Bukan Ayat Big Bang!

Bukan Ayat “Big Bang”![1]

www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:big-bang-explosion

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ (30)

“Dan adakah orang-orang yang kafir itu tidak melihat (mengetahui) langit dan bumi itu dulunya (kedua-duanya) adalah suatu yang padu (رَتْقًا), kemudian Kami pisahkan antara keduanya (dengan diturunkan hujan dan tumbuhnya tanam-tanaman). Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka adakah mereka tidak juga beriman?” (Surah Al-‘Anbiyaa’, 21: 30)

Al-Imam Muhammad Al-Amin bin Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqithi rahimahullah (Wafat: 1393H) menjelaskan:

قَرَأَ هَذَا الْحَرْفَ عَامَّةُ السَّبْعَةِ مَا عَدَا ابْنَ كَثِيرٍ «أَوَلَمْ يَرَ» بِوَاوٍ بَعْدَ الْهَمْزَةِ، وَقَرَأَهُ ابْنُ كَثِيرٍ «أَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا» بِدُونِ وَاوٍ، وَكَذَلِكَ هُوَ فِي مُصْحَفِ مَكَّةَ. وَالِاسْتِفْهَامُ لِتَوْبِيخِ الْكُفَّارِ وَتَقْرِيعِهِمْ، حَيْثُ يُشَاهِدُونَ غَرَائِبَ صُنْعِ اللَّهِ وَعَجَائِبَهُ، وَمَعَ هَذَا يَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ مَا لَا يَنْفَعُ مَنْ عَبَدَهُ، وَلَا يَضُرُّ مَنْ عَصَاهُ، وَلَا يَقْدِرُ عَلَى شَيْءٍ.

Semua tujuh qira’ah membaca huruf/kalimat ini dengan waw setelah hamzah, kecuali bacaan Ibn Katsir. Ibn Katsir membaca dengan bacaan “ألم ير الذين كفروا” yakni tanpa waw. Demikianlah sebagaimana di mushaf Makkah.

Tujuan istifham (konteks kalimat berbentuk pertanyaan) pada ayat ini adalah untuk menunjukkan teguran, gugatan dan kecaman terhadap orang-orang kafir, yang mana mereka menyaksikan keanehan dan keajaiban-keajaiban pada ciptaan Allah, namun dalam masa yang sama mereka masih tetap juga menyembah (mengibadahi) sembahan-sembahan selain Allah yang tidak memberikan manfaat bagi siapa yang menyembahnya dan tidak pula memberikan mudharat bagi sesiapa pun yang mengingkari sembahan-sembahan tersebut, malah sembahan-sembahan tersebut tidak memiliki kemampuan untuk berbuat sesuatu apa pun.

وَقَوْلُهُ: كَانَتَا التَّثْنِيَةُ بِاعْتِبَارِ النَّوْعَيْنِ اللَّذَيْنِ هُمَا نَوْعُ السَّمَاءِ وَنَوْعُ الْأَرْضِ، كَقَوْلِهِ تَعَالَى: إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَنْ تَزُولَا

“Firman-Nya, “كَانَتَا” lafaz yang menunjukkan dua bentuk, yakni merujuk kepada bentuk langit dan bentuk bumi. Sebagaimana firman-Nya, “Sesungguhnya Allah-lah yang menahan seluruh langit-langit dan bumi agar tidak berganjak (jatuh atau terkalih dari kedudukannya).” (Surah Fathir, 35: 41)

وَالرَّتْقُ مَصْدَرُ رَتَقَهُ رَتْقًا: إِذَا سَدَّهُ. وَمِنْهُ الرَّتْقَاءُ، وَهِيَ الَّتِي انْسَدَّ فَرْجُهَا، وَلَكِنَّ الْمَصْدَرَ وُصِفَ بِهِ هُنَا، وَلِذَا أَفْرَدَهُ وَلَمْ يَقُلْ كَانَتَا رَتْقَيْنِ. وَالْفَتْقُ: الْفَصْلُ بَيْنَ الشَّيْئَيْنِ الْمُتَّصِلَيْنِ، فَهُوَ ضِدُّ الرَّتْقِ

الرتق”/ar-ratqu adalah masdar (kata dasar) bagi ratqan, apabila tertutup (tersumbat/tersekat). Dan darinya kalimat “الرتقاء” (sejenis penyakit pada vagina wanita) di mana farajnya tersumbat. Namun masdar di sini merujuk kepada sifat, kerana itulah ia datang dengan bentuk tunggal dan tidak disebut dengan kalimat ratqain (jama’).

Manakala “الفتق” adalah pemisahan antara dua benda yang saling bersambung, yang menjadi lawan kepada kata “الرتق”.

وَاعْلَمْ أَنَّ الْعُلَمَاءَ اخْتَلَفُوا فِي الْمُرَادِ بِالرَّتْقِ وَالْفَتْقِ فِي هَذِهِ الْآيَةِ عَلَى خَمْسَةِ أَقْوَالٍ، بَعْضُهَا فِي غَايَةِ السُّقُوطِ، وَوَاحِدٌ مِنْهَا تَدُلُّ لَهُ قَرَائِنُ مِنَ الْقُرْآنِ الْعَظِيمِ:

Ketahuilah bahawa para ulama berbeza pendapat pada maksud “الرتق” dan “الفتق” pada ayat ini menjadi 5 pendapat. Sebahagian dari pendapat tersebut agak jauh, dan satu pendapat daripadanya memiliki dalil bersesuaian qara’in (isyarat bukti-bukti) daripada ayat-ayat Al-Qur’an yang agung:

الْأَوَّلُ أَنَّ مَعْنَى كَانَتَا رَتْقًا أَيْ: كَانَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ مُتَلَاصِقَةً بَعْضُهَا مَعَ بَعْضٍ، فَفَتَقَهَا اللَّهُ وَفَصَلَ بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، فَرَفَعَ السَّمَاءَ إِلَى مَكَانِهَا، وَأَقَرَّ الْأَرْضَ فِي مَكَانِهَا، وَفَصَلَ بَيْنَهُمَا بِالْهَوَاءِ الَّذِي بَيْنَهُمَا كَمَا تَرَى.

Pertama: Makna “كَانَتَا رَتْقًا” adalah langit-langit dan bumi itu seluruhnya saling menempel di antara satu sama lain, lalu Allah memisahkan antara langit-langit dan bumi tersebut, langit diangkat (ditinggikan) ke tempatnya manakala bumi ditetapkan dan diperteguhkan pada kedudukannya, dan di antara keduanya dipisahkan dengan udara sebagaimana yang dapat dilihat.

الْقَوْلُ الثَّانِي: أَنَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعَ كَانَتْ رَتْقًا، أَيْ: مُتَلَاصِقَةً بَعْضُهَا بِبَعْضٍ، فَفَتَقَهَا اللَّهُ وَجَعَلَهَا سَبْعَ سَمَاوَاتٍ، كُلُّ اثْنَتَيْنِ مِنْهَا بَيْنَهُمَا فَصْلٌ، وَالْأَرَضُونَ كَذَلِكَ كَانَتْ رَتْقًا فَفَتَقَهَا، وَجَعَلَهَا سَبْعًا بَعْضُهَا مُنْفَصِلٌ عَنْ بَعْضٍ.

Pendapat yang kedua: Bahawa seluruh langit-langit yang tujuh itu saling berpadu dan menyatu, yakni saling melekat dan menempel di antara satu sama lain, lalu Allah pisahkannya menjadi tujuh lapisan langit semuanya. Setiap satu langit dengan satu langit berikutnya dijadikan ada ruang pemisah. Dan demikian pula bumi, ianya saling menempel dan menyatu antara satu dengan lainnya, lalu ianya dipisahkan dan menjadilah tujuh lapisan bumi yang saling terpisah antara satu lapisan dengan satu lapisan yang lainnya.

الْقَوْلُ الثَّالِثُ: أَنَّ مَعْنَى كَانَتَا رَتْقًا أَنَّ السَّمَاءَ كَانَتْ لَا يَنْزِلُ مِنْهَا مَطَرٌ، وَالْأَرْضُ كَانَتْ لَا يَنْبُتُ فِيهَا نَبَاتٌ، فَفَتَقَ اللَّهُ السَّمَاءَ بِالْمَطَرِ، وَالْأَرْضَ بِالنَّبَاتِ.

Pendapat ketiga: Makna “كَانَتَا رَتْقًا” adalah langit itu asalnya tidak menurunkan hujan, dan demikian pula bumi ianya tidak menumbuhkan sesuatu pun hidupan (rerumputan serta tumbuh-tumbuhan). Maka kemudian Allah jadikan langit itu “فَتَقَ” mengeluarkan hujan manakala bumi dijadikan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rerumputan.

الْقَوْلُ الرَّابِعُ: كَانَتَا رَتْقًا أَيْ: فِي ظُلْمَةٍ لَا يُرَى مِنْ شِدَّتِهَا شَيْءٌ، فَفَتَقَهُمَا اللَّهُ بِالنُّورِ. وَهَذَا الْقَوْلُ فِي الْحَقِيقَةِ يَرْجِعُ إِلَى الْقَوْلِ الْأَوَّلِ وَالثَّانِي.

Pendapat keempat: “كَانَتَا رَتْقًا” maknanya adalah kegelapan yang tidak ada sesuatu pun dapat dilihat padanya, lalu Allah pun “فَتَقَ” (pisahkan) keduanya (langit dan bumi itu) dengan cahaya. Secara hakikatnya, pendapat keempat ini sebenarnya kembali kepada pendapat yang pertama dan kedua tadi.

الْخَامِسُ: – وَهُوَ أَبْعَدُهَا لِظُهُورِ سُقُوطِهِ – أَنَّ الرَّتْقَ يُرَادُ بِهِ الْعَدَمُ، وَالْفَتْقُ يُرَادُ بِهِ الْإِيجَادُ، أَيْ: كَانَتَا عَدَمًا فَأَوْجَدْنَاهُمَا. وَهَذَا الْقَوْلُ كَمَا تَرَى.

Pendapat yang kelima: – Zahirnya merupakan pendapat yang agak jauh – Bahawa “الرَّتْقَ” dimaknakan dengan “العدم” (tidak ada), manakala “الْفَتْقُ” pula maknanya adalah “الإيجاد” (diadakan/diciptakan). Maknanya, langit dan bumi itu asalnya tidak ada, lalu ia pun diciptakan (diwujudkan), dan pendapat ini adalah sebagaimana yang dilihat.

فَإِذَا عَرَفْتَ أَقْوَالَ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي هَذِهِ الْآيَةِ، فَاعْلَمْ أَنَّ الْقَوْلَ الثَّالِثَ مِنْهَا – وَهُوَ كَوْنُهُمَا كَانَتَا رَتْقًا بِمَعْنَى أَنَّ السَّمَاءَ لَا يَنْزِلُ مِنْهَا مَطَرٌ، وَالْأَرْضَ لَا تُنْبِتُ شَيْئًا، فَفَتَقَ اللَّهُ السَّمَاءَ بِالْمَطَرِ، وَالْأَرْضَ بِالنَّبَاتِ – قَدْ دَلَّتْ عَلَيْهِ قَرَائِنُ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ تَعَالَى:

Setelah kalian mengetahui pandangan dan pendapat-pendapat para ahli ilmu (dari kalangan ahli tafsir) tentang ayat ini, maka ketahuilah bahawa pendapat yang ketiga (adalah yang paling mendekati maksud), Allah menjadikan keduanya (langit dan bumi) “كَانَتَا رَتْقًا” dengan makna bahawa langit itu tidak menurunkan hujan dan bumi pula tidak menumbuhkan sesuatu apa pun. Lalu Allah “فتق” (pisahkan/keluarkan) langit itu dengan hujan manakala bumi pun dijadikan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Bahawasanya pendapat ini dikuatkan dengan bukti-bukti dalil bersesuaian qara’in (isyarat dan petunjuk) dari Kitab Allah Ta’ala.

الْأُولَى: أَنَّ قَوْلَهُ تَعَالَى: أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُمْ رَأَوْا ذَلِكَ؛ لِأَنَّ الْأَظْهَرَ فِي «رَأَى» أَنَّهَا بَصَرِيَّةٌ، وَالَّذِي يَرَوْنَهُ بِأَبْصَارِهِمْ هُوَ أَنَّ السَّمَاءَ تَكُونُ لَا يَنْزِلُ مِنْهَا مَطَرٌ، وَالْأَرْضُ مَيِّتَةٌ هَامِدَةٌ لَا نَبَاتَ فِيهَا، فَيُشَاهِدُونَ بِأَبْصَارِهِمْ إِنْزَالَ اللَّهِ الْمَطَرَ وَإِنْبَاتَهُ بِهِ أَنْوَاعَ النَّبَاتِ.

(Dalil/indikasi) Yang pertama: Adalah firman Allah Ta’ala, “Adakah orang-orang kafir itu tidak melihat/mengetahui bahawa…”

Ayat ini menunjukkan dan menjelaskan bahawa mereka (orang-orang kafir pada masa tersebut) itu melihat/mengetahui perkara tersebut, kerana zahir dari kata “رأى” (melihat) itu digunakan bagi menjelaskan sesuatu yang dapat dilihat/diketahui (pada masa tersebut). Jadi, apa yang dapat dilihat oleh mereka (pada ketika itu) adalah tatkala langit itu dijadikan tidak menurunkan hujan manakala bumi pula gersang, tandus dan mati serta tidak dapat menumbuhkan sebarang tumbuhan-tumbuhan mahupun rerumputan (yakni kemarau – pent.). Lalu setelah itu mereka pun menyaksikan dengan penglihatan mereka bahawa Allah menurunkan hujan seraya tumbuhlah pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan di atas muka bumi (dengan sebab air hujan tersebut).

الْقَرِينَةُ الثَّانِيَةُ: أَنَّهُ أَتْبَعَ ذَلِكَ بِقَوْلِهِ: وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ [21]. وَالظَّاهِرُ اتِّصَالُ هَذَا الْكَلَامِ بِمَا قَبِلَهُ، أَيْ: وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ الَّذِي أَنْزَلْنَاهُ بِفَتِقِنَا السَّمَاءَ، وَأَنْبَتْنَا بِهِ أَنْوَاعَ النَّبَاتِ بِفَتِقِنَا الْأَرْضَ – كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ.

Qarinah (isyarat dan indikasi) yang kedua: Ayat/ungkapan tersebut diiringi pula dengan ayat yang berikutnya (iaitu):

وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

 “Dan kami jadikan dari air segala sesuatu yang hidup, mengapakah mereka tidak beriman?”

… secara zahirnya ayat penjelasan ini adalah kesinambungan dari ayat yang sebelumnya.

Yakni (maknanya), dijadikan “segala sesuatu yang hidup itu”; “dari air yang KAMI turunkan dengan sebab “dipisahkan” langit, dan KAMI tumbuhkan pada bumi itu dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dengan sebab “dipisahkan” bumi…

الْقَرِينَةُ الثَّالِثَةُ: أَنَّ هَذَا الْمَعْنَى جَاءَ مُوَضَّحًا فِي آيَاتٍ أُخَرَ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ؛ كَقَوْلِهِ تَعَالَى: وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ [86 \ 12] لِأَنَّ الْمُرَادَ بِالرَّجْعِ نُزُولُ الْمَطَرِ مِنْهَا تَارَةً بَعْدَ أُخْرَى، وَالْمُرَادَ بِالصَّدْعِ انْشِقَاقُ الْأَرْضِ عَنِ النَّبَاتِ، وَكَقَوْلِهِ تَعَالَى: فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ إِلَى طَعَامِهِ أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا

Qarinah (isyarat dan indikasi) yang ketiga: Bahawa makna ini turut dijelaskan pada ayat-ayat yang lain dalam Al-Qur’an. Antaranya sebagaimana di firman Allah Ta’ala:

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ

“Demi langit yang mengandungi hujan dan bumi yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.” (Surah Ath-Thariq, 86: 12)

Di mana yang dimaksudkan dengan “الرَّجْعِ” adalah turunnya hujan dari langit, dari satu waktu ke waktu yang lain. Manakala yang dimaksudkan dengan “الصَّدْعِ” adalah dibelah (dibahagikan) dan dipecah-pecahkan bumi dengan tumbuh-tumbuhan.

Yakni sebagaimana di firman-Nya yang lain:

فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ إِلَى طَعَامِهِ أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا

“Hendaklah manusia itu melihat kepada makanannya. Bahawasanya KAMI benar-benar telah mencurahkan air yang mencurah-curah (hujan dari langit). Kemudian KAMI belah bumi dengan belahan-belahannya (… lalu KAMI tumbuhkan padanya biji-bijian tumbuh-tumbuhan).” (Surah ‘Abasa, 80: 24-27)

وَاخْتَارَ هَذَا الْقَوْلَ ابْنُ جَرِيرٍ، وَابْنُ عَطِيَّةَ، وَغَيْرُهُمَا؛ لِلْقَرَائِنِ الَّتِي ذَكَرْنَا. وَيُؤَيِّدُ ذَلِكَ كَثْرَةُ وُرُودِ الِاسْتِدْلَالِ بِإِنْزَالِ الْمَطَرِ، وَإِنْبَاتِ النَّبَاتِ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيمِ عَلَى كَمَالِ قُدْرَةِ اللَّهِ تَعَالَى، وَعِظَمِ مِنَّتِهِ عَلَى خَلْقِهِ، وَقُدْرَتِهِ عَلَى الْبَعْثِ. وَالَّذِينَ قَالُوا: إِنَّ الْمُرَادَ بِالرَّتْقِ وَالْفَتْقِ أَنَّهُمَا كَانَتَا مُتَلَاصِقَتَيْنِ، فَفَتَقَهُمَا اللَّهُ وَفَصَلَ بَعْضَهُمَا عَنْ بَعْضٍ – قَالُوا فِي قَوْلِهِ: أَوَلَمْ يَرَ أَنَّهَا مِنْ «رَأَى» الْعِلْمِيَّةِ لَا الْبَصْرِيَّةِ، وَقَالُوا: وَجْهُ تَقْرِيرِهِمْ بِذَلِكَ أَنَّهُ جَاءَ فِي الْقُرْآنِ، وَمَا جَاءَ فِي الْقُرْآنِ فَهُوَ أَمْرٌ قَطْعِيٌّ لَا سَبِيلَ لِلشَّكِّ فِيهِ. وَالْعِلْمُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى.

“Pendapat inilah yang dipilih oleh Ibnu Jarir (Ath-Thabari), Ibn ‘Athiyyah dan juga oleh selain daripada mereka berdua bersesuaian dengan qara’in yang telah kami sebutkan.

Pendapat ini turut didukung dengan banyaknya jalan istidlal yang menyimpulkan dengan turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di dalam Al-Qur’an sebagai bukti kesempurnaan qudrah Allah Ta’ala, keagungan nikmat-nikmat-Nya ke atas para makhluk, serta kemampuan-Nya untuk menghidupkan kembali.

Adapun mereka yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “الرَّتْق” dan “الْفَتْق” adalah kedua-dua langit dan bumi itu saling bersambung (melekat dan menempel) lalu Allah “فَتَقَ” (pisahkan) keduanya lalu terpisahlah sebahagiannya dari sebahagian yang lain. Mereka berkata pada ayat tersebut (أَوَلَمْ يَرَ) tentang kalimat “رَأَى” (melihat) adalah melihat dengan ilmu dan bukannya dengan penglihatan. Mereka mengatakan bentuk taqrir tersebut terkandung penjelasannya di dalam al-Qur’an dan apa-apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an maka ia adalah perkara yang qath’i dan tidak ada jalan keraguan padanya, dan ilmu itu adalah milik Allah Ta’ala.

وَأَقْرَبُ الْأَقْوَالِ فِي ذَلِكَ هُوَ مَا ذَكَرْنَا دَلَالَةَ الْقَرَائِنِ الْقُرْآنِيَّةِ عَلَيْهِ، وَقَدْ قَالَ فِيهِ الْفَخْرُ الرَّازِيُّ فِي تَفْسِيرِهِ: وَرَجَّحُوا هَذَا الْوَجْهَ عَلَى سَائِرِ الْوُجُوهِ بِقَوْلِهِ بَعْدَ ذَلِكَ: وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا وَذَلِكَ لَا يَلِيقُ إِلَّا وَلِلْمَاءِ تَعَلُّقٌ بِمَا تَقَدَّمَ، وَلَا يَكُونُ كَذَلِكَ إِلَّا إِذَا كَانَ الْمُرَادُ مَا ذَكَرْنَا.

“Adapun pendapat yang lebih dekat pada hal tersebut adalah apa yang telah kami paparkan bersesuaian dalil-dalil dan isyarat yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an padanya.

Al-Fakhrurrazi berkata di dalam Tafsir-nya, “Pendapat ini lebih rajih berbanding pendapat-pendapat yang lainnya bersesuaian dengan keterangan dan kelanjutan pada ayat yang berikutnya, (yakni Allah berfirman) “Dari air KAMI jadikan setiap yang hidup, mengapakah…” yang demikian ini tidak seiring melainkan bagi air sebagaimana apa yang disebutkan pada ayat sebelumnya, dan ianya tidak demikian melainkan apabila maksudnya bersesuaian sebagaimana apa yang telah kami sebutkan. – Sekian nukilan.

Wallahu a’lam.

Sumber: Tafsir Adhwa’ Al-Bayan fi Idhahal Qur’aan bil Qur’aan.

—– Nota dan catatan kaki —–

[1] Dalam teori sains kosmologi masakini mereka mengemukakan bahawa seluruh alam semesta ini mula terbentuk hasil dari sebuah massive explosion atau massive expansion yang terjadi sekitar lebih 13 bilion tahun dahulu. Mereka mengatakan pada ketika itu seluruh benda (boleh jadi dalam bentuk gas atau partikel yang lain) terpadatkan ke dalam suatu bebola yang sangat kecil dengan kandungan ketumpatan, sejumlah tenaga terkumpul, dan tekanan haba yang tinggi, lalu dengan sebab tersebut (tekanan hasil dari ketumpatan dan haba yang tinggi) ia pun kemudiannya meletus dan mengembang ke seluruh tempat sehingga selama beberapa bilion tahun. Melalui proses letusan dan pengembangan tersebut setelah memakan tempoh masa yang lama (berbilion tahun kemudian) atau sekitar 4 hingga 5 bilion tahun dahulu terbentuklah pula pelbagai galaksi, kemudian objek-objek langit berupa matahari, planet-planet, bintang-bintang, dan termasuklah bumi dan yang lainnya setelah itu turut terbentuk dalam suatu sistem yang dikenal dengan nama sistem solar.

Mereka juga berpendapat bahawa galaksi-galaksi diikuti matahari dan yang lainnya (dalam solar sistem) terbentuk lebih awal (sekitar 4.6 bilion tahun dahulu) berbanding bumi yang hanya terbentuk setelah itu (sekitar 4.5 bilion tahun dahulu).

Mereka juga turut mengemukakan bahawa sistem solar ini (yang di dalamnya terdapat matahari, bumi, bulan dan sejumlah planet-planet lainnya) beredar mengorbit sebuah pusat (center) rangkaian galaksi diberi nama milky way (bimasakti?).

Secara ringaksnya, teori ini bertentangan dengan asal mula kejadian alam sebagaimana yang difahami di dalam Islam (wahyu), bertentangan dengan definisi alam (semesta) dalam Islam, bertentangan dengan urutan kejadian atau penciptaan bumi, langit, matahari, dan objek-objek langit lainnya secara umum. Penjelasan ini telah dipaparkan pada siri yang lain.

Berkaitan teori big bang tersebut, terdapat segelintir kaum muslimin yang berusaha menguatkan pendapat tersebut dengan menggunakan ayat Al-Qur’an di atas dari Surah Al-Anbiya’, 21: 30. Mereka mengatakan ayat tersebut selari dengan pandangan yang dikemukakan melalui teori kosmologi big bang tersebut di mana alam ini asalnya merupakan suatu jirim (atau benda) yang padu, lalu meletus dan mengembang sehingga membentuk alam jagat raya.

Dari itu, kami pun berusaha mengemukakan nukilan tafsir bagi ayat tersebut. Tulisan ini bertujuan mengajak para pembaca semua untuk melihat, merenungi dan memahami tafsiran dan kefahaman sebenar terkait ayat ini bersesuaian dengan disiplin ilmu tafsir dan pegangan para salaf. Semoga bermanfaat.