Beza Antara Zakat Dengan Cukai dan Syarat Penetapan Cukai

Beza Antara Zakat Dengan Cukai dan Syarat Penetapan Cukai

الفرق بين الزكاة والضرائب وشروط فرض الضرائب
www.ilmusunnah.com

السؤال: ما الفرق بين الزكاة والضرائب، وهل يجوز فرض هذه الضرائب؟ وهل يجب دفعها؟

Soalan: Apakah beza di antara zakat dan adh-dhara’ib (cukai)? Adakah menetapkan cukai ini dibolehkan? Dan adakah wajib membayarnya?

الجواب :

الحمد لله

الزكاة ركن من أركان الإسلام، فرضها الله تعالى على المسلمين الأغنياء تحقيقاً لنوع من التكافل الاجتماعي، والتعاون والقيام بالمصالح العامة كالجهاد في سبيل الله .

وقد قرنها الله تعالى بالصلاة في أكثر من آية، وهو مما يؤكد على أهميتها، وقد ثبت وجوبها بالكتاب والسنة والإجماع .

Al-Jawaab, Alhamdulillah.

Zakat adalah salah satu rukun dari rukun Islam yang Allah Ta’ala fardhukan atas kaum muslimin yang berharta (lagi berkecukupan) sebagai salah satu bentuk bantuan dan tolong menolong bagi mewujudkan kemanfaatan dalam kalangan masyarakat secara umum seperti jihad di jalan Allah.

Allah menggandingkan kewajiban zakat dengan kewajiban solat dalam banyak ayat. Ini menunjukkan betapa besar dan pentingnya peranan zakat. Dan ketetapan akan wajibnya zakat ditetapkan dengan dalil Al-Qur’an, As-Sunnah, dan Ijma’.

أما الضرائب التي تقررها الدولة وتفرضها على الناس، فلا علاقة لها بما فرضه الله عليهم من زكاة المال. والضرائب من حيث الجملة: هي التزامات مالية تفرضها الدولة على الناس، لتنفق منها في المصالح العامة، كالمواصلات، والصحة، والتعليم، ونحو ذلك.فالضرائب من وضع الناس وأنظمتهم، لم يشرعها الله تعالى، وأما الزكاة فهي شريعة ربانية، وعبادة من أعظم عبادات الإسلام.

Adapun adh-dhara’ib (cukai) yang mana ditetapkan dan diwajibkan oleh negara atas rakyatnya,  maka tidaklah sedikitpun memiliki kaitan dengan zakat harta yang difardhukan oleh Allah atas mereka.

Adh-dhara’ib (cukai) adalah ketentuan kewangan yang ditetapkan oleh negara atas rakyatnya. Sebahagian kutipan cukai yang terkumpul akan digunakan untuk manfaat atau kepentingan umum, seperti membina sarana pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan yang selainnya.

Maka, cukai adalah kewajiban dan ketentuan buatan manusia yang tidak pernah disyari’atkan oleh Allah Ta’ala. Manakala zakat adalah syari’at Allah dan salah satu ibadah yang agung yang ada dalam Islam.

وبعض الناس لا يخرج زكاة ماله اكتفاء بالضريبة التي يدفعها للدولة، وهذا غير جائز، فالضرائب شيء، والزكاة شيء آخر .قال علماء اللجنة الدائمة للإفتاء :

“لا يجوز أن تحتسب الضرائب التي يدفعها أصحاب الأموال على أموالهم من زكاة ما تجب فيه الزكاة منها ، بل يجب أن يخرج الزكاة المفروضة ويصرفها في مصارفها الشرعية، التي نص عليها سبحانه وتعالى بقوله: ( إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ ) الآية” انتهى .”فتاوى اللجنة الدائمة”(9/285).

Sebahagian orang enggan membayar zakat hartanya kerana merasa cukup dengan membayar cukai kepada negara. Ini adalah (sikap) yang tidak dapat diterima kerana cukai dan zakat adalah dua perkara yang berbeza.

Berkata para ulama Al-Lajnah Ad-Daa’imah, “Tidak dibolehkan menilai cukai yang telah dibayar seseorang sebagai sebahagian dari zakat atas harta yang wajib dizakatkan. Sebaliknya, dia wajib membayar zakat secara khusus dan menyalurkannya pada sasaran yang telah ditetapkan oleh syari’at sebagaimana yang telah Allah firmankan (yang terjemahan maknanya):

“Zakat itu hanya bagi orang-orang faqir dan miskin…” (Sura At-Taubah, 9: 60).” (Fatawa Al Lajnah Ad-Daimah 9/285)

والأصل في فرض الضرائب على الناس أنه محرم ، بل من كبائر الذنوب، ومتوعد فاعله أنه لن يدخل الجنة ، وقد جاء في السنة النبوية ما يدل على أن الضريبة أعظم إثما من الزنا، وقد سبق بيان ذلك في جواب السؤال رقم 39461.

Pada asalnya mewajibkan cukai ke atas rakyat hukumnya adalah haram, bahkan termasuk dosa besar. Pelakunya diancam dengan ancaman tidak masuk Syurga. Dalam hadis disebutkan bahawa pemungut cukai itu dosanya lebih besar berbanding dosa zina.  Sebagaimana penjelasan terdahulu di Jawaab As-Su’al (soal-jawab), no. 39461.

وقد يجوز في حالات استثنائية أن تفرض الدولة ضرائب على الناس، وفق شروط معينة، منها:

1،أن تكون عادلة، بحيث توزع على الناس بالعدل، فلا ترهق بها طائفة دون طائفة، بل تكون على الأغنياء، كل شخص على حسب غناه، ولا يجوز أن تفرض على الفقراء، ولا أن يسوى فيها بين الفقراء والأغنياء .

Bahawa dibenarkan bagi negara untuk mengenakan cukai ke atas rakyat pada keadaan khusus tertentu dan dengan syarat-syarat tertentu yang di antaranya:

1, Hendaklah dilaksanakan secara adil, yang mana ia diaplikasikan ke atas rakyat secara adil, bukan hanya dibebankan pada satu kelompok tertentu dan tidak pada kelompok yang lain. Cukai hanya boleh dibebankan ke atas orang-orang kaya (berharta), setiap orang bersesuaian di atas nilai kekayaannya. Tidak boleh mengenakan cukai ke atas orang-orang faqir. Dan tidak boleh menyamakan antara antara yang faqir dengan yang berharta.

2،أن يكون بيت المال (وهو ما يسمى حاليا بخزينة الدولة) فارغاً، أما إذا كانت الدولة غنية بمواردها، فلا يجوز فرض تلك الضرائب على الناس، وهي حينئذ من المكوس المحرمة، والتي تعد من كبائر الذنوب .

2, Hendaklah dipastikan terlebih dahulu bahawa baitul maal (yang mana pada zaman sekarang disebut sebagai sumber harta, kewangan atau simpanan negara) sedang berada dalam keadaan kosong. Adapun jika harta negara melimpah-ruah disebabkan sumber pendapatan negara yang lain maka tidak boleh mewajibkan cukai ke atas rakyat. cukai dalam keadaan harta negara melimpah-ruah tersebut dinilai sebagai Al-Mukus Al-Muharamah (cukai yang haram) yang mana ianya termasuk dosa besar.

3، أن يكون ذلك في حالات استثنائية لمواجهة ضرورةٍ ما، ولا يجوز أن يكون ذلك نظاماً مستمراً في جميع الأوقات.

جاء في “الموسوعة الفقهية” (8/247) أن من موارد بيت المال :

“الضَّرَائِبُ الْمُوَظَّفَةُ عَلَى الرَّعِيَّةِ لِمَصْلَحَتِهِمْ، سَوَاءٌ أَكَانَ ذَلِكَ لِلْجِهَادِ أَمْ لِغَيْرِهِ، وَلَا تُضْرَبُ عَلَيْهِمْ إلَّا إذَا لَمْ يَكُنْ فِي بَيْتِ الْمَالِ مَا يَكْفِي لِذَلِكَ، وَكَانَ لِضَرُورَةٍ، وَإِلَّا كَانَتْ مَوْرِدًا غَيْرَ شَرْعِيٍّ” انتهى .وموارد بيت مال المسلمين المالية المباحة والمشروعة كثيرة جداً، قد سبق ذكرها في جواب السؤال  رقم (138115).

فلو عمل بها المسلمون لأغناهم الله تعالى، ولما احتاجوا إلى فرض الضرائب، إلا في حالات نادرة جدا.

3, Cukai hanya boleh dilaksanakan dalam keadaan khusus tertentu sahaja sebagai bentuk pengecualian dalam keadaan yang darurat. Tidak dibenarkan menjadikan penetapan cukai secara terus-menerus setiap masa.

Sebagaimana dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (8/247) bahawa di antara sumber baitul maal adalah:

Adh-Dhara’ib (cukai) yang dikenakan ke atas rakyat adalah demi kemaslahatan mereka sama ada untuk jihad ataupun untuk yang selainnya. Tetapi ianya tidaklah dibebankan atas rakyat melainkan apabila harta pada baitul maal tidak mencukupi untuk keperluan tersebut, dan pada keadaan yang darurat. Dan jika cukai dikenakan pada keadaan selain dari itu (tanpa keperluan dan tanpa darurat), maka ia pun menjadi sumber pungutan yang tidak syar’i.” (Sekian nukilan)

Dan bahawa sumber baitul maal bagi negara kaum muslimin yang mubah dan masyru’ itu ada banyak sekali. Ianya sebagaimana telah disebutkan pada Jawab As-Su’al (soal jawab) no. 138115.

Ensiklopedia_Kewangan_Publik_Terjemahan_Al_Amwal_Karya_Abu_Ubaid_Al_Qasim
Kitab Al-Amwal ini termasuk antara buku-buku klasik dan antara yang paling awal dalam sejarah Islam membahaskan soal harta dan per-ekonomian secara Islami. Ini menjadikan nilai buku ini begitu tinggi sekali yang mana di dalamnya memuatkan himpunan dalil-dalil al-Qur’an, hadis-hadis Nabi, dan atsar-atsar para sahabat Nabi sekitar pengurusan ekonomi dan harta di dalam Islam. Disusun oleh Imam Abu Ubaid Al-Qasim rahimahullah (Wafat: 224H).

Kalaulah kaum muslimin bersedia memanfaatkan sumber-sumber tersebut tentu Allah Ta’ala akan mencukupkan keperluan mereka dan negara pun tidak perlu lagi mewajibkan pungutan cukai melainkan pada keadaan (darurat) yang sangat jarang sekali berlaku.

4، أن تنفق في المصالح الحقيقية للأمة، فلا ينفق منها شيء في معصية الله، أو في غير مصلحة، كالأموال التي تنفق على الممثلين والفنانين واللاعبين.

4, Dana dari hasil kutipan cukai tersebut hendaklah dibelanjakan oleh negara bagi perkara yang benar-benar bermanfaat bagi rakyat, tidak boleh dibelanjakan untuk sesuatu berupa kemaksiatan terhadap Allah, atau pada perkara yang tidak mendatangkan mashlahah (manfaat), misalnya apabila harta tersebut dibelanjakan untuk para pelakon, kepentingan para artis, atau pemain acara sukan.

قال الشيخ ابن جبرين رحمه الله :

“في دفع الضرائب التي تفرضها الحكومات كضريبة المبيعات، وضريبة الأرباح، وضريبة المصانع، والضرائب على العمال ونحوهم، وهي محل اجتهاد : فإن كانت الدولة تجمع الضرائب عوضًا عن الزكاة المفروضة على التجار ونحوهم لزم دفعها، وإن كانت تجمع ضرائب زائدة عن الزكاة، ولكن بيت المال بحاجة إلى تمويل للمصالح الضرورية كالمدارس، والقناطر، والمساجد، وخدام الدولة جاز دفعها، ولم يجز كتمانها .

أما إن كانت الدولة تأخذ ضرائب على المواطنين غير الزكاة، وتعبث بها في إسراف وفساد، ولهو وسهو وحرام، ولا تصرفها في مصارفها الشرعية كأهل الزكاة ، فإنه يجوز كتمان المال أو الأرباح حتى لا يدفع لهم مالا حرامًا ، فيساعدهم على فعل المحرمات ، فقد قال تعالى : (وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ)” انتهى .

Asy-Syaikh Ibn Jibrin rahimahullah berkata:

“Tentang hukum membayar cukai yang diwajibkan oleh pemerintah semisal cukai barangan, cukai hasil perniagaan (atau cukai pendapatan), cukai industri dan pekerja, dan seumpamanya, maka perkara ini memerlukan kepada rincian ijtihad.

Jika negara memungut cukai di samping zakat yang diwajibkan atas para peniaga atau semisalnya maka wajib membayarkannya.

Jika negara memungut cukai dan cukai tersebut berbeza dari zakat tetapi baitul maal memang memerlukan suntikan dana bagi tujuan pembangunan pelbagai insfrastruktur seperti bagi tujuan pembinaan sekolah, jambatan, masjid dan membayar kakitangan kerajaan, maka membayar cukai tersebut hukumnya diperbolehkan dan tidak boleh menyembunyikan harta yang sepatutnya dikeluarkan sebagai cukai.

Tetapi jika negara memungut cukai ke atas rakyat selain dari zakat lalu menggunakannya untuk hal-hal yang membazir dan kerosakan, untuk hiburan, syahwat, dan hal-hal yang haram, dan tidak membelanjakannya pada saluran yang diperintahkan syari’at semisal terhadap orang-orang yang berhak mendapatkan zakat, maka dibolehkan menyembunyikan harta atau keuntungan yang terkena cukai tersebut sehingga kita pun tidaklah menyerahkan wang secara haram kepada negara yang mana negara akan gunakan untuk hal-hal yang haram. Allah Ta’ala berfirman (yang terjemahan maknanya):

“Janganlah kalian saling tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 2)

وقال الشيخ الألباني رحمه الله وهو يذكر الفرق بين المصالح المرسلة والبدعة :

Berkata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah, beliau menyebutkan beza di antara Al-Mashalih Al-Mursalah dan Al-Mashalih yang bid’ah:

“أما المصلحة المرسلة فشأنها يختلف كل الاختلاف عن البدعة الحسنة – المزعومة – فالمصلحة المرسلة يراد بها تحقيق مصلحة يقتضيها المكان أو الزمان ويقرها الإسلام.وفي هذا المجال يؤكد الإمام الشاطبي شرعية وضع ضرائب تختلف عن الضرائب التي اتُخذت اليوم قوانين مضطربة في كثير إن لم نقل في كل البلاد الإسلامية، تقليداً للكفار الذين حرموا من منهج الله المتمثل في كتاب الله وسنة نبيه صلى الله عليه وعلى آله وسلم، فكان من الضرورة بالنسبة لهؤلاء المحرومين من هدي الكتاب والسنة أن يضعوا لهم مناهج خاصة، وقوانين يعالجون بها مشاكلهم،

Adapun Al-Mashlahah Al-Mursalah ianya jauh berbeza dari Al-Bid’ah Al-Hasanah. Al-Mashlahah Al-Mursalah ianya bertujuan mencapai manfaat berdasarkan ketentuan (yang menjadi tuntutan) tempat dan masa, dan ianya dibenarkan dalam Islam.

Pada kesempatan inilah, Al-Imam Asy-Syathibi telah membahaskan tentang pembenaran syara’ untuk memungut cukai. Dan konsep pemungutan cukai yang terdapat dalam syara’ adalah sangat berbeza dengan konsep pemungutan cukai yang diamalkan pada hari ini di banyak keadaan jika tidak pada semua negara Islam, konsep tata negaranya sendiri tidak jelas, bertaqlid kepada kaum kafir yang mana menyimpang dari garis panduan Allah, tidak mengikuti Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Bahawa bagi orang-orang yang menyimpang dari petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah, mereka menempatkan diri mereka dengan jalan-jalan mereka yang tersendiri (yang mereka aturkan sendiri tanpa berdasarkan syara’) yang pada anggapannya mampu menyelesaikan permalasahan yang mereka hadapi.

أما المسلمون فقد أغناهم الله تبارك وتعالى بما أنزل عليهم من الكتاب، وبما بين لهم رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم، لذلك فلا يجوز للمسلمين أن يستبدلوا القوانين بالشريعة، فيحق فيهم قول الله تبارك وتعالى: (أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ) البقرة/61.

Adapun bagi kaum Muslimin, benar-benar Allah Tabaraka wa Ta’ala telah mencukupkan mereka dengan apa yang diturunkan atas mereka berupa Al-Kitab (Al-Qur’an), dan dengan apa yang berupa keterangan-keterangan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala aalihi wa Sallam bagi mereka. Dengan yang demikian, maka tidak boleh bagi kaum Muslimin mengganti ketentuan dalam syari’at dengan undang-undang buatan manusia, jika ini mereka lakukan maka firman Allah Tabaraka wa Ta’ala ini bagi mereka (yang terjemahan maknanya):

“Adakah kalian mengambil suatu yang rendah menggantikan suatu yang baik?” (Surah Al-Baqarah, 2: 61)

فلا يجوز أبداً أن تتخذ الضرائب قوانين ثابتة، كأنها شريعة منزلة من السماء أبد الدهر، وإنما الضريبة التي يجوز أن تفرضها الدولة المسلمة هي في حدود ظروف معينة تحيط بتلك الدولة.

Maka tidak boleh sampai bila-bila pun menjadikan percukaian sebagai ketentuan yang berlaku secara tetap (terus-menerus) seperti seakan-akan ianya syari’at yang turun dari langit sehingga berlangsung sepanjang masa. Adapun adh-dhariibah (cukai) yang diperbolehkan perlaksanaannya bagi negara Islam adalah sebuah ketentuan yang dibatasi oleh ruang lingkup yang bersifat khusus berdasarkan permasalahan negara tersebut.

مثلاً – وأظن أن هذا المثال هو الذي جاء به الإمام الشاطبي: – إذا هوجمت بلدة من البلاد الإسلامية، ولم يكن هناك في خزينة الدولة من المال ما يقوم بواجب تهيئة الجيوش لدفع ذلك الهجوم من أعداء المسلمين، ففي مثل هذه الظروف تفرض الدولة ضرائب معينة وعلى أشخاص معينين، عندهم من القدرة أن يدفعوا ما فرض عليهم،

Al-Itisham_Asy_Syathibi
Hasil terjemahan Kitab Al-I’tisham karya Al-Imam Asy-Syathibi rahimahullah (Wafat: 790H) yang dimaksudkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah.

Misalnya – jika tidak salah contoh berikut ini dibawakan oleh Al-Imam Asy-Syathibi: Jika sebuah negara Islam diserang musuh sementara dalam harta simpanan negara tidak memiliki dana yang cukup bagi menyiapkan kelengkapan ketenteraan yang mampu mencegah serangan yang dilancarkan oleh musuh kaum muslimin. Dalam situasi seperti ini negara boleh mewajibkan cukai dengan jumlah tertentu terhadap kalangan tertentu yang dinilai memiliki kemampuan untuk membayar cukai yang diwajibkan atas mereka.

ولكن لا تصبح هذه الضريبة ضريبة لازمة ، وشريعة مستقرة – كما ذكرنا آنفاً – فإذا زال السبب العارض وهو هجوم الكافر ودفع عن بلاد الإسلام؛ أُسقطت الضرائب عن المسلمين؛ لأن السبب الذي أوجب تلك الضريبة قد زال، والحكم – كما يقول الفقهاء –  يدور مع العلة وجوداً وعدماً، فالعلة أو السبب الذي أوجب تلك الفريضة قد زال، فإذاً تزول بزوالها هذه الضريبة.

Akan tetapi ketentuan pemungutan cukai tersebut tidak boleh dijadikan sebagai percukaian yang bersifat terus-menerus sehingga menjadi sebuah ketetapan negara. Jika sebab asal diwajibkan cukai tersebut yang berupa serangan orang-orang kafir dan usaha untuk mempertahankan negara Islam telah hilang, maka kewajiban membayar cukai atas kaum muslimin pun menjadi hilang kerana faktor asal yang menyebabkan diwajibkannya cukai telah pun hilang. Sedangkan ada atau tidak adanya suatu hukum itu sebagaimana yang dikatakan oleh para fuqaha’ adalah kerana adanya ‘illah (sebab). Sementara faktor diwajibkannya cukai tersebut telah hilang, maka secara sendirinya kewajiban cukai pun ditiadakan.

وباختصار: ليس هناك ضرائب تتخذ قوانين في الإسلام، وإنما يمكن للدولة المسلمة أن تفرض ضرائب معينة لظروف خاصة، فإذا زالت الظروف زالت الضريبة” انتهى .

Dan dengan ringkasnya: Asalnya dalam Islam tidak ada cukai yang dijadikan sebagai aturan atau ketetapan yang berlangsung secara terus-menerus. Yang ada adalah negara Islam mewajibkan cukai dengan jumlah tertentu dengan sebab keadaan yang tertentu. Jika keadaan tersebut telah hilang, maka secara sendirinya cukai pun ditiadakan.” (Sekian nukilan – lihat: http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=109346-44k)

وقال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله :

“كل شيء يؤخذ بلا حق فهو من الضرائب، وهو محرم ، ولا يحل للإنسان أن يأخذ مال أخيه بغير حق، كما قال النبي عليه الصلاة والسلام: (إذا بعت من أخيك ثمراً فأصابته جائحة، فلا يحل لك أن تأخذ منه شيئاً، بم تأكل مال أخيك بغير حق؟)

ولكن على المسلم السمع والطاعة، وأن يسمع لولاة الأمور ويطيع ولاة الأمور، وإذا طلبوا مالاً على هذه الأشياء سلمه لهم، ثم إن كان له حق فسيجده أمامه [يعني يوم القيامة]، وإن لم يكن له حق بأن كان الذي أخذ منه على وجه العدل فليس له حق، والمهم أن الواجب علينا السمع والطاعة من ولاة الأمور، قال النبي عليه الصلاة والسلام: (اسمع وأطع وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك) ولا يجوز أن نتخذ من مثل هذه الأمور وسيلة إلى القدح في ولاة الأمور وسبهم في المجالس وما أشبه ذلك، ولنصبر، وما لا ندركه من الدنيا ندركه في الآخرة” انتهى.”لقاء الباب المفتوح” (65/12).

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata:

“Segala harta yang diambil tanpa haq maka ia termasuk adh-dhara’ib (cukai), dan hukumnya adalah haram. Tidak boleh bagi seorang muslim untuk mengambil harta saudaranya tanpa haq sebagaimana sabda Nabi ‘alaihish sholaatu was salaam.

Jika engkau jual buah-buahan kepada saudaramu lalu buah-buahan tersebut terkena penyakit sehingga tidak dapat dimanfaatkan maka engkau tidak boleh mengambil sesuatu apa pun (bayaran) daripadanya. Dengan alasan apa engkau memakan harta orang lain tanpa haq?

Walau bagaimanapun, seorang muslim berkewajiban untuk mendengar dan mematuhi ketetapan pemerintah. Jika pemerintah meminta sejumlah harta (yang termasuk cukai) atas perkara ini maka seorang muslim akan membayarnya. Jika harta tersebut adalah hak rakyat maka rakyat akan mendapatkan gantinya di kemudian hari (yakni pada hari Kiamat). Jika rakyat tidak memiliki hak atas harta tersebut kerana cukai telah ditetapkan secara adil maka dia (rakyat) pun tidak memiliki haq padanya.

Adalah menjadi kewajiban kita untuk mendengar dan taat dengan ketetapan pemerintah. Nabi ‘alaihish Sholaatu was Salaam bersabda (yang terjemahan maknanya):

“Dengar dan taatilah (penguasa), walaupun dia memukul belakang kamu dan merampas harta kamu.”

Tidak boleh menjadikan masalah semisal ini sebagai wasilah (atau sebab) untuk mencela pemerintah dan mencaci-maki pemerintah di pelbagai majlis dan seumpamanya. Hendaklah kita bersabar. Harta dunia yang tidak kita dapatkan di dunia pasti akan kita dapatkan di akirat nanti.” (Liqaa’ Al-Bab Al-Maftuh 12/65)

Dinukil dari website Islamqa.com (fatwa no. 130920) kendalian Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Munajjid.