Beginilah Sunnah Mencukur Rambut Bayi Yang Baru Lahir
Asy-Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani hafidzahullah
www.ilmusunnah.com
Disunnahkan untuk mencukur gundul rambut bayi pada hari ketujuh kelahirannya serta dibersihkan segala kotoran yang melekat. Ini adalah berdasarkan hadis Samurah radhiyallaahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُسَمَّى فِيهِ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
“Setiap anak itu tergadai dengan ‘aqiqahnya, disembelih (haiwan ‘aqiqah) untuknya pada hari ke-tujuh, dan pada hari itu juga dia diberi nama serta rambut kepalanya dicukur.” (Musnad Ahmad, no. 20083, 20193, 20194. Sunan Abi Dawud, no. 2838)
Dari hadis ‘Ali bin Abi Thalib radhiayallaahu ‘anhu, beliau berkata:
عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الحَسَنِ بِشَاةٍ، وقال: ((يَا فَاطِمَةُ، احْلِقِي رَأْسَهُ، وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً))، قال: فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meng-‘aqiqahi Hasan dengan kambing dan beliau bersabda, “Wahai Fathimah, cukurlah rambut kepalanya (sehingga gundul) dan keluarkanlah sedekah berupa perak seberat rambutnya.” ‘Ali berkata, “Lalu Fathimah pun menimbangnya, beratnya adalah sekitar satu dirham atau kurang dari itu.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1519. Dinilai hasan oleh Al-Albani namun didha’ifkan oleh penulis)
Dan pada hadis Salman bin ‘Amir Adh-Dhabi radhiyallaahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَعَ الغُلَامِ عَقِيقَةٌ، فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا، وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
“Bersama kelahiran anak itu ada ‘aqiqahnya, maka alirkanlah darah untuknya dan hilangkanlah kotoran darinya.” (Sunan Abi Dawud, no. 3839. At-Tirmidzi, no. 1515)
Al-‘Allamah Al-Mardawi rahimahullah berkata:
تنبيه: الظاهر أن مراده بالحلق: الذكر، وهو الصحيح وعليه الأكثر، وقدمه في الفروع … إذ الإناث يكره في حقهن الحلق
“Sebagai tanbih (catatan): Secara zahir, yang dimaksudkan dengan mencukur gundul (rambut kepala bayi) adalah bagi bayi lelaki. Pendapat inilah yang sahih dan dikemukakan oleh kebanyakan ulama. Demikian pula di kitab Al-Furu’ disebutkan, “adalah makruh bagi anak perempuan dicukur gundul.”.” (Al-Inshaf fi Ma’rifah Ar-Rajih min Al-Khilaf Ma’a Al-Muqni’ Asy-Syarh Al-Kabir, 9/439)
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
وحكى الماورديُّ كراهة حلق رأس الجارية
“Al-Mawardi meriwayatkan bahawa mencukur gundul rambut bayi perempuan adalah makruh (dibenci).” (Fathul Bari oleh Ibn Hajar, 9/595. Ibnu Hajar berkata, “Diriwayatkan dari sebagian Hanabilah (ulama mazhab Hanbali) bahawa rambut bayi perempuan juga turut dicukur gundul.”)
Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata:
ويحلق رأسه [أي الغلام]، ولا يحلق رأس الأنثى
“Rambut bayi lelaki dicukur gundul, manakala bayi perempuan tidak dicukur gundul.” (Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad, m/s. 82)
Syaikh Ibnu Baz rahimahullah juga berkata:
السنة حلق رأس الطفل الذكر عند تسميته في اليوم السابع فقط، أما الأنثى فلا يحلق رأسها؛ لقوله – صلى الله عليه وسلم
“…Yang disunnahkan adalah mencukur gundul rambut bayi lelaki saja ketika memberinya nama pada hari yang ke tujuh kelahiran, manakala bagi bayi perempuan, dia tidak dicukur gundul. Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُسَمَّى فِيهِ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
“Setiap anak (lelaki) itu tergadai dengan ‘aqiqahnya, disembelih (haiwan ‘aqiqah) untuknya pada hari ke-tujuh, dan pada hari itu juga dia diberi nama serta rambut kepalanya dicukur.”
“Setiap anak (lelaki) itu tergadai dengan ‘aqiqahnya, disembelih pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia diberi nama dan dicukur gundul rambut kepalanya’.” (Majmu’ Fatawa Ibn Baz, 10/48. 18/28)
Al-‘Allamah Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:
وينبغي في اليوم السابع حلق رأس الغلام الذكر
“Apa yang sepatutnya pada hari ke tujuh kelahiran tersebut, hendaklah rambut bagi bayi lelaki dicukur gundul…” (Asy-Syarh Al-Mumti’, 7/540)
Mengeluarkan Sedekah Perak Seberat Rambut Bayi Yang Dicukur
Dari hadis ‘Ali bin Abi Thalib radhiayallaahu ‘anhu, beliau berkata:
عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الحَسَنِ بِشَاةٍ، وقال: ((يَا فَاطِمَةُ، احْلِقِي رَأْسَهُ، وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً))، قال: فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meng-‘aqiqahi Hasan dengan kambing dan beliau bersabda, “Wahai Fathimah, cukurlah rambut kepalanya (sehingga gundul) dan keluarkanlah sedekah berupa perak seberat rambutnya.” ‘Ali berkata, “Lalu Fathimah pun menimbangnya, beratnya adalah sekitar satu dirham atau kurang dari itu.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1519. Dinilai hasan oleh Al-Albani namun didha’ifkan oleh penulis)
Hadis ini adalah dalil yang menunjukkan disyari’atkan sedekah perak seberat rambut yang dicukur. (Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 13/397)
Ketika Syaikh Ibnu Baz rahimullah mensyarah kitab Zadul Ma’ad karya Ibnul Qayyim (2/ 329), beliau menyebutkan bahawa riwayat tentang sedekah perak seberat rambut kepala bayi ini adalah dha’if dan tidak dapat dijadikan sebagai hujjah. Apa yang disunnahkan adalah mencukur gundul rambut kepala, memberi nama dan mengaqiqahi anak tersebut. Manakala bagi anak perempuan, tidak ada dalil berhubung mencukur gundul rambutnya, tidak pula disunnahkan.
Tetapi jika ada maslahat pada mencukur gundul rambutnya, maka tidak mengapa.
Syaikh Al-Albani menyatakan hadis ini sebagai hasan, tetapi yang benarnya riwayat ini bukan hasan, hadis ini tidak tsabit. Matannya sendiri munkar, kalau pun sahih ianya syadz (menyelisihi riwayat yang lebih sahih). (lihat: Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad, m/s. 83)
Al-Mardawi rahimahullah berkata:
قوله: ويحلق رأسه، ويتصدَّق بوزنه ورِقاً، يعني يوم السابع، وهذا المذهب وعليه الأصحاب
“Perkataannya, “Dicukur gundul rambut kepalanya dan dikeluarkan sedekah perak seberat rambutnya.” Yakni, pada hari ke tujuh. Inilah madzhab yang berlaku dan dipegang oleh para sahabat kita (yakni dari kalangan mazhab Hanbali)…” (Al-Inshaf fi Ma’rifah Ar-Rajih min Al-Khilaf Ma’a Al-Muqni’ Asy-Syarh Al-Kabir, 9/438)
Al-‘Allamah Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimullah berkata:
وينبغي في اليوم السابع حلق رأس الغلام الذكر، ويتصدق بوزنه ورِقاً أي فضةً
“Apa yang sepatutnya pada hari ke tujuh kelahiran tersebut, hendaklah rambut bagi bayi lelaki dicukur gundul lalu dikeluarkan sedekah perak seberat rambutnya…” (Asy-Syarh Al-Mumti’, 7/540)
Ibnul Qayyim menyebutkan beberapa atsar yang menunjukkan dianjurkan bersedekah seberat rambut kepala bayi lelaki setelah dicukur gundul pada hari ke tujuh kelahiran. (lihat: Tuhfatul Maudud bi Ahkamil Maulud, m/s. 62)
Menyapu Kepala Bayi Dengan Minyak Za’faran Setelah dicukur
Diriwayatkan dari Buraidah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata:
كُنَّا في الجاهليَّة إذ وُلِد لأحدنا غلامٌ ذبح شاةً ولطَّخ رأسه بدمها، فلمّا جاء الله بالإسلام، كُنَّا نذبح شاةً، ونحلق رأسه، ونلطِّخه بزعفرانٍ
“Dulu ketika masa jahiliyyah, ketika salah seorang di antara kami dikurniakan kelahiran seorang anak, kami pun menyembelih kambing dan menyapukan kepala bayi dengan darahnya. Tetapi ketika Allah mendatangkan Islam (kepada kami), kami menyembelih kambing, mencukur rambut kepala bayi, dan menyapukan kepalanya dengan za’faran.” (Sunan Abi Dawud, no. 2843. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata:
كَانُوا فِي الْجَاهِلِيَّةِ إِذَا عَقُّوا عَنِ الصَّبِيِّ خَضَبُوا قُطْنَةً بِدَمِ الْعَقِيقَةِ، فَإِذَا حَلَقُوا رَأْسَ الصَّبِيِّ وَضَعُوهَا عَلَى رَأْسِهِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اجْعَلُوا مَكَانَ الدَّمِ خَلُوقًا
“Pada masa jahiliyyah apabila orang-orang meng-‘aqiqahkan bayinya, mereka akan membasahi kapas dengan darah haiwan ‘aqiqah tersebut, lalu sebaik telah mencukur gundul rambut bayi, mereka pun letakkan kapas tersebut di kepalanya (yakni menyapukannya pada kepala bayi). Lalu kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sapukanlah minyak wangi sebagai ganti dari darah.” (Shahih Ibn Hibban, no. 5308. Musnad Abi Ya’la, no. 4521. Musnad Al-Bazzar, no. 239. Sunan Al-Baihaqi, 9/303. Mushannaf ‘Abdirrozzaq, no. 7963. Dikatakan sahih isnadnya oleh Syu’aib Al-Arnauth dan sahih oleh Al-Albani)
Ini adalah dalil yang menunjukkan nasakh (pemansuhan) adat tradisi jahiliyyah. Kemudian dari hadis Yazid bin ‘Abd Al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
يُعَقُّ عن الغلام ولا يمسُّ رأسه بدمٍ
“‘Laksanakanlah ‘aqiqah untuk anak, dan jangan usap kepalanya dengan darah.” (Sunan Ibn Majah, no. 3166. Al-Mu’jam Al-Ausath oleh Ath-Thabrani, no. 333. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Syaikh Ibnu Baz rahimullah berkata:
وكانوا في الجاهلية يلطخون رأسه بالدم، فجاء الله بالإسلام، فأمر بالحلق وإزالة الأذى، ويستحب أن يؤذن في اليمنى، ويقيم في اليسرى، وإن كان في سندها بعض الضعف، وكذلك التحنيك، والعقيقة، الأفضل اليوم السابع، فإن تأخَّر فلا حرج، وكذلك التحنيك لو تأخر عن الولادة إلى اليوم السابع أو غيره لا حرج، والتحنيك والأذان ليس من شرط أن يكون بعد الولادة فور
“Dulu di masa jahiliyyah orang-orang menyapukan kepala bayi dengan darah. Lalu Allah mendatangkan Islam (kepada mereka) dan memerintahkan dengan mencukur rambut bayi berserta pembersihan kotoran. Kemudian dianjurkan agar mengumandangkan adzan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi, walaupun pada sebahagian sanad riwayatnya terdapat sedikit kelemahan.
Demikian pula dengan sunnah agar mengoleskan kurma pada langit-langit mulut bayi dan melaksanakan ‘aqiqah untuknya. Ianya ini lebih utama apabila dapat dilakukan pada hari yang ke tujuh, tidak ada masalah jika dilakukan kemudian (yakni dilewatkan sedikit waktunya). Demikian juga dengan pengolesan kurma, tidak mengapa jika ditunda dari saat hari kelahiran hingga hari ke tujuhnya atau hari yang lain. Pengolesan kurma dan adzan tidak disyaratkan mesti dilakukan segera sebaik kelahiran.” (lihat: Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad, m/s. 84)
Dinukil dan disunting dari Kitab Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad oleh Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani hafidzahullah.