Bolehkah Mendoakan Rahmat Untuk Orang Kafir?

Bolehkah Mendoakan Rahmat Untuk Orang Kafir?

www.ilmusunnah.com

>>1<< Istilah atau ucapan “Rest in Peace” (R.I.P) ketika kematian seseorang bukanlah dari ajaran Islam.

Asalnya, artikel ini ditulis adalah untuk menyentuh tentang ucapan ini yang dilihat semakin menyebar dan diucapkan oleh sebahagiam kaum muslimin. Namun kemudian diperluaskan cakupannya kepada beberapa perkara yang saling berkait.

Bismillaah…, istilah atau ucapan “Rest in Peace” (R.I.P) ketika kematian seseorang bukanlah dari ajaran Islam. Sebaliknya ia dikatakan berasal dari ajaran Kristian Katolik. Maka hendaklah kita meninggalkannya dan jangan sampai tasyabbuh dengan mereka.

Nabi bersabda:

وَجُعِلَ الذِّلَّةُ، وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي، وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Dijadikan KERENDAHAN dan KEHINAAN ke atas sesiapa yang menyelisihi perintahku. Dan sesiapa yang tasyabbuh iaitu menyerupai sesuatu kaum (dalam hal yang menjadi kekhususan kaum kafir – pent.) maka dia termasuk ke dalamnya (ke dalam kaum tersebut).” (Musnad Ahmad, no. 5114, 5115. Dinilai sahih oleh Ahmad Syakir)

Selain itu, ucapan seperti ini tidak termasuk ajaran Islam, iaitu tidak datang sama ada dari Al-Qur’an mahupun As-Sunnah.

Kata ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu:

إِنَّا قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالإِسْلاَمِ، فَلَنْ نَبْتَغِيَ الْعِزَّةَ بِغَيْرِهِ

“Sesungguhnya kami adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam, maka tidaklah kami mencari kemuliaan dengan yang selainnya.” (Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 208)

Adapun dalam Islam, apabila mendapat khabar kematian salah seorang saudara se-Islam kita (terutamanya yang jauh), maka disunnahkan agar memohonkan keampunan untuknya.

Ini adalah sebagaimana hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

نَعَى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّجَاشِيَّ صَاحِبَ الحَبَشَةِ، يَوْمَ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، فَقَالَ: «اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ»

“Rasulullah menyampaikan kepada kami berita (tentang kematian) An-Najaasyi si raja Habsyah (yang muslim) pada hari kematiannya. Beliau bersabda:

Mohonkanlah keampunan untuk saudara kalian.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1327, 3880. Bab: Kematian An-Najaasyi)

Terdapat contoh yang lain dalam hadis Ummu Salamah, beliau berkata:

دَخَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ، فَأَغْمَضَهُ، ثُمَّ قَالَ: «إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ»، فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ، فَقَالَ: «لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ»، ثُمَّ قَالَ: «اللهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

“Rasulullah masuk menjenguk Abi Salamah (ketika hari kewafatannya) dan beliau mendapati kedua matanya terbuka, lalu beliau pun memejamkannya. Kemudian beliau bersabda:

“Sesungguhnya ruh apabila sedang dicabut, pandangan mata pun akan mengikutinya.” Lalu orang-orang dari ahli keluarganya pun terkejut (atau menjerit). Nabi bersabda lagi:

“Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian melainkan dengan kebaikan, kerana sesungguhnya para malaikat meng-aminkan apa yang kamu ucapkan.” Kemudian beliau mengatakan (berdoa):

“Ya Allah, ampunilah Abi Salamah, angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk, gantikanlah untuk keluarganya disebabkan pemergiannya, ampunilah kami dan dia wahai Rabbal ‘aalamiin, luaskanlah kuburnya dan terangilah dia padanya.” (Shahih Muslim, no. 920)

Dari hadis ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ، فَقَالَ: اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ، وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila selesai pengebumian mayit, beliau berdiri pada sisi kubur lalu bersabda:

“Istighfarlah (mohonkanlah keampunan) untuk saudara kalian, dan mohonkanlah keteguhan untuknya, kerana dia sekarang sedang disoal.” (Sunan Abi Dawud, no. 3221. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadis Watsilah bin Al-Asqa’ radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendoakan atas seorang lelaki (dengan doa):

اللَّهُمَّ إِنَّ فُلَانَ بْنَ فُلَانٍ فِي ذِمَّتِكَ، وَحَبْلِ جِوَارِكَ فَأَعِذْهُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَعَذَابِ النَّارِ، أَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ وَالْحَقِّ، اللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Ya Allah, sesungguhnya fulan bin fulan berada dalam jaminan Engkau, berada dalam perlindungan engkau, maka lindungilah dia dari fitnah kubur dan ‘adzab an-naar. Engkaulah ahl al-wafaa’ (menepati janji) dan al-haq (kebenaran). Ya Allah, ampunilah dia dan rahmatilah dia. Sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi maha Rahiim (mengasihi orang-orang yang beriman).” (Sunan Abi Daud, no. 3202. Bab: Doa untuk mayyit. Shahih Ibn Hibban, no. 3074)

Sesungguhnya pengetahuan (atau khabar) tentang si mati itu hanya di sisi Allah; sama ada bahagia atau sengsara, diberi nikmat atau diazab. Maka termasuk sunnah yang penuh hikmah, kita pun mendoakannya dengan keampunan, rahmat, dan kebaikan.

Adapun terhadap orang-orang yang kafir, maka jelas sebagaimana dalam Al-Qur’an, sesiapa yang mati dalam berbuat syirik, atau kafir, maka tempat kembalinya adalah Neraka sehingga Allah mengharamkan umat Islam dari mendoakan mereka dengan permohonan ampun dan rahmat atau kebaikan. Wa na’uudzubillaah

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itulah seburuk-buruk makhluk.” (Surah Al-Bayyinah, 98: 6)

Selain itu, kematian adalah termasuk musibah, maka dibolehkan juga mengucapkan kalimat istirja’ sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat selawat dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah, 2: 155-157)

Atau sebagaimana dalam sebuah hadis dari Ummu Salamah, Nabi bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ}، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

“Tidaklah seorang hamba ditimpa suatu musibah lalu mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun, Allahumma ajurnii fii mushiibatii, wa ahliflii khairam minhaa” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku, dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik darinya) melainkan Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya itu, dan menggantikan dengan yang lebih baik baginya.” (Shahih Muslim, no. 918)

>>2<< Haram mendoakan rahmat dan kebaikan akhirat untuk orang kafir yang meninggal dunia. Sebagaimana Allah telah melarang Nabi Nuh mendoakan anaknya yang kafir, Nabi Ibrahim dilarang mendoakan ayahnya, dan Nabi Muhammad dilarang mendoakan untuk ibunya serta pakcinya (Abu Thalib).

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menegaskan:

وأما الصلاة على الكافر والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

“Adapun menyolatkan orang kafir dan mendoakan agar diampuni dosanya, maka ini adalah haram berdasarkan nash Al-Qur’an dan ijma’.” (Al-Majmu’ 5/120)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) mengatakan:

فَإِنَّ الِاسْتِغْفَارَ لِلْكَفَّارِ لَا يَجُوزُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِجْمَاعِ

“Sesungguhnya beristighfar (memohonkan keampunan) untuk orang-orang kafir adalah tidak dibolehkan berdasarkan Al-Kitab (Al-Qur’an), As-Sunnah, dan ijma’.” (Majmu’ Al-Fatawa 12/489)

Dalilnya:

Dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ (113) وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلَّا عَنْ مَوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلَّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَأَوَّاهٌ حَلِيمٌ

“Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memohon ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), setelah jelas bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk ayahnya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diiqrarkannya kepada ayahnya itu. Maka, ketika telah jelas bagi Ibrahim bahawa ayahnya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” (Surah At-Taubah, 9: 113-114)

Asbabun nuzul ayat ini disebutkan dalam sebuah hadis, dari Sa’id bin Al-Musayyab, dari ayahnya:

أَنَّهُ لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلِ بْنَ هِشَامٍ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ المُغِيرَةِ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي طَالِبٍ: ” يَا عَمِّ، قُلْ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، كَلِمَةً أَشْهَدُ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ ” فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ: يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ المُطَّلِبِ؟ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ، وَيَعُودَانِ بِتِلْكَ المَقَالَةِ حَتَّى قَالَ أَبُو طَالِبٍ آخِرَ مَا كَلَّمَهُمْ: هُوَ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ المُطَّلِبِ، وَأَبَى أَنْ يَقُولَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَا وَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ» فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِيهِ: {مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ} [التوبة: 113] الآيَةَ

“Bahawa ketika menjelang kematian Abu Thalib, datanglah Rasulullah dan didapati di sisi Abu Thalib ada Abu Jahal bin Hisyam dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin Al-Mughirah. Nabi bersabda kepada Abu Thalib:

“Pakcikku, katakanlah Laa ilaaha illallaah (tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah), suatu kalimat yang dengannya aku akan menjadi saksi di hadapan Allah terhadap engkau.” Maka Abu Jahal dan Abi Ummayyah berkata:

“Wahai Abu Thalib, adakah engkau benci (atau berpaling) dari agama ‘Abdul Muththalib?” Rasulullah tidak putus asa dengan terus mengajak Abu Thalib mengucapkan kalimat tersebut. Dan kedua orang itupun terus mengulangi pembicaraan mereka sampailah akhir ucapan Abu Thalib adalah ucapan mereka bahawa beliau tetap di atas agama ‘Abdul Muththalib (musyrik) dan beliau enggan mengucapkan Laa ilaaha illallah.

Maka Rasulullah pun berkata:

“Demi Allah, akan aku mintakan istighfar (keampunan) Allah untuk engkau selagi Allah tidak melarangnya.” Lalu Allah Ta’ala turunkan padanya Surah At-Taubah ayat 113.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1360)

Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H) menyatakan:

وقد تأوّل قوم قولَ الله: “ما كان للنبي والذين آمنوا أن يستغفروا للمشركين ولو كانوا أولى قربى”، الآية، أنّ النهي من الله عن الاستغفار للمشركين بعد مماتهم، لقوله: “من بعد ما تبين لهم أنهم أصحاب الجحيم”. وقالوا: ذلك لا يتبينه أحدٌ إلا بأن يموت على كفره، وأما وهو حيٌّ فلا سبيل إلى علم ذلك، فللمؤمنين أن يستغفروا لهم.

“Sejumlah kaum (ulama) telah menafsirkan firman Allah (yang terjemahan maknanya):

Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memohon ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya) … (hingga akhir ayat)…”

bahawa larangan dari Allah untuk memohonkan ampun bagi kaum musyrikin adalah setelah matinya mereka (dalam keadaan kafir), kerana firman-Nya (yang terjemahan maknanya):

setelah jelas bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.”

Mereka mengatakan, “alasannya, kerana tidak ada yang dapat memastikan (bahawa dia ahli neraka selagi masih hidup), melainkan setelah dia mati dalam kekafirannya. Adapun ketika dia (orang kafir) itu masih hidup, maka tidak ada yang dapat mengetahui perkara tersebut, dengan itu maka dibolehkan bagi Kaum Mu’minin untuk memohonkan ampun bagi mereka. (Tafsir Thabari, 14/515)

Dan inilah pendapat yang dipilih oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari.

Demikian Al-Imam Al-Qurtubi rahimahullah (Wafat: 671H), beliau turut menegaskan:

وَقَدْ قَالَ كَثِيرٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ: لَا بَأْسَ أَنْ يَدْعُوَ الرَّجُلُ لِأَبَوَيْهِ الْكَافِرَيْنِ وَيَسْتَغْفِرَ لَهُمَا مَا دَامَا حَيَّيْنِ. فَأَمَّا مَنْ مَاتَ فَقَدِ انْقَطَعَ عَنْهُ الرَّجَاءُ فَلَا يُدْعَى لَهُ. قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: كَانُوا يَسْتَغْفِرُونَ لِمَوْتَاهُمْ فَنَزَلَتْ فَأَمْسَكُوا عَنِ الِاسْتِغْفَارِ وَلَمْ يَنْهَهُمْ أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْأَحْيَاءِ حَتَّى يَمُوتُوا

“Bahawa kebanyakan ulama menegaskan: Tidak mengapa bagi seorang (yang muslim) untuk mendoakan kedua ibu dan bapanya yang kafir, serta memohonkan ampun bagi keduanya selagi mana mereka masih hidup. Adapun orang yang telah meninggal dunia (dalam keadaan kafir), maka telah terputus peluang (untuk dia diampuni). Ibnu ‘Abbas mengatakan:

“Dahulu orang-orang memohonkan ampun untuk orang-orang yang telah mati dari kalangan mereka, lalu turunlah ayat, maka mereka pun berhenti dari memohonkan ampun. Tetapi mereka tidak dilarang dari memintakan ampun bagi orang-orang yg masih hidup sampailah mereka meninggal.” (Tafsir Qurtubi, 8/274)

Seterusnya dalam ayat yang lain:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ الْأَرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَى بِهِ أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidak akan diterima dari seorang pun di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan emas (yang sebanyak) itu. Bagi mereka seksa yang pedih dan sekali-kali tidak ada bagi mereka penolong.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 91)

Dalam ayat yang lain:

وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

“Dan janganlah sekali-kali engkau menyolatkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan jangan engkau berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati dalam keadaan fasiq.” (Surah At-Taubah, 9: 84)

Dalam suatu hadis dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

“Nabi pernah menziarahi kubur ibunya lalu beliau mengangis, maka orang-orang di sekelilingnya pun turut menangis.

Beliau pun bersabda:

“Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memberikan keampunan untuk ibuku, tetapi Dia tidak mengizinkanku. Aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia memberi izin kepadaku. Oleh kerana itu, ziarahlah kubur, kerana ia dapat mengingatkan kepada kematian.” (Shahih Muslim, Kitab Al-Jana’iz, no. 1622)

Dalam sebuah hadis daripada Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنَّ أَبِي كَانَ يَصِلُ الرَّحِمَ وَكَانَ وَكَانَ فَأَيْنَ هُوَ؟ قال: (فِي النَّارِ) فكأن الْأَعْرَابِيُّ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَيْنَ أَبُوكَ؟ قَالَ: (حَيْثُمَا مَرَرْتَ بِقَبْرِ كَافِرٍ فَبَشِّرْهُ بِالنَّارِ) قال: فَأَسْلَمَ الْأَعْرَابِيُّ بَعْدُ فقال: َقَدْ كَلَّفَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَبًا مَا مَرَرْتُ بِقَبْرِ كَافِرٍ إِلَّا بَشَّرْتُهُ بِالنَّارِ

“Ada seorang ‘Arab Badwi datang kepada Nabi lalu berkata:

“Sesungguhnya ayahku biasa bersilaturrahim (menyambungkan tali kekeluargaan), dan beliau juga biasa beramal begitu dan begini, maka di manakah tempat beliau?”

Nabi pun menjawab:

“Di Neraka.” Maka seolah-olah ‘Arab Badwi tersebut merasa sesuatu dari perkara tersebut, maka dia pun bertanya:

“Wahai Rasulullah, di manakah ayahmu?”

Beliau pun menjawab:

Di manapun engkau melintasi kuburan orang kafir, maka sampaikanlah berita gembira kepada mereka berupa Neraka.”

Sa’ad bin Abi Waqqash berkata:

“Setelah itu, ‘Arab Badwi itu pun memeluk Islam, lalu berkata:

“Rasulullah telah membebankan aku dengan sesuatu yang melelahkan. Tidaklah aku melintasi kuburan orang kafir melainkan aku sampaikan berita gembira kepadanya berupa Neraka.” (Ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Kabir, no. 326. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Berdalilkan hadis ini, Syaikh al-Albani rahimahullah mengatakan:

وإذا زار قبر الكافر فلا يسلم عليه، ولا يدعو له، بل يبشره بالنار، كذلك أمر رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في حديث سعد بن أبي وقاص

“Jika menziarahi kuburan orang kafir, maka janganlah mengucapkan salam ke atasnya dan jangan mendoakannya. Sebaliknya berilah berita gembira ke atas mereka dengan Neraka. Demikianlah yang diperintahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam hadis Sa’ad bin Abi Waqqash.” (Al-Albani, Ahkam al-Jana’iz wa Bida’uha, m/s. 251 – Maktabah al-Ma’aarif)

>>3<<Boleh memohonkan hidayah kepada orang kafir yang masih hidup agar dia menerima Islam. Dibolehkan memohonkan maaf dan kebaikan dalam perkara keduniaan selagi mereka masih hidup. Tetapi tidak boleh mendoakan mereka dengan rahmat selagi mana belum Islam.

Dinukilkan dari Fatawa Asy-Syabakah Al-Islamiyah:

أما الدعاء للكافر بالهداية، والدخول في الإسلام فيجوز. وأما الدعاء له بمنافع الدنيا من مال وولد وشفاء ونحوها فلا يجوز إن كان محارباً، وإلا فلا بأس بالدعاء له بذلك، بدليل جواز تعزيته في مصابه حيث كان جاراً بالدعاء له بالإخلاف عليه، ونحو ذلك. والله أعلم.

“Mendoakan orang kafir dengan hidayah dan agar masuk Islam, hukumnya dibolehkan. Manakala mendoakan orang kafir untuk mendapatkan manfaat dunia berupa harta, anak, kesembuhan, atau seumpamanya, maka hukumnya tidak boleh jika dia adalah kafir harbi. Tetapi jika bukan kafir harbi, tidak mengapa mendoakan kebaikan untuk mereka dalam permasalahan keduniaan. Dengan dalil bolehnya menjenguk orang kafir ketika sedang mendapat musibah yang mana dia termasuk salah seorang jiran, dan boleh mendoakan agar musibahnya diganti, atau yang seumpama itu. Wallahu a’lam.” (lihat: Fatawa Asy-Syabakah Al-Islamiyah dengan dipantau oleh Syaikh Dr. ‘Abdullah Al-Faqih, no. 14165)

Dalilnya:

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan:

قَدِمَ طُفَيْلُ بْنُ عَمْرٍو الدَّوْسِيُّ وَأَصْحَابُهُ، عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ دَوْسًا عَصَتْ وَأَبَتْ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهَا، فَقِيلَ: هَلَكَتْ دَوْسٌ، قَالَ: «اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ»

“Thufail bin ‘Amru pernah datang kepada Nabi lalu berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya puak Daus telah bermaksiat dan enggan (menerima Islam). Doakanlah (keburukan) untuk mereka.” Maka orang-orang pun mengatakan: “Celakalah puak Daus.”

Lalu Nabi berdoa:

اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

“Ya Allah, berilah petunjuk kepada suku Daus dan datangkanlah mereka (ke Madinah).” (Shahih Al-Bukhari, no. 2937)

Bagi hadis ini, Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) membuat bab dengan judul:

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

“Bab: Mendoakan orang-orang musyrik dengan hidayah untuk mengambil hati mereka.”

Dalil yang lain, dari hadis Abi Burdah daripada ayahnya, beliau berkata:

كَانَتِ الْيَهُودُ تَعَاطَسُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجَاءَ أَنْ يَقُولَ لَهَا يَرْحَمُكُمُ اللَّهُ، فَكَانَ يَقُولُ: يَهْدِيكُمُ اللَّهُ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

“Suatu ketika pernah ada orang Yahudi bersin di sisi Nabi dengan harapan agar Nabi mendoakan mereka dengan doa “يَرْحَمُكُمُ اللَّهُ” (semoga Allah merahmati kalian), namun Nabi mendoakan mereka dengan doa:

يَهْدِيْكُمُ اللهُ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

“Semoga Allah memberi hidayah petunjuk kepada kalian dan memperbaiki keadaan kalian.” (Sunan Abi Dawud, no. 5038. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadis ‘Uqbah bin ‘Aamir Al-Juhani:

أَنَّهُ مَرَّ بِرَجُلٍ هَيْئَتُهُ هَيْئَةُ مُسْلِمٍ، فَسَلَّمَ فَرَدَّ عَلَيْهِ: وَعَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ. فَقَالَ لَهُ الْغُلَامُ: إِنَّهُ نَصْرَانِيٌّ! فَقَامَ عُقْبَةُ فَتَبِعَهُ حَتَّى أَدْرَكَهُ. فَقَالَ: إِنَّ رَحْمَةَ اللَّهِ وَبَرَكَاتَهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ، لَكِنْ أَطَالَ اللَّهُ حَيَاتَكَ، وَأَكْثَرَ مالك، وولدك

“Bahawa beliau melintasi seseorang yang bentuk penampilannya seperti seorang muslim, lalu beliau pun mengucapkan salam dan salamnya pun dijawab oleh orang tersebut dengan jawaban:

Wa ‘alaika wa rahmatullaahi wa barakaatuh.” (dan ke atas engkau rahmah dan barakah).

Maka al-ghulaam (seorang anak kecil atau pembantu) berkata kepada beliau:

“Sesungguhnya dia itu seorang Nashrani (yakni bukan muslim)!” Maka ‘Uqbah pun segera bergegas mengekorinya sampai mendapatinya. ‘Uqbah pun berkata:

Sesungguhnya rahmat Allah dan barakah-Nya adalah atas kaum mu’min. Tetapi semoga Allah memanjangkan hidupmu dan memperbanyakkan harta serta anakmu.” (Al-Adabul Mufrad, no. 1112. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Kata Syaikh Albani rahimahullah:

ولكن لا بد أن يلاحظ الداعي أن لا يكون الكافر عدواً للمسلمين

“Akan tetapi orang yang mendoakan kebaikan perlu meneliti bahawa orang kafir yang dia doakan tersebut bukanlah dari kalangan musuh yang memerangi kaum Muslimin.” (Ta’liq Kitab Al-Adabul Mufrad)

Selain itu, dibolehkan juga meruqyah mereka dengan ruqyah yang syar’i tatkala mereka sakit dengan dalil dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu di Shahih Al-Bukhari (no. 2276) dan Muslim (no. 2201).

Namun sebagaimana dijelaskan, hendaklah orang kafir yang didoakan atau diruqyah tersebut bukan termasuk kalangan kaum kafir yang memusuhi dan memerangi Islam atau dari kalangan kafir harbi.

Adapun dalil dibolehkan memohonkan keampunan atau maaf bagi orang kafir yang masih hidup, dalilnya adalah sebagaimana hadis dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَحْكِي نَبِيًّا مِنَ الأَنْبِيَاءِ، ضَرَبَهُ قَوْمُهُ فَأَدْمَوْهُ، وَهُوَ يَمْسَحُ الدَّمَ عَنْ وَجْهِهِ وَيَقُولُ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ

“Seakan-akan aku sekarang melihat Nabi bercerita tentang seorang Nabi yang dipukul oleh kaumnya sampai mengalirkan darah, dan beliau mengusap darah tersebut dari wajahnya, namun beliau mengatakan:

“Ya Allah, ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3477)

>>4<<Semoga Allah memberikan rasa aman kepada kaum muslimin dengan matinya orang kafir yang begitu kuat menzahirkan permusuhannya terhadap Islam. Demikian dengan matinya ahli bid’ah dan musuh-musuh Islam secara umum.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam.” (Surah Al-An’aam, 6: 45)

Dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari hadis Abu Qotaadah Al-Anshaari radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan:

أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ، فَقَالَ: «مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا المُسْتَرِيحُ وَالمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: «العَبْدُ المُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ، وَالعَبْدُ الفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ العِبَادُ وَالبِلاَدُ، وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ

“Bahawa Rasulullah melintasi satu jenazah, lalu beliau pun berkata:

“Beristirehat atau direhatkan daripadanya.” Orang-orang bertanya, “Wahai Rasulullah, apa maksud engkau dengan beristirehat atau direhatkan daripadanya?” Beliau pun menjawab:

“Hamba yang beriman akan berehat dari beban dan halangan-halangan dunia menuju rahmat Allah. Manakala hamba yang fajir (berbuat jahat), akan berehatlah para hamba yang lainnya, negara, pepohonan, dan haiwan-haiwan dari kejahatannya.” (Shahih Al-Bukhari, 6512)

Inilah sebahagian sikap orang yang beriman terhadap matinya orang yang dikenal berbuat zalim, jahat, dan menyeru kepada kesesatan.

Di antara contoh sikap tersebut dapat dilihat pada apa yang dipraktikkan oleh sebahagian tokoh-tokoh salaf (ulama generasi awal).

Dimaklumi pada generasi salaf pernah muncul seorang pemerintah yang zalim dan kejam, iaitu Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi. Lantaran kekejaman dan kekejian Al-Hajjaj, kematian beliau dianggap sebagai khabar gembira oleh tokoh-tokoh salaf ketika itu. Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) merakamkan:

وروى غير واحد أن الحسن لما بشر بموت الحجاج سجد شكرا لله تعالى، وكان مختفيا فظهر، وقال: اللهم أمته فأذهب عنا سنته. وقال حماد بن أبي سليمان: لما أخبرت إبراهيم النخعي بموت الحجاج بكى من الفرح.

“Lebih dari seorang yang meriwayatkan bahawa Al-Hasan (Al-Bashri) apabila dikhabarkan dengan berita gembira tentang kematian Al-Hajjaj, beliau langsung melakukan sujud syukur kepada Allah Ta’ala yang mana sebelumnya beliau bersembunyi, maka setelah itu beliau menonjolkan diri. Lalu beliau berdoa:

Ya Allah, matikanlah dia dan hilangkanlah sunnahnya (kebiasaan-kebiasaannya) dari diri kami.”

Hammad bin Sulaiman berkata, “Apabila aku mengkhabarkan kepada Ibrahim An-Nakha’i tentang kematian Al-Hajjaj, beliau pun menangis kerana gembira.” (Ibnu Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, 9/159)

Abu Khaitsamah berkata:

قال زياد بن الربيع بن الحارث لاهل السجن يموت الحجاج في مرضه هذا في ليلة كذا وكذا، فلما كانت تلك الليلة لم ينم أهل السجن فرحا، جلسوا ينظرون حتى يسمعوا الناعية، وذلك ليلة سبع وعشرين من شهر رمضان.

“Ziyad bin Ar-Rabi’ Al-Haritsi mengatakan kepada para penghuni penjara, “Al-Hajjaj akan mati dalam sakitnya ini di malam sekian.”

Lalu ketika tiba malam tersebut, tidak seorang pun penghuni penjara yang tidur kerana sangat gembira. Mereka duduk menunggu hingga mendengar berita kematiannya. Iaitu pada malam 27 Ramadhan.” (Ibnu Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, 9/159)

Pada contoh yang lain, Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menyebutkan:

ومن طريق الحسن بن عَمْرو المروزي، سمعت بشر بن الحارث يقول: جاء موت المريسي وأنا في السوق فلولا أنه ليس موضع سجود لسجدت شكرا.

“Dari jalan Al-Hasan bin ‘Amru Al-Marwazi, aku mendengar Bisyr bin Al-Haarits, beliau berkata:

“Telah datang khabar tentang kematian Al-Muraysi (salah seorang tokoh mu’tazilah) dan ketika aku ketika itu sedang di pasar. Kalaulah aku berada di tempat yang boleh untuk aku sujud, nescaya aku akan sujud sebagai tanda syukur pada Allah yang telah mematikannya.” (Lisaan Al-Mizan, 2/308)

Beliau juga menyebutkan:

ولما بلغ ابن المهدي موته قال: الحمد لله الذي أراح المسلمين منه.

“Telah sampai khabar kematian (tokoh sesat Wahb bin Wahb Al-Qurasyi) kepada (‘Abdurrahman) Ibn Al-Mahdi. Beliau pun berkata:

“Segala puji bagi Allah yang telah membuat tenang (atau gembira) kaum muslimin darinya.” (Lisaan Al-Mizan, 8/402)

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

قال سلمة بن شبيب: كنت عند عبد الرزاق، فجاءنا موت عبد المجيد، وذلك في سنة ست ومئتين فقال: الحمد لله الذي أراح أمة محمد من عبدالمجيد

“Berkata Salamah bin Syubaib, “Suatu ketika aku berada berdekatan ‘Abdurrazzaq (Ash-Shan’ani), lalu kami menerima khabar kematian ‘Abdul Majid (seorang tokoh murji’ah). Dan yang demikian itu terjadi pada tahun 206H. Maka ‘Abdurrazzaq pun berkata:

“Segala puji bagi Allah yang telah membuat tenang umat Muhammad dari gangguan ‘Abdul Majid.” (Siyar A’lam An-Nubala’ 9/435)

Imam Abu Bakr Al-Khallaal rahimahullah (Wafat: 311H) menyebutkan:

قِيلَ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ: الرَّجُلُ يَفْرَحُ بِمَا يَنْزِلُ بِأَصْحَابِ ابْنِ أَبِي دُؤَادَ، عَلَيْهِ فِي ذَلِكَ إِثْمٌ؟ قَالَ: «وَمَنْ لَا يَفْرَحُ بِهَذَا؟»

“Ditanyakan kepada Abi ‘Abdillah (Imam Ahmad bin Hanbal), “Patutkah seseorang merasa gembira dengan apa yang menimpa para pengikut Ibn Abi Du’aad (tokoh mu’tazilah – pent.), adakah dia berdosa?” Imam Ahmad pun menjawab:

“Siapa yang tidak merasa gembira dengan hal ini?” (As-Sunnah oleh Al-Khallaal, 5/121)

Wallahu a’lam.