Apa Yang Diucapkan Ketika Aqad Nikah?
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H)
Dinukil dari kitab Al-Adzkar
www.ilmusunnah.com
بابُ ما يقولُه عند عَقْدِ النِّكَاح
Bab: Apa Yang Diucapkan Pada Waktu Aqad Nikah.
يُستحبُّ أن يخطبَ بين يدي العقد خطبةً تشتملُ على ما ذكرناهُ في الباب الذي قبلَ هذا وتكونُ أطولَ من تلك، وسواء خطبَ العاقدُ أو غيرُه.
Dianjurkan agar memberikan khuthbah menjelang aqad nikah (yakni di awal aqad – pent.) yang mencakupi perbahasan yang telah kami sebutkan di bab sebelumnya, dan dibolehkan memanjangkan dari itu, sama ada yang menyampaikan khuthbah tersebut merupakan orang yang ‘aqad nikah atau selainnya.
وأفضلُها: ما روينا في سنن أبي داود والترمذي والنسائي وابن ماجه، وغيرها، بالأسانيد الصحيحة، عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال:
Dan yang paling afdhal adalah apa yang kami riwayatkan di Sunan Abi Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasaa’i, Ibn Majah, dan selainnya dengan sanad yang sahih, dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
علَّمنا رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة الحاجة:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kami khutbah Al-Haajah (sebagaimana berikut):
الْحَمْدُ لِلَّهِ نَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ {يا أيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْها زَوْجَها، وَبَثَّ مِنْهُما رِجَالًا كَثِيرًا وَنِساءً، واتَّقُوا اللَّهَ الذي تَساءَلُونَ بِهِ والأرْحامَ إنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} [النساء:1]. {يا أيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلاَّ وأَنْتُمْ مُسْلِمُون} [آل عمران: 102] {يا أيُّهَا الَّذين آمَنوا اتَّقُوا اللَّه وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أعْمالَكُمْ، ويَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ، وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا} [الأحزاب:71]
“Segala puji bagi Allah, kami memohon pertolongan kepada-Nya, kami memohon keampunan kepada-Nya, kami memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan jiwa kami. Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan siapa yang disesatkan-Nya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Aku mengakui bahawa tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah; dan aku mengakui bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.
“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb kamu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan darinya Allah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah An-Nisaa’, 4: 1)
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan muslimin.” (Surah Ali Imran, 3:102)
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki untukmu amalan-amalanmu, dan mengampuni untukmu dosa-dosa kamu. Dan siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya benar-benar dia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 70-71).” (Sunan Abi Dawud, no. 2118. At-Tirmidzi, no. 1105. An-Nasaa’i, no. 1403. Ibn Majah, no. 1892)
هذا لفظ إحدى روايات أبي داود.
Lafaz ini merupakan salah satu riwayat Abu Dawud.
وفي رواية له أخرى بعد قوله ورسوله
Dan di riwayat Abu Dawud yang lain, setelah kalimat warasuuluhu, (dilanjutkan dengan kalimat):
أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ مَنْ يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَإِنَّهُ لَا يَضُرُّ إِلَّا نَفْسَهُ وَلَا يَضُرُّ اللَّهَ شَيْئًا
“Dia (Allah) mengutusnya dengan haq (kebenaran) sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan menjelang Kiamat. Siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka dia telah mendapat petunjuk, dan siapa yang bermaksiat (derhaka) kepada keduanya, maka dia tidak memudharatkan kecuali bagi dirinya dan dia tidak memberi mudharat kepada Allah sedikit pun.”
قال الترمذي: حديث حسن.
At-Tirmidzi berkata, “Hadis ini hasan.”
قال أصحابنا: ويُستحبُّ أن يقول مع هذا:
Sahabat-sahabat kami (dari kalangan ulama bermazhab Asy-Syafi’i) berpendapat, “Di samping membaca khutbah ini, dianjurkan juga mengucapkan kalimat (berikut):
أُزوِّجك على ما أمر الله به من إمساك بمعروف أو تسريح بإحسان،
“Aku nikahkan engkau berdasarkan apa yang diperintahkan Allah dengannya dari menahan yang makruf atau menceraikan dengan ihsan.”
وأقلّ هذه الخطبة:
Dan lafaz khuthbah yang paling minima adalah (seperti berikut):
الحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلاةُ على رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم أُوصِي بِتَقْوَى اللَّهِ، والله أعلم.
“Segala puji bagi Allah, selawat atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Aku berwasiat agar bertaqwa kepada Allah.”
Wallaahu a’lam.
واعلم أن هذه الخطبة سنّة، لو لم يأتِ بشيء منها صحَّ النكاح باتفاق العلماء. وحكي عن داود الظاهري رحمه الله أنه قال: لا يصحّ، ولكن العلماء المحققون: لا يعدّون خلافَ داود خلافًا معتبرًا، ولا ينخرقُ الإِجماعُ بمخالفته، والله أعلم.
Ketahuilah bahawa khutbah ini hukumnya adalah sunnah. Seandainya aqad nikah dilaksanakan tanpa khutbah sekalipun maka nikahnya tetap sah dengan kesepakatan ulama.
Dihikayatkan dari Dawud Azh-Zhahiri rahimahullah[1] (imam dalam mazhab Zhohiri) bahawa beliau berpendapat nikah tersebut tidak sah (jika tanpa khutbah nikah). Akan tetapi, al-ulama al-muhaqqiqun (yakni para ulama peneliti), mereka tidak memperhitungkan khilaf Dawud tersebut sebagai khilaf yang mu’tabar (yakni tidak terhitung sebagai perbezaan yang boleh menjadi rujukan), dan ianya tidak menggugat ijma’ dengan sebab penyelisihan Dawud tersebut.[2] Wallaahu a’lam.
وأما الزوجُ فالمذهب المختار أنه لا يخطب بشيء، بل إذا قال له الوليّ: زوّجتك فلانة. يقول متصلًا به: قبلتُ تزويجها؛ وإن شاء قال: قبلتُ نكاحَها، فلو قال: الحمد لله والصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم قبلتُ، صحَّ النكاحُ، ولم يضرّ هذا الكلام بين الإِيجاب والقبول؛ لأنه فصل يسير له تعلق بالعقد. وقال بعض أصحابنا: يبطلُ به النكاح؛ وقال بعضهم: لا يبطلُ بل يُستحبّ أن يأتي به، والصوابُ ما قدّمناه أنه لا يأتي به ولو خالف فأتى به لا يَبطل النكاح، والله أعلم.
Adapun bagi calon suami (yang hendak menikah), maka menurut pendapat yang terpilih (menjadi rujukan dan pegangan di sisi mazhab Asy-Syafi’i), bahawa beliau tidak memberikan khuthbah sesuatu apa pun, sebaliknya apabila wali berkata kepadanya:
“Aku nikahkan engkau dengan fulanah.”
Lalu jika beliau bersetuju menerimanya, maka beliau menjawabnya dengan mengatakan:
“Aku terima nikahnya.” (maka sahlah nikahnya).
Jika seandainya dia mengucapkan:
الحمد لله والصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم قبلتُ
“Segala puji bagi Allah, dan selawat atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, aku terima nikahnya.”
Maka telah sahlah nikahnya, di mana perkataan pemisah seperti ini yang diucapkan antara ijab dan qabul, ianya tidaklah memudharatkan kerana ianya hanyalah pemisah yang kecil yang masih terkait dengan aqad.
Berkata sebahagian sahabat-sahabat kami (dari kalangan ulama bermazhab Asy-Syafi’i), “Nikahnya batal.” Dan berkata sebahagian yang lain, “Nikahnya tidaklah batal, bahkan dianjurkan untuk mengucapkannya.”
Dan pendapat yang benar (yang kami pilih) adalah pendapat yang kami kemukakan tadi bahawa suami tidak mengucapkan khuthbah, dan kalau seandainya dia menyelisihinya seraya mengucapkan khuthbah, maka nikahnya tetap tidak batal.[3] Wallaahu a’lam.
Sekian Nukilan – Wallaahu a’lam.
Dinukil dari Kitab Al-Adzkar oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H).
[1] Beliau adalah Al-Bahr Al-Hafiz Al-Allamah Al-Wara’ Dawud bin ‘Ali rahimahullah (200H-270H), pemuka mazhab Zhohiri. Seorang yang berpengetahuan luas, faqih, ‘alim terhadap Al-Qur’an, hafiz dalam atsar, dan pakar dalam persoalan khilaf. Lihat biografinya di Tarikh Baghdad, 8/369 dan Siyar A’lam An-Nubala’ oleh Adz-Dzahabi, 13/97.
[2] Namun yang benar, umumnya pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh mazhab zhohiri itu tetap dijadikan rujukan, dinukil dan dinilai.
Kata Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), “Tiada keraguan bahawa setiap masalah yang dia bersendirian dalam berpegang padanya dan telah dipastikan kebathilannya, maka ianya merupakan pendapat yang tidak diambil kira, tetapi kita sekadar menukilkannya sebagai bentuk kehairanan. Manakala setiap permasalahan (atau pendapat) dari mereka yang diperkuatkan dengan nash (dalil) atau pernah dilakukan oleh sahabat atau tabi’in, maka ianya diperkirakan sebagai sebahagian dari perkara khilaf (untuk diteliti), tidak diabaikan.” (lihat: tahqiq Amir ‘Ali Yasin, m/s. 507)
[3] Termasuk perkara yang dianjurkan bagi suami adalah berkhutbah dengan khutbah ini apabila belum ada yang memberikan khuthbah pada ketika itu, khasnya apabila terdapat kesempatan baginya. Dan soal khuthbah pemisah (antara ijab dan qabul) ini tidaklah memudharatkan apa-apa selagi mana majlis tersebut belum bersurai. Dan yang menghukumi perkara ini pada umumnya adalah ‘urf dan adat manusia setempat. Maka seandainya dia memanjangkan perbicaraan sampai satu jam dengan khuthbah dan selainnya, kemudian dia menutupnya dengan perkataan, “Wahai fulan, aku terima fulanah (anak perempuanmu) atau saudarimu yang kamu sebutkan sebagai isteriku.” Maka aqadnya sah dan tidak ada yang mencemari aqad tersebut. Bentuk aqad nikah seperti ini dan bentuk yang lainnya sangatlah banyak. (lihat: tahqiq Amir ‘Ali Yasin, m/s. 508)