Amalan Takbir di Bulan Dzulhijjah

Amalan Takbir di Bulan Dzulhijjah

www.ilmusunnah.com

Amalan takbir pada 10 awal dzulhijjahTermasuk amalan yang disunnahkan untuk dilakukan sepanjang 10 hari pertama di bulan Dzul-Hijjah, hari ‘Ied Al-Adh-ha, dan 3 hari Tasyriq adalah dengan melaksanakan amalan takbir serta memperbanyakkannya.

Untuk sepanjang tempoh 8 hari pertama, disunnahkan takbir secara umum tanpa terikat dengan waktu. Manakala bermula dari hari ke-9 Dzul-Hijjah sampai ke waktu ‘Ashar hari Tasyriiq yang terakhir (13 Dzul-Hijjah), selain takbir secara umum, disunnahkan juga untuk bertakbir pada setiap kali sebaik selesai solat fardhu.

Takbir ini dilaksanakan dengan suara yang diperdengarkan dan dilakukan secara individu masing-masing.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ

“Dan supaya mereka berdzikir menyebut nama Allah pada hari yang telah dimaklumi (ditentukan) atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa haiwan ternak.” (Surah Al-Hajj, 22: 28)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan ayat ini dengan katanya:

قال ابن عباس والشافعي والجمهور: هي أيامُ العشر. واعلم أنه يُستحبُّ الإِكثار من الأذكار في هذا العشر زيادةً على غيره، ويُستحب من ذلك في يوم عَرَفة أكثر من باقي العشر.

“Ibn ‘Abbas, Al-Imam Asy-Syafi’i, dan jumhur ulama menjelaskan tentang tafsir ayat ini bahawa ia adalah 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. Dan ketahuilah bahawa disunnahkan untuk memperbanyakkan dzikir pada sepuluh hari tersebut, iaitu lebih banyak berbanding hari-hari yang lainnya. Dan disunnahkan pula untuk lebih memperbanyakkan lagi dzikir pada hari ‘Arafah.” (Al-Adzkar, m/s. 290)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

“Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah pada hari yang diperkirakan. Sesiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) setelah dua hari, maka tiada dosa baginya. Dan siapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari tersebut), maka tidak ada dosa pula baginya bagi orang yang bertaqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya.” (Surah Al-Baqarah, 2: 203)

Al-Imam Al-Bukhari menyebutkan di kitab Shahihnya pada bab Keutamaan Amal pada Hari Tasyriq:

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ وَالْأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ

Berkata Ibnu ‘Abbas:

“Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah pada “أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ” (hari yang telah dimaklumi), (iaitu) hari yang sepuluh (awal bulan Dzulhijjah), dan “أَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ” (hari yang diperkirakan), (iaitu) hari-hari Tasyriq.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, bab: Fadhl Al-‘Amal fi Ayyaam At-Tasyriiq. Tafsir Ibnu Katsir, 1/560)

Berkata ‘Ikrimah:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ يعني: التكبير أيامَ التشريق بعد الصلوات المكتوبات: الله أكبر، الله أكبر

“(firman Allah): “Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah pada hari yang diperkirakan.” Maksudnya adalah takbir-takbir pada hari Tasyriiq setelah solat-solat fardhu: (dengan takbir) Allahu Akbar, Allahu Akbar.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/560)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

قال شعبة [وهُشَيْم] عن [أبي بشر عن سعيد] عن ابن عباس: الأيام المعلومات: أيام العشر، وعلقه البخاري عنه بصيغة الجزم به. ويروى مثله عن أبي موسى الأشعري، ومجاهد، وعطاء، وسعيد بن جبير، والحسن، وقتادة، والضحاك، وعطاء الخراساني، وإبراهيم النَّخعي. وهو مذهب الشافعي، والمشهور عن أحمد بن حنبل.

“Berkata Syu’bah [dan Hisyam] daripada [Abi Busyr daripada Sa’iid] daripada Ibnu ‘Abbas:

الأيام المعلومات” adalah hari yang sepuluh (pada awal bulan Dzulhijjah), disebutkan oleh Al-Bukhari dengan shighah jazm. Dan diriwayatkan hal yang semisal daripada Abi Musa Al-Asy’ari, Mujahid, ‘Athaa’, Sa’iid bin Jubair, Al-Hasan (Al-Bashri), Qotadah, Adh-Dhohhaak, Al-Khurasaani, dan Ibrahim An-Nakha’i. Dan itulah mazhab Asy-Syafi’i dan yang masyhur daripada Imam Ahmad bin Hanbal.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/415)

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) meriwayatkan:

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ:  «الْأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ مِنًى ثَلَاثَةٌ بَعْدَ يَوْمِ النَّحْرِ وَهِيَ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ، وَالْأَيَّامُ الْمَعْلُومَاتُ أَيَّامُ الْعَشْرِ فِيهَا يَوْمُ النَّحْرِ

“Telah berkata Asy-Syafi’i rahimahullah: “Maksud “الْأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ” (hari yang diperkirakan) adalah hari-hari Mina, iaitu tiga hari setelah hari Nahr (hari raya korban), dan itulah hari-hari Tasyriq. Dan “الْأَيَّامُ الْمَعْلُومَاتُ” (hari-hari yang dimaklumi), ia adalah hari yang sepuluh (di awal Dzulhijjah) yang termasuk di dalamnya hari An-Nahr.” (Ma’rifah As-Sunan wal Atsaar, no. 10871)

Dari hadis Ibnu ‘Umar, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

“Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah, dan tidak pula amalan yang lebih dicintai oleh-Nya di dalamnya berbanding hari-hari yang 10 ini (yakni 10 hari-hari terawal di bulan Dzulhijjah), maka perbanyakkanlah padanya dengan tahlil, takbir, dan tahmid.” (Musnad Ahmad, no. 5446, 6154. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Dalam hadis dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

“Tidak ada hari-hari (yang lebih utama) di mana amal-amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut lebih dicintai Allah dari hari-hari ini, iaitu hari yang 10 (di bulan Dzulhijjah).”

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?” Jawab Rasulullah:

“Tidak jihad di jalan Allah, melainkan jika orang tersebut berangkat jihad dengan dirinya dan hartanya, lalu dia tidak kembali dengan sesuatu apa pun (iaitu: mati sebagai syahid).” (Shahih Al-Bukhari, no. 969. Sunan Abi Daud, no. 2438. Sunan At-Tirmidzi, no. 757)

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullah pernah ditanya antara 10 hari pertama di bulan Dzulhijjah dengan 10 hari terakhir Ramadhan, maka jawab beliau:

عشر الأواخر من رمضان أفضل من جهة الليل؛ لأن فيها ليلة القدر، والعشر الأول من ذي الحجة أفضل من جهة النهار؛ لأن فيها يوم عرفة، وفيها يوم النحر، وهما أفضل أيام الدنيا، هذا هو المعتمد عند المحققين من أهل العلم، فعشر ذي الحجة أفضل من جهة النهار، وعشر رمضان أفضل من جهة الليل، لأن فيها ليلة القدر وهي أفضل الليالي، والله المستعان

“10 hari terakhir dari bulan Ramadhan afdhal (lebih utama) dari sudut malamnya, kerana padanya terdapat malam Al-Qadr. Manakala 10 hari pertama dari awal bulan Dzul-Hijjah lebih utama dari sudut siangnya, kerana padanya terdapat hari ‘Arafah dan hari An-Nahr di mana kedua-duanya adalah hari yang paling afdhal di dunia. Inilah yang mu’tamad menurut al-muhaqqiqin (para peneliti) dari kalangan ahli ilmu. Maka, 10 hari pertama bulan Dzul-Hijjah adalah lebih utama dari sisi siangnya, dan 10 hari terakhir bulan Ramadlan lebih utama dari sisi malamnya, kerana padanya terdapat malam Al-Qadr yang merupakan malam yang punya keutamaan. Wallaahul-musta’aan.” (Dari website beliau: http://www.binbaz.org.sa/mat/17753)

Takbir Muthlaq dan Takbir Muqayyad

Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) menyebutkan dalam kitab beliau:

قَالَ الْقَاضِي: التَّكْبِيرُ فِي الْأَضْحَى مُطْلَقٌ وَمُقَيَّدٌ؛ فَالْمُقَيَّدُ عَقِيبَ الصَّلَوَاتِ.وَالْمُطْلَقُ فِي كُلِّ حَالٍ فِي الْأَسْوَاقِ، وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.وَأَمَّا الْفِطْرُ فَمَسْنُونُهُ مُطْلَقٌ غَيْرُ مُقَيَّدٍ، عَلَى ظَاهِرِ كَلَامِ أَحْمَدَ.

“Berkata Al-Qaadhi: Takbir pada ‘Ied Al-Adh-ha ada yang bersifat muthlaq (yakni tidak diikat waktu dan bebas) dan ada yang muqayyad (terikat dengan waktu tertentu). Adapun yang muqayyad, dilaksanakan sebaik selesai solat fardhu. Dan yang muthlaq, ia dilaksanakan pada apa jua keadaan sama ada di pasar-pasar atau di waktu apa pun.

Dan adapun bagi ‘Ied Al-Fithr, sunnah perlaksanaannya adalah secara muthlaq bukan muqayyad berdasarkan zahir dari perkataan (pendapat) Imam Ahmad (bin Hanbal).” (Al-Mughni, 4/226)Al_Mughni_karya_Ibnu_Qudamah_Lengkap_16_Jilid

Beliau juga menyebutkan:

وَيُشْرَعُ التَّكْبِيرُ فِي غَيْرِ أَدْبَارِ الصَّلَوَاتِ، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُكَبِّرُ بِمِنًى فِي تِلْكَ الْأَيَّامِ خَلْفَ الصَّلَوَاتِ، وَعَلَى فِرَاشِهِ، وَفِي فُسْطَاطِهِ، وَمَجْلِسِهِ، وَمَمْشَاهُ، تِلْكَ الْأَيَّامِ جَمِيعًا، وَكَانَ يُكَبِّرُ فِي قُبَّتِهِ بِمَا يَسْمَعُهُ أَهْلُ الْمَسْجِدِ، فَيُكَبِّرُونَ، وَيُكَبِّرُ أَهْلُ الْأَسْوَاقِ، حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا.وَكَذَلِكَ يُسْتَحَبُّ التَّكْبِيرُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ كُلِّهَا؛ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: { وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ }.كَمَا قَالَ: { وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ }.وَالْأَيَّامُ الْمَعْلُومَاتُ أَيَّامُ الْعَشْرِ، وَالْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ.

“Disyari’atkan untuk bertakbir pada selain waktu selesai solat. Bahawa Ibnu ‘Umar bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut sebaik selesai solat, di tempat tidurnya, di perkehemahannya, di majlis-majlisnya, dan dalam perjalanannya pada semua hari tersebut. Dan beliau turut bertakbir di kubahnya (yakni khemahnya) dan didengari oleh orang-orang masjid, lalu mereka pun turut bertakbir. Orang-orang di pasar juga turut bertakbir, sampai Mina pun bergema dengan laungan takbir.

Turut dianjurkan (disukai) untuk bertakbir pada hari yang 10 (awal Dzul-Hijjah) seluruhnya. Berdasarkan firman Allah Ta’ala:

“Dan berdzikirlah menyebut nama Allah pada “أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ” (hari yang dimaklumi).” Juga sebagaimana firman-Nya:

“Dan berdzikirlah (menyebut nama) Allah pada “أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ” (hari yang diperhitungkan).”

Dan “أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ” adalah hari yang 10 (di awal Dzul-Hijjah), manakala “أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ” adalah hari-hari Tasyriiq.” (Al-Mughni, 4/273)

Majlis fatwa Ulama di ‘Arab Saudi; Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa’ ditanya:

س: أسمع بعض الناس في أيام التشريق يكبرون بعد كل صلاة حتى عصر اليوم الثالث، هل هم على صواب أم لا؟

“Saya mendengar sebahagian orang bertakbir pada hari-hari Tasyriiq, mereka bertakbir pada setiap selesai solat sampai waktu ‘Ashr hari ketiga (sepanjang 11 hingga 13 Dzul-Hijjah). Adakah mereka di atas kebenaran atau tidak?”

ج: يشرع في عيد الأضحى التكبير المطلق، والمقيد، فالتكبير المطلق في جميع الأوقات من أول دخول شهر ذي الحجة إلى آخر أيام التشريق. وأما التكبير المقيد فيكون في أدبار الصلوات المفروضة من صلاة الصبح يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق، وقد دل على مشروعية ذلك الإجماع، وفعل الصحابة رضي الله عنهم.

Jawab Al-Lajnah Ad-Daa’imah:

“Disyari’atkan pada ‘Ied Al-Adh-ha takbir secara muthlaq dan takbir yang muqayyad. Takbir muthlaq dilaksanakan pada seluruh (atau mana-mana) waktu bermula dari awal masuk bulan Dzul-Hijjah sampai akhir hari Tasyriiq. Adapun Takbir yang muqayyad, dilakukan pada setiap selesai solat fardhu, dari solat Subuh hari ‘Arafah (9 Dzul-Hijjah) sampai solat ‘Ashr hari Tasyriiq yang terakhir. Dan dalil pensyari’atan takbir tersebut adalah berdasarkan ijma’ dan perbuatan para sahabat radhiyallahu ‘anhum.” (Fatwa no. 10777, diketuai oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz)

Al-Lajnah turut ditanya:

س: نود من سماحتكم الإفادة عن حكم التكبير في أيام التشريق وأيام عيد رمضان المبارك جماعيًّا، وذلك بأن يقول الإمام بعد كل صلاة: الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد. ثم يردد الجماعة بصوت واحد ومرتفع بلحن يكررونها ثلاث مرات بعد كل صلاة، ولمدة ثلاثة أيام، علمًا بأن ذلك سائد في بعض قرى المنطقة الجنوبية.

“Sukacita kami untuk mendapatkan faedah dari kalian yang penuh toleransi tentang hukum takbir pada hari-hari Tasyriiq dan hari ‘Ied Ramadhan Al-Mubarak berjama’ah, di mana dilakukan oleh para imam di setiap kali selesai solat, mereka membaca:

Allaahu akbar, Allaahu akbar, Allaahu akbar, laa ilaaha illallaah, Allaahu akbar, Allaahu akbar wa lillaahil hamd. Kemudian disambut (yakni diikuti) pula oleh para jama’ah dengan suara yang satu (secara bersama-sama dan serentak) dengan intonasi suara yang tinggi serta diulang-ulang sebanyak tiga kali di setiap kali selepas solat, untuk sepanjang tempoh tiga hari, yang mana yang demikian dilakukan pada sebahagian kampung di kawasan selatan.”

ج: التكبير مشروع في ليلتي العيدين، وفي عشر ذي الحجة مطلقًا، وعقب الصلوات من فجر يوم عرفة إلى آخر أيام التشريق؛ لقوله تعالى:  وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ  وقوله تعالى:  وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ ونقل عن الإمام أحمد رحمه الله أنه سئل: أي حديث تذهب إلى أن التكبير من صلاة الفجر يوم عرفة إلى آخر أيام التشريق؟ قال: بالإجماع. لكن التكبير الجماعي بصوت واحد ليس بمشروع بل ذلك بدعة؛ لما ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد، ولم يفعله السلف الصالح، لا من الصحابة، ولا من التابعين ولا تابعيهم، وهم القدوة، والواجب الاتباع، وعدم الابتداع في الدين.

Maka jawab Al-Lajnah Ad-Daa’imah:

“Takbir itu disyari’atkan pada malam ‘dua hari raya, dan pada sepuluh hari pertama bulan Dzul-Hijjah secara muthlaq dan setelah solat-solat (fardhu) bermula dari fajar hari ‘Arafah hingga akhir hari-hari Tasyriiq, berdasarkan firman Allah Ta’ala:

“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian meng-agungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian.” (Surah Al-Baqarah, 2: 185),

dan juga firman-Nya:

“Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah pada hari yang diperkirakan.” (Surah Al-Baqarah, 2: 183).

Dan dinukil daripada Al-Imam Ahmad rahimahullah bahawa beliau pernah ditanya:

“Yakni hadis yang manakah engkau berpendapat bahawa takbir dilaksanakan bermula dari solat Subuh hari ‘Arafah hingga akhir hari-hari Tasyriiq?” Beliau jawab, “Dengan ijma’.”

Akan tetapi takbir jama’i (secara berjama’ah/koir) dengan suara yang satu, itu tidaklah disyari’atkan, sebaliknya ia adalah bid’ah, berdasarkan apa yang tsabit daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda:

“Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami yang bukan bahagian darinya, maka ianya tertolak.”

Perbuatan tersebut tidak pernah dilakukan oleh para salaf as-soleh, tidak dari kalangan sahabat Nabi, tidak para tabi’in, dan tidak juga dari para pengikut tabi’in, dan mereka adalah qudwah (teladan dan contoh dalam beragama). Dan yang wajib (bagi kita) adalah ittiba’ (mengikuti contoh) dan meninggalkan ibtidaa’ (perkara-peraka baru dan bid’ah) dalam agama.” (Fatwa no. 9887, diketuai oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz)

Di antara dalil-dalilnya adalah:

Al-Imam Al-Bukhari menyebutkan (secara mu’allaq):

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ، وَأَبُو هُرَيْرَةَ: يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِي أَيَّامِ العَشْرِ يُكَبِّرَانِ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَوَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ

“Bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah, mereka berdua pernah keluar ke pasar pada hari-hari yang sepuluh (di awal bulan Dzul-Hijjah) sambil bertakbir, dan orang ramai pun mengikuti takbir mereka. Manakala Muhammad bin ‘Ali bertakbir ketika selesai solat sunnah.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, bab: Fadhl Al-‘Amal fi Ayyaam At-Tasyriiq)

Diriwayatkan dalam Akhbaar Makkah oleh Al-Faakihi, berkata Mujaahid:

كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَخْرُجَانِ أَيَّامَ الْعَشْرِ إِلَى السُّوقِ، فَيُكَبِّرَانِ، فَيُكَبِّرُ النَّاسُ مَعَهُمَا، لا يَأْتِيَانِ السُّوقَ إِلا لِذَلِكَ

“Bahawa Abu Hurairah dan Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma pernah keluar ke pasar pada hari yang 10 (di awal Dzul-Hijjah). Lalu mereka bertakbir seraya bertakbirlah orang-orang bersama mereka berdua. Tidaklah datang ke pasar melainkan dengan demikian (dalam keadaan melaungkan takbir).” (Akhbaar Makkah oleh Al-Faakihi, no. 1644)

Dari atsar Tsaabit, beliau berkata:

كَانَ النَّاسُ يُكَبِّرُونَ أَيَّامَ الْعَشْرِ حَتَّى نَهَاهُمُ الْحَجَّاجُ وَالأَمْرُ بِمَكَّةَ عَلَى ذَلِكَ إِلَى الْيَوْمِ، يُكَبِّرُ النَّاسُ فِي الأَسْوَاقِ فِي الْعَشْرِ

“Bahawa orang ramai (yakni pada zaman beliau) bertakbir pada hari yang 10 (di awal Dzul-Hijjah) sampailah Al-Hajjaaj (bin Yusuf Ats-Tsaqafi) melarang mereka. Dan perkara (amalan) tersebut di Makkah, ianya masih berlangsung sampai ke hari ini, orang ramai bertakbir di pasar-pasar pada hari yang 10 (di awal Dzul-Hijjah).” (Akhbaar Makkah oleh Al-Faakihi, no. 1644)

Dari atsar Abu ‘Abdirrahman daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu:

أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ بَعْدَ صَلَاةِ الْفَجْرِ يَوْمَ عَرَفَةَ، إِلَى صَلَاةِ الْعَصْرِ مِنْ آخِرِ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ، وَيُكَبِّرُ بَعْدَ الْعَصْرِ

“Bahawasanya beliau (‘Ali) bertakbir sebaik selesai solat Subuh pada hari ‘Arafah sehingga solat ‘Ashar di hari Tasyriiq yang terakhir. Dan beliau turut bertakbir setelah ‘Ashar.” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, no. 5631, 5632)

Hal yang sama turut diriwayatkan dari ‘Umar Al-Khaththab, ‘Abdullah bin ‘Abbas, dan ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhum. (lihat: Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, no. 1112, 1114, 1115)

Dan ini adalah dalil tentang pensyari’atan takbir muqayyad.

Muhaqqiq dalam mazhab Asy-Syafi’i, iaitu Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H). Beliau berkata dalam kitab beliau, Al-Adzkar terkait takbir muqayyad:Al_Adzkar_Karya_Imam_Nawawi_Azkar

وأما عيدُ الأضحى، فيُكَبِّر فيه من بعد صلاة الصبح مِنْ يَوْمِ عَرَفة إلى أن يصليَ العصر من آخر أيام التشريق، ويكبرُ خلفَ هذه العَصْرِ، ثم يقطع، هذا هو الأصحّ الذي عليه العمل، وفيه خلافٌ مشهورٌ في مذهبنا ولغيرنا، ولكن الصحيح ما ذكرناهُ، وقد جاء فيه أحاديث رويناها في “سنن البيهقي”، وقد أوضحتُ ذلك كلَّه من حيث الحديث، ونقل المذهب في “شرح المهذّب

“Dan adapun takbir bagi ‘Ied Al-Adh-ha, maka takbirnya dilakukan bermula dari solat Subuh hari ‘Arafah (9 Dzul-hijjah) sampailah sebaik selesai solat ‘Ashar pada hari Tasyriiq terakhir. Takbir (yang terakhir) dilaungkan sebaik selesai solat ‘Ashar (di akhir hari Tasyriiq tersebut) kemudian berhenti. Inilah yang sahih untuk diamalkan.

Dan padanya khilaf (terdapat perbezaan pendapat) yang masyhur dalam mazhab kami dan selain kami, tetapi yang sahih adalah apa yang kami sebutkan. Banyak hadis-hadis berkaitan perkara ini yang kami riwayatkan di Sunan Al-Baihaqi, dan kami menjelaskan yang demikian itu seluruhnya dari sudut hadis dan nukilan mazhab (pendapat-pendapat) di kitab Syarh Al-Muhadzdzab.” (Al-Adzkar, m/s. 337 – Tahqiq Amir ‘Ali Yasin)

Di tempat yang lain, Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) turut mengatakan:

وقول أنه من صبح يوم عرفة إلى عصر آخر أيام التشريق وهو الراجح عند جماعة من أصحابنا وعليه العمل في الأمصار

“Dan satu pendapat mengatakan bahawa ia dimulakan dari Subuh Hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) hingga ke ‘Ashar hari terakhir dari hari-hari Tasyriq, dan itulah yang rajih (paling tepat) di sisi sejumlah sahabat-sahabat kami (dari kalangan mazhab Asy-Syafi’i) dan ianya diamalkan di beberapa negeri.” (Syarh Shahih Muslim, 6/180)

Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) menyimpulkan:

حديث وأصح ما ورد فيه عن الصحابة قول على وبن مسعود إنه من صبح يوم عرفة إلى آخر أيام منى أخرجه بن المنذر وغيره والله أعلم

“Perkataan yang paling tepat dalam hal ini adalah apa yang diriwayatkan dari kalangan sahabat berupa perkataan ‘Ali dan Ibn Mas’oud, bahawa takbir ‘Iedul Ad-ha itu bermula dari Subuh hari ‘Arafah sampailah hari terakhir Mina (yakni hari tasyriq yang akhir). Dikeluarkan oleh Ibn Al-Mundzir dan selainnya, wallaahu a’lam.” (Fath Al-Bari, 2/462)

Al-Imam Al-Bukhari turut menyebutkan (yakni meriwayatkan secara mu’allaq):

كَانَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يُكَبِّرُ فِي قُبَّتِهِ بِمِنًى فَيَسْمَعُهُ أَهْلُ الْمَسْجِدِ فَيُكَبِّرُونَ وَيُكَبِّرُ أَهْلُ الْأَسْوَاقِ حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُكَبِّرُ بِمِنًى تِلْكَ الْأَيَّامَ وَخَلْفَ الصَّلَوَاتِ وَعَلَى فِرَاشِهِ وَفِي فُسْطَاطِهِ وَمَجْلِسِهِ وَمَمْشَاهُ تِلْكَ الْأَيَّامَ جَمِيعًا وَكَانَتْ مَيْمُونَةُ تُكَبِّرُ يَوْمَ النَّحْرِ وَكُنَّ النِّسَاءُ يُكَبِّرْنَ خَلْفَ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ وَعُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ لَيَالِيَ التَّشْرِيقِ مَعَ الرِّجَالِ فِي الْمَسْجِدِ

“Bahawa ‘Umar bertakbir di dalam kubahnya (yakni khemahnya) di Mina sehingga ahli masjid (yakni orang-orang di masjid) mendengarnya lalu mereka pun turut serta bertakbir, dan orang-orang yang di pasar-pasar juga turut bertakbir sampailah Mina menjadi gema dengan laungan takbir. Bahawa Ibnu ‘Umar juga pernah bertakbir di Mina ketika hari-hari tersebut sebaik selesai solat (fardhu) di atas tempat tidurnya, di khemahnya, di majlisnya, di tempat berjalannya pada hari-hari tersebut seluruhnya. Bahawa turut pernah bertakbir adalah Maimunah (Isteri Nabi) pada ‘Ied Al-Adh-ha, dan kaum wanita pun turut bertakbir di bekalang Abban bin ‘Utsman dan ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz pada malam-malam hari Tasyriiq bersama kaum lelaki di masjid.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, bab: At-Takbiir Ayyama Mina wa Idza Ghodaa ila ‘Arafah)

Dari Naafi’, bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ فِي الْعِيدَيْنِ مَعَ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسٍ، وَعَبْدِ اللهِ، وَالْعَبَّاسِ، وَعَلِيٍّ، وَجَعْفَرٍ، وَالْحَسَنِ، وَالْحُسَيْنِ، وَأُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ، وَزَيْدِ بْنِ حَارِثَةَ، وَأَيْمَنَ بْنِ أُمِّ أَيْمَنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ رَافِعًا صَوْتَهُ بِالتَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ، فَيَأْخُذُ طَرِيقَ الْحَدَّادِينِ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى، وَإِذَا فَرَغَ رَجَعَ عَلَى الْحَذَّائِينَ حَتَّى يَأْتِيَ مَنْزِلَهُ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau keluar di dua ‘ied (‘Iedul Fithri dan ‘Iedul Adh-ha) bersama Al-Fadhl bin ‘Abbas, ‘Abdullah (bin ‘Abbas), ‘Abbas, ‘Ali, Ja’far, Al-Hasan, Al-Husain, Usamah bin Zaid, Zaid bin Haaritsah, dan Ayman bin Ummi Aiman radhiyallahu ‘anhum, mereka mengangkat suara membaca tahlil (laa ilaaha illallaah) dan takbir (Allaahu Akbar). Mereka mengambil laluan sempit di suatu jalan sampailah tiba di musholla, dan apabila selesai mereka pulang dengan mengambil laluan lain yang lapang sampailah tiba di kediaman masing-masing.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1431. Sunan Al-Kubra al-Baihaqi, no. 6130)

Kata Abi ‘Abdurrahman As-Sulami rahimahullah (dari kalangan tabi’in):

كَانُوا فِي التَّكْبِيرِ فِي الْفِطْرِ أَشَدَّ مِنْهُمْ فِي الْأَضْحَى

“Bahawa mereka (dari kalangan salaf) lebih lantang (bersemangat) ketika bertakbir di ‘Iedul Fithri berbanding pada ‘Iedul Adh-ha.” (Sunan Al-Kubra Al-Baihaqi, no. 6132. Sunan Ad-Daruquthni, no. 1713. Dinilai sahih sanadnya oleh Al-Albani)

Di antara Lafaz-lafaz Takbir mereka

Dari atsar Abu Mijlaz, beliau berkata:

كَانَ ابْنُ عُمَرَ، يَقُولُ:

اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ

“Bahawa Ibnu ‘Umar berkata (bertakbir):

Allaahu akbar wa lillaahil hamd, Allaahu akbar wa lillaahil hamd, Allaahu akbar wa lillaahil hamd, Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lah, lahul Mulku wa lahul hamdu… (kemudian beliau berdoa).” (Masaa’il Al-Imam Ahmad oleh Abi Dawud, no. 706)

Dari atsar ‘Ikrimah, daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallhu ‘anhuma, bahawa beliau bertakbir di awal pagi ‘Arafah sampailah ke hari Nafar yang akhir, dan beliau tidak lagi bertakbir sebaik masuknya maghrib hari tersebut; (lafaz takbir beliau adalah):

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللهُ أَكْبَرُ وَ أَجَلّ، اللهُ أَكْبَرُ عَلَى مَا هَدَانَا

“Allah maha Besar, Allah maha Besar, Allah maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah. Allah maha Besar lagi maha Agung. Allah maha Besar di atas petunjuk yang diberikan kepada kita.” (Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 6280. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari atsar Abu ‘Utsman An-Nahdi, Salman mengajari kami bacaan takbir dengan mengatakan: “Bertakbirlah dengan mengatakan:

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا

“Allah maha Besar, Allah maha Besar, Allah maha Besar.” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 20581. Sunan al-Kubra al-Baihaqi, no. 6282. Dinilai sahih sanadnya oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Dari atsar Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir pada hari-hari Tasyriiq (dengan takbir):

أَللهُ أَكْبَر، اَللهُ أَكْبَر، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ، واَللهُ أكْبَر، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْدُ

“Allah maha Besar (2x), tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah. Allah maha Besar, Allah maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah.” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, no. 5650, 5651, 5653)

Atau, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf-nya, bahawa ‘Abdullah (ibn Mas’oud) beliau bertakbir dari solat subuh di hari ‘Arafah sampailah ke solat ‘Ashar di hari Nahr (hari raya korban), beliau mengatakan (dalam takbirnya):

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

“Allah maha Besar (3x), tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah, Allah maha Besar. Allah maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah.” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, no. 5633. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Wallaahu a’lam.