Bukan Malam Jumaat…

Solat Subuh Yang Paling AfdhalBukan Malam Juma’at…

www.ilmusunnah.com

Dari hadis Aus bin Aus, beliau berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ وَغَسَّلَ، وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ، وَدَنَا وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ، كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا. قَالَ مَحْمُودٌ: قَالَ وَكِيعٌ: اغْتَسَلَ هُوَ وَغَسَّلَ امْرَأَتَهُ

“Sesiapa yang mandi pada hari Juma’at dan MEMANDIKAN, lalu dia berangkat di awal waktu, lalu dia mendekat (kepada khathib), dia mendengar, dan memberi tumpuan, maka baginya (pahala) pada setiap langkah kakinya seperti (pahala) puasa dan qiyam (solat malam) selama setahun.”

Berkata Mahmuud, berkata Wakii’ (Ibnul Jarrah):

اغْتَسَلَ هُوَ وَغَسَّلَ امْرَأَتَهُ

“Maksud “memandikan” (dalam hadis ini) adalah dia memandikan isterinya (yakni membuat isterinya mandi).”

Diriwayatkan daripada Ibn Al-Mubarak, bahawa beliau berkata tentang hadis ini:

مَنْ غَسَّلَ وَاغْتَسَلَ: يَعْنِي غَسَلَ رَأْسَهُ وَاغْتَسَلَ

“Sesiapa yang memandikan dan mandi, yakni maksudnya membasuh kepalanya dan mandi. (lihat: Sunan At-Tirmidzi, no. 496)

Manakala dalam Zaad Al-Ma’ad, Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) menyebutkan:

Berkata Al-Imam Ahmad (tentang maksud memandikan dalam hadis ini):

جامع أهله، وكذلك فسَّره وكيع

“(Adalah) menjima’ isterinya. Dan demikianlah yang ditafsirkan oleh Wakii’.” (lihat: Zaadul Ma’ad, 1/385)

Wallaahu a’lam.