Al-Imam Asy-Syafii rahimahullah Mengimani Allah di Atas Langit
Al-Imam Abu ‘Utsman Ismail Ibn ‘Abdirrahman Ash-Shobuni rahimahullah (373H-449H)
www.ilmusunnah.com
Al-Imam Abu ‘Utsman Isma’il Ibn ‘Abdirrahman Ash-Shobuni rahimahullah (Wafat: 449H)[1] berkata:
وإمامنا أبو عبد الله محمد بن إدريس الشافعي رضي الله عنه احتج في كتابه المبسوط في مسألة إعتاق الرقبة المؤمنة في الكفارة وأن غير المؤمنة لا يصح التكفير بها، بخبر معاوية بن الحكم رضي الله عنه، وأنه أراد أن يعتق الجارية السوداء لكفارة، وسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن إعتاقه إياها فامتحنها رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال صلى الله عليه وسلم لها: من أنا؟ فأشارت إليه وإلى السماء، تعني: أنك رسول الله الذي في السماء، فقال صلى الله عليه وسلم: أعتقها؛ فإنها مؤمنة،
“Dan Imam kita, Al-Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu telah berhujah di kitabnya, Al-Mabsuth[2] pada permasalahan memerdekakan hamba perempuan beriman dalam persoalan (membayar) kaffarah, di mana pembayaran kaffarah dengan membebaskan hamba perempuan yang tidak beriman tidaklah sah berdasarkan hadis Mua’wiyah bin Al-Hakam radhiyallahu ‘anhu.
(Di mana) bahawasanya beliau (Mu’awiyah bin Al-Hakam) berniat untuk memerdekakan seorang hamba perempuannya yang hitam sebagai kaffarah. Lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang hal tersebut.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun mengujinya (bagi memastikan keimanannya). Beliau bertanya kepada hamba perempuan itu:
“Siapakah aku?”
Maka hamba perempuan tersebut pun berisyarat kepada beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan ke langit.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bebaskanlah dia, kerana dia seorang perempuan yang beriman.”[3]
فحكم رسول الله صلى الله عليه وسلم بإسلامها وإيمانها لما أقرت بأن ربها في السماء، وعرفت ربها بصفة العلو والفوقية، وإنما احتج الشافعي رحمة الله عليه على المخالفين في قولهم بجواز إعتاق الرقبة الكافرة في الكفارة بهذا الخبر، لاعتقاده أن الله سبحانه فوق خلقه وفوق سبع سماواته على عرشه كما هو معتقد المسلمين من أهل السنة والجماعة سلفهم وخلفهم؛ إذ كان رحمه الله لا يروي خبراً صحيحاً ثم لا يقول به.
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menghukumi keislaman dan keimanannya ketika hamba perempuan tersebut mengakui bahawa Rabbnya di langit, dan beliau mengenal Rabbnya dengan sifat Al-‘Uluw (Ketinggian) dan Al-Fauqiyyah (tinggi di atas seluruh makhluk). Dan bahawasanya Al-Imam Asy-Syafi’i rahmatullahi ‘alaih berhujah dengan hadis ini atas orang-orang yang menyelisihi beliau yang mana mereka berpendapat bolehnya membebaskan hamba yang kafir bagi pembayaran kaffarah, sedangkan Al-Imam Asy-Syafi’i menetapkan bahawa kaffarah mestilah dengan hamba yang beriman berdasarkan hadis ini.
Di sini menunjukkan i’tiqad Al-Imam Asy-Syafi’i adalah beliau mengimani Allah Subhanahu wa Ta’ala tinggi di atas makhluk-makhluk-Nya dan di atas tujuh langit-langit-Nya di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana i’tiqad kaum muslimin dari kalangan ahlus sunnah wal-jama’ah generasi terdahulu mahupun terkemudian. Tidaklah mungkin Al-Imam Asy-Syafi’i meriwayatkan suatu hadis yang sahih, namun kemudian beliau tidak berpendapat dengannya.”
وقد أخبرنا الحاكم أبو عبد الله رحمه الله قال: أنبأنا الإمام أبو الوليد حسان بن محمد الفقيه قال: حدثنا إبراهيم بن محمود قال: سمعت الربيع بن سليمان يقول: سمعت الشافعي رحمه الله يقول: إذا رأيتموني أقول قولاً وقد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم خلافه فاعلموا أن عقلي قد ذهب.
“Al-Hakim Abu ‘Abdillah rahimahullah telah mengkhabarkan kepada kami, … dari Ar-Rabi’ bin Sulaiman (salah seorang murid besar Imam Asy-Syafi’i), beliau berkata, “Aku mendengar Asy-Syafi’i rahimahullah berkata:
“Apabila engkau melihat aku berpendapat dengan suatu pendapat, namun telah sahih daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bahawa ianya menyelisihi pendapatku, maka ketahuilah bahawa akalku telah pergi.”[4].”
قال الحاكم رحمه الله: سمعت أبا الوليد غير مرة يقول: حدثت عن الزعفراني أن الشافعي رحمه الله روى يوماً حديثاً فقال السائل: يا أبا عبد الله! تقول به؟ قال: تراني في بيعة أو كنيسة؟! ترى علي زي الكفار؟! هو ذا تراني في مسجد المسلمين علي زي المسلمين مستقبل قبلتهم، أروي حديثاً عن النبي صلى الله عليه وسلم ثم لا أقول به؟!].
“Telah berkata Al-Hakim rahimahullah, “Aku telah mendengar Abu Al-Walid bukan hanya sekali yang beliau mengatakan, telah menceritakan kepadaku dari Az-Za’faraani bahawa Asy-Syafi’i rahimahullah pernah di suatu hari meriwayatkan suatu hadis, lalu seseorang bertanya kepadanya:
“Wahai Abu ‘Abdillah (yakni Asy-Syafi’i – pent.), adakah engkau berpendapat dengan hadis tersebut?”
Maka Asy-Syafi’i pun menjawab:
“Adakah engkau melihat aku sedang berada di rumah ibadat Yahudi atau gereja Nashara?! Adakah engkau melihat aku memakai pakaian orang-orang kafir?!
(Bahkan sebaliknya), bahawa engkau melihat aku di masjid kaum muslimin, memakai pakaian kaum muslimin, dan menghadap kiblat mereka (kaum muslimin). Lalu, adakah mungkin apabila aku meriwayatkan suatu hadis dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam namun aku tidak berpendapat dengannya?!”
والفرق بين أهل السنة وبين أهل البدع: أنهم إذا سمعوا خبراً في صفات الرب ردوه أصلاً ولم يقبلوه، أو للظاهر ثم تأولوه بتأويل يقصدون به رفع الخبر من أصله، وإبطال عقولهم وآرائهم فيه، ويعلمون حقاً يقيناً أن ما قاله رسول الله صلى الله عليه وسلم فعلى ما قاله، إذ هو كان أعرف بالرب جل جلاله من غيره، ولم يقل فيه إلا حقاً وصدقاً ووحياً، قال الله عز وجل: {وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى * إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى} [النجم:3 – 4].
“Perbezaan antara ahli sunnah dengan ahli bid’ah, bahawa ahli bid’ah apabila mereka mendengar hadis tentang sifat-sifat Allah, mereka langsung menolaknya dan tidak menerimanya, atau mereka menerima zahirnya kemudian mereka memalingkan maknanya dengan tujuan untuk menghilangkan makna hadis yang aslinya. Mereka (ahli bid’ah) menggunakan tipu-daya akal dan pemikiran mereka dalam hal tersebut.
Mereka (yakni ahli sunnah) mengetahui dengan haq (benar) dan sepenuh keyakinan bahawa yang dikatakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itulah yang sebenarnya. Kerana beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang yang paling mengenal Rabb-nya ‘Azza wa Jalla dari yang lainnya, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak mengatakan tentang Allah melainkan dengan kebenaran, kejujuran, dan dari wahyu. Allah Ta’ala berfirman:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
“Dan tidak-lah Muhammad berbicara dengan hawa nafsunya melainkan dengan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah an-Najm, 53: 3-4)
قال الزهري رحمه الله إمام الأئمة وغيره من علماء الأمة رضي الله عنهم: على الله البيان، وعلى الرسول البلاغ وعلينا التسليم.
Al-Imam Az-Zuhri (imamnya para imam) dan yang lainnya dari kalangan para ulama ummat radhiyallahu ‘anhum berkata:
“Allah-lah yang menjelaskan, Rasulullah-lah yang menyampaikan, dan wajib bagi kita untuk menerima (dengan taslim; tunduk berserah diri).”
– Sekian nukilan.
Rujukan:
‘Aqidah As-Salaf wa Ashhabil Hadits oleh Al-Imam Abu ‘Utsman Isma’il bin ‘Abdirrahman Ash-shobuni rahimahullah (Wafat: 449H), m/s. 188-190 – Tahqiq Dr. Nashir bin ‘Abdirrahman bin Muhammad Al-Juday’, (Daar Al-‘Aashimah, Cet. 2 (1419H)).
Baca juga artikel dengan judul, Istiwa Allah Sebagaimana Yang Difahami oleh Al-Imam ASy-Syafi’i.
[1] Abu ‘Utsman Ash-Shobuni adalah salah seorang ulama’ bermazhab Asy-Syafi’i (sebagaimana dijelaskan oleh Al-Hafiz Adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam An-Nubala’):
الإِمَامُ، العَلاَّمَةُ، القُدْوَةُ، المُفَسِّرُ، المُذَكِّرُ، المُحَدِّثُ، شَيْخُ الإِسْلاَمِ، أَبُو عُثْمَانَ إِسْمَاعِيْلُ بنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بنِ أَحْمَدَ بنِ إِسْمَاعِيْلَ بنِ إِبْرَاهِيْمَ بنِ عَابِدِ بن عَامِرٍ النَّيْسَابُوْرِيُّ، الصَّابُوْنِيُّ
“Beliau adalah: Al-Imam, Al-‘Allamah (yang berilmu), seorang qudwah (ikutan/contoh), Al-Mufassir (ahli tafsir), penghafaz, Al-Muhaddits (ahli hadis), Syaikh Al-Islam Abu ‘Utsman ‘Isma’il bin ‘Abdirrahman bin Ahmad bin ‘Isma’il bin Ibrahim bin ‘Abid bin ‘Amir An-Naisaburi Ash-Shobuni.”
Al-Imam Al-Baihaqi menyebutkan tentang Abu ‘Utsman Ash-Shobuni rahimahullah:
إِمَام المُسْلِمِيْنَ حَقّاً، وَشيخُ الإِسْلاَم صدقاً، أَبُو عُثْمَانَ الصَّابُوْنِيّ
“Beliau adalah Imam kaum muslimin yang haq (di atas kebenaran), dan beliau adalah seorang Syaikh Al-Islam yang jujur; Abu ‘Utsman Ash-Shobuni.” (lihat: Siyar A’lam An-Nubalaa’, 18/40-41)
[2] Salah satu bab di Kitab Al-Umm oleh Al-Imam Asy-Syafi’i. Lihat: Al-Umm oleh Al-Imam Asy-Syafi’i, 5/266, 267.
[3] Sebagaimana potongan hadis dalam Shahih Muslim daripada Mu’awiyah bin Al-Hakam:
فَقَالَ لَهَا: «أَيْنَ اللهُ؟»، قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: «مَنْ أَنَا؟»، قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ. قَالَ: أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤمِنَةٌ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepadanya:
“Di mana Allah?” Hamba perempuan itu pun menjawab, “Di atas langit.” Rasulullah bertanya lagi, “Siapa aku?” Wanita itu menjawab, “Engkau adalah utusan Allah.” Maka Rasulullah pun bersabda:
“Bebaskanlah dia, kerana dia adalah seorang perempuan beriman.” (Al-Umm, 5/266-267. Shahih Muslim, no. 537. Dan juga di kitab-kitab besar yang lainnya)
Telah dapat kita saksikan pada hari ini, sebahagian ahli bid’ah telah berusaha keras untuk menolak keabsahan hadis ini; di mana ada di antara mereka yang menda’ifkannya, mentakwilkannya, dan ada yang mengingkarinya sama sekali.
[4] Diriwayatkan oleh Abu Hatim Ar-Razi di kitab beliau, Adab Asy-Syafi’i wa Manaqibihi, m/s. 67. Abu Nu’aim di kitab beliau, Hilyah Al-Auliyaa’, 9/106.