Bintang Penembak Syaitan

Bintang Penembak Syaitan

Disarikan dari Tafsir Ibn Katsir
www.ilmusunnah.com

Dalam Al-Qur’an dapat kita perhatikan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala banyak menyebutkan tentang bintang, keindahahannya, kesempurnaannya, dan sebahagian dari manfaatnya. Dan ini semua termasuk tanda keagungan dan kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala.

tafsir-ibnu-katsir-lengkap

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومُ مُسَخَّرَاتٌ بِأَمْرِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (12) وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ

“Dan Dia menundukkan untuk kalian malam dan siang, matahari dan bulan. Dan bintang-bintang juga ditundukkan (untuk kalian) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal. Dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kalian di bumi dengan kepelbagaiannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beringat lagi tahu mengambil pelajaran.” (Surah An-Nahl, 16: 12)

Pada matahari, bulan dan bintang-bintang itu terdapat unsur keindahan bagi langit, petunjuk arah ketika kegelapan, perhitungan waktu dan masa, dan pelbagai lagi manfaat bagi para penduduk di bumi. Maka bagi mereka yang yang berakal dan mahu mengambil pelajaran pasti itu semua terdapat manfaat yang sangat besar.

Bintang Penembak

Dan di antara salah satu manfaat dari kejadian bintang yang telah disebutkan di dalam Al-Qur’an adalah sebagai penembak dan perejam para syaitan yang cuba naik ke langit, yakni dalam rangka mencuri dengar khabar-khabar yang dibicarakan oleh para malaikat serta khabar-khabar yang turun dari sana.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ (16) وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ (17) إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

“Dan telah Kami jadikan di langit itu buruj (pelbagai objek-objek langit berupa bintang-bintang berserta garis peredarannya), dan kami percantikannya bagi orang-orang yang memerhatikannya. Dan Kami menjaga langit itu (yakni langit dunia) dari setiap syaitan yang terkutuk, kecuali bagi syaitan yang dapat mencuri dengar (perbicaraan khabar-khabar langit) maka ia pun dikejar oleh Syihabun Mubiin (panahan bintang yang terang cahayanya).” (Surah Al-Hijr, 15: 16-18)[1]

Dalam ayat yang lain:

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ (6) وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ (7) لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ (8) دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ (9) إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

“Sesungguhnya Kami telah hiasi langit dunia itu dengan perhiasan berupa Al-Kawaakib (bintang-bintang dan planet-planet). Dan kami menjaga langit itu dari setiap syaitan yang degil lagi derhaka. (agar) syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar perbicaraan kalangan malaikat di langit yang tinggi, dan mereka akan dilempar (dibaling dengan bebatu api) dari segala sisi. Yakni untuk mengusir mereka, dan mereka akan mendapat adzab siksaan yang kekal. Kecuali syaitan-syaitan yang dapat mencuri khabar perbicaraan (para malaikat), maka mereka pun dikejar oleh Syihaabun Tsaaqib (panahan bintang yang menyala terang).” (Surah Ash-Shoffat, 37: 6-10)[2]

meteor-1

Di ayat yang lain:

وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

“Dan Kami hiasi langit dunia (langit yang dekat) itu dengan mashaabiih (bintang-bintang yang menyala bercahaya seperti pelita) sebagai penjaga. Demikianlah ketentuan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Fushshilat, 41: 12)[3]

Di ayat yang lain lagi:

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

“Dan telah Kami hiasi langit dunia itu dengan mashaabih (bintang-bintang yang menyala bercahaya), dan kami jadikannya (dari bintang-bintang itu) perejam (penembak) syaitan-syaitan, dan kami siapkan untuk mereka dengan adzab As-Sa’iir.” (Surah Al-Mulk, 67: 5)[4]

Dan juga di Surah Al-Jin, Allah Ta’ala menjelaskan tentang perbicaan para Jin:

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (8) وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا

“Dan bahawa kami (para jin) berusaha untuk menggapai (naik ke) langit (untuk mencuri khabar-khabar), tetapi kami dapati di langit itu penuh dengan kawalan dan penjagaan yang sangat kuat dan rapi, dan juga syihaab (meteor, atau panah-panah berapi yang siap untuk menembak). Adalah kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat dari langit itu untuk mendengar (khabar-khabar), tetapi sekarang siapa yang cuba untuk mendengar (khabar-khabar langit itu), pasti akan mendapati adanya syihaab (bintang-bintang pemanah) yang sentiasa mengawasi dan memerhati.” (Surah Al-Jin, 72: 8-9)[5]

Penjelasan Tafsir Ayat (Tafsir Ibnu Katsir)

[1] Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan:

يذكر تعالى خلقه السماء في ارتفاعها وما زَيَّنَها به من الكواكب الثواقب، لمن تأملها، وكرر النظر فيها، يرى فيها من العجائب والآيات الباهرات، ما يحار نظره فيه. ولهذا قال مجاهد وقتادة: البروج هاهنا هي: الكواكب.

“Allah Ta’ala menyebutkan tentang ciptaan-Nya yang berupa langit yang Dia angkat dan tinggikannya, dan telah Dia perindahkannya dengan Al-Kawaakib Ats-Tsawaaqib (bintang-bintang dan objek-objek langit yang banyak, yang beredar mahupun yang diam). Bagi siapa yang mencermatinya dan berulang-ulang memerhatikannya, dia pasti akan mendapati padanya suatu keajaiban dan ayat-ayat (yakni tanda-tanda kebesaran) yang sungguh mempersona (lagi cemerlang) dari apa yang telah dilihatnya tersebut secara berulang-ulang.

Atas sebab itulah telah berkata Al-Mujahid dan Qotadah bahawa Al-Buruuj di sini adalah Al-Kawaakib (kepelbagaian objek-objek langit).”

Kata beliau lagi:

ومنهم من قال: البروج هي: منازل الشمس والقمر.

Dan ada pula dari kalangan mereka (para ulama tafsir) yang mengatakan, “Al-Buruuj adalah tempat-tempat (orbit) matahari dan bulan.”

Ibnu Katsir menyebutkan lagi:

وقال عطية العوفي: البروج هاهنا: هي قصور الحرس

“Telah berkata Ibnu ‘Athiyyah Al-‘Aufi, Al-Buruuj di sini adalah benteng-benteng kawalan langit.”

Kata Ibnu Katsir lagi:

وجعل الشُهب حرسًا لها من مَرَدة الشياطين، لئلا يسمعوا إلى الملأ الأعلى، فمن تمرد منهم [وتقدم] لاستراق السمع، جاءه { شِهَابٌ مُبِينٌ } فأتلفه، فربما يكون قد ألقى الكلمة التي سمعها قبل أن يدركه الشهاب إلى الذي هو دونه، فيأخذها الآخر، ويأتي بها إلى وليه، كما جاء مصرحا به في الصحيح

“Allah menjadikan bintang-bintang api (pemanah) sebagai penjaga di langit dari syaitan-syaitan yang degil supaya mereka tidak dapat mencuri dengar khabar-khabar di Al-Mala’ul A’la (di sisi majlis para malaikat yang tinggi). Maka siapa saja dari kalangan syaitan itu yang naik (ke langit) untuk mencuri dengar khabar-khabar langit, maka akan datanglah kepadanya “Syihaabun Mubiin” (panahan bintang yang terang menyala) seraya memusnahkannya.

Namun begitu, boleh jadi juga adakalanya syaitan sempat mencuri (sebahagian) perbicaraan sebelum ia terkena panahan bintang tersebut seraya sempat menyampaikan berita tersebut kepada syaitan yang lain di bawahnya, dan syaitan yang di bawah itu pun datang kepada walinya (yakni orang-orang yang memujanya, dari kalangan dukun, bomoh atau tukang ramal), sebagaimana yang telah datang penjelasannya secara sharih (jelas) di dalam Ash-Shahih (Shahih Al-Bukhari).

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا قَضَى اللَّهُ الأَمْرَ فِي السَّمَاءِ، ضَرَبَتِ المَلاَئِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ، كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ، فَإِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا: مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟ قَالُوا لِلَّذِي قَالَ: الحَقَّ، وَهُوَ العَلِيُّ الكَبِيرُ، فَيَسْمَعُهَا مُسْتَرِقُ السَّمْعِ، وَمُسْتَرِقُ السَّمْعِ هَكَذَا بَعْضُهُ فَوْقَ بَعْضٍ – وَوَصَفَ سُفْيَانُ بِكَفِّهِ فَحَرَفَهَا، وَبَدَّدَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ – فَيَسْمَعُ الكَلِمَةَ فَيُلْقِيهَا إِلَى مَنْ تَحْتَهُ، ثُمَّ يُلْقِيهَا الآخَرُ إِلَى مَنْ تَحْتَهُ، حَتَّى يُلْقِيَهَا عَلَى لِسَانِ السَّاحِرِ أَوِ الكَاهِنِ، فَرُبَّمَا أَدْرَكَ الشِّهَابُ قَبْلَ أَنْ يُلْقِيَهَا، وَرُبَّمَا أَلْقَاهَا قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُ، فَيَكْذِبُ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ، فَيُقَالُ: أَلَيْسَ قَدْ قَالَ لَنَا يَوْمَ كَذَا وَكَذَا: كَذَا وَكَذَا، فَيُصَدَّقُ بِتِلْكَ الكَلِمَةِ الَّتِي سَمِعَ مِنَ السَّمَاءِ

“Apabila Allah memutuskan sesuatu urusan di langit, para malaikat pun mengepak-ngepakkan sayap-sayap mereka kerana tunduk kepada firman-Nya seakan-akan suara rantai yang jatuh di atas batu yang licin. Maka apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati-hati mereka, mereka pun berkata:

“Apa yang telah difirmankan oleh Rabb kalian?”

Mereka pun menjawab, “Al-Haq (kebenaran), dan adalah Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Lalu para pencuri khabar-khabar langit pun mencuri-curi dengar, para pencuri khabar-khabar langit itu seperti ini, sebahagiannya di atas sebahagian yang lain – [Sufyan (yakni salah seorang perawi hadis ini) pun menyusun jari-jemarinya (sebagai bentuk isyarat), beliau membuka lebar jari-jemari tangan kanannya sampai kelihatan sebahagian jari di atas sebahagian jari yang lain] – Pencuri khabar mendengar satu kalimat lalu dia pun menyampaikannya kepada (temannya) yang di bawahnya, kemudian temannya menyampaikan kepada yang di bawahnya lagi, sampailah kepada yang terakhir, khabar tersebut pun sampai ke lisan tukang sihir atau kaahin (tukang ramal).

Adakalanya para pencuri khabar langit itu didapati oleh Asy-Shihab (panah api dari bintang lalu ia pun dipanah) sebelum sempat menyampaikan khabar yang dicurinya (kepada temannya yang di bawah). Namun adakalanya dia berjaya menyampaikannya kepada temannya sebelum sempat didapati (dan dipanah oleh Syihab tersebut). Maka dengan suatu khabar (yang benar) yang dia dapatkan, syaitan dan si tukang sihir (atau kaahin) menjadikannya sebagai modal untuk membuat seratus kedustaan.

Maka mereka mengatakan, “Bukankah syaitan itu (atau tukang sihir mahupun kaahin tersebut) telah mengatakan kepada kita pada hari sekian dan sekian akan berlaku sekian dan sekian?”

Maka mereka pun membenarkan ucapan syaitan dan tukang sihir (atau kaahin) tersebut dengan suatu kalimat yang telah mereka dapatkan dari langit.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4800)

[2] Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

يخبر تعالى أنه زين السماء الدنيا للناظرين إليها من أهل الأرض { بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ }، قرئ بالإضافة وبالبدل، وكلاهما بمعنى واحد، فالكواكب السيارة والثوابت يثقب ضوءها جرم السماء الشفاف، فتضيء لأهل الأرض

“Allah Ta’ala mengkhabarkan bahawa Dia telah menghiasi langit dunia bagi orang-orang yang memandang kepadanya dari kalangan penduduk dunia, yakni “بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ” (dengan perhiasan berupa Al-Kawaakib) – dibaca sama ada dengan idhafah atau badal, namun keduanya adalah satu makna.

Al-Kawaakib (objek-objek langit berupa bintang-bintang) itu baik yang beredar mahupun yang diam pada tempatnya, ianya memancarkan cahayanya menembusi langit yang lutsinar seraya mencahayai dan menerangi penduduk bumi.”

Kata beliau lagi:

وقوله ها هنا: { وَحِفْظًا } تقديره: وحفظناها حفظًا، { مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ } يعني: المتمرد العاتي إذا أراد أن يسترق السمع، أتاه شهاب ثاقب فأحرقه، ولهذا قال: { لا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلإ الأعْلَى } أي: لئلا يصلوا إلى الملأ الأعلى، وهي السماوات ومن فيها من الملائكة، إذا تكلموا بما يوحيه الله مما يقوله من شرعه وقدره، كما تقدم بيان ذلك في الأحاديث التي أوردناها عند قوله تعالى: { حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ } [سبأ:23]

“Dan firman-Nya di sini, “وَحِفْظًا” (memelihara), adalah memeliharanya dengan sebenar-benar pemeliharaan. “Dari setiap syaitan yang besar/degil/ganas”, yakni yang kuat melawan dan sombong, apabila syaitan itu hendak mencuri dengar (khabar-khabar langit), maka datanglah Syihaabun Tsaaqib (bintang meteor) lalu menghentam dan membakarnya. Sebab itulah Allah berfirman:

“(agar) syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar perbicaraan kalangan malaikat di langit yang tinggi…”

Yakni, agar syaitan-syaitan itu tidak akan dapat mencapai tempat-tempat yang tinggi (Al-Malaa’ul A’la) di langit, dan ia adalah langit-langit di mana para malaikat berada padanya, ketika para malaikat berbicara tentang apa-apa yang diwahyukan Allah terkait syari’at dan taqdir ketentuan-Nya, sebagaimana telah berlalu penjelasannya berdasarkan hadis-hadis yang telah kami paparkan ketika menjelaskan ayat 23 di Surah Sabaa’.”

Kata beliau lagi:

ولهذا قال { وَيُقْذَفُون } أي: يرمون { مِنْ كُلِّ جَانِبٍ } أي: من كل جهة يقصدون السماء منها، { دُحُورًا } أي :رجما يدحرون به ويزجرون، ويمنعون من الوصول إلى ذلك، { وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ } أي :في الدار الآخرة لهم عذاب دائم موجع مستمر، كما قال: { وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ } [الملك:5].

“Kerana itu Allah berfirman,

dan mereka akan dilempar (dibaling dan ditembak dengan bebatu api).

Yakni dipanah…

dari segala sisi.

Yakni dari segala arah dan penjuru langit yang mereka tuju.

untuk mengusir mereka…

Yakni mereka direjam (dengan bebatu api) agar mereka berundur, agar mereka tertahan dari sampai ke tempat yang tinggi (di langit).

dan bagi mereka adzab siksa yang kekal.

Yakni di negeri al-akhirah, untuk mereka adalah adzab yang abadi, terus-menerus lagi menyakitkan. Sebagaimana firman Allah,

Dan Kami sediakan bagi mereka adzab as-sa’iir.” (Surah Al-Mulk, 67: 5)

Kata Ibnu Katsir lagi:

وقوله: { إِلا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ } أي: إلا من اختطف من الشياطين الخطفة، وهي الكلمة يسمعها من السماء فيلقيها إلى الذي تحته، ويلقيها الآخر إلى الذي تحته، فربما أدركه الشهاب قبل أن يلقيها وربما ألقاها بقدر الله قبل أن يأتيه الشهاب فيحرقه، فيذهب بها الآخر إلى الكاهن، كما تقدم في الحديث، ولهذا قال: { إِلا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ } أي: مستنير.

“Firman Allah,

Kecuali syaitan-syaitan yang dapat mencuri khabar perbicaraan (para malaikat)…

Yakni dari kalangan para syaitan itu ada yang dapat mencuri khabar (dari langit), lalu dengan satu kalimah (perkataan) yang dia dapatkan dari langit itu, dia pun cepat-cepat sampaikan kepada syaitan yang di bawahnya, dan yang di bawah itu dia sampaikan lagi (kepada yang di bawahnya) sampailah dia dapat sampaikan kepada syaitan yang paling akhir di bawahnya. Namun, boleh jadi juga dia akan dilihat dan dikesan oleh Asy-Shihaab (meteor; bintang pemantau atau penembak) sebelum dia sempat menyampaikannya (kepada yang di bawah), dan boleh jadi juga dia berjaya menyampaikannya sebatas apa yang telah ditentukan oleh Allah sebelum dia didatangi oleh Asy-Syihaab lalu ditembak dan dibakar. Kemudian (apabila sampai kepada syaitan yang paling bawah) syaitan itu pun pergi kepada Al-Kaahin (tukang ramal, atau bomoh) sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini berdasarkan hadis. Kerana itulah Allah berfirman:

Kecuali syaitan-syaitan yang dapat mencuri khabar perbicaraan (para malaikat), maka mereka pun dikejar oleh Syihaabun Tsaaqib.

Yakni, panahan bintang yang menyala terang.”

Ibnu Katsir menjelaskan lagi:

قال ابن جرير: حدثنا أبو كُرَيْب، حدثنا وَكِيع، عن إسرائيل، عن أبي إسحاق، عن سعيد بن جُبير، عن ابن عباس قال: كان للشياطين مقاعد في السماء فكانوا يستمعون الوحي. قال: وكانت النجوم لا تجري، وكانت الشياطين لا تُرْمى قال: فإذا سمعوا الوحي نزلوا إلى الأرض، فزادوا في الكلمة تسعًا. قال: فلما بعث رسول الله صلى الله عليه وسلم، جعل الشيطان إذا قعد مقعده جاء شهاب فلم يُخْطئه حتى يُحرقَه. قال: فشكوا ذلك إلى إبليس، فقال: ما هو إلا من أمْر حدث. قال: فَبَثّ جنوده، فإذا رسول الله صلى الله عليه وسلم قائم يصلي بين جبلي نخلة -قال وكيع: يعني بطن نخلة-قال: فرجعوا إلى إبليس فأخبروه، فقال: هذا الذي حدث.

“Telah berkata Ibnu Jarir, “…. Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata, “Bahawa para Syaitan itu dulu memiliki tempat-tempat duduk (stesen) di langit, maka mereka pun dapat mendengarkan wahyu. Ketika itu bintang-bintang tidak bergerak (mengejar), dan syaitan-syaitan pun tidak dipanah (oleh bintang-bintang). Maka apabila mereka dapat mendengar wahyu, mereka pun turun ke bumi lalu menambah-nambah pada kalimat yang telah mereka dengar sehingga sembilan kalimat.

Adapun setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutuskan, ketika para syaitan itu hendak duduk ke tempat-tempat duduk mereka (di langit), maka datanglah Syihaab (meteor) sampailah ia dapat menembak dan membakar syaitan-syaitan tersebut.

Para syaitan itu pun datang mengadu kepada Iblis, lalu Iblis berkata, “Perkara ini tidak mungkin terjadi kecuali kerana adanya perkara yang baru.” Lalu Iblis pun mengutus pasukan tenteranya, dan mereka pun mendapati Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang solat di antara dua gunung pohon kurma. Yakni pada lembah pergunungan kurma.

Maka mereka pun kembali kepada Iblis seraya mengkhabarkan hal tersebut kepadanya. Iblis pun berkata, “Inilah dia perkara yang baru tersebut.”

[3] Kata Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

وهن الكواكب المنيرة المشرقة على أهل الأرض، { وَحِفْظًا } أي: حرسا من الشياطين أن تستمع إلى الملأ الأعلى.

“Yakni Al-Kawaakib Al-Muniirah Al-Musyriqah (objek-objek langit yang bercahaya dan bersinar) di sisi penduduk bumi.

وَحِفْظًا” Yakni menjaga dan mengawal dari para Syaitan yang hendak mencuri dengar perbicaraan para malaikat (di Al-Mala’ Al-A’laa).” (Tafsir Ibn Katsir, 7/167)

[4] Kata Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

{ وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ } وهي الكواكب التي وضعت فيها من السيارات والثوابت. وقوله: { وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ } عاد الضمير في قوله: { وَجَعَلْنَاهَا } على جنس المصابيح لا على عينها؛ لأنه لا يرمي بالكواكب التي في السماء، بل بشهب من دونها، وقد تكون مستمدة منها، والله أعلم . قال قتادة: إنما خلقت هذه النجوم لثلاث خصال: خلقها الله زينة للسماء، ورجوما للشياطين، وعلامات يهتدى بها، فمن تأول فيها غير ذلك فقد قال برأيه وأخطأ حظه، وأضاع نصيبه، وتكلف ما لا علم له به. رواه ابن جرير، وابن أبي حاتم.

“Firman Allah, “Dan telah Kami hiasi langit dunia itu dengan mashaabih (bintang-bintang yang mengeluarkan cahaya)…” Ia adalah Al-Kawakib (objek-objek langit) yang ditempatkan di langit dunia, sama ada yang beredar mahupun yang diam pada kedudukannya.

Dan firman Allah, “… dan kami jadikannya (dari bintang-bintang itu) perejam (penembak) syaitan-syaitan…” dhamir (kata ganti nama; nya) pada firman-Nya, “dan Kami jadikannya” kembali kepada jenis Al-Mashaabih (bintang-bintang), yakni bukan pada dzat setiap bintang itu sendiri, kerana Allah tidaklah melempar (syaitan-syaitan) itu dengan setiap dari objek-objek langit itu, tetapi dengan lemparan syihab (meteor) yang berada di sekitarnya (atau di bawahnya), yang dijadikan atau dikeluarkan dari serpihan objek-objek langit (atau bintang-bintang) tersebut. Wallaahu a’lam

… Qotadah berkata, “Bahawa Allah menciptakan bintang-bintang ini hanyalah dengan tiga fungsi; (yakni) sebagai perhiasan langit, pelempar syaitan-syaitan, dan sebagai panduan atau penunjuk arah (bagi para pengembara di malam hari). Jika ada sesiapa yang mentakwilkannya kepada selain dari 3 fungsi tersebut, maka itu adalah pendapatnya sendiri yang keliru serta dia telah menyia-nyiakan kehidupannya (atau pahalanya), dan dia telah bertakalluf (membebani dirinya) pada apa yang dia tidak punya ilmu tentangnya.” Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dan Ibn Abi Haatim.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/177)

Adapun penciptaan bintang sebagai petunjuk arah disebutkan dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ

“Dan Dia-lah yang menjadikan untuk kalian bintang-bintang agar dapat kalian jadikannya petunjuk ketika dalam kegelapan di daratan mahupun di lautan.” (Surah Al-An’aam, 6: 97)

Kata Ibnu Katsir:

قال بعض السلف: من اعتقد في هذه النجوم غير ثلاث فقد أخطأ وكذب على الله: أن الله جعلها زينة للسماء ورجوما للشياطين، ويهتدى بها في ظلمات البر والبحر.

“Telah berkata sebahagian salaf, “Siapa yang beri’tiqad (memiliki keyakinan atau kepercayaan) terhadap bintang-bintang selain dari tiga fungsi (atau perkara) tersebut, maka dia telah salah dan telah berdusta atas nama Allah. Sesungguhnya Allah menjadikan bintang-bintang itu sebagai perhiasan langit, sebagai perejam Syaitan, dan sebagai petunjuk arah ketika dalam kegelapan di daratan mahupun lautan.” (Tafsir Ibn Katsir, 3/305)

Juga di ayat yang lain dari Surah An-Nahl, 16: 16:

وقوله: { وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ } أي: في ظلام الليل.

“Firman-Nya, “Dan dengan bintang mereka mendapat petunjuk.” Yakni ketika kegelapan malam.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/564)

[5] Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

يخبر تعالى عن الجن حين بعث الله رسوله محمدًا صلى الله عليه وسلم وأنزل عليه القرآن، وكان من حفظه له أن السماء مُلئَت حرسا شديدًا، وحفظت من سائر أرجائها، وطردت الشياطين عن مقاعدها التي كانت تقعد فيها قبل ذلك؛ لئلا يسترقوا شيئا من القرآن. فيلقوه على ألسنة الكهنة، فيلتبس الأمر ويختلط ولا يدرى من الصادق. وهذا (1) من لطف الله بخلقه (2) ورحمته بعباده، وحفظه لكتابه العزيز، ولهذا قال الجن: { وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا } أي: من يروم أن يسترق السمع اليوم يجد له شهابا مرصدا له، لا يتخطاه ولا يتعداه، بل يمحقه ويهلكه،

“Allah Ta’ala mengkhabarkan tentang keadaan para Jin pada ketika Allah mengutuskankan Rasul-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan ketika diturunkan kepadanya Al-Qur’an. Bahawa di antara bentuk penjagaan Allah terhadap Al-Qur’an adalah dengan Dia menjadikan langit itu dipenuhi dengan penjaga yang kuat sehingga seluruh penjuru dan sisinya terjaga. Dan syaitan-syaitan pun diusir dari tempat-tempat duduknya di langit (yang mana ini tidak terjadi sebelum itu). Ini adalah agar syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar (mencuri maklumat) tentang Al-Qur’an.

Seandainya syaitan itu dapat mendengarnya maka dia pun akan menyampaikanya ke lisan para kuhhan (tukang ramal) sehingga terjadilah talbis (kesamaran) dan ketidak-jelasan sehingga tidak akan dapat diketahui (oleh manusia) manakah yang benar.

Dan ini adalah sebahagian dari bentuk kelembutan Allah terhadap makhluk-Nya dan bentuk kasih-sayang-Nya kepada para hamba-Nya, dan merupakan bentuk penjagaan-Nya terhadap Kitab-Nya yang agung.

Oleh sebab itulah Jin pun berkata sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah di dalam firman-Nya:

Dan bahawa kami (para jin) berusaha untuk menggapai (naik ke) langit (untuk mencuri khabar-khabar), tetapi kami dapati di langit itu penuh dengan kawalan dan penjagaan yang sangat kuat dan rapi, dan juga syihaab (meteor, atau panah-panah berapi yang siap untuk menembak). Adalah kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat dari langit itu untuk mendengar (khabar-khabar), tetapi sekarang siapa yang cuba untuk mendengar (khabar-khabar langit itu), pasti akan mendapati adanya syihaab (bintang-bintang pemanah) yang sentiasa mengawasi dan memerhati.” (Surah Al-Jin, 72: 8-9)

Yakni sejak pada hari itu (sebaik pengutusan Muhammad sebagai Rasul dan sebaik Al-Qur’an diturunkan) siapa yang berusaha untuk mencuri dengar (khabar-khabar di langit), dia pun akan berhadapan dengan bintang-bintang meteor penjaga yang sentiasa bersiap untuk menembak dan membinasakannya.”

Kata Ibnu Katsir lagi:

{ وَأَنَّا لا نَدْرِي أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَنْ فِي الأرْضِ أَمْ أَرَادَ بِهِمْ رَبُّهُمْ رَشَدًا } أي: ما ندري هذا الأمر الذي قد حدث في السماء، لا ندري أشر أريد بمن في الأرض، أم أراد بهم ربهم رشدا؟ وهذا من أدبهم في العبارة حيث أسندوا الشر إلى غير فاعل، والخير أضافوه إلى الله عز وجل. وقد ورد في الصحيح: “والشر ليس إليك”.

“Firmannya, “Dan sesungguhnya kami tidak tahu (dengan adanya penjagaan tersebut) adakah keburukan yang dikehendaki bagi orang-orang di bumi, ataukah kebaikan yang dikehendaki untuk mereka oleh Rabb mereka.” (Surah Al-Jin, 72: 10)

Maksudnya, Kami (para Jin) tidak mengetahui akan perkara tersebut yang baru sahaja berlaku di langit.

Kata mereka, “kami tidak tahu (dengan adanya penjagaan tersebut) adakah keburukan yang dikehendaki bagi orang-orang di bumi, ataukah kebaikan yang dikehendaki untuk mereka oleh Rabb mereka.”

Ini adalah sebahagian dari adab mereka dalam mengungkapkan (yakni dalam memperkatakan tentang sesuatu) yakni dengan menyandarkan perbuatan yang buruk kepada selain pelakunya, dan perbuatan baik disandarkan kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Telah diriwayatkan dalam Ash-Shahih (Al-Bukhari), “Keburukan (kejahatan) itu tidak disandarkan kepada Allah.”

وقد كانت الكواكب يُرمَى بها قبل ذلك، ولكن ليس بكثير بل في الأحيان بعد الأحيان، كما في حديث ابن عباس بينما نحن جلوس مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا رمي بنجم فاستنار، فقال: “ما كنتم تقولون في هذا؟ فقلنا: كنا نقول: يولد عظيم، يموت عظيم، فقال: “ليس كذلك، ولكن الله إذا قضى الأمر في السماء”، وذكر تمام الحديث، وقد أوردناه في سورة “سبأ” بتمامه

“Telah pun berlaku sebelum itu, bahawa Al-Kawakib (objek-objek langit dari bintang-bintang dan planet) itu memang telah digunakan untuk menembak (yakni memanah syaitan-syaitan). Akan tetapi tidaklah dengan jumlah yang banyak (atau sering), cuma berlaku untuk masa-masa tertentu saja (atau kadang-kadang dan jarang), sebagaimana disebutkan dalam hadis Ibnu ‘Abbas (beliau berkata):

“Ketika kami pernah duduk-duduk bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba terlempar jatuhlah satu bintang yang bersinar (terbakar), seraya beliau pun bersabda:

“Apa yang kalian katakan tentang perkara tersebut (jatuhnya bintang)?”

Maka kami katakan, “Kami dulu mengatakan (bila ada bintang yang jatuh), menunjukkan akan lahir seorang tokoh yang besar atau akan meninggal seorang tokoh yang besar.”

Maka Rasulullah pun bersabda, “Sebenarnya bukanlah begitu, akan tetapi apabila Allah memutuskan tentang suatu perkara di langit… (sehingga selengkapnya)” Yakni sebagaimana yang kami sebutkan di Tafsir Surah Saba’ secara lengkap.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/240-241)

Kata Ibnu Katsir seterusnya:

وهذا هو السبب الذي حملهم على تطلب السبب في ذلك، فأخذوا يضربون مشارق الأرض ومغاربها، فوجدوا رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرأ بأصحابه في الصلاة، فعرفوا أن هذا هو الذي حفظت من أجله السماء، فآمن من آمن منهم، وتمرد في طغيانه من بقي، كما تقدم حديث ابن عباس في ذلك، عند قوله في سورة “الأحقاف”: { وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ } الآية 29.

“Perkara ini telah menjadi sebab yang mendorong mereka untuk mencari punca terjadinya hal tersebut. Maka mereka pun mengambil keputusan untuk berpencar ke timur dan barat bumi, lalu mereka pun bertemu dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya sedang membacakan Al-Qur’an di dalam solat. (Dengan penemuan tersebut) maka tahulah mereka bahawa hal tersebut (banyaknya bintang-bintang meteor di langit) adalah dalam rangka penjagaan langit.

Maka berimanlah sebahagian dari jin-jin tersebut, manakala sebahagian bakinya yang lain tetap dalam kesesatan (degil dan enggan taat pada wahyu).

Ini adalah sebagaimana hadis dari Ibnu ‘Abbas yang telah kami kemukakan di Tafsir Surah Al-Ahqaaf, (pada ayat-29 …) “Dan (ingatlah) ketika Kami datangkan suatu rombongan dari kalangan jin kepada-mu yang mendengarkan Al-Qur’an, maka tatkala mereka menghadiri(nya) mereka pun berkata: “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).” Sampailah apabila pembacaan telah selesai mereka pun kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.”.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/241)

Kata Ibnu Katsir:

ولا شك أنه لما حدث هذا الأمر وهو كثرة الشهب في السماء والرمي بها، هال ذلك الإنس والجن وانزعجوا له وارتاعوا لذلك، وظنوا أن ذلك لخراب العالم -كما قال السدي: لم تكن السماء تحرس إلا أن يكون في الأرض نبي أو دين لله ظاهر،

“Ketika perkara ini baru terjadi, iaitu banyaknya asy-shihab (meteor) yang berterbangan di langit, maka manusia dan jin pun ketakutan. Mereka menjadi gelisah dan panik kerananya. Mereka menyangka akan terjadi kemusnahan alam. Ini adalah sebagaimana yang dikatakan oleh As-Suddi, “Langit itu tidak akan dikawal (dengan meteor), kecuali kerana adanya Nabi atau agama Allah yang zahir di bumi.”

Kata beliau lagi:

فكانت الشياطين قبل محمد صلى الله عليه وسلم قد اتخذت المقاعد في السماء الدنيا، يستمعون ما يحدث في السماء من أمر. فلما بعث الله محمدًا نبيا، رُجموا ليلة من الليالي، ففزع لذلك أهل الطائف، فقالوا: هلك أهل السماء، لما رأوا من شدة النار في السماء واختلاف الشهب. فجعلوا يعتقون أرقاءهم ويُسَيِّبون مواشيهم، فقال لهم عبد يا ليل بن عمرو بن عمير: ويحكم يا معشر أهل الطائف. أمسكوا عن أموالكم، وانظروا إلى معالم النجوم فإن رأيتموها مستقرة في أمكنتها فلم يهلك أهل السماء، إنما هذا من أجل ابن أبي كبشة -يعني: محمدا صلى الله عليه وسلم-وإن أنتم لم تروها فقد هلك أهل السماء.

فنظروا فرأوها، فكفوا عن أموالهم. وفزعت الشياطين في تلك الليلة، فأتوا إبليس فحدثوه بالذي كان من أمرهم، فقال: ائتوني من كل أرض بقبضة من تراب أشمها. فأتوه فَشَم فقال: صاحبكم بمكة. فبعث سبعة نفر من جن نصيبين، فقدموا مكة فوجدوا رسول الله صلى الله عليه وسلم قائما يصلي في المسجد الحرام يقرأ القرآن، فدنوا منه حرصا على القرآن حتى كادت كلاكلهم تصيبه، ثم أسلموا. فأنزل الله تعالى أمرهم على نبيه صلى الله عليه وسلم، وقد ذكرنا هذا الفصل مستقصى في أول البعث من (كتاب السيرة) المطول، والله أعلم، ولله الحمد والمنة.

“Bahawasanya para syaitan itu ketika sebelum diutusnya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (sebagai Nabi dan Rasul), mereka dapat mengambil posisi tertentu di langit dunia, mereka dapat mendengar apa yang baru disampaikan di langit dari urusan-urusan (yakni khabar-khabar).

Namun ketika Allah mengutuskan Muhammad sebagai Nabi, mereka pun dihujai dengan rejaman meteor pada suatu malam.

“Maka dengan sebab tersebut para penduduk Tha’if pun menjadi terkejut dan takut, lalu mereka berkata:

“Telah musnah penduduk langit!” Yakni kerana apa yang mereka lihat dari besarnya api di langit dan meteor yang banyak berterbangan di sana sini (di langit). Dengan sebab hal tersebut, mereka pun bertindak membebaskan para hamba dan haiwan ternak mereka. Pada ketika itu berkatalah ‘Abdu Yaalail bin ‘Amr bin ‘Umair:

“Perhatikan dulu wahai para penduduk Tha’if, tahanlah harta-harta kalian dan lihatlah kepada dasar-dasar bintang itu. Jika kalian melihatnya masih pada posisinya, maka penduduk langit tidaklah musnah. Ini terjadi hanyalah kerana Ibn Abi Kabsyah, yakni Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Namun jika kalian tidak dapat melihat kepada dasar-dasar bintang itu, maka sesungguhnya telah musnah para penduduk langit!”

Maka mereka pun mengikuti, mereka memerhati dan melihatnya, lalu mereka pun menahan harta-harta mereka.

Pada malam tersebut para syaitan menjadi terkejut dan takut, lalu mereka pun datang menemui Iblis dan mengkhabarkan terkait apa yang mereka alami. Maka Iblis pun berkata:

“Datangkanlah kepadaku segenggam tanah dari setiap wilayah di bumi agar dapat aku cium.”

Lalu mereka pun mendatangkannya dan Iblis pun menciumnya seraya berkata:

“Perkara yang menjadi sebab dari apa yang kalian alami itu ada di Makkah.”

Maka Iblis pun mengutus tujuh rombongan Jin dari daerah Nashibin. Ketika mereka berada di Makkah, mereka pun mendapati Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berdiri solat di Masjid Al-Haram dalam keadaan membaca Al-Qur’an.

Maka mereka pun mendekatinya untuk mendengar dengan lebih jelas bacaan Al-Qur’an sehinggakan mereka hampir-hampir menyentuh mengenai Rasulullah. Lalu kemudian mereka pun masuk Islam.

Allah Ta’ala mengkhabarkan tentang mereka kepada Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan bahawasanya kami (Ibnu Katsir) telah menyebutkan fasal ini dengan terperinci di awal perbahasan Kitab Sirah yang panjang. Wallaahu a’lam, dan segala puji adalah bagi Allah.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/241)

Wallaahu a’lam..