Beberapa Kesalahan dalam Perlaksanaan Puasa Ramadhan

Beberapa Kesalahan dalam Perlaksanaan Puasa Ramadhan

Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah
www.dzulqarnain.net

Pada bulan Ramadhan, tidak jarang kita menjumpai beberapa kesalahan di tengah masyarakat berkaitan dengan puasa Ramadhan.

Berikut beberapa kesalahan dalam pelaksanaan puasa Ramadhan yang kami ingatkan guna menjaga kesempurnaan puasa setiap muslim dan muslimah. Wallâhul musta’ân.

Pertama: Menentukan Masuknya Ramadhan dengan Ilmu Falak

Menentukan masuknya bulan Ramadhan dengan menggunakan ilmu falak atau ilmu hisab adalah kesalahan yang sangat besar dan bertolak belakang dengan tuntunan Al-Qur`an dan Sunnah Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam.

Allah Subhânahu wa Ta’âlâ menegaskan,

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

“Maka, barangsiapa di antara kalian yang menyaksikan bulan, hendaknya ia berpuasa.” [Al-Baqarah: 185]

Juga dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallâhu ‘anhumâ riwayat Al-Bukhâry dan Muslim dan hadits Abu Hurairah radhiyallâhu ‘anhu riwayat Al-Bukhâry dan Muslim, Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمِّىَ عَلَيْكُمُ الشَّهْرُ فَعُدُّوا ثَلاَثِينَ

“Berpuasalah kalian kerana melihat (hilal) tersebut dan ber­bukalah kalian kerana melihat (hilal) tersebut. Apabila tertutupi dari (pandangan) kalian, sempurnakanlah bulan (Sya’ban) menjadi tiga puluh (hari).”

Ayat dan hadits di atas sangatlah jelas menunjukkan bahawa masuknya Ramadhan berkaitan dengan hal melihat atau menyaksikan hilal dan tidak dikaitkan dengan hal menghitung, menghisab, dan selainnya.

Kedua: Mempercepat atau Meng-awalkan Waktu Sahur

Hal ini tentunya bertentangan dengan sunnah Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bahawa beliau mengakhirkan (melewatkan) waktu sahurnya hingga mendekati adzan solat Shubuh sebagaimana dalam hadits Zaid bin Tsabit radhiyallâhu ‘anhu riwayat Al-Bukhâry dan Muslim bahwa Zaid berkata,

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ. قُلْتُ : كَمْ كَانَ قُدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ خَمْسِيْنَ آيَةً

“Kami makan sahur bersama Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kemudian berdiri untuk mengerjakan solat. Saya (Anas bin Malik yang meriwayatkan dari Zaid – pent.) berkata:

“Berapa lama jarak antara keduanya (sahur dan adzan)?” (Zaid) menjawab, “(Sepanjang pembacaan) lima puluh ayat.”.”

Ketiga: Menjadikan Tanda Imsak Sebagai Batasan Waktu Sahur

Sering terdengar saat Ramadhan, bunyi­bunyian yang dijadikan sebagai tanda imsak (imsak sendiri berarti menahan, iaitu menahan diri dari makan, minum, jima’, dan perkara-perkara pembatal puasa yang lain), seperti suara sirin, ayam berkokok, dan beduk, yang terdengar sekitar seperempat jam sebelum adzan. Tentunya hal ini merupakan kesalahan yang sangat besar dan bid’ah sesat lagi bertolak belakang dengan tuntunan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam yang mulia.

Allah Subhânahu wa Ta’âlâ menyatakan,

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

“Dan makan dan minumlah kalian hingga tampak, bagi kalian, benang putih terhadap benang hitam, iaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam.” [Al-Baqarah: 187]

Dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallâhu ‘anhumâ riwayat Al-Bukhâry dan Muslim, Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam juga menyatakan,

إِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ

“Sesungguhnya Bilal adzan pada malam hari, maka makan dan minumlah kalian sampai mendengar seruan adzan Ibnu Ummi Maktum.”

Ayat dan hadits di atas menunjukkan bahwa akhir waktu sahur adalah adzan kedua, iaitu adzan solat Shubuh. Seharusnya, inilah pegangan kaum muslimin, iaitu menjadikan adzan Shubuh sebagai batas waktu terakhir makan sahur dan meninggalkan penggunaan tanda imsak, yang tidak pernah dikenal di zaman Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya.

Keempat: Melafazkan Niat Puasa ketika Makan Sahur

Hal ini juga merupakan perkara yang salah kerana letak niat adalah di dalam hati, tidak dilafazkan, menurut kesepakatan ulama. Juga bahawa waktu niat tidak dikhususkan pada makan sahur saja, tetapi bermula dari terbenamnya matahari sampai terbitnya fajar sebagaimana yang telah dimaklumi. Selain itu, praktik melafazkan niat juga merupakan perkara baru dalam agama ini yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya.

Kelima: Meninggalkan Hal Berkumur-kumur dan Meng­hirup Air ketika Berwudhu

Hal ini juga merupakan kesalahan yang banyak terjadi pada kaum muslimin. Mereka menganggap bahawa hal berkumur-kumur dan menghirup air merupakan pembatal puasa, sedangkan amalan tersebut merupakan perkara yang disunnahkan ketika berwudhu’ menurut pandangan syari’at Islam sebagaimana yang telah diterangkan dalam banyak hadits.

Keenam: Anggapan bahwa Tidak boleh Menelan Ludah

Pada kaum muslimin, kita kadang mendapati anggapan bahawa seseorang tidak boleh menelan ludah saat ber­puasa, sehingga kita kadang mendapati sebagian kaum muslimin sering meludah saat berpuasa. Maka, tidaklah diragukan bahawa hal ini merupakan sikap berlebihan dan pembebanan diri tanpa dilandasi dengan tuntunan yang benar dalam syariat Islam.

Ketujuh: Melewat-lewatkan Buka Puasa

Hal ini juga adalah kesalahan yang banyak terjadi pada kaum muslimin, padahal tuntunan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam sangatlah jelas akan sunnahnya mempercepat buka puasa bila masuknya waktu berbuka telah pasti sebagaimana dalam hadits Sahl bin Sa’d As-Sa’idy radhiyallâhu ‘anhumâ riwayat Al-Bukhâry dan Muslim,

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا اْلفِطْرَ

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan buka puasa (sebaik tiba waktunya).”

Kedelapan: Menghabiskan Waktu dengan Perkara Yang Sia-Sia saat Ramadhan

Kerana, dalam hadits riwayat Al-Bukhâry dan Muslim dari Abu Hurairah radhiyallâhu ‘anhu, Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّيْ امْرُؤٌ صَائِمٌ

“… dan puasa adalah perisai. Bila salah seorang dari kalian berada pada hari puasa, janganlah ia berbuat rafats (perkara sia-sia, perkataan keji, serta hubungan suami-isteri dan pendahuluan-pendahuluannya), dan janganlah ia banyak mendebat. Maka jika orang lain mencercanya atau memusuhinya, hendaknya ia berkata, “Saya sedang berpuasa.”.”

Kesembilan: Ragu Untuk Mencicipi Makanan

Hal tersebut adalah kesalahan, sedangkan ianya termasuk perkara yang dibolehkan selagi mana seseorang dapat menjaga agar tidak sampai menelan makanan tersebut sebagaimana perkataan ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallâhu ‘anhumâ yang memiliki hukum marfu’ dengan sanad yang hasan dari seluruh jalannya,

لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الصَّائِمُ الْخَلَّ وَالشَّيْءَ الَّذِيْ يُرِيْدُ شِرَاءَهُ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

“Tidaklah mengapa, bagi orang yang berpuasa untuk merasai (dalam rangka mencari kepastian – edt.) cuka, atau sesuatu yang ia ingin beli sepanjang hal itu tidak masuk ke dalam tenggorokannya.”

Kesepuluh: Lalai pada Akhir Ramadhan

Adalah termasuk kesalahan; menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti rumah tangga yang sebenarnya boleh dilakukan di waktu yang lain sehingga melalaikan seseorang terhadap pelbagai ibadah Ramadhan, khususnya pada sepuluh hari yang terakhir.

Kesebelas: Beranggapan Bahawa Tunggakan Qadha Puas Ramadhan Menjadi Dua Kali Lipat Bila Dilewatkan Hingga Ramadhan Berikutnya

Keyakinan bahawa seseorang yang mengundur dalam hal mengqadha tunggakan puasa sampai setelah Ramadhan, tunggakan puasanya menjadi dua kali lipat merupakan kesalahan kerana tidak ada dalil sahih yang menunjukkan hal tersebut.

Kedua Belas: Pembayaran Fidyah terhadap Puasa yang Belum Ditinggalkan

Membayar fidyah sebelum meninggalkan puasa Ramadhan adalah termasuk kesalahan, seperti perempuan hamil yang merencanakan untuk tidak berpuasa Ramadhan (pada tahun tersebut – edt.), lalu sebelum Ramadhan atau pada awal Ramadhan, dia telah siap membayar fidyah untuk tiga puluh harinya yang akan datang. Tentunya, hal ini adalah perkara yang salah kerana kewajiban pembayaran fidyah dibebankan atasnya apabila ia telah meninggalkan puasa.

* Diterjemahkan dari bahasa Indonesia ke bahasa Melayu.