Arsy Allah Dan Kursi-Nya

‘Arsy Allah Dan Kursi-Nya

www.ilmusunnah.com

lakaran_pemandangan_3_langit_biru

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

“Dia adalah Rabb yang memiliki ‘Arsy yang Agung.” (Surah At-Taubah, 9: 129)

Di ayat yang lain:

وَتَرَى الْمَلاَئِكَةَ حَآفِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رِبِّهِمْ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَقِيلَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

“Dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat berlingkar di sekeliling ‘Arsy bertasbih sambil memuji Rabb-nya; dan diputuskan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkan, “Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam.”.” (Surah Az-Zumar, 39: 75)

Di ayat yang lain lagi:

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَىْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy, dan malaikat yang berada di sekililingnya bertasbih memuji Rabb-nya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampunan bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan):

“Ya Rabb kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan Neraka yang menyala-nyala.” (Surah Al-Mu’min, 40: 7)

Dan masih banyak ayat-ayat yang lain.

‘Arsy memiliki banyak makna dalam bahasa ‘Arab bersesuaian dengan konteks penyandarannya. Namun apabila ia dikaitkan dengan Allah, maka berikut rinciannya.

‘Arsy dari sudut bahasa bererti singgahsana raja (سرير الملك). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (berkaitan Nabi Yusuf):

وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ

“Dan beliau menaikkan ibu bapanya ke atas ‘arsy (singgahsana)…” (Surah Yusuf, 12: 100)

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (berkaitan Ratu Saba’):

وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

“Dan dia memiliki ‘arsy (singgahsana) yang besar.” (Surah An-Naml, 27: 23)

Ada pun ‘Arsy Allah yang Maha Pemurah yang Dia bersemayam di atasnya adalah ‘Arsy yang besar yang meliputi seluruh makhluk.

Al-Imam Ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H) berkata:

ويعني بالعرش: السرير.

“Yang dimaksudkan dengan Al-‘Arsy adalah singahsana.”

Kemudian beliau meriwayatkan juga dari As-Suddi, “Al-‘Arsy adalah singahsana.” (Tafsir Ath-Thabari, 21/343)

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) berkata:

وأقاويل أهل التفسير على أن العرش هو السرير، وأنه جسم مجسم، خلقه الله تعالى وأمر ملائكته بحمله وتعبدهم بتعظيمه والطواف به، كما خلق في الأرض بيتا وأمر بني آدم بالطواف به واستقباله في الصلاة. وفي أكثر هذه الآيات دلالة على صحة ما ذهبوا إليه، وفي الأخبار والآثار الواردة في معناه دليل على صحة ذلك

“Dan para ahli tafsir menyatakan tentang Al-‘Arsy adalah singgahsana, dan ia adalah jism (jasad) yang memiliki bentuk yang telah diciptakan Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang Allah perintahkan kepada para malaikat untuk memikulnya dan beribadah dengan mengagungkan Allah dan berthawaf padanya, sebagaimana Dia menciptakan satu rumah di bumi dan memerintahkan bani Adam untuk berthawaf padanya serta menghadapkan wajah kepadanya ketika solat. Dan pendapat mereka ini memiliki dalil yang banyak dan jelas berdasarkan ayat-ayat (Al-Qur’an), hadis-hadis serta atsar-atsar.” (Al-Asma’ wa Ash-Shifat, 2/272)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyebutkan:

فهو سرير ذو قوائم تحمله الملائكة، وهو كالقبة على العالم وهو سقف المخلوقات

“Maka Al-‘Arsy adalah singgahsana yang memiliki tiang-tiang yang dipikul oleh para malaikat, dan ia seperti qubah di atas alam, dan ia menutupi (sebagai atap/naungan) bagi makhluk.” (Al-Bidayah wa An-Nihayah, 1/12)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774) juga menyebutkan sebagaimana dalam Tafsir-nya:

والعرش أعظم المخلوقات وسقفها.

“Al-‘Arsy adalah makhluk yang paling besar dari makhluk-makhluk Allah dan atap kepada seluruh makhluk-Nya.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/247)

Sebahagian dari Sifat-sifat ‘Arsy Allah

‘Arsy di atas Syurga Al-Firdaus dan dari ‘Arsy mengalir sungair-sungai Syurga

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَأَقَامَ الصَّلاَةَ، وَصَامَ رَمَضَانَ، كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الجَنَّةَ، هَاجَرَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، أَوْ جَلَسَ فِي أَرْضِهِ الَّتِي وُلِدَ فِيهَا»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَلاَ نُنَبِّئُ النَّاسَ بِذَلِكَ؟ قَالَ: «إِنَّ فِي الجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ، أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ، كُلُّ دَرَجَتَيْنِ مَا بَيْنَهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الجَنَّةِ، وَأَعْلَى الجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الجَنَّةِ

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka telah menjadi hak bagi Allah untuk memasukkannya ke dalam Syurga, sama ada dia berhijrah di jalan Allah atau tetap tinggal di bumi tempat kelahirannya.”

Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah perlu kami khabarkan manusia (dengan berita ini)?” Nabi bersabda:

“Sesungguhnya di Syurga ada seratus darjat (tingkatan) yang disediakan untuk para mujahid (yakni para pejuang) di jalan Allah. Jarak setiap antara dua tingkatannya seperti jarak antara bumi dan langit. Apabila kamu memohon kepada Allah, maka mohonlah Syurga Al-Firdaus, kerana ia adalah Syurga yang paling tengah dan paling tinggi.

Dan di atasnya adalah ‘Arsy Ar-Rahman, darinya terpancar sungai-sungai Syurga.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7423)

Ini juga adalah dalil bahawa ‘Arsy adalah makhluk Allah yang berada pada kedudukan paling tinggi di atas, dan Allah pula istiwa’ di atas ‘Arsy-Nya mengatur segala urusan sebagaimana banyak penjelasan dari dalil-dalil dari Al-Qur’an dan hadis-hadis.

‘Arsy Allah di Atas Air

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ

“Dan Allah telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, dan bahawasanya ‘Arsy-Nya di atas air…” (Surah Hud, 11: 7)

Sahabat Nabi, Ibn Mas’oud radhiallahu ‘anhuma berkata:

بَيْنَ السَّمَاءِ الدُّنْيَا وَاَلَّتِي تَلِيْهَا خَمْسُمَائَةِ عَامٍ، وَبَيْنَ كُلِّ سَمَاءٍ وَسَمَاءٍ خَمْسُمَائَةِ عَامٍ، وَبَيْنَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ وَالكُرْسِيِّ خَمْسُمَائَةِ عَامٍ، وَبَيْنَ الكُرْسِيِّ وَالمَاءِ خَمْسُمَائَةِ عَامٍ، وَالعَرْشُ فَوْقَ المَاءِ، وَاَللَّهُ فَوْقَ العَرْشِ؛ لَا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ أَعْمَالِكُمْ

“Jarak antara langit dunia dengan langit berikutnya adalah sejauh 500 tahun. Dan jarak antara langit dengan langit berikutnya adalah sejauh 500 tahun. Jarak antara langit ketujuh dengan Kursi adalah sejauh 500 tahun. Jarak antara Kursi dengan air adalah sejauh 500 tahun. ‘Arsy Allah berada di atas air. Dan Allah berada di atas ‘Arsy dan tidak ada yang tersembunyi sedikit pun dari amal-amal kalian (dari pengetahuan Allah).”

Atsar ini diriwayatkan oleh Ad-Daarimi dalam Ar-Raddu ‘alal Jahmiyyah, m/s. 26. Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, no. 8987. Ibn Khuzaimah dalam Kitab At-Tauhid, no. 105. Al-Baihaqi dalam Al-Asma’ wa Ash-Shifat, no. 401. Adz-Dzahabi dalam Al-‘Uluw, m/s. 64.

Atsar ini dinilai sahih antaranya oleh Ibn Al-Qayyim dalam Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah. Al-Haitsami mengatakan, “Para perawinya adalah perawi kitab Shahih.” Dan Asy-Syaikh Ad-Duwaiys mengatakan, “Sanadnya sahih berdasarkan syarat Muslim.”

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

هذا الحديث موقوف على ابن مسعود، لكنه من الأشياء التي لا مجال للرأي فيها، فيكون لها حكم الرفع، لأن ابن مسعود لم يُعرف بالأخذ من الإسرائيليات

“Hadis ini mauquf yakni sanadnya hanya sampai kepada Ibnu Mas’oud (bukan marfu’ dari Nabi). Akan tetapi ianya termasuk perkara yang tidak mungkin diperkatakan oleh akal, maka riwayat ini dihukumi sebagai marfu’ (yakni tsabit bersumber dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), kerana Ibnu Mas’oud tidak dikenal sebagai sahabat yang mengambil khabar dari riwayat-riwayat Isra’iliyyat.” (Al-Qawl Al-Mufiid Syarh Kitabi Tauhid, 3/379)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyebutkan dalam Tafsir-nya:

وجاء عن بعض السلف أن بعد ما بين العرش إلى الأرض مسيرة خمسين ألف سنة، وبعد ما بين قطريه مسيرة خمسين ألف سنة، وهو من ياقوتة حمراء.

“Disebutkan dari sebahagian salaf (yakni ulama generasi awal – pent.) bahawa jarak di antara Al-‘Arsy ke bumi memakan masa perjalanan sejauh 50 ribu tahun, dan jauhnya jarak di antara keduanya adalah sejauh perjalanan 50 ribu tahun, dan Al-‘Arsy berupa yaqut merah.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/429)

Pada hadis ini terkandung penjelasan bahawa jarak antara bumi dan langit pertama, serta antara satu langit dengan langit di atasnya adalah sejauh 500 tahun perjalanan.

Manakala pada sebahagian hadis yang lain ada menyebutkan, jaraknya adalah sekitar 71, 72, atau 73 tahun perjalanan.

Yakni sebagaimana dari hadis ‘Abbas bin ‘Abdul Muththalib, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

«هَلْ تَدْرُونَ مَا بُعْدُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ؟» قَالُوا: لَا نَدْرِي، قَالَ: «إِنَّ بُعْدَ مَا بَيْنَهُمَا إِمَّا وَاحِدَةٌ أَوِ اثْنَتَانِ أَوْ ثَلَاثٌ وَسَبْعُونَ سَنَةً، ثُمَّ السَّمَاءُ فَوْقَهَا كَذَلِكَ» حَتَّى عَدَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ «ثُمَّ فَوْقَ السَّابِعَةِ بَحْرٌ بَيْنَ أَسْفَلِهِ وَأَعْلَاهُ مِثْلُ مَا بَيْنَ سَمَاءٍ إِلَى سَمَاءٍ، ثُمَّ فَوْقَ ذَلِكَ ثَمَانِيَةُ أَوْعَالٍ بَيْنَ أَظْلَافِهِمْ وَرُكَبِهِمْ مِثْلُ مَا بَيْنَ سَمَاءٍ إِلَى سَمَاءٍ، ثُمَّ عَلَى ظُهُورِهِمُ الْعَرْشُ مَا بَيْنَ أَسْفَلِهِ وَأَعْلَاهُ مِثْلُ مَا بَيْنَ سَمَاءٍ إِلَى سَمَاءٍ، ثُمَّ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَوْقَ ذَلِكَ

“Adakah kalian tahu berapa jauh (jarak) antara langit dan bumi?”

Para sahabat menajwab, “Kami tidak mengetahuinya.” Maka Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya jarak antara keduanya adalah 71, atau 72, atau 73 tahun (perjalanan), kemudian begitu pula (jarak) langit di atasnya.”

Sampailah beliau menyebutkan tujuh langit semuanya.

“Kemudian di atas langit ketujuh ada lautan yang jarak antara dasarnya dengan permukaannya adalah semisal jarak antara satu langit ke langit berikutnya. Kemudian di atas semua itu (setelah melepasi lautan), ada lapan malaikat Au’aal yang jarak antara hujung kakinya ke lututnya adalah seperti jarak antara satu langit ke langit berikutnya. Kemudian di belakang mereka ada ‘Arsy (yang mereka pikul), jarak di antara dasarnya dengan atasnya adalah semisal antara satu langit ke langit berikutnya. Kemudian Allah Tabaraka wa Ta’ala di atas semua itu (di atas seluruh makhluk).”.” (Sunan Abi Dawud, no. 4723)

Para ulama menjelaskan bahawa jarak 500 tahun perjalanan adalah merujuk kepada perjalanan dengan berkenderaankan unta, manakala jarak antara 71 hingga 73 tahun perjalanan adalah perjalanan dengan berkenderaankan kuda, yakni kaedah perjalanan yang biasa ditempuh pada ketika/zaman hadis tersebut diucapkan. Dan hal ini telah diteliti secara fakta oleh para ulama tahqiq baik yang terdahulu mahupun masa kini.

Asy-Syaikh ‘Abdul Karim Al-Humaid rahimahullah, seorang tokoh ulama masa kini yang biasa berkenderaan dengan unta menjelaskan (beliau membuat kira-kira, dan seandainya benar kirannya) bahawa jarak antara bumi dengan langit dunia adalah sekitar sembilan juta kilometer (9 juta KM). Manakala jarak antara bumi dengan langit ke tujuh pula adalah sekitar 126 juta kilometer. Sekaligus hal ini menjelaskan pertentangan antara realiti hadis dengan teori-teori sains yang banyak berlegar di sekitar kita. Maka, wahyulah yang harus kita dahulukan dengan meninggalkan sangkaan-sangkaan.

Bahkan ada yang berteori jarak antara bumi dengan matahari adalah sekitar 150 juta KM?! Bermakna matahari berada melepasi langit ke tujuh di ‘Arsy?! Lalu bagaimana pula dengan objek-objek langit yang lainnya? Belum lagi dengan teori-teori cakrawala yang tanpa batas (kononnya), pengembangan cakrawala, kewujudan pelbagai galaksi, planet dan yang lainnya?!

Bahkan menurut teori sebahagian mereka, matahari itu beredar dalam cakrawala selaju 720 ribu km/jam, yang bermakna dalam satu hari matahari bergerak sejauh 17 juta km lebih! Dan sudah berapa ratus tahun matahari bergerak? Maka sudah sampai mana kita? Laa hawla wa la quwwata illaa billaah. Wallaahu a’lam.

‘Arsy memiliki Tiang-tiang

Dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ تُخَيِّرُوا بَيْنَ الأَنْبِيَاءِ، فَإِنَّ النَّاسَ يَصْعَقُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ، فَأَكُونُ أَوَّلَ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الأَرْضُ، فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى آخِذٌ بِقَائِمَةٍ مِنْ قَوَائِمِ العَرْشِ، فَلاَ أَدْرِي أَكَانَ فِيمَنْ صَعِقَ، أَمْ حُوسِبَ بِصَعْقَةِ الأُولَى

“Janganlah kalian melebihkan sebahagian Nabi dengan sebahagian Nabi yang lain. Kerana di hari Kiamat semua orang akan mati, lalu akulah orang pertama yang akan dibangkitkan. Namun pada ketika aku langsung melihat Musa telah berdiri dan berpegang di salah satu tiang ‘Arsy. Aku tidak pasti adakah Musa juga dimatikan, atau dia tidak dimatikan sebagai ganti dari kematiannya yang pertama yang telah dia alami (ketika di bukit Thurr).” (Shahih Al-Bukhari, no. 2412)

‘Arsy dipikul oleh Para Malaikat

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَىْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy, dan malaikat yang berada di sekililingnya bertasbih memuji Rabb-nya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampunan bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Mu’min, 40: 7)

Di ayat yang lain, Allah berfirman:

وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَآئِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ

“Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung ‘Arsy Rabb-mu di atas (kepala) mereka.” (Surah Al-Haaqqah, 69: 17)

Dari hadis Jaabir bin ‘Abdillah, Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أُذِنَ لِي أَنْ أُحَدِّثَ عَنْ مَلَكٍ مِنْ مَلَائِكَةِ اللَّهِ مِنْ حَمَلَةِ الْعَرْشِ، إِنَّ مَا بَيْنَ شَحْمَةِ أُذُنِهِ إِلَى عَاتِقِهِ مَسِيرَةُ سَبْعِ مِائَةِ عَامٍ

“Aku diizinkan untuk mengkhabarkan tentang salah satu malaikat dari malaikat Allah, iaitu malaikat pemikul ‘Arsy. Sesungguhnya jarak antara hujung telinga dan bahunya adalah sejauh perjalanan 700 tahun.” (Sunan Abi Dawud, no 4727. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

‘Arsy Allah Berbentuk Seperti Qubah

Dari hadis Jubair bin Muth’im, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ عَرْشَهُ عَلَى سَمَاوَاتِهِ لَهَكَذَا وَقَالَ بِأَصَابِعِهِ مِثْلَ الْقُبَّةِ عَلَيْهِ

“Sesungguhnya ‘Arsy Allah di atas seluruh langit-langit-Nya seperti ini, beliau mengisyaratkan dengan jari-jarinya membentuk semisal qubah di atasnya.” (Sunan Abi Dawud, no. 4726. Namun hadis ini dinilai dha’if oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

ومن هو رب العرش العظيم، يعني: الذي هو سقف المخلوقات، كما جاء في الحديث الذي رواه أبو داود

“Dan siapakah yang memiliki ‘Arsy yang Agung? ‘Arsy adalah atap (yang menaungi semua makhluk Allah) sebagaimana yang disebutkan antaranya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (lalu beliau menyebutkan hadis tersebut – pen.).” (Tafsir Ibn Katsir, 5/489)

Kemuliaan ‘Arsy

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

“Dan Allah pemilik ‘Arsy yang agung.” (Surah Al-Mu’minun, 23: 86)

يعني: الكبير: وقال في آخر السورة: { رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ }

Yakni sangat besar. Dan di akhir surah Allah berfirman:

“Dan Allah pemilik ‘Arsy yang mulia.” (Surah Al-Mu’minun, 23: 116)

أي: الحسن البهي. فقد جمع العرش بين العظمة في الاتساع والعلو، والحسن الباهر؛ ولهذا قال من قال: إنه من ياقوتة حمراء. وقال ابن مسعود: إن ربكم ليس عنده ليل ولا نهار، نور (1) العرش من نور وجهه. وقوله: { سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلا تَتَّقُونَ } أي: إذا كنتم تعترفون (2) بأنه رب السموات ورب العرش العظيم، أفلا تخافون عقابه وتحذرون عذابه

Yakni yang indah lagi megah. Dengan demikian, dalam sifat ‘Arsy tergabung pergertian (sifat) luas, tinggi, indah, dan megah. Telah berkata sebahagian salaf bahawa ‘Arsy terbina dari Yaqut merah. Ibnu Mas’oud mengatakan bahawa sesungguhnya di sisi Allah tidak ada malam dan tidak ada siang, cahaya ‘Arsy bersumber dari cahaya Zat-Nya.

Firman Allah:

“Mereka akan menjawab, “Kepunyaan Allah.” Katakanlah, “Dari itu, adakah kalian tidak bertaqwa?” (Surah Al-Mu’minun, 23: 87)

Yakni apabila kalian mengakui bahawa Dia adalah pemilik langit dan pemilik ‘Arsy yang agung, maka mengapa kalian tidak takut kepada akibat siksa-Nya dan tidak segera beringat serta menghindar dari adzab-Nya?” (Tafsir Ibn Katsir, 5/490)

Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata lagi:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:murka

وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْمَجِيدُ

“Dan Allah pemilik ‘Arsy yang mulia.” (Surah Al-Buruj, 85: 15)

أي: صاحب العرش المعظم العالي على جميع الخلائق. و { الْمَجِيدُ } فيه قراءتان: الرفع على أنه صفة للرب، عز وجل. والجر على أنه صفة للعرش، وكلاهما معنى صحيح.

Yakni maksudnya pemilik ‘Arsy yang agung, yang tinggi di atas seluruh makhluk. Dan Al-Majid (الْمَجِيدُ) ada dua bentuk qiraat (cara bacaan), sama ada dengan rofa’ bermakna ia adalah sifat bagi Allah ‘Azza wa Jalla, atau dengan jarr bermakna ia adalah sifat bagi ‘Arsy, dan kedua-duanya adalah sahih.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/372)

Betapa Besarnya ‘Arsy

‘Arsy adalah makhluk yang paling tinggi dan paling besar, sebagaimana dijelaskan melalui hadis dari Abi Dzarr radhiayallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ فِي الْكُرْسِيِّ إِلَّا كَحَلْقَةٍ فِي أَرْضٍ فَلَاةٍ، وَ فَضْلُ الْعَرْشِ عَلَى الْكُرْسِيِّ كَفَضْلِ تِلْكَ الْفَلَاةِ عَلَى تِلْكَ الْحَلْقَةِ

“Tidaklah ketujuh-tujuh langit dan bumi jika dibandingkan dengan kursi melainkan seperti cincin yang dilemparkan di tengah-tengah padang yang sangat luas (padang pasir atau gurun sahara), dan besarnya ‘Arsy Allah jika dibandingkan dengan kursi adalah seperti besarnya padang yang luas tersebut dibandingkan dengan cincin tersebut.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Al-‘Arsy, no. 58. Al-Imam Al-Baihaqi dalam Al-Asma’ wa Ash-Shifat, 2/300, no. 861. Kata Al-Baihaqi: Hadis ini memiliki syahid dengan isnad yang diterima. Diriwayatkan juga oleh Abu Syaikh dalam Al-Azhomah, 2/570.

Hadis ini dinilai sahih oleh Asy-Syaikh Al-Albani sebagaimana dalam Mukhtashar Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 105. Ash-Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 109, dan Ta’liq Ath-Thohawiyah, 1/54.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Disahihkan oleh Ibnu Hibban, dan memiliki syahid (penguat) dari Mujahid, diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur dalam At-Tafsir dengan sanad yang sahih darinya. (Fathul Bari, 13/411)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata berkenaan hadis ini:

والحديث له طرق وقد رواه أبو حاتم بن حبان في صحيحه وأحمد في المسند وغيرهما

“Hadis ini memiliki banyak jalan periwayatan, ia diriwayatkan antaranya oleh Abu Hatim, Ibnu Hibban di Shahihnya, Ahmad di Al-Musnad, dan yang selainnya.” (Ar-Risalah Al-‘Arsyiyah, m/s. 3. Majmu’ Al-Fatawa, 6/556)

Al-Kursi

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Surah Al-Baqarah, 2: 255)

Al-Kursi dari sudut bahasa bererti singgahsana dan tempat duduk.

Adapun Al-Kursi yang Allah kaitkan dengan diri-Nya adalah tempat kedua kaki.

Sahabat Nabi, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

الْكُرْسِيُّ مَوْضِعُ قَدَمَيْهِ، وَالْعَرْشُ لَا يَقْدُرُ أَحَدٌ قَدْرَهُ

“Al-Kursi adalah tempat kedua kaki-Nya, dan ‘Arsy tiada yang mengetahui kadar (ukurannya) melainkan Allah.”

Atsar ini diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Ahmad dalam As-Sunnah, no. 1021. Isnadnya hasan – Tahqiq Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthani. Al-Hakim di Al-Mustadraknya, 2/310 dan kata beliau, “Hadis ini sahih berdasarkan syarat dua Syaikh (Al-Bukhari dan Muslim) walaupun keduanya tidak meriwayatkannya.” Kemudian dipersetujui oleh Al-Imam Adz-Dzahabi.

Al-Hafiz Ibnu Hajar turut menukilkan di Fathul Bari, “Dari Ibnu ‘Abbas, bahawasanya Al-Kursi adalah tempat pijak kedua kaki (Allah)…”, dengan sanad yang sahih, (8/199).

Asy-Syaikh Al-Albani berkata, “Sahih mauquf (perkataan Ibnu ‘Abbas).” (Mukhtasar Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 1/75)

Berkata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah:

عن ابن عباس قال: الْكُرْسِيُّ مَوْضِعُ قَدَمَيْهِ، وَالْعَرْشُ لَا يَقْدُرُ أَحَدٌ قَدْرَهُ. وقد رواه الحاكم في مستدركه … وقال: صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه

Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata:

“Al-Kursi merujuk tempat pijakan kedua kaki, dan Al-‘Arsy tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya (kadar dan keadaannya). Diriwayatkan oleh Al-Hakim di Al-Mustadraknya (no. 3116) … dengan katanya, “Sahih berdasarkan syarat dua Syaikh (Al-Bukhari dan Muslim) walaupun keduanya tidak meriwayatkannya.”.” (Tafsir Ibn Katsir, 1/680)

Turut diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam Kitab At-Tauhid, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya, no. 2645, dan oleh ‘Abdullah bin Ahmad dalam As-Sunnah, no. 1021.

Al-Imam Ibnu Abi Zamanain rahimahullah (Wafat: 399H) berkata:

ومن قول أهل السنة أن الكرسي بين يدي العرش وأنه موضع القدمين

“Termasuk dari perkataan ahlus sunnah adalah, bahawa Al-Kursi berada di depan Al-‘Arsy dan ia merupakan tempat kedua kaki (Allah).” (Ushulus Sunnah, m/s. 96 oleh Ibnu Abi Zamanain – Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Al-Bukhari, Cet. 1415 (Maktabah Al-Ghuroba’ Al-Atsariyyah)

Al-Imam Ibn Abi Al-‘Izz Al-Hanafi rahimahullah (Wafat: 792H) turut menegaskan:

وَإِنَّمَا هُوَ كَمَا قَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنَ السَّلَفِ: بَيْنَ يَدَيِ الْعَرْشِ كَالْمَرْقَاةِ إِلَيْهِ

“Dan ia (Al-Kursi) adalah sebagaimana yang dikatakan bukan hanya sekadar seorang salaf; bahawa ia berada di depan Al-‘Arsy, seperti tangga menuju ke ‘Arsy.” (Syarh Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyah, m/s. 182)

Wallaahu a’lam.