Berpuasa Sunnah Jangan Sampai Membebani Diri
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أَحَبَّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ وَأَحَبَّ الصَّلاَةِ إِلَى اللَّهِ صَلاَةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ وَكَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا
“Puasa yang paling disukai di sisi Allah adalah puasa Daud, dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur di pertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan beliau tidur lagi pada se-per-enam malam terakhir. Dan beliau biasa berpuasa sehari dan buka sehari.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1131. Muslim, no. 1159)
Dalam riwayat yang lain, daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda kepadaku:
أَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ، كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا
“Puasa yang paling dicintai Allah adalah puasa Daud, beliau berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) sehari berikutnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1131)
Dalam riwayat yang lain, daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash:
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَمْ أُنَبَّأْ أَنَّكَ تَقُومُ اللَّيْلَ وَتَصُومُ النَّهَارَ فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَقَالَ: «فَإِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ هَجَمَتِ العَيْنُ، وَنَفِهَتِ النَّفْسُ، صُمْ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ، فَذَلِكَ صَوْمُ الدَّهْرِ، أَوْ كَصَوْمِ الدَّهْرِ» قُلْتُ: إِنِّي أَجِدُ بِي، – قَالَ مِسْعَرٌ يَعْنِي قُوَّةً – قَالَ: فَصُمْ صَوْمَ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَكَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا، وَلاَ يَفِرُّ إِذَا لاَقَى
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepadaku:
“Benarkah sebagaimana dikhabarkan kepadaku bahawa engkau (sentiasa) bangun solat di malam hari dan berpuasa di siang hari?”
Maka aku katakan, “Ya, benar.” Maka beliau berkata:
“Sungguh jika engkau melakukan demikian, maka mata akan menjadi kuyu, dan tubuh engkau pun akan letih. Berpuasalah setiap bulan 3 hari, itulah dia puasa sepanjang tahun (atau masa), atau (pahalanya) seperti puasa sepanjang tahun.”
Aku berkata:
“Aku mendapati pada-ku.” (Kata Mis’ar (salah seorang perawi): Maksudnya beliau mampu melakukannya). Nabi pun bersabda:
“Kalau begitu, laksanakanlah puasa Daud ‘alaihis Salam. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dan beliau pun tidak pernah berlari bila bertemu musuh.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3419)
Dalam riwayat yag lain, juga daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma:
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا عَبْدَ اللَّهِ، أَلَمْ أُخْبَرْ أَنَّكَ تَصُومُ النَّهَارَ، وَتَقُومُ اللَّيْلَ؟ فَقُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: فَلاَ تَفْعَلْ صُمْ وَأَفْطِرْ، وَقُمْ وَنَمْ، فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِزَوْرِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ بِحَسْبِكَ أَنْ تَصُومَ كُلَّ شَهْرٍ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ، فَإِنَّ لَكَ بِكُلِّ حَسَنَةٍ عَشْرَ أَمْثَالِهَا، فَإِنَّ ذَلِكَ صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ، فَشَدَّدْتُ، فَشُدِّدَ عَلَيَّ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أَجِدُ قُوَّةً قَالَ: فَصُمْ صِيَامَ نَبِيِّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَلاَ تَزِدْ عَلَيْهِ، قُلْتُ: وَمَا كَانَ صِيَامُ نَبِيِّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ؟ قَالَ: نِصْفَ الدَّهْرِ، فَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ يَقُولُ بَعْدَ مَا كَبِرَ: يَا لَيْتَنِي قَبِلْتُ رُخْصَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepadaku, “Wahai ‘Abdullah, benarkah sebagaimana dikhabarkan kepadaku bahawa engkau (sentiasa) berpuasa di siang hari dan qiyam di malam hari?
Aku jawab, “Benar wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda:
“Jangan engkau lakukan begitu, berpuasa (sehari) dan berbukalah (tidak berpuasalah sehari berikutnya), dan qiyam serta tidurlah. Kerana sesungguhnya tubuh engkau memiliki haq atas engkau (untuk berehat), mata engkau memiliki hak atas engkau (untuk tidur), isterimu memiliki haq atas engkau, dan tetamu-mu memiliki haq atas engkau. Sesungguhnya memadai bagi engkau berpuasa tiga hari setiap bulan kerana setiap kebaikan yang engkau lakukan akan digandakan sepuluh kali ganda, kerana berpuasa yang demikian sama seperti puasa sepanjang tahun.”
Aku tetap berkeras terhadap diriku maka aku pun rasa terbeban, aku berkata (pada ketika itu), “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki kemampuan (kekuatan).” Maka Rasulullah bersabda:
“Maka berpuasalah dengan puasa Nabi Daud ‘alaihis Salam, dan jangan engkau tambah lebih dari itu.” Aku pun berkata:
“Apa itu puasa Nabi Daud ‘alaihis Salam?” Rasulullah bersabda:
“Puasa setengah tahun.” Maka ‘Abdullah berkata setelah usia tuanya, “Kalau dulu aku mengambil rukhshah (keringanan) yang diberikan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1975)
Dalam riwayat Muslim daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
صُمْ يَوْمًا وَأَفْطِرْ يَوْمًا، وَذَلِكَ صِيَامُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام، وَهُوَ أَعْدَلُ الصِّيَامِ قَالَ قُلْتُ: فَإِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: لَأَنْ أَكُونَ قَبِلْتُ الثَّلَاثَةَ الْأَيَّامَ الَّتِي قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَهْلِي وَمَالِي
“Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari, dan itulah puasa Nabi Daud ‘alaihis Salam, dan itulah sebaik-baik puasa.” Aku berkata kepada Rasulullah, “Sesungguhnya aku mampu lebih dari itu.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Tiada yang lebih afdhal dari itu.”
Setelah itu, ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma (di ketika usia tuanya – pent.) pun berkata:
“Sungguh, menerima anjuran puasa tiga hari yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih aku sukai dari keluarga dan hartaku sendiri.” (Shahih Muslim, no. 1159)
Juga disebutkan, ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma mengatakan:
فَشَدَّدْتُ، فَشُدِّدَ عَلَيَّ. قَالَ: وَقَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّكَ لَا تَدْرِي لَعَلَّكَ يَطُولُ بِكَ عُمْرٌ قَالَ: فَصِرْتُ إِلَى الَّذِي قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا كَبِرْتُ وَدِدْتُ أَنِّي كُنْتُ قَبِلْتُ رُخْصَةَ نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Aku telah bersikap keras (membebani diriku), maka aku pun terbeban dengannya.” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepadaku:
“Sesungguhnya engkau tidak tahu mungkin engkau akan berumur panjang.” ‘Abdullah berkata:
“Maka aku menjadi seperti apa yang dikatakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepadaku. Ketika aku berusia tua aku berharap sekiranya dahulu aku menerima rukhshah (keringanan) dari Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Shahih Muslim, no. 1159)
Syarah dan penjelasan Imam An-Nawawi
Dalam bab ini disebutkan hadis riwayat ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma. Imam Muslim rahimahullah telah menghimpunkan jalan-jalan periwayatan hadis ini serta menelitinya dengan baik.
Dan kesimpulan dari hadis ini adalah menerangkan sifat kasih-sayang serta lemah-lembut Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terhadap umatnya, menunjukkan jalan kemashlahatan untuk mereka, menganjurkan suatu amalan yang mampu dilakukan secara terus-menerus, melarang untuk melakukan ibadah yang memberatkan diri sendiri, melarang melakukan amalan ibadah secara berlebihan yang dibimbangi pelakunya menjadi bosan, atau langsung menjadi akibat dia meninggalkan sebahagian dari amalan tersebut, dan bahkan meninggalkan seluruhnya.
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menerangkan hal ini dalam sabdanya:
عَلَيْكُمْ مِنَ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ، فَإِنَّ اللهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا
“(Ambillah) bagi kamu dari amal-amal yang kalian mampu, kerana Allah tidak akan bosan (menghentikan pahala-Nya) sampailah kalian menghentikannya.” (Shahih Muslim, no. 782)
Dan berdasarkan Sabdanya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
لَا تَكُنْ بِمِثْلِ فُلَانٍ كَانَ يَقُومُ اللَّيْلَ فَتَرَكَ قِيَامَ اللَّيْلِ
“Janganlah engkau seperti si fulan, beliau melaksanakan qiyamullail (berjaga untuk solat di malam hari), tetapi kemudian meninggalkannya.” (Shahih Muslim, no. 1159)
Di hadis yang lain disebutkan:
وَكَانَ أَحَبُّ الْعَمَلِ إِلَيْهِ مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّ
“Bahawa amalan yang paling dicintai Allah atasnya adalah apa yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 1655)
Allah Ta’ala telah mengecam suatu kaum yang melakukan banyak ibadah tetapi kemudian melalaikannya atau meninggalkannya. Allah Ta’ala berfirman:
وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا
“… mereka mengadakan-ngadakan kerahiban, sedangkan Kami tidak mewajibkannya kepada mereka, tetapi apa yang Kami wajibkan atas mereka tidak lain adalah mencari redha Allah, tetapi mereka tidak memeliharanya dengan haq yang sepatutnya.” (Surah Al-Hadid, 57: 27)
Kemudian dalam riwayat-riwayat dalam bab ini juga disebutkan tentang larangan Shiyam Ad-Dahr (berpuasa sepanjang tahun), dan ianya diperselisihkan oleh para ulama. Para Zhohiri (mazhab Zhohiri) berpendapat puasa Ad-Dahr itu tidak dibolehkan, mereka melihat secara zahir dari hadis-hadis yang ada.
Al-Qadhi dan yang lainnya mengatakan, “Jumhur ulama membolehkannya apabila tidak berpuasa pada hari-hari yang dilarang untuk berpuasa, iaitu hari ‘Iedul fithr dan ‘Adh-ha, serta hari-hari tasyriq.”
Menurut mazhab Imam Asy-Syafi’i dan sahabat-sahabatnya (para pengikutnya), terus-menerus berpuasa itu tidak dilarang jika tidak berpuasa pada hari raya dan tasyriq, malah perkara tersebut disukai, dan tentu dengan syarat sekiranya tidak menyebabkan kemudharatan dan tidak pula menjadikannya lalai atau menjadi sebab dia meninggalkan kewajiban-kewajiban yang lainnya.
Apabila ia dapat menyebabkan kemudharatan, dan menyebabkan seseorang meninggalkan haq-haq yang lainnya, maka hal tersebut terlarang. Dalil mereka adalah hadis riwayat Hamzah bin ‘Amr sebagaimana dikemukakan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam Shahihnya, bahawa beliau berkata:
أَأَصُومُ فِي السَّفَرِ؟ (وَكَانَ كَثِيرَ الصِّيَامِ)
“Bolehkah aku berpuasa dalam safar (perjalanan)? (bahawasanya beliau adalah orang yang banyak berpuasa).” Maka Rasulullah bersabda:
إِنْ شِئْتَ فَصُمْ، وَإِنْ شِئْتَ فَأَفْطِرْ
“Kalau engkau mahu, maka berpuasalah. Dan jika mahu, berbukalah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1943)
Dalam riwayat Muslim disebutkan:
يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي رَجُلٌ أَسْرُدُ الصَّوْمَ، أَفَأَصُومُ فِي السَّفَرِ؟ قَالَ: صُمْ إِنْ شِئْتَ، وَأَفْطِرْ إِنْ شِئْتَ
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah biasa berpuasa terus-menerus, adakah boleh aku berpuasa dalam safar (perjalanan)?” Maka jawab Rasulullah:
“Berpuasalah jika engkau mahu, dan berbukalah jika engkau mahu.” (Shahih Muslim, no. 1121)
Sekiranya dilarang, nescaya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak akan membenarkannya, apatah lagi ketika dalam safar.
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bin Al-Khaththab, bahawa beliau terbiasa melakukan puasa terus-menerus. Demikian juga dengan Abu Thalhah, ‘Aisyah, dan kebanyakan dari para salaf. Aku telah menyebutkan sebahagian besar di antara mereka dalam Kitab Syarah Al-Muhadzdzab, bab: Shaum At-Thahowwu’ (Puasa-puasa Sunnah).
Mereka memberi ulasan (atau jawaban) untuk hadis:
لَا صَامَ مَنْ صَامَ الْأَبَدَ
“Tidak dikatakan berpuasa bagi yang mengerjakan puasa sepanjang masa…” (Shahih Muslim, no. 1159) dengan beberapa wajah (komentar), di antaranya:
1, Hadis ini difahami bersesuaian zahirnya, iaitu orang yang tetap berpuasa pada hari raya dan hari-hari Tasyriq. Masalah ini dijawab oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dalam sebuah hadis.
2, Boleh jadi hadis ini ditujukan bagi orang yang mengalami mudharat jika dia berpuasa, atau yang meninggalkan haq-haq dan kewajiban yang lainnya. Diperkuat lagi bahawa larangan itu ditujukan kepada ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash seperti yang telah diriwayatkan oleh Muslim, bahawa beliau merasa lemah di akhir usianya dan menyesali dirinya kerana tidak mengambil keringanan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Para ulama yang berpendapat demikian berkata, “Larangan tersebut ditujukan kepada ‘Abdullah bin ‘Amru kerana Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam mengetahui melalui perantaraan wahyu bahawa ‘Abdullah bin ‘amru akan merasa lemah pada akhir usianya, dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membolehkan puasa tersebut bagi Hamzah bin ‘Amru kerana beliau juga mengetahui bahawa Hamzah mampu melaksanakannya tanpa mengalami kemudharatan atas dirinya.
3, Kata “لَا صَامَ” (tidak dikatakan berpuasa) maksudnya orang yang mengerjakan puasa tersebut akan merasa berat yang tidak dirasakan oleh orang yang tidak melakukannya. Sehingga kalimat ini berfungsi sebagai khabar dan bukan sebuah doa.
فَإِنَّكَ لَا تَسْتَطِيعُ ذَلِكَ
“Engkau tidak akan mampu melakukan seperti itu.” (Shahih Muslim, no. 1159) merupakan penjelasan dari apa apa yang telah kita kemukakan sebelumnya, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengetahui dengan ilmu beliau tentang keadaan ‘Abdullah bin ‘Amru, di mana beliau tidak akan mampu melakukan puasa tersebut untuk selamaynya, berbeza halnya dengan Hamzah bin ‘Amru.
Sahabat-sahabat kami (dari kalangan mazhab As-Syafi’i) berpendapat, “Dilarang melakukan solat tahajjud semalamansuntuk dengan terus-menerus (tanpa tidur) bagi sesiapa pun.” Kemudian mereka mereka membezakan antara masalah solat malam dan puasa Ad-Dahr, iaitu tentang mudharat dan haq-haq yang akan ditinggalkan (dengan sebab itu).
Bahawa dalam solat tahajjud yang dilakukan semalaman suntuk pasti akan mendatangkan mudharat bagi pelakunya, dan menjadi sebab meninggalkan sebahagian haq yang ada. Kerana, apabila ia adalah mudharat yang nyata, sedangkan apabila dia berjaga semalaman dengan tidak tidur, maka sesungguhnya dia telah meninggalkan sebahagian haq untuk dirinya. Berbeza keadaannya dengan orang yang solat pada sebahagian malam sahaja, maka dia dapat tidur yang cukup pada sebahagian waktu, dan walaupun ada kemungkinan dia tidur sebentar di waktu siang, maka tidak akan melalaikan haq-haq dirinya.
Demikian juga dengan orang yang menghidupkan seluruh malamnya dengan beribadah, seperti malam hari raya atau selainnya yang tidak dilakukan dengan terus-menerus. Maka hal itu tidak dilarang, kerana tidak mendatangkan kemudharatan. Wallahu a’lam.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
لَا أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ
“Tidak ada yang lebih baik dari itu.” (Shahih Muslim, no. 1159) para ulama berselisih pendapat tentang maksudnya.
Al-Mutawalli dari kalangan sahabat kami (dari tokoh mazhab Asy-Syafi’i) dan para ulama selainnya mengatakan, “Puasa Daud lebih afdhal dari puasa yang dikerjakan secara terus-menerus berdasarkan zahir hadis tersebut.”
Pendapat lain mengatakan bahawa puasa yang dilaksanakan terus-menerus adalah lebih baik, dan hadis ini hanya dikhususkan untuk ‘Abdullah bin ‘Amr dan orang-orang yang memiliki kesamaan dengannya (iaitu memiliki rasa berat di hari kemudian).
Jadi, maksud hadis tersebut adalah, “Tidak ada yang lebih afdhal dari ini untuk orang sepertinya.” Dan ini didukung dengan hadis Nabi yang tidak melarang Hamzah bin ‘Amru untuk tetap melakukan puasa secara terus-menerus, dan menunjukkan padanya agar berpuasa hari demi hari.
Sekiranya puasa Daud lebih afdhal untuk seluruh manusia, nescaya beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengarahkan perkara tersebut kepada Hamzah bin ‘Amru, dan menerangkannya dengan jelas.
Perkataan ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma:
وَدِدْتُ أَنِّي كُنْتُ قَبِلْتُ رُخْصَةَ نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“… aku berharap sekiranya dahulu aku menerima rukhshah (keringanan) dari Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam..” maksudnya, setelah beliau tua dan merasa lemah ketika melakukan amalan yang pernah beliau wajibkan untuknya sendiri di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka beliau merasa berat untuk meneruskannya, namun dalam waktu yang sama tidak mungkin untuk dirinya meninggalkan amalan tersebut kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda kepadanya:
لَا تَكُنْ بِمِثْلِ فُلَانٍ كَانَ يَقُومُ اللَّيْلَ فَتَرَكَ قِيَامَ اللَّيْلِ
“(Wahai ‘Abdullah), janganlah engkau seperti si fulan, beliau melaksanakan qiyamullail (berjaga untuk solat di malam hari), tetapi kemudian meninggalkannya.” (Shahih Muslim, no. 1159) berdasarkan kepada hadis ini dan perkataan ‘Abdullah bin ‘Amru, maka dapat dibuat kesimpulan bahawa seharusnya seseorang yang telah membiasakan diri dengan sesuatu kebaikan mesti melaksanakannya secara terus-menerus (istiqomah), dan tidak meremehkannya. (Syarh Shahih Muslim, 8/39-43)