlah terjadinya saling bertukar-gantinya antara malam dan siang bagi para penduduk bumi (di bahagian-bahagian bumi yang berbeza). Maka demikianlah teratur dan tersusunnya kemaslahatan bagi mereka.” (Miftaah Daar As-Sa’aadah, 1/209)

Demikian pula penjelasan Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 748H):

في كون الأفلاك كروية الشكل والأرض كذلك وأن نور القمر مستفاد من نور الشمس وأن الكسوف القمرى عبارة عن انمحاء ضوء القمر بتوسط الأرض بينه وبين الشمس

“Objek-objek langit dijadikan bulat (seperti bola), dan bumi juga demikian. Bahawasanya cahaya bulan berasal dari cahaya matahari, gerhana bulan terjadi disebabkan oleh sinaran matahari yang terhalang oleh bumi yang terletak di antara bulan dengan matahari.” (Miftaah Daar As-Sa’aadah, 2/212)

Asy-Syaikh Al-Imam Muhammad Al-Amin bin Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqithi rahimahullah (Wafat: 1393H) berkata:

إذا رجعنا إلى كلام من نظر في علم الهيئة من المسلمين فإنا نجدهم متفقين على أن شكل الأرض مستدير.

“Apabila kita merujuk perbahasan dari perspektif penelitian ahli hai’ah (saintis pakar kaji bumi / geografi / astronomi) dari kalangan muslim, maka kita akan menemukan kesepakatan mereka bahawa bentuk bumi itu adalah bulat (sfera).” (Adhwaa’ Al-Bayaan fii Idhaah Al-Qur’aan bil Qur’aan, 8/425)

Dalil-dalil Yang Menunjukkan Bumi Sfera?

Dan di antara dalil-dalil yang menunjukkan perkara tersebut adalah sebagaimana berikut.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada falak (orbit atau garis edar)nya.” (Surah Yaasiin, 36: 40)

Asy-Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menjelaskan:

وَلَفْظُ ” الْفَلَكِ ” يَدُلُّ عَلَى الِاسْتِدَارَةِ مُطْلَقًا ؛ كَقَوْلِهِ تَعَالَى : { وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ } وقَوْله تَعَالَى { لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ } يَقْتَضِي أَنَّهَا فِي فَلَكٍ مُسْتَدِيرٍ مُطْلَقًا كَمَا قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فِي فَلْكَةٍ مِثْلُ فَلْكَةِ الْمِغْزَلِ

“Dan lafaz “Al-Falak” adalah kata yang menunjukkan bentuk bulat (sfera yang meliputi dan mengelilingi) secara muthlak, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Dan Dia-lah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing beredar pada garis peredarannya.” (Surah Al-Anbiya’, 21: 33)

Dan firman Allah Ta’ala:

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada falak (orbit atau garis edar)nya.” (Surah Yaasiin, 36: 40)

Ketetapan (dalil-dalil) ini menunjukkan bahawa ia berada pada falak (orbit atau garis peredaran) yang berbentuk bulat (sfera yang meliputi, melingkari dan mengelilingi) secara muthlak, sebagaimana kata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

“Pada falak (orbit cakrawala) semisal pintalan benang yang terpintal bulat.”.” (Majmu’ Al-Fatawa, 6/557)

Falkah Al-Mi’zal adalah kayu berbentuk bulat yang digunakan untuk menenun kain.

Beliau juga mengatakan:

وَ ” الْفَلَكُ فِي اللُّغَةِ ” هُوَ الْمُسْتَدِيرُ . وَمِنْهُ قَوْلُهُمْ : تَفَلَّكَ ثَدْيُ الْجَارِيَةِ إذَا اسْتَدَارَ وَكُلُّ مَنْ يَعْلَمُ أَنَّ الْأَفْلَاكَ مُسْتَدِيرَةٌ يَعْلَمُ أَنَّ الْمُحِيطَ هُوَ الْعَالِي عَلَى الْمَرْكَزِ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ

“Dan kata “Al-Falak” menurut lughah (bahasa), ia adalah suatu yang berbentuk bulat (yang meliputi, melingkari dan mengelilingi), dan sebagaimana dikatakan, “تَفَلَّكَ ثَدْيُ الْجَارِيَةِ” telah mula membulat buah dada anak perempuan tersebut (yakni mula masuk ke fasa baligh/dewasa).. dan setiap mereka yang memahami, bahawa al-falak itu adalah berbentuk bulat (yang meliputi lagi mengelilingi), dan bahawa yang meliputi itu adalah yang paling tinggi berada di atas suatu yang diliputinya dari segala sisi (manakala bagi yang diliputi, atau pusat liputan adalah yang paling bawah).” (Majmu’ Al-Fatawa, 6/567)

Demikian pula sebagaimana dikatakan oleh Ar-Raghib Al-Asfahani rahimahullah (Wafat: 450):

والفلك مجرى الكواكب وتسميته بذلك لكونه كالفلك ، قال : { وكل في فلك يسبحون } وفلكة المغزل ومنه اشتق فلك ثدي المرأة ، وفلكت الجدي إذا جعلت في لسانه مثل فلكة يمنعه عن الرضاع .

“Manakala (الفَلَكُ) adalah laluan objek-objek langit (orbit atau aliran peredarannya), dan dinamakan demikian kerana bentuknya seperti sampan (dalam keadaan berenang, berjalan dengan terapung-apung di air). Firman Allah:

“Dan masing-masing (dari bulan dan matahari) itu berjalan (beredar dengan terapung-apung seperti sedang berenang) pada falak (laluan orbit peredarannya).”

Dan dikatakan (فَلْكَةُ المِغْزَلِ) yakni alat pemintal (berbentuk bulat/sfera), diambil dari kata (فلك ثدي المرأة) payudara perempuan (kerana bentuknya bulat seperti bola).” (Al-Mufrodat fi Ghoribil Qur’an, m/s. 385)

Demikian pula turut disebutkan oleh Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

ولهذا لما كانت السماء محيطة بالأرض كانت عالية عليها ولما كان الكرسي محيطا بالسماوات كان عاليا عليها ولما كان العرش محيطا بالكرسي كان عاليا

“Bahawasanya langit meliputi bumi kerana langit berada di atasnya, Al-Kursi pula meliputi seluruh langit-langit kerana ia (Kursi) berada di atasnya, manakala Al-‘Arsy meliputi Al-Kursi kerana Al-‘Arsy itu berada di atas Al-Kursi.” (Ash-Showa’iq Al-Mursalah, 4/1308)

Dari keterangan ini terdapat faedah yang menjelaskan bahawa bulan dan matahari mengelilingi bumi dalam bentuk lingkaran atau bulatan. Sekaligus memberi gambaran dan penjelasan bentuk keadaan bumi yang dilingkari dan dikelilingi khasnya oleh matahari sepanjang sehari semalam secara konstan dan berterusan adalah bulat seperti bola (sfera). Demikian pula seluruh langit-langit itu meliputi dan melingkari bumi.

Maka sebab itulah Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) mengatakan:

وَكَذَلِكَ مَنْ رَأَى حَالَ الشَّمْسِ وَقْتَ طُلُوعِهَا وَاسْتِوَائِهَا وَغُرُوبِهَا فِي الْأَوْقَاتِ الثَّلَاثَةِ عَلَى بُعْدٍ وَاحِدٍ وَشَكْلٍ وَاحِدٍ مِمَّنْ يَكُونُ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ عَلِمَ أَنَّهَا تَجْرِي فِي فَلَكٍ مُسْتَدِيرٍ

“Dan demikianlah siapa yang melihat keadaan matahari pada waktu terbitnya (ketika naik), istiwa’nya, dan ketika terbenamnya (ketika turun), di tiga waktu ini, matahari berada pada kejauhan yang sama dan bentuk yang satu. Bagi siapa yang berada di balik bumi mengetahui bahawa matahari bergerak (beredar dengan sangat laju) pada falak (garis orbit dan peredarannya) yang berbentuk bulat (lingkaran mengelilingi bumi).” (Majmu’ Al-Fatawa, 6/589)

Dan hal ini jugalah yang telah dikemukakan oleh Al-Imam Ibn Al-Qayyim sebagaimana yang kami nukilkan di atas, yakni matahari terus beredar dan menyinari satu bahagian demi satu bahagian di bumi secara bertahap dan konsisten.

Memang demikianlah realiti yang kita saksikan, matahari terbit dari tempat terbitnya (timur), lalu bergerak ke arah barat dalam bentuk garis lurus di atas kita, tidak membelok ke kanan atau ke kiri sedikit pun untuk sepanjang tempoh kira-kira 12 jam perjalanan (yakni tempoh untuk seharian), sebelum ia terbenam di tempat terbenamnya lalu hilang dari pandangan (kerana menuju ke bahagian bumi yang berikutnya).

Lalu matahari pun kembali lagi di hari berikutnya dan mengulang hal yang sama. Dan fasa-fasa terbenam serta terbitnya juga dapat kita saksikan dengan baik, dari saat munculnya, kemunculan separa, ketika naik dan ketika ia istiwa’ dan zawal, sehingga seterusnya sampailah ke fasa-fasa terbenamnya. Dan hal ini juga telah menjadikan waktu-waktu solat dan waktu untuk berpuasa/berbuka diperhitungkan, yang membuahkan kefahaman terhadap fenomena terbitnya fajar (antara fasa fajar kadzib, shadiq, dan masuknya waktu syuruk/dhuha), demikian pula fasa-fasa terbenamnya matahari antara masuknya waktu maghrib dan ‘isya’ yang semua ini diperhitungkan berdasarkan paras terbit dan tenggelam/terbenamnya matahari.

Demikianlah pula dengan waktu zhuhur, yang diperhitungkan ketika sebaik matahari tergelincir dari istiwa’nya, yakni ketika matahari benar-benar berada tegak di atas kepala, di tengah-tengah antara tempat terbit dengan tempat terbenamnya.

Yang semua ini menjelaskan seandainya bumi adalah dalam bentuk yang mendatar (bukan sfera), sudah tentu hal ini tidak akan terjadi dan tidak akan dapat diperhitungkan. Seandainya bumi dalam keadaan datar seluruhnya sebagaimana anggapan sebahagian orang, maka sudah tentu seluruh permukaan bumi akan mengalami siang atau malam dalam waktu yang bersamaan, dan waktu-waktu solat juga tidak akan dapat diperhitungkan sebagaimana yang dilakukan pada saat ini.

Selain itu dapat kita saksikan keadaan awan-awan yang berada di ufuk timur dan barat atau utara dan selatan, yang seakan melekat dengan bumi, atau yang tenggelam separa/sebahagian darinya, seraya menjelaskan keadaan bumi yang melengkung yang mengisyaratkan kesferaan bumi ini.

Dan hal yang sama, dapat pula kita perhatikan keadaan perjalanan dan peredaran bintang-bintang di langit, bagaimana ketika ia terbit/muncul sehingga ianya terbenam dengan bentuk dan kejauhan yang sekata dari bumi. Kita dapat melihatnya dalam bentuk yang sama semenjak dari ianya terbit sampailah ia terbenam. Sekaligus mengisyaratkan jarak kedudukannya yang sekata dari bumi yang menunjukkan bentuk bumi yang melengkung dan sfera. Dan begitulah setiap malam ia berulang.

Dan pergilah pula ke tepi laut, lihatlah pada hujung ufuk. Lihat pada kapal-kapal yang sedang berlayar meninggalkan pelabuhannya. Maka akan dapat kita saksikan bahawa ia semakin lama akan semakin turun (seakan tenggelam dalam lautan), lalu hinggalah kelihatan separa, kemudian hanya tinggal kelihatan bahagian atasnya saja, lalu akhirnya hilang seakan tenggelam ke dalam lautan.

Dan seperti itulah yang diisyaratkan di dalam Al-Qur’an tentang Dzulqarnain ketika melihat matahari yang sedang terbenam, seakan-akan matahari itu sedang tenggelam ke dalam lautan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ

“Sehingga apabila dia (Dzulqarnain) telah sampai ke tempat terbenamnya matahari, dia melihat (atau mendapati) matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam…” (Surah Al-Kahf, 18: 86)

Dan dalil ini dalam masa sama turut menolak dakwaan dari salah satu teori masa kini yang mengatakannya kononnya matahari beredar di atas bumi yang datar dan terhampar dalam bentuk lingkaran bulatan, sehingga tidak ada terbit dan terbenam sebagaimana yang telah jelas ditegaskan dalam wahyu. Menurut mereka, konsep terbenamnya matahari terjadi disebabkan kedudukan matahari yang telah berada jauh dari kedudukan si pengamat atau pemerhati, dan ini adalah jelas kesalahan. Kerana terbit dan terbenamnya matahari tidak ditentukan berdasarkan batas penglihatan dan pandangan. Wallaahu a’lam.

Maka situasi dan keadaan ini sebagaimana yang kami kemukakan menjelaskan bahawa bumi yang kita diami ini adalah berbentuk sfera, manakala matahari beredar dengan mengelilingi bumi, dari timur (ketika terbit) kemudian menuju ke barat (lalu terbenam). Ketika ianya terbenam di sebahagian wilayah, ia sedang terbit atau menyinari ke bahagian bumi yang berikutnya pula, yang sebelumnya terhalang dari cahayanya disebabkan bentuk bumi yang sfera.

Kemudian di ayat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ

Allah menggulung malam ke dalam siang dan menggulung siang ke dalam malam.” (Surah Az-Zumar, 39: 5)

Al-Imam Ar-Raghib Al-Asfahani rahimahullah (Wafat: 450H) menjelaskan:

كور : كور الشيء إدارته وضم بعضه إلى بعض ككور العمامة ، وقوله : { يكور الليل على النهار ويكور النهار على الليل } فإشارة إلى جريان الشمس في مطالعها وانتقاص الليل والنهار وازديادهما . وطعنه فكوره إذا ألقاه مجتمعا واكتار الفرس إذا أدار ذنبه في عدوه ، وقيل لإبل كثيرة كور ، وكوارة النخل معروفة والكور الرحل

“Kalimat “كور” : “كَوْرُ الشَيْءِ” adalah melingkari sesuatu, atau penggabungan di antara hujung sesuatu kepada hujung yang lain, seperti “ككور العمامة” lingkaran atau gulungan serban (yang melingkari dan membungkus kepala).

Dan firman-Nya:

Allah menggulung malam ke dalam siang dan menggulung siang ke dalam malam.” (Surah Az-Zumar, 39: 5)

Maka ini adalah isyarat akan peredaran matahari pada mathla’nya (pada tempat terbit dan terbenamnya, serta orbit/falak edarannya), dan isyarat pada berkurang atau bertambahnya malam dan siang.

Manakala “طعنه” adalah “كوره” (yakni) apabila melemparkan sesuatu secara bersamaan.

Manakala “اكتار الفرس” adalah ekor kuda yang berputar-putar ketika dia sedang berlari.

Dan dikatakan juga bahawa kawanan (gerombolan) bagi unta sebagai “كَوْرٌ”.

Manakala “كوارة النخل” adalah lebah madu yang dimaklumi (mungkin kerana ia sentiasa berkitar mengelilingi sarangnya – pent.). Sedangkan “الكور” adalah perjalanan (pengembaraan).” (Al-Mufrodaat fii Ghoribil Qur’an, m/s. 443)

Al-Imam Ibnu Hazm rahimahullah (Wafat: 458H) berkata:

وَهَذَا أوضح بَيَان فِي تكوير بَعْضهَا على بعض مَأْخُوذ من كور الْعِمَامَة وَهُوَ إدارتها وَهَذَا نَص على تكوير الأَرْض ودوران الشَّمْس كَذَلِك

“Ayat ini adalah penjelasan yang paling jelas bahawa siang dan malam digulung atas sebahagian yang lain (yakni membungkus bumi – pent.). Diambil dari kata yang semakna, yakni menggulung serban, ia menggulung dengan cara dibungkus mengelilinginya. Maka ini adalah nash yang menunjukkan bulatnya bumi, dan berputar serta beredarnya matahari juga demikian (dengan mengelilingi bumi).” (Al-Fashl fil Milal wal Ahwa wan Nihal, 2/78)

Sebagaimana yang kita maklum, tidaklah serban dililit atau dibungkus di atas kepala, melainkan pada kepala yang bentuknya bulat (seperti bola), dan dibungkus dengan cara melilitkannya dalam bentuk lingkaran atau bulatan! Tidak-lah ia dililit pada kepala yang bentuknya datar!

Asy-Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

فَقَدْ اتَّفَقَ أَهْلُ التَّفْسِيرِ وَاللُّغَةِ عَلَى أَنَّ ” الْفَلَكَ ” هُوَ الْمُسْتَدِيرُ وَالْمَعْرِفَةُ لِمَعَانِي كِتَابِ اللَّهِ إنَّمَا تُؤْخَذُ مِنْ هَذَيْنِ الطَّرِيقَيْنِ : مِنْ أَهْلِ التَّفْسِيرِ الْمَوْثُوقِ بِهِمْ مِنْ السَّلَفِ وَمِنْ اللُّغَةِ : الَّتِي نَزَلَ الْقُرْآنُ بِهَا وَهِيَ لُغَةُ الْعَرَبِ . وَقَالَ تَعَالَى : { يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ } قَالُوا : وَ ” التَّكْوِيرُ ” التَّدْوِيرُ يُقَالُ : كَوَّرْت الْعِمَامَةَ وَكَوَّرْتهَا : إذَا دَوَّرْتهَا وَيُقَالُ : لِلْمُسْتَدِيرِ كَارَةٌ وَأَصْلُهُ ” كورة ” تَحَرَّكَتْ الْوَاوُ وَانْفَتَحَ مَا قَبْلَهَا فَقُلِبَتْ أَلِفًا وَيُقَالُ أَيْضًا : ” كُرَةٌ ” وَأَصْلُهُ كُورَةٌ وَإِنَّمَا حُذِفَتْ عَيْنُ الْكَلِمَةِ كَمَا قِيلَ فِي ثُبَةٍ وَقُلَةٍ.

“Bahawasanya telah ittifaq (bersepakat) para ulama tafsir dan lughah (bahasa) tentang makna “Al-Falak”, bahawa ia adalah suatu yang berbentuk bulat (sfera yang meliputi dan mengelilingi), yang dimaklumi maknanya dari Kitab Allah dengan berdasarkan dua kaedah (atau jalan) ini, yakni dari jalan ahli tafsir yang dipercayai dari kalangan salaf dan dari jalan lughah (bahasa) yang mana Al-Qur’an diturunkan dengannya (bahasa ‘Arab). Dan Allah Ta’ala berfirman:

Allah menggulung malam ke dalam siang dan menggulung siang ke dalam malam.” (Surah Az-Zumar, 39: 5)

Mereka (ahli tafsir dan pakar bahasa) mengatakan, At-Takwiir (menutupi) adalah At-Tadwiir (yang melingkari, meliputi dan membaluti).

Disebutkan, Kawwarta Al-Imamah wa Kawwariha (engkau menggulung dan memutarkan serban) apabila engkau membalutkannya (di kepala); Dan dikatakan, bagi sesuatu yang bulat (meliputi) juga disebut sebagai karah (كَارَةٌ) berasal dari kata kawarah (كورة), dengan harakat wau dan fat-hah huruf sebelumnya, lalu diganti dengan alif. Dan disebutkan juga “كُرَةٌ” yang berasal dari kata “كُورَةٌ”, dihadzaf (dibuang/dihilangkan) ‘ain seperti kata tsubah wa qulah.” (Majmu’ Al-Fatawa, 6/588)

Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah berkata:

والتكوير جعل الشيء كالكور مثل كور العمامة ومن المعلوم أن الليل والنهار يتعاقبان على الأرض وهذا يقتضي أن تكون الأرض كروية

At-Takwiir (menggulung), maknanya menjadikan sesuatu seperti gulungan (gumpalan), contohnya seperti gulungan serban. Dan telah dimaklumi bahawa siang dan malam sentiasa berganti-ganti menutupi dan meliputi bumi, dan di sini bermakna bahawa bumi (yang dilingkari dan diliputi) itu berbentuk bulat (sfera seperti bola).” (Fatawa Nur ‘ala Ad-Darb, 24/2)

Di ayat yang lain lagi:

وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا (1) وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا

“Demi Matahari dan cahayanya di pagi hari. Dan demi bulan apabila mengiringinya…” (Surah Asy-Syaam, 91: 1-2)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyebutkan:

وقال العوفي، عن ابن عباس: { وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا } قال: يتلو النهار. وقال قتادة: { إِذَا تَلاهَا } ليلة الهلال، إذا سقطت الشمس رؤي الهلال. وقال ابن زيد: هو يتلوها في النصف الأول من الشهر، ثم هي تتلوه. وهو يتقدمها في النصف الأخير من الشهر.

“… Ibn ‘Abbas berkata, “Dan demi bulan apabila mengiringinya…” adalah mengikuti siang.” Qotadah berkata, “apabila mengiringinya…” adalah malam-malam hilal (yakni tiga hari pertama setiap bulan, ketika fasa bulan sabit). Ketika matahari terbenam, maka terlihatlah hilal (bulan sabit, atau anak bulan).” Dan Ibn Zaid berkata, “Bulan mengikutinya pada separuh pertama setiap bulan, kemudian matahari pula mengikutinya, dan bulan mendahului pada separuh terakhir setiap bulan.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/410)

Pada penjelasan Ibnu Katsir ini terdapat faedah bahawa matahari dan bulan saling beredar dan mengitari (mengelilingi bumi) pada garis orbit yang tersusun dan sekata sehingga menatijahkan peredaran malam dan siang yang tersusun dan sekata pula. Dari sini memberi isyarat yang dikelilingi itu bentuknya bulat (sfera). Dan inilah juga yang dimaksudkan oleh Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim sebagaimana yang kami nukilkan di atas.

Kata Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah:

ومعنى (تلاها) أتى بعدها وهو دليل على سيرهما ودورانهما على الأرض ولو كانت الأرض التي تدور عليهما لم يكن القمر تالياً للشمس

“Dan makna “mengiringinya” adalah datang setelahnya, dan ia adalah dalil matahari dan bulan yang berjalan dan mengelilingi bumi. Kalau seandainya bumi yang mengelilingi keduanya, maka tidak akan terjadi (dan tidak akan dikatakan) bulan mengiringi matahari…” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)

Bantahan Pendapat Bumi Datar

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah ketika menafsirkan Surah Al-Ghasyiyyah, beliau berkata:

{وإلى الأرض كيف سطحت} أي وانظروا كيف سطح الله هذه الأرض الواسعة، وجعلها سطحاً واسعاً ليتمكن الناس من العيش فيه بالزراعة والبناء وغير هذا، وما ظنكم لو كانت الأرض صبباً غير مسطحة يعني مثل الجبال يرقى لها ويصعد لكانت شاقة، ولما استقر الناس عليها، لكن الله عز وجل جعلها سطحاً ممهداً للخلق، وقد استدل بعض العلماء بهذه الآية على أن الأرض ليست كروية بل سطح ممتد لكن هذا الاستدلال فيه نظر، لأن هناك آيات تدل على أن الأرض كروية، والواقع شاهد بذلك

“Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.” (Surah Al-Ghasyiyyah, 88: 20)

Yakni, lihatlah bagaimana Allah menghamparkan bumi yang luas ini. Allah menjadikannya sebagai hamparan yang luas agar manusia dapat hidup di atasnya, bercucuk-tanam (bertani), mendirikan bina-binaan, dan sebagainya.

Tidakkah dapat kalian bayangkan seandainya bumi ini tidak sekata, tidak pula terhampar, yakni semisal bergunung-ganang keadaannya, sekejap tinggi sekejap curam permukaannya, tentu menyukarkan manusia untuk menghuni di atasnya. Akan tetapi Allah ‘Azza wa Jalla menjadikannya terhampar luas bagi makhluk.

Sebahagian ulama berhujah dengan ayat ini bahawa bumi itu bukan bulat seperti bola (sfera), akan tetapi bumi itu terhampar datar. Namun pendalilan ini perlu diteliti baik-baik, kerana di sana masih ada ayat-ayat (dalil dan tanda) yang menunjukkan bahawa bumi ini bulat, dan fakta semasa pula turut menguatkan hal tersebut.

يقول الله عز وجل: {يكور الليل على النهار ويكور النهار على الليل} [الزمر: 5] . والتكوير التدوير، ومعلوم أن الليل والنهار يتعاقبان على الأرض، فإذا كانا مكورين لزم أن تكون الأرض مكورة،

“Allah ‘Azza wa Jalla befirman, “Allah menggulung malam ke dalam siang dan menggulung siang ke dalam malam.” (Surah Az-Zumar, 39: 5)

At-Takwiir adalah At-Tadwiir (berputar dengan meliputi dan mengelilingi), dan dimaklumi bahawa malam dan siang saling bertukar-ganti di atas bumi, maka apabila keduanya saling meliputi dan berputar, ia menjelaskan bentuk bumi yang bulat.”

وقال الله تبارك وتعالى: {إذا السماء انشقت. وأذنت لربها وحقت. وإذا الأرض مدت. وألقت ما فيها وتخلت} [الانشقاق: 1 ـ 4] . فقال: {وإذا الأرض مدت} وقد جاء في الحديث أنها يوم القيامة تمد مد الأديم أي مد الجلد. حتى لا يكون فيها جبال، ولا أودية، ولا أشجار، ولا بناء، يذرها الرب عز وجل قاعاً صفصفاً لا ترى فيها عوجاً ولا أمتا

“Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman, “Apabila langit terbelah, dan tunduk patuh kepada Rabb-nya, dan apabila bumi diratakan, memuntahkan apa-apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.” (Surah Al-Insyiqaq, 1-4)

Allah mengatakan, “Ketika apabila bumi diratakan…”, Bahawa telah datang di dalam hadis ianya terjadi ketika hari Kiamat nanti yang mana bumi akan diratakan seperti hamparan kulit, sampai dijadikan padanya tidak ada lagi gunung-gunung, lembah-lembah, pokok-pokok, dan tidak pula bina-binaan di atasnya. Allah ‘Azza wa Jalla akan menjadikan itu semua datar seperti lantai yang datar, tidaklah engkau melihat padanya ada tempat yang tinggi mahupun rendah sedikit pun.”[1]

فقوله: {إذا السماء انشقت} والسماء لا تنشق إلا يوم القيامة وهي الان غير منشقة إذاً قوله: {إذا الأرض مدت وألقت ما فيها وتخلت} يعني يوم القيامة فهي إذاً الان غير ممدودة، إذاً مكورة، والواقع المحسوس المتيقن الان أنها كروية لا شك…،

Firman Allah, “Apabila langit terbelah.” Dan langit tidaklah terbelah kecuali pada hari Kiamat, dan sekarang ianya belum terbelah. Maka firman-Nya:

“Apabila ketika bumi diratakan, dan memuntahkan apa-apa yang ada di dalamnya…” Yakni menjelaskan kejadian yang berlaku pada hari Kiamat nanti, maka bumi pada saat ini tidaklah rata, tetapi bulat sfera. Dan fakta serta realiti yang dapat kita saksikan saat ini bahawasanya bumi itu bulat sfera tanpa syak….”

فإذا قال الإنسان: إذا كانت كما ذكرت كروية فكيف تثبت المياه، مياه البحار عليها وهي كروية؟

“Maka apabila ada orang yang bertanya, “Jika bumi ini bulat sebagaimana yang engkau sebutkan, macam mana air boleh tergenang di atasnya (yakni tidak tumpah ke mana-mana)? Air lautan boleh berada di atasnya sedang bumi ini bulat?”

نقول في الجواب عن ذلك: إن الذي أمسك السماء أن تقع على الأرض إلا بإذنه يمسك البحار أن تفيض على الناس فتغرقهم، والله على كل شيء قدير، قال بعض أهل العلم: {وإذا البحار سجرت} أي حبست ومنعت من أن تفيض على الناس كالشيء الذي يُسجر (يربط) ، وعلى كل حال القدرة الإلهية لا يمكن لنا أن نعارض فيها. نقول قدرة الله عز وجل أمسكت هذه البحار أن تفيض على أهل الأرض فتغرقهم، وإن كانت الأرض كروية.

Maka kami katakan sebagai jawabannya, bahawasanya Allah yang Maha Kuasa menahan langit sehingga ianya tidak runtuh dan jatuh menimpa bumi kecuali dengan izin-Nya, maka Dia-lah juga yang menahan air laut hingga tidak meluap dan melimpah yang boleh menyebabkan manusia tenggelam. Dan adalah Allah maha Kuasa atas segala sesuatu.

Telah berkata sebahagian dari ahli ilmu tentang firman Allah, “Apabila lautan dipanaskan.” (Surah At-Takwiir, 81: 6), Yakni ditahan dan dicegah agar tidak membanjiri manusia, seperti sesuatu yang diikat.”

Apa pun, terhadap Qudrah Allah itu tidak memungkin kita melawannya.

Kita katakan, “Kekuasaan Allah ‘Azza wa Jalla lah yang menahan lautan itu agar tidak membanjiri dan menenggelamkan para penghuninya seklipun bumi itu bulat bentuknya.” (Tafsir Juz ‘Amma, 1/179-180)

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullah (Wafat: 1420H) ketika ditanya tentang bumi sama ada bulat atau datar, maka beliau menjawab:

الأرض كروية عند أهل العلم، قد حكى ابن حزم وجماعة آخرون إجماع أهل العلم على أنها كروية، يعني أنها منضمٌ بعضها إلى بعض مدرمحة، كالكرة، لكن الله بسط أعلاها لنا فجعل فيها الجبال الرواسي، وجعل فيها الحيوان والبحار رحمةً بنا، ولهذا قال: وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ [(20) سورة الغاشية]. فهي مسطوحة الظاهر لنا ليعيش عليها الناس ويطمئن عليها الناس، فكونها كروية لا يمنع تسطيح ظاهرها ؛ لأن الشيء الكبير العظيم إذا سُطح صار له ظهرٌ واسع.

“Bumi ini adalah bulat di sisi ahli ilmu. Ibnu Hazm dan sejumlah ulama yang lainnya telah menukilkan adanya ijma’ (kesepakatan) dari kalangan ahli ilmu bahawa bumi ini bulat (sfera seperti bola). Yakni satu bahagiannya bersambung dengan bahagian lainnya, bulat sebagaimana bola.

Namun Allah hamparkan bahagian atasnya agar landai, Allah jadikan di atasnya gunung-gunung yang teguh dan kukuh, dan padanya juga Allah jadikan haiwan-haiwan dan lautan, sebagai bentuk rahmat untuk kita.

Oleh kerana itu Allah berfirman:

“Tidakkah mereka melihat bumi bagaimana ia dihamparkan?” (Surah Al-Ghaasyiyah, 88: 20)

Maka, bumi ini pada bahagian atasnya terhampar sebagaimana yang zahir bagi kita, agar manusia dapat hidup dan tenang di atasnya.

Keadaan bumi yang bulat (sfera) tidaklah menghalangnya dari dihamparkan pada bahagian atasnya. Kerana sesuatu yang begitu besar itu apabila ia dihamparkan maka akan menjadilah ia permukaan yang luas.” (Website rasmi Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz)

Di sumber yang lain, beliau menegaskan:

كما أني قد أثبت في المقال فيما نقلته عن العلامة ابن القيم رحمه الله ما يدل على إثبات كروية الأرض، أما دورانها فقد أنكرته وبينت الأدلة على بطلانه ولكني لم أكفر من قال به، وإنما كفرت من قال إن الشمس ثابتة غير جارية لأن هذا القول مصادم لصريح القرآن الكريم والسنة المطهرة الصحيحة الدالين على أن الشمس والقمر يجريان

“Sebagaimana yang telah aku jelaskan dan tegaskan pada pendapatku yang mana aku menukilkan daripada Al-‘Allamah Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) yang menjelaskan bahawa bumi adalah sfera (seperti bentuk bola).

Adapun tentang berputar (atau beredarnya) bumi, memang aku mengingkari hal ini dan telah aku jelaskan dalil-dalil tentang kebatilannya, walau bagaimanapun tidaklah aku mengkafirkan orang yang mengatakannya. Akan tetapi siapa yang mengatakan bahawa matahari itu tetap (pegun pada kedudukannya) dan tidak beredar maka itulah yang aku katakan kafir, kerana perkataan ini bertentangan dengan nash yang jelas dan tegas dari Al-Qur’an Al-Karim dan As-Sunnah yang sahih yang mana keduanya telah menjelaskan bahawa matahari dan bulan itu beredar dengan laju.” (Majmu’ Fatawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah, 9/228)

Selain itu, sferanya bumi turut dapat difahami dari sebuah atsar permisalan atau gambaran yang dibuat oleh salah seorang sahabat Nabi; ‘Abdullah Ibn ‘Abbas radhiyallahuma, di mana beliau berkata:

ما السماوات السبع والأرضون السبع في كَفِّ الرحمن إلا كَخَرْدَلَةٍ في يد أحدكم

“Tidaklah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi itu di Tapak Tangan Allah Ar-Rahman melainkan hanyalah seperti (permisalan) biji sawi di tangan salah seorang daripada kalian.” (As-Sunnah oleh ‘Abdullah bin Ahmad, no. 1090. Al-‘Uluw oleh Adz-Dzahabi, no. 314)

Tidaklah biji sawi tu melainkan berbentuk bulat (sfera), secara tidak langsung menjelaskan bumi dan langit itu sfera, yang tinggi (atas) meliputi yang di bawahnya (bumi). Wallaahu a’lam.

Kesepakatan Ulama Bumi Adalah Sfera

Menurut Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (Wafat: 458H):

أن البراهين قد صحت بأن الأرض كروية والعامة تقول غير ذلك وجوابنا وبالله تعالى التوفيق أن أحد من أئمة المسلمين المستحقين لإسم الإمامة بالعلم رضي الله عنهم لم ينكروا تكوير الأرض ولا يحفظ لأحد منهم في دفعه كلمة بل البراهين من القرآن والسنة قد جاءت بتكويرها

“Bahawasanya bukti-bukti telah mengesahkan bahawa bentuk bumi itu adalah bulat seperti bola (sfera) walaupun ramai (kalangan awam) yang mengatakan selain dari itu. Adapun jawaban kami dengan pertolongan dan taufiq Allah Ta’ala, bahawasanya tidak ada seorang pun dari ulama kaum muslimin yang berhak digelar dengan imam (pemimpin) dalam ilmu (semoga Allah meredhai mereka) yang mengingkari bulatnya bumi, dan tidak pula dihafaz dari seorang pun dari mereka yang membantah hal tersebut, bahkan telah datang bukti-bukti dari Al-Qur’an dan As-Sunnah menjelaskan bulatnya bumi.” (Al-Fashl fil Milal wal Ahwa wan Nihal, 2/78)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menjelaskan:

وَقَالَ الْإِمَامُ أَبُو الْحُسَيْنِ أَحْمَد بْنُ جَعْفَرِ بْنِ الْمُنَادِي مِنْ أَعْيَانِ الْعُلَمَاءِ الْمَشْهُورِينَ بِمَعْرِفَةِ الْآثَارِ وَالتَّصَانِيفِ الْكِبَارِ فِي فُنُونِ الْعُلُومِ الدِّينِيَّةِ مِنْ الطَّبَقَةِ الثَّانِيَةِ مِنْ أَصْحَابِ أَحْمَد : لَا خِلَافَ بَيْنِ الْعُلَمَاءِ أَنَّ السَّمَاءَ عَلَى مِثَالِ الْكَرَّةِ وَأَنَّهَا تَدُورُ بِجَمِيعِ مَا فِيهَا مِنْ الْكَوَاكِبِ كَدَوْرَةِ الْكُرَةِ عَلَى قُطْبَيْنِ ثَابِتَيْنِ غَيْرِ مُتَحَرِّكَيْنِ : أَحَدُهُمَا فِي نَاحِيَةِ الشَّمَالِ وَالْآخَرُ فِي نَاحِيَةِ الْجَنُوبِ . قَالَ : وَيَدُلُّ عَلَى ذَلِكَ أَنَّ الْكَوَاكِبَ جَمِيعَهَا تَدُورُ مِنْ الْمَشْرِقِ تَقَعُ قَلِيلًا عَلَى تَرْتِيبٍ وَاحِدٍ فِي حَرَكَاتِهَا وَمَقَادِيرِ أَجْزَائِهَا إلَى أَنْ تَتَوَسَّطَ السَّمَاءَ ثُمَّ تَنْحَدِرُ عَلَى ذَلِكَ التَّرْتِيبِ . كَأَنَّهَا ثَابِتَةٌ فِي كُرَةٍ تُدِيرُهَا جَمِيعَهَا دَوْرًا وَاحِدًا

“Telah berkata Al-Imam Abu Al-Husain Ahmad bin Ja’afar Al-Munadi rahimahullah (Wafat: 236H) yang dikenal masyhur dengan ilmu-ilmu atsar dan karya-karya besar dalam pelbagai cabang-cabang ilmu agama, beliau dari thabaqat (tingkatan) kedua dari kalangan sahabat-sahabat Ahmad (bin Hanbal):

“Tidak ada khilaf (perselisihan) di antara para ulama bahawa langit itu semisal bola, dan bahawasanya beredar seluruh apa-apa yang terkandung padanya dari al-kawakib (bintang-bintang, planet atau objek-objek langit) seperti lingkaran bola yang ada di antara dua kutub yang tidak bergerak. Salah satunya di arah utara dan yang lainnya pada arah atau sisi selatan.”

Kata beliau, “Dan dalil yang menunjukkan perkara tersebut adalah al-kawakib (bintang, planet, atau objek-objek langit) seluruhnya berputar dari arah timur mengikut tertib (urutan) gerakan yang satu pada magnitud dan bahagiannya sampailah ke pertengahan langit, kemudian ia miring (seakan turun dan jatuh ke bawah) di atas tertib (urutan) tersebut, seakan-akan ianya berpaksi pada bola yang ia kelilinginya seluruhnya dengan satu kali putaran (bagi setiap putaran lengkap).”

وَكَذَلِكَ أَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ الْأَرْضَ بِجَمِيعِ حَرَكَاتِهَا مِنْ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِثْلُ الْكُرَةِ . وَيَدُلُّ عَلَيْهِ أَنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالْكَوَاكِبَ لَا يُوجَدُ طُلُوعُهَا وَغُرُوبُهَا عَلَى جَمِيعِ مَنْ فِي نَوَاحِي الْأَرْضِ فِي وَقْتٍ وَاحِدٍ بَلْ عَلَى الْمَشْرِقِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ. فَكُرَةُ الْأَرْضِ مُثَبَّتَةٌ فِي وَسَطِ كَرَّةِ السَّمَاءِ كَالنُّقْطَةِ فِي الدَّائِرَةِ . يَدُلُّ عَلَى ذَلِكَ أَنَّ جُرْمَ كُلِّ كَوْكَبٍ يُرَى فِي جَمِيعِ نَوَاحِي السَّمَاءَ عَلَى قَدْرٍ وَاحِدٍ فَيَدُلُّ ذَلِكَ عَلَى بُعْدِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ مِنْ جَمِيعِ الْجِهَاتِ بِقَدْرِ وَاحِدٍ فَاضْطِرَارُ أَنْ تَكُونَ الْأَرْضَ وَسَطَ السَّمَاءِ

“Demkianlah para ulama telah ijma’ (sepakat) bahawa bumi dengan seluruh bahagiannya (juzuk-juzuknya), sama ada daratan mahupun lautan, adalah seperti bola (sfera). Dan yang menunjukkan bahawa bumi itu sfera (seperti bola) adalah matahari, bulan dan bintang-bintang tidak terbit dan terbenam kepada setiap orang di setiap penjuru bumi pada waktu yang sama, akan tetapi matahari terbit di Timur dulu sebelum menuju ke Barat.

Maka, bumi yang berbentuk bola terletak pada kedudukan di tengah-tengah liputan kesferaan langit seperti suatu titik (noktah) di tengah-tengah lingkaran yang mengitari (atau meliputinya). Yang menjelaskan perkara ini adalah posisi setiap objek-objek langit dapat dilihat pada seluruh penjuru langit dengan kadar yang sama, maka ianya menunjukkan jauhnya jarak di antara langit dengan bumi dari seluruh arah dengan kadar yang sama, seraya menjadikan bumi berada di pertengahan langit (sebagai pusat alam, sekaligus pada kedudukan paling bawah berbanding langit dan cakrawala yang meliputinya – ikuti penjelasan Ibn Taimiyyah seterusnya… – pent.).” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/195-196)

Menurut Al-Imam Abu Muhammad Al-Juwaini Al-Haramain rahimahullah (Wafat: 478H) sebagaimana dalam risalah beliau, Al-Istiwa’ wal-Fauqiyyah:

 أن الأرض في جوف العالم العلوي وأن كرة الأرض في وسط السماء كبطيخة في جوف بطيخة، والسماء محيطة بها من جميع جوانبها وأن سفل العالم هو جوف كرة الأرض وهو المركز وهو منتهى السفل والتحت … وبرهان ذلك أنا لو فرضا مسافرا سافر على كرة الأرض من جهة المشرق إلى جهة المغرب وامتد مسافرا لمشى مسافرا على الكرة إلى حيث ابتدأ بالسير وقطع الكرة مما يراه الناظر أسفل منه وهو في سفره هذا لم يبرح الأرض تحته والسماء فوقه فالسماء التي يشهدها الحس تحت الأرض هي فوق الأرض لا تحتها لأن السماء فوق الأرض بالذات فكيف كانت السماء كانت فوق الأرض من أي جهة فرضتها

“Bahawa bumi itu berada di dalam alam yang tinggi sebagai pusat alam, ia berada di tengah-tengah langit berbentuk bola (sfera) seperti tembikai dalam tembikai, dan langit meliputi bumi dari segenap arah. Dan bahawa bahagian bawah alam adalah di pusat bebola bumi (perut bumi) dan ia tempat akhir paling bawah…

Dan bukti atas yang demikian, seandainya kita bermusafir mengelilingi kesferaan bumi dari arah timur ke arah barat, maka kita akan kembali ke tempat di mana kita memulakan perjalanan, kita akan menjelajahi kesferaan bumi yang kelihatan berada di bahagian bawahnya. Dalam perjalanan ini kita tidak akan mendapati saling bertukar antara bumi yang di bawah dengan langit yang di atas. Langit tetap berada di atas walaupun dalam pandangan kita ia berada di bawah bumi, kerana memang langit itu tetap berada di atas bumi. Oleh kerana itu, dari arah mana pun langit tersebut, ia tetaplah berada di atas bumi.” (lihat: Muqaddimah Mukhtashar Al-‘Uluw oleh Al-Albani, m/s. 73)

Langit Juga Sfera

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):

“Tidak ada khilaf (perselisihan) di antara para ulama bahawa langit (objek-objek langit) itu bulat semisal bola, dan bahawasanya beredar seluruh apa-apa yang terkandung padanya dari al-kawakib (bintang-bintang, planet atau objek-objek langit) seperti lingkaran bola yang ada di antara dua kutub yang tidak bergerak. Salah satunya di arah utara dan yang lainnya pada arah atau sisi selatan.” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/195)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

وقد حكى ابن حزم وابن المنير وأبو الفرج ابن الجوزى وغير واحد من العلماء الاجماع على أن السموات كرة مستديرة * واستدل على ذلك بقوله كل في فلك يسبحون. قال الحسن يدورون، وقال ابن عباس في فلكة مثل فلكة المغزل. قالوا ويدل على ذلك أن الشمس تغرب كل ليلة من المغرب ثم تطلع في آخرها من المشرق كما قال أمية ابن أبي الصلت.

“Bahawa telah diriwayatkan bahawa Ibn Hazm, Ibn Al-Muniir, Abu Al-Farj Ibn Al-Jauzi, dan bukan seorang dari kalangan para ulama telah ijma’ bahawa langit-langit itu bulat (sfera) yang meliputi. Dan dalil atas hal tersebut adalah firman Allah:

“Masing-masing beredar pada falak (garis orbitnya).” (Surah Yasin, 36: 40)

Berkata Al-Hasan (Al-Bashri), yakni berputar. Dan Ibnu ‘Abbas berkata, “Pada falak (garis edar) itu semisal benang pada alat pintalan yang berupa lingkaran (berputar dan mengelilingi).”

Para ulama menambah, yang menunjukkan hal ini adalah terbenamnya matahari pada setiap malam di ufuk barat, kemudian ia terbit pada akhir malam dari timur sebagaimana dikatakan oleh Umayyah Ibn Abi Ash-Shalt.” (Al-Bidayah wa An-Nihayah, 1/33)

Falkah Al-Mi’zal adalah kayu berbentuk bulat yang digunakan untuk menenun kain.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَحْفُوظًا

“Dan Kami jadikan langit itu bumbung yang terjaga.” (Surah Al-Anbiyaa’, 21: 32)

Keberadaan langit sebagai atap atau bumbung bagi bumi, menunjukkan langit juga bulat meliputi bumi.

Kata Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) tentang makna “Saqfun”:

أي: على الأرض وهي كالقبة عليها،

“Yakni seperti kubah di atas bumi.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/340)

Dan menurut kata Ar-Raghib Al-Asfahani rahimahullah (Wafat: 450H):

السطح أعلى البيت يقال سطحت البيت جعلت له سطحا وسطحت المكان جعلته في التسوية كسطح قال : { وإلى الأرض كيف سطحت }

“Kata As-Sath-hu, adalah bahagian atas rumah (yakni tingkat atas pada bahagian bumbung). Dikatakan “Sathahtu Al-Bait”, maknanya aku membuat bumbung rumah (yang boleh diduduki). Dan dikatakan “Sathahtu Al-Makan”, maknanya aku jadikan suatu tempat itu terhampar sebagaimana tingkat atasnya (bumbungnya). Allah berfirman:

“Dan lihatlah pada bumi bagaimana ia dihamparkan.” (Surah Al-Ghasyiyah, 88: 20).” (Al-Mufrodaat fii Gharib Al-Qur’an, 1/231)

Disebutkan di halaman yang lain bahawa kata As-Saqfu juga menunjukkan makna bumbung yang tinggi dan melengkung. (Al-Mufrodaat fii Gharib Al-Qur’an, 1/235)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

“Dan langit itu Kami bina dengan tangan (kekuatan) Kami, dan Kami-lah yang meluaskannya.” (Surah Adz-Dzaariyat, 51: 47)

Kata Ibnu Katsir rahimahullah:

أي: قد وسعنا أرجاءها ورفعناها بغير عمد، حتى استقلت كما هي.

“Yakni Kami lapang dan luaskan sisi-sisinya, dan Kami angkat serta meninggikannya tanpa tiang-tiang yang menopang, sehingga jadilah ia sebagaimana keberadaannya saat ini.” (Tafsir Ibn Katsir, 7/424)

Adapun mereka yang menafsirkan ayat ini dalam rangka mendukung teori “big bang” dengan mengatakan langit sentiasa terus-menerus mengembang tanpa ada batasnya, maka itu tidaklah benar, dan termasuk menafsirkan Al-Qur’an bukan pada tempatnya. Wallaahu a’lam.

Maka, sebagaimana kita lihat keadaan langit di atas kita yang meliputi bumi dari segenap sisinya, maka demikian keadaan bumi yang diliputi olehnya. Demikian pula yang dapat kita saksikan pada keadaan objek-objek langit bagaimana ia beredar, baik dari matahari, bulan, bintang-bintang dan planet dengan mengelilingi bumi, memiliki tempat-tempat terbit dan terbenam.

Makna Langit (As-Samaa’)

Al-Imam Ar-Raghib Al-Asfahani rahimahullah (Wafat: 450H) menjelaskan:

سما: سماء كل شيء أعلاه…، قال بعضهم كل سماء بالإضافة إلى ما دونها فسماء وبالإضافة إلى ما فوقها فأرض إلا السماء العليا فإنها سماء بلا أرض ، وحمل على هذا قوله { الله الذي خلق سبع سماوات ومن الأرض مثلهن } وسمي المطر سماء لخروجه منها، قال بعضهم : إنما سمي سماء ما لم يقع بالأرض اعتبارا بما تقدم وسمي النبات سماء إما لكونه من المطر الذي هو سماء وإما لارتفاعه عن الأرض . والسماء المقابل للأرض مؤنث وقد يذكر ويستعمل للواحد والجمع

“Kata Samaa’ adalah segala sesuatu yang terletak di atas (yang lebih tinggi).

Sebahagian dari mereka (para penyair dan ahli bahasa) berkata, “Apabila kata samaa’ di-idhafah­-kan (disandarkan) kepada apa yang berada di bawahnya, maka ia adalah langit (samaa’). Jika ia disandarkan kepada apa-apa yang di atasnya, maka ia adalah bumi/lantai (ardh), kecuali bagi langit yang paling atas (ia tetap merujuk kepada langit) kerana ia adalah langit tanpa bumi. Dan ia boleh difahami berdasarkan firman-Nya:

“Allah yang menciptakan tujuh langit, dan bumi juga semisal itu.” (Surah Ath-Thalaq, 65: 12).”

Dinamakan hujan dengan samaa’ (langit), kerana ia keluar (turun) dari langit.

Telah berkata sebahagian dari mereka, “Ianya dinamakan samaa’ kerana tidaklah ia jatuh kecuali ke bumi.” Dan ini sudah disebutkan sebelumnya.

An-Nabaatu (tumbuh-tumbuhan) juga disebut samaa’, kerana ianya berasal dari air hujan yang dinamakan sebagai samaa’, dan disebabkan ia lebih tinggi (menjulang ke atas) dari tanah.

Dan As-Samaa’ yang merupakan lawan kepada bumi adalah kata mu’annats, namun boleh juga disebut dengan mudzakkar, dan ianya boleh digunakan dalam bentuk tunggal dan jama’.” (Al-Mufrodaat fii Gharib Al-Qur’an, 1/243)

Manakala kata bumi (Al-Ardh), menurut beliau:

أرض : الأرض الجرم المقابل للسماء وجمعه أرضون ولا تجيء مجموعة في القرآن ، ويعبر بها عن أسفل الشيء كما يعبر بالسماء عن أعلاه

Al-Ardhu (bumi) adalah suatu jirim yang menjadi lawan kepada As-Samaa’ (langit). Kata jama’nya adalah Ardhuun, namun ia tidak pernah diungkapkan di dalam Al-Qur’an (dalam bentuk jama’). (Lafaz ardh) juga digunakan untuk mengungkapkan sesuatu yang paling rendah (bawah), sebagaimana kata As-Samaa’ digunakan pula untuk mengungkapkan sesuatu yang paling tinggi (atau lebih atas).” (Al-Mufrodaat fii Gharib Al-Qur’an, 1/16)

Di sini terkandung faedah bahawa antara langit dan bumi itu adalah dua sisi yang saling bertentangan satu sama lain, yang satu merujuk sisi paling bawah dan rendah, manakala yang satu lagi adalah sisi atas dan tinggi. Dan di antara keduanya, terkandung pula apa-apa yang disebutkan dari bintang-bintang, planet, matahari, dan bulan.

Dari itu, kata As-Samaa’ dalam Al-Qur’an yang biasanya diterjemahkan sebagai langit memiliki dua makna,

1, Semua yang berada di atas bumi dapat disebut sebagai As-Samaa’.

Dengan makna ini, maka awan, bulan, matahari dan bintang adalah termasuk bahagian dari As-Samaa’.

Sebagaimana dikatakan:

وأنزل لهم من السماء ماء -والمراد به السحاب هاهنا

“Diturunkan bagi mereka air dari langit.” Yang dimaksudkan dengannya di sini adalah awan mendung.” (Tafsir Ibn Katsir, 1/194 – Tafsir Surah Al-Baqarah, 2: 22)

2, As-Samaa’ yang disebut sebagai langit, yakni suatu yang diciptakan oleh Allah berupa binaan yang memiliki fizikal.

Banyak dalil-dalil yang menjelaskan bahawa langit adalah binaan yang diciptakan oleh Allah Ta’ala dengan tujuh lapisan, memiliki pintu-pintunya, dan tidak boleh ditembusi dari satu langit ke langit berikutnya kecuali bagi orang yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pada hari Kiamat ianya akan terbelah, pecah, dan dinyatakan akan digulung, dilipat, atau direnyuk sebagaimana kertas.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا

“Allah yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis…” (Surah Al-Mulk, 67: 3)

Di ayat yang lain:

أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا

“Tidakkah kalian perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat.” (Surah Nuuh, 71: 15)

Di ayat yang lain:

وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا

“Dan Kami bina di atas kalian tujuh langit yang kuat dan kukuh.” (Surah An-Nabaa’, 78: 12)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَاوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ

“Dan mereka tidak meng-agungkan Allah dengan peng-agungan yang sepatutnya padahal bumi seluruhnya berada dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya.” (Surah Az-Zumar, 39: 67)

Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang lainnya.

Demikian pula sebagaimana dalil-dalil hadis terkait kisah isra’ dan mi’raj Nabi naik ke langit.

Bumi Akan Menjadi Datar dan Rata Pada Hari Kiamat

Terdapat dalil-dalil yang menjelaskan keadaan yang akan terjadi kepada bumi ketika hari Kiamat nanti, di mana ia akan diratakan dan menjadi datar. Maka dari sini terkandung penjelasan keadaan bumi yang sekarang, yakni ianya tidaklah datar.

Allah Ta’ala berfirman:

وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الْأَرْضَ بَارِزَةً وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا

“Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kalian akan dapat melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami tinggalkan seorangpun dari mereka.” (Surah Al-Kahfi, 18: 47)

Allah Subhanahu wa Ta’ala befirman:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْجِبَالِ فَقُلْ يَنْسِفُهَا رَبِّي نَسْفًا (105) فَيَذَرُهَا قَاعًا صَفْصَفًا (106) لَا تَرَى فِيهَا عِوَجًا وَلَا أَمْتًا

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang gunung-gunung, maka katakanlah, “Rabb-ku akan menghancurkannya (di hari kiamat) sehancur-hancurnya, maka Dia akan menjadikan (bekas) gunung-gunung itu datar sama sekali, tidak ada sedikitpun kamu lihat padanya tempat yang rendah dan tidak pula yang tinggi.” (Surah Thaha, 20: 105-107)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ

“dan ketika apabila bumi diratakan (menjadi datar)…” (Surah Al-Insyiqaaq, 84: 3)

Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah:

هذه الأرض التي نحن عليها الان هي غير ممدودة، أولاً: أنها كرة مدورة، وإن كانت جوانبها الشمالية والجنوبية منفتحة قليلاً ـ أي ممتدة قليلاً ـ فهي مدورة الآن، ثانياً: ثم هي أيضاً معرجة فيها المرتفع جداً، وفيها المنخفض، فيها الأودية، فيها السهول، فيها الرمال، فهي غير مستوية لكن يوم القيامة {وإذا الأرض مدت} أي تمد مدًّا واحداً كمد الأديم يعني كمد الجلد، كأنما تفرش جلداً أو سماطاً، تُمد حتى إن الذين عليها ـ وهم الخلائق ـ يُسمعهم الداعي، وينفذهم البصر، لكن الآن لا ينفذهم البصر، لو امتد الناس على الأرض لوجدت البعيدين منخفضين لا تراهم لكن يوم القيامة إذا مُدت صار أقصاهم مثل أدناهم كما جاء في الحديث: «يجمع الله تعالى يوم القيامة الأولين والآخرين في صعيد واحد، فيسمعهم الداعي، وينفُذُهُم البصر»

“(Dapat difahami dari ayat ini) bahawa bumi yang kita tempati saat ini tidaklah rata.

Pertamanya, bumi ini adalah bulat seperti bola, walaupun pada bahagian kutub utara dan selatannya agak sedikit luas atau memanjang, namun dapat kita katakan ianya bulat.

Keduanya, kita katakan ianya tidak datar dengan adanya dataran yang tinggi dan ada pula yang rendah, ada lembah, ada kawasan yang lapang/datar, dan ada pula kawasan gurun. Maka bumi ini tidaklah rata atau datar. Akan tetapi pada hari Kiamat nanti bumi akan diratakan dan menjadi datar.

“dan ketika apabila bumi diratakan (menjadi datar)…” (Surah Al-Insyiqaaq, 84: 3)

Yakni akan diratakan seperti kulit yang dihamparkan, seolah-olah bumi ini seperti hamparan tikar permaidani yang dibentangkan. Ia akan diratakan sehingga seluruh makhluk yang berada di atasnya dapat mendengar seruan penyeru dan dapat dilihat dengan pandangan mata.

Sekarang ini pandangan kita adalah terbatas, jika seseorang berdiri di atas bumi sekarang ini, maka kita akan dapati orang yang jauh dan berada di tempat yang rendah tidak akan dapat dilihat. Akan tetapi pada hari Kiamat nanti semua akan diratakan sehingga orang yang jauh akan kelihatan seperti orang yang dekat. Yakni sebagaimana yang disebutkan dalam hadis:

“Allah Ta’ala akan mengumpulkan seluruh manusia dari yang paling awal sampai yang paling akhir di suatu tempat/tanah yang satu. Para penyeru dapat memperdengarkan suaranya kepada mereka semua dan dapat dlihat oleh pandangan mata.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4712).” (Tafsir Juz ‘Amma, m/s. 110)

Wallaahu a’lam.


[1] Lihat: Surah Thaha, 20: 106-107.

Amalan-Sunnah-Setahun-7