Allah Ta’ala Istiwa’ di Atas ‘Arsy, di Atas Langit
Al-Imam Abu ‘Utsman Isma’il bin ‘Abdurrahman ash-Shobuni rahimahullah (Wafat: 449H)
‘Aqidah as-Salaf wa Ash-habul Hadits
www.ilmusunnah.com
Ash-habul hadits (para salafush-sholeh, ahli hadis, atau ahlus sunnah wal-jama’ah) meyakini dan mempersaksikan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala istiwa’ di atas langit-Nya yang tujuh, di atas ‘Arsy-Nya. Sebagaimana yang Allah Ta’ala firmankan dalam surah Yunus:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ
“Sesungguhnya Rabb kalian adalah Allah yang telah menciptakan langit-langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia istiwa’ di atas ‘Arsy. Dia mengatur seluruh urusan. Tidak ada satu pun yang dapat memberikan syafa’at melainkan setelah (mendapat) izin-Nya.” (Surah Yunus, 10: 3)
Dan firman Allah Ta’ala dalam surah ar-Ra’d:
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
“Allah yang telah mengangkat langit-langit tanpa tiang yang dapat kalian saksikan, kemudian Dia istiwa’ di atas ‘Arsy.” (Surah ar-Ra’d, 13: 2)
Dan dalam firman-Nya dalam surah al-Furqon:
ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
“Kemudian ar-Rahman (Allah yang maha Pengasih) istiwa’ di atas ‘Arsy. Maka tanyakanlah tentang Dia (Allah) kepada yang dapat mengkhabarkan (iaitu Muhammad).” (Surah al-Furqon, 25: 59)
Dan firman Allah Ta’ala dalam surah As-Sajdah:
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
“Allah yang telah menciptakan langit-langit dan bumi dan yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia istiwa’ di atas ‘Arsy.” (Surah As-Sajdah, 32: 4)
Dan firman Allah Ta’ala:
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ
“Hanya kepada-Nya naik kalimat (perkataan) yang baik.” (Surah Fathir, 35: 10)
Dan firman Allah Ta’ala:
يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ
“Dia mengatur seluruh urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan itu) naik kepada-Nya.” (Surah as-Sajdah, 32: 5)
Dan firman Allah Ta’ala:
ءَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ
“Adakah kalian merasa aman terhadap Allah yang berada di atas langit bahawa Dia tidak membuat kalian ditelan bumi.” (Surah al-Mulk, 67: 16)
Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan tentang Fir’aun yang terlaknat bahawa dia berkata kepada Haamaan:
ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ (36) أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا
“Buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat mencapai pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat kepada tuhan yang disembah oleh Musa. Sesungguhnya aku beranggapan Musa itu berdusta.” (Surah Mu’min, 40: 36-37)
Sesungguhnya Fir’aun mengucapkan hal tersebut kerana dia mendengar Musa ‘alaihis Salam menyebutkan bahawa Rabb-nya di atas langit. Tidakkah engkau melihat kepada firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya aku beranggapan Musa itu berdusta.” Iaitu pada perkataan Nabi Musa bahawa di langit ada Rabb yang disembah.
Ulama umat dan para imam dari kalangan salaf rahimahullah tidak berselisih bahawa Allah di atas ‘Arsy-Nya dan ‘Arsy-Nya di atas langit. Mereka menetapkan perkara yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala dan beriman dengannya. Mereka membenarkan perkara yang telah dikhabarkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Mereka menetapkan secara mutlak perkara yang telah ditetapkan-Nya secara mutlak, bahawa Allah Ta’ala istiwa’ di atas ‘Arsy. Mereka memperlakukan bersesuaian zahirnya, dan mereka mengembalikan ilmunya kepada Allah, dan mengatakan:
آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
“Kami mengimaninya (al-Qur’an) semuanya dari sisi Rabb kami. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 7)
Sebagaimana yang Allah Ta’ala khabarkan tentang perihal orang-orang yang manpan (kukuh) ilmunya bahawa mereka mengatakan hal yang demikian. Dan Allah Ta’ala meredhai mereka dengan (ucapan tersebut) dan memuji mereka kerananya.
Abu al-Hasan ‘Abdurrahman B. Ibrahim B. Muhammad B. Yahya al-Muzakki telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Muhamamd B. Daud B. Sulaiman az-Zahid mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
‘Ali B. Muhammad B. Ubaid Abu al-Hasan al-Hafiz (beliau asalnya adalah hamba yang dimerdekakan) telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Abu Yahya B. Kaisibah al-Warraq mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Muhammad B. Al-Asyras al-Warraq Abu Kinanah telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Abu al-Mughirah al-Hanafi telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Qurrah B. Khalid telah mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Hasan daripada ibunya, daripada Ummu Salamah radhiyallahu ‘anhu tentang firman Allah Ta’ala:
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Allah yang maha Pengasih istiwa’ di atas ‘Arsy.” (Surah Thoha, 20: 5)
Beliau berkata: “Istiwa’ itu tidaklah majhul (tidak diketahui), kaifiyyah-nya (bagaimana keadaannya) tidak diketahui, mengimaninya adalah wajib, dan mengingkarinya adalah kekafiran.” (Pentahqiq: Ucapan ini dihafal dari sekelompok salaf seperti Rabi’ah ar-Ra’yi, Malik B. Anas, dan Abu Ja’far at-Tirmidzi. Adapun riwayat dari Ummu Salamah, ia tidaklah sahih. (Adz-Dzahabi, al-‘Uluw, no. 65)
Abu al-Hasan B. Abi Ishaq al-Muzakki B. Al-Muzakki telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Ahmad B. Al-Khidr Abu al-Hasan asy-Syafi’i telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Syadzan telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Ibnu Makhlad B. Yazid al-Quhustani telah mengkhbarkan kepada kami, beliau berkata:
Ja’far B. Mainum telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Imam Malik B. Anas ditanya tentang firman Allah:
“Allah yang maha Pengasih istiwa’ di atas ‘Arsy.” (Surah Thoha, 20: 5), bagaimana cara Dia beristiwa’?” Maka beliau jawab, “Istiwa’ itu sudah diketahui (maknanya), kaifiyyah-nya (bagaimana keadaannya) tidaklah diketahui, mengimaninya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Aku tidak melihat engkau kecuali sebagai orang yang sesat.”
Kemudian orang tersebut diperintahkan untuk keluar dari majlis beliau.
Abu Muhammad al-Makhladi al-Adl telah mengkhabarkan kepad akami, beliau berkata:
Abu Bakr ‘Abdullah B. Muhammad B. Muslim al-Isfiraini, beliau berkata:
Abu al-Husain ‘Ali B. Al-Hasan, beliau berkata:
Salamah B. Syabib, beliau berkata:
Mahdi B. Ja’far B. Maimun ar-Ramli telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Ja’far B. ‘Abdillah, beliau berkata:
“Seseorang datang kepada Malik B. Anas bertanya kepadanya tentang firman Allah, “Allah yang maha Pengasih istiwa’ di atas ‘Arsy.” (Surah Thoha, 20: 5). Bagaimana cara Dia ebr-istiwa’?”
Ja’far B. ‘Abdillah berkata:
Maka saya tidak melihat beliau marah kerana sesuatu seperti marahnya beliau kerana ucapan orang tersebut. Beliau pun berpeluh, manakala orang-orang pun menundukkan pandangan mereka, menunggu apa yang akan beliau perintahkan berkaitan dengan orang tersebut.
Ketika kemarahan beliau telah mereda, beliau berkata:
“Kaifiyyah tidak-lah diketahui, dan istiwa’ itu maklum (difahami maknanya), mengimaninya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Dan sesungguhnya saya takut engkau akan menjadi orang yang sesat.” Kemudian orang tersebut diperintahkan untuk dikeluarkan. (Ad-Darimi, ar-Raddu ‘ala al-Jahmiyyah, no. 104. Hasan)
Datukku, Abu Hamid Ahmad B. Isma’il, mengkhabarkan hal tersebut kepadaku, daripada datuk ayahku, iaitu Abu ‘Abdillah Muhammad B. Adi Hamdawaih ash-Shabuni.
Muhammad B. Ahmad B. Abi ‘Aun an-Nasawi berkata:
Salamah B. Syu’aib telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Mahdi B. Ja’far ar-Ramli telah mengkhabarkan kepadaku, beliau berkata:
Ja’far B. ‘Abdillah menglhabarkan kepada kami, beliau ebrkata:
Seorang lelaki datang kepada Malik B. Anas seraya berkata:
“Wahai Abu ‘Abdillah, “Allah yang Maha Pengasih istiwa’ di atas ‘Arsy.” (Surah Thoha, 20: 5), bagaimanakah cara Dia ber-istiwa’?”
Ja’far B. ‘Abdillah berkata: “Kami tidak eprnah melihat Malik marah kerana sesuatu apapun sebagaimana marahnya beliau kerana ucapan orang itu.”
Dan beliau (Ja’far B. ‘Abdillah) menyebutkan kisah yang semakna dengan riwayat yang lalu.
Abu ‘Ali al-Husain B. Al-Fadhl al-Bajali ditanya tentang istiwa’:
“Bagaimana istiwa’-nya Allah di atas ‘Arsy?”
Maka beliau berkata:
“Saya tidak mengetahui sedikitpun dari perkara ghaib melainkan sekadar apa yang telah dijelaskan kepada kita. Dan Allah (yang maha Mulia penyebutan-Nya) telah mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia ber-istiwa’ di atas ‘Arsy-Nya, dan tidak mengkhabarkan kepada kita bagaimana tata cara istiwa’-Nya.”
Abu ‘Abdillah al-Hafiz telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Abu Bakr Muhammad B. Daud az-Zahid telah mengkhabarkan kepada kami, beliau ebrkata:
Muhammad B. ‘Abdirrahman as-Saami telah mengkhabarkan kepada kami, beliau ebrkata:
‘Abdullah B. Ahmad B. Syabawaih al-Marwazi telah mengkhabarkan kepada-ku, beliau berkata:
Saya telah mendengar ‘Ali B. Al-Hasan B. Syaqiq, beliau berkata:
Saya telah mendengar ‘Abdullah B. Al-Mubarak berkata:
“Kami meyakini Rabb kami berada di atas tujuh langit, istiwa’ di atas ‘Arsy, terpisah dari makhluk-Nya. Kita tidak akan mengatakan sebagaimana yang dinyatakan oleh Jahmiyyah bahawa sesungguhnya Allah di sini.” Kemudian beliau berisyarat ke bumi. (Diriwayatkan oleh ‘Abdullah B. Ahmad dalam as-Sunnah, no. 22216. Ad-Darimi, ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah, no. 67, 162. Al-Baihaqi, al-Asma’ wa ash-Shifat, m/s. 517. Sahih)
Saya telah mendengar al-Hakim Abu ‘Abdillah al-Hafiz dalam kitabnya, at-Taariikh yang beliau tulis untuk penduduk Naisabur, dan dalam kitabnya, Ma’rifah al-‘Ulum al-Hadits, yang keduanya telah selesai beliau tulis (belum pernah ada yang mendahului beliau menulis semisal ini), beliau berkata:
Saya telah mendengar Abu Ja’far Muhammad B. Soleh B. Hani berkata:
Saya telah mendengar Abu Bakr Muhammad B. Ishaq B. Khuzaimah berkata:
“Siapa yang tidak menetapkan bahawa Allah di atas ‘Arsy-Nya dan ber-istiwa’ di atas tujuh langit-Nya, maka dia kafir kepada Rabb-nya, halal darahnya, perlu diminta kepadanya agar bertaubat. Kalau dia bertaubat, maka itu yang diharapkan. Kalau tidak, maka lehernya dipenggal dan dibuang jasadnya ke salah satu tempat sampah, sehingga kaum Muslimin dan kafir mu’ahhad tidak emrasa terganggu olehnya disebabkan bau bangkainya, dan hartanya adalah fa’i, serta tidak seorangpun dari kaum muslimin yang mewarisinya. Sebab seorang Muslim tidak-lah mewarisi dari orang yang kafir, sebagaimana yang telah dikatakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
لاَ يَرِثُ المُسْلِمُ الكَافِرَ وَلاَ الكَافِرُ المُسْلِمَ
“Seorang muslim tidak mewarisi orang kafir, dan orang kafir tidak mewarisi seorang Muslim.” (Shahih al-Bukhari, no. 6764. Muslim, no. 1614)
Imam kita, Abu ‘Abdillah Muhammad B. Idris asy-Syafi’i berhujah dalam al-Mabsuth (dalam salah satu bab di kitab al-Umm, 5/402) pada masalah pembebasan hamba wanita mukminah dalam masalah kaffarah, dan selain wanita mukminah tidak sah membayar kaffarah dengannya, berdasarkan hadis Mu’awiyah B. Al-Hakam. Di mana Mu’awiyah bermaksud membebaskan hamba perempuan hitam sebagai kaffarah. Beliau bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang pembebasan hamba wanita tersebut.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengujinya. Beliau bertanya kepada hamba wanita tersebut, “Siapakah aku?” Maka hamba wanita itu berisyarat kepada beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan ke langit. Wanita itu memaksudkan bahawa Rasulullah adalah utusan Allah yang berada di langit. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
أَعْتِقْهَا، فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ
“Bebaskan (merdekakan)-lah dia, kerana dia adalah mukminah (termasuk wanita yang beriman).” (Shahih Muslim, no. 537)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menghukumi akan ke-islaman dan ke-imanannya, ketika wanita tersebut menetapkan bahawa Rabb-nya di atas langit, dan dia mengenal Rabb-nya dengan sifat ‘Uluw dan ketinggian. Sesungguhnya Imam asy-Syafi’i rahimahullah berhujah dengan hadis ini terhadap orang-orang yang menyelisihi (beliau) yang berpendapat bolehnya membebaskan (memerdekakan) hamba yang kafir dalam membayar kaffarah kerana keyakinan Imam asy-Syafi’i bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala berada di atas makhluk-Nya dan berada di langit-Nya yang tujuh di atas ‘Arsy-Nya, sebagaimana ini merupakan keyakinan kaum muslimin dari kalangan Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, sama ada generasi yang terdahulu atau pun yang terkemudian. Tidaklah mungkin Imam asy-Syafi’i meriwayatkan satu pun hadis yang sahih, kemudian tidak berpendapat dengannya.
Al-Hakim Abu ‘Abdillah rahimahullah telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Al-Imam Abu al-Walid Hassan B. Muhammad al-Faqih telah memberitahukan kepada kami, beliau berkata:
Ibrahim B. Mahmud telah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata:
Saya telah mendengar ar-Rabi’ B. Sulaiman, beliau ebrkata:
Saya telah mendengar asy-Syafi’i rahimahullah berkata:
“Apabila kalian melihat aku berpendapat dengan suatu pendapat, dan telah sahih daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menyelisihi pendapat-ku, maka ketahuilah bahawa akalku telah pergi.”
Al-Hakim rahimahullah berkata:
Saya telah mendengar Abu al-Walid beberapa kali, beliau berkata:
Dikhabarkan kepada-ku daripada az-Za’farani bahawa Imam asy-Syafi’i rahimahullah suatu hari meriwayatkan sebuah hadis. Maka ada seseorang yang ebrtanya:
“Wahai Abu ‘Abdillah, adakah kamu berpendapat dengan hadis tersebut?”
Beliau menjawab:
“Adakah kamu melihat-ku berada di tempat peribadatan orang Yahudi atau di gereja? Adakah engkau melihat aku memakai pakaian orang-orang kafir? (Tiak lain, bukankah) engkau aku di masjid kaum muslimin, aku memakai pakaian kaum muslimin, menghadap ke kiblat mereka. Maka adakah mungkin aku meriwayatkan satu hadis daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian aku tidak berpendapat dengannya?!”
Perbezaan antara ahlus sunnah dengan ahlul bid’ah, bahawa ahlul bid’ah apabila mereka mendengar hadis tentang sifat-sifat Allah, mereka langsung menolaknya dan tidak menerimanya, atau mereka menerima zahirnya kemudian mereka memalingkan maknanya dengan tujuan untuk menghilangkan makna hadis yang sebenarnya. Mereka menggunakan tipu daya akal dan pemikiran mereka dalam hal tersebut. Mereka mengetahui benar-benar dan sepenuh keyakinan bahawa yang dikatakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itulah yang sebenarnya. Kerana beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang yang paling mengenal Rabb-nya ‘Azza wa Jalla dari yang lainnya, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak mengatakan tentang Allah melainkan kebenaran, kejujuran, dan dari wahyu. Allah Ta’ala berfirman:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
“Dan tidak-lah Muhammad berbicara dengan hawa nafsunya melainkan dengan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah an-Najm, 53: 3-4)
Az-Zuhri (imamnya para imam) dan yang lainnya dari kalangan para ulama ummat berkata:
“Allah-lah yang menjelaskan, Rasulullah-lah yang menyampaikan, dan wajib bagi kita untuk menerima.”
Yunus B. ‘Abdishomad B. Ma’qil telah meriwayatkan daripada bapanya, bahawa al-Ja’d B. Dirham datang kepada Wahb B. Munabbih bertanya tentang sifat-sifat Allah Ta’ala. Maka Wahb menjawab:
“Celaka engkau wahai Ja’d. Pada sebahagian masalah, wahai Ja’d, dan sesungguhnya aku beranggapan engkau termasuk orang-orang yang binasa, seandainya Allah tidak mengkhabarkan kepada kita dalam kitab-Nya bahawa Dia memiliki tangan, mata, dan wajah, maka kita akan mengatakan hal tersebut. Bertaqwalah kepada Allah!” Tidak lama setelah itu, Ja’d dibunuh dan disalib.
Khalid B. ‘Abdillah al-Qasri berkhutbah pada hari ‘Idul Adh-ha di Bashrah. Beliau berkata di akhir khutbahnya:
“Kembalilah kalian ke rumah-rumah kalian, dan berkorban-lah, semoga Allah memberkahi kalian pada korban kalian. Sungguh pada hari ini saya akan berkorban dengan al-Ja’d B. Dirham, kerana beliau mengatakan:
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan Ibrahim sebagai khalil (kekasih) dan Allah benar-benar tidak berbicara kepada Musa. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan al-Ja’d dengan ketinggian yang sebesar-besarnya.” Lalu beliau turun dari mimbar dan menyembelih al-Ja’d dengan tangannya dan memerintahkannya untuk disalib. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Khalqu Af’al al-‘Ibad, no. 3. Tarikh al-Kabir, no. 64. Ad-Darimi, ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah, 13/388. Dinilai dha’if oleh pentahqiq. Walau bagaimanapun riwayat tersebut masyhur sebagaimana kata adz-Dzahabi dalam Mizan al-I’tidal, 1/399)
Sumber: Kitab ‘Aqidah as-Salaf wa Ash-habul Hadits karya Al-Imam Ash-Shabuni rahimahullah.
Kata Al-Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H):
كان شيخ الإسلام الصابوني فقيها محدثا وصوفيا واعظا كان شيخ نيسابور في زمانه له تصانيف حسنة سمع من أصحاب ابن خزيمة والسراج توفي سنة تسع وأربعين وأربعمائة
“Beliau (Imam ash-Shabuni) adalah Syaikh al-Islam ash-Shobuni, orang yang faqih, ahli hadis, yang memahmi tasawuf, Syaikh besar di Naisabur pada zamannya, pemilik karya-karya tulis yang bagus, beliau mendengar (meriwayatkan hadis) daripada para pengikut Ibnu Khuzaimah dan as-Sarraj. Beliau wafat pada tahun 449H.” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 567)