Bolehkah Cukai Diambil Dari Selain Muslim?

Bolehkah Cukai Diambil Dari Selain Muslim?

Dari Website Islaam su-al wa jawaab
www.ilmusunnah.com

هل يجوز أخذ الجمارك من غير المسلمين إذا قاموا بتصدير بضاعتهم إلى بلاد المسلمين؟

“Adakah dibenarkan mengambil al-jamaarik (bea cukai atau cukai import eksport) dari selain kaum muslimin ketika mereka mengeksport barang dagangan mereka ke negeri kaum muslimin?”

Jawaban:

الحمد لله

نعم، لا حرج في أخذ الجمارك من غير المسلمين على البضاعة التي يأتون بها لبيعها للمسلمين. فقد روى البيهقي (18543) عن أنس رصي الله عنه أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أمر أن يؤخذ من أهل الذمة نصف العشر، وممن لا ذمة له: العشر . وجاء في “الموسوعة الفقهية” (30/102، 103):

يؤخذ العشر من تجارة غير المسلمين عند دخولهم بها إلى دار الإسلام، وذلك في الجملة، … .

استدل الفقهاء لمشروعية العشر على غير المسلم بالسنَّة، والإجماع، والمعقول، أما السنَّة: فقوله: (إِنَّمَا الْعُشُورُ عَلَى الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى، وَلَيْسَ عَلَى الْمُسْلِمِينَ عُشُورٌ). ]الحديث ضعيف، ضعفه الألباني في ضعيف أبي داود 3046[

فالحديث يدل على أنه لا يؤخذ من المسلم مال سوى الزكاة، ويؤخذ من اليهود والنصارى عشر التجارات كما تؤخذ منهم الجزية. وأما الإجماع: فقد بعث عمر بن الخطاب رضي الله عنه العُشَّار ليأخذوا العُشْر بمحضر من الصحابة رضوان الله عليهم، ولم يخالفه في ذلك أحد، فكان إجماعا سكوتيّاً .

وأما المعقول: فالتاجر الذي ينتقل بتجارته من بلد إلى آخر يحتاج إلى الأمان، والحماية من اللصوص وقطاع الطرق، والدولة الإسلامية تتكفل بتأمين ذلك عبر طرقها وممراتها التجارية، فالعُشر الذي يؤخذ من التاجر هو في مقابل تلك الحماية، والانتفاع بالمرافق العامة للدولة الإسلامية انتهى

“Alhamdulillah… ya boleh, tidak mengapa mengambil al-jamaarik dari selain kaum Muslimin atas barang dagangan yang mereka datangkan ke negeri kaum muslimin agar dibeli oleh kaum muslimin.”

“Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi (no. 18543) dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawa ‘Umar bin Al-Khaththab memerintahkan supaya mengambil (bea cukai) dari ahli dzimmah sebanyak nishful ‘usyur (setengah ‘usyur) manakala dari selain ahli dzimmah (yakni kafir harbi) sebanyak al-‘usyur (yakni 1/10 atau 10%).”

“Sebagaimana dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah (30/102, 103) disebutkan bahawa, “Diambil (bea cukai) sebanyak al-‘usyur (10%) dari barang dagangan selain kaum muslimin ketika mereka membawanya masuk ke Daar Al-Islaam (negara Islam). Dan yang demikian menjadi (tafshil dan pendalilan hukum bagi sejumlah ulama tentang disyari’atkannya al-‘usyur ­– lihat Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyah).”

“Pendalilan al-fuqahaa’ (para ulama fiqh) tentang disyari’atkannya al-‘usyur (yakni terhadap kaum kafir) adalah As-Sunnah, al-ijma’, dan al-ma’qul. Hadisnya:

“Sesungguhnya al-‘usyur itu adalah atas kaum Yahudi, Nashara, dan tidak ada ‘usyur bagi kaum Musimin.” [Namun hadisnya dha’if, dinilai dha’if oleh Al-Albani dalam Dha’if Abi Daud no. 3046].”

“Hadis tersebut menjadi dalil bahawa tidak diambil dari seorang Muslim sebarang harta kecuali zakat. Sedangkan dari orang-orang Yahudi dan Nashara itu diambil dari mereka ‘usyur (10%) dari barang dagangan mereka sebagaimana diambil dari mereka al-jizyah.”

“Adapun dalil ijma’ sebagaimana ‘Umar bin Al-Khaththab pernah mengutus al-‘usyaar (pemungut ‘usyur) untuk mengambil al-‘usyur (10%) dari keseluruhan nilai barang dagangan (dari selain kaum muslimin) dengan kehadiran (yakni disaksikan disaksikan) oleh para sahabat ridhwanullaahu ‘alaihim ajma’in dan tidak ada seorang pun yang menyelisihinya pada yang demikian. Maka ini menjadi ijma’ secara sukuti.”

“Adapun dalil ma’qul; seorang peniaga yang membawa barang dagangannnya dari suatu tempat (negara) ke tempat (negara) yang lainnya memerlukan kawalan (jaminan keamanan) dan perlindungan dari ancaman penyamun dan perompak jalanan. Dan Ad-Daulah Al-Islaamiyah (negara Islam) memberi jaminan tersebut untuk barang dagangan mereka yang melalui jalan-jalan umum mahupun jalan-jalan khusus bagi tujuan pengangkutan barang di negara kaum muslimin. Dari itu maka ‘usyur yang diambil tersebut kembali kepada para pedagang sebagai jaminan keselamatan dan kembali untuk pembagungan insfrasruktur umum bagi negara Islam.” Tamat nukilan.”

Sumber Nukilan: http://islamqa.info/ar/111886 (Website himpunan Soal Jawab kendalian Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Munajjid)