Asingnya mereka yang mengamalkan Islam yang benar dapat dilihat dengan jelas disebabkan beberapa fenomena berikut:
1 – Banyaknya ritual-ritual agama (bentuk-bentuk ibadah) gaya baru yang disandarkan kepada Islam dan dilabelkan sebagai sebahagian daripada sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengannya, ia telah menutupi bentuk-bentuk agama dan cara beribadah yang sebenar berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah yang difahami sebagaimana generasi awal Umat Islam (para sahabat) mengamalkannya.
2 – Pelbagai jenis ritual ibadah bentuk baru itulah yang dinamakan sebagai bid’ah sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
Bid’ah-bid’ah inilah yang menjauhkan manusia dari mengamalkan agama yang sebenarnya. Lalu mereka yang mengamalkan agama yang tulen dipandang serong dan seakan-akan menjadi asing (pelik).
3 – Disebabkan masing-masing mahu menjuarai dalam agama, maka perpecahan pun berlaku dengan berleluasa. Masing-masing kelompok membina agama berdasarkan aliran pemikiran dan hawa nafsu masing-masing. Mereka meninggalkan petunjuk dan garis panduan sebenar di dalam memahami agama yang telah sedia diwariskan dari generasi para salafus Sholeh (generasi awal umat Islam yang soleh). Mereka tidak mempedulikan firman Allah Subahanhu wa Ta’ala supaya mengikuti dengan baik jejak-jejak yang dirintis oleh para Salafus Sholeh (pendahulu terbaik dari umat ini):
4 – Kebodohan (kejahilan) yang begitu marak dan leluasa melanda sebahagian besar umat Islam. Ilmu berkenaan aqidah dan dasar-dasar ‘ubudiyyah kering dari mengalir di dalam jiwa dan sanubari mereka. Lebih malang lagi, mereka meninggalkan usaha untuk memahaminya dan terus hanyut disibukkan dengan urusan selainnya yang semakin menjauhkan mereka dari kebenaran.
5 – Berpalingnya manusia dari agama dengan memahami agama itu dengan keinginan hawa nafsu masing-masing.
6 – Taklid buta di dalam soal beragama menjadi suatu kebiasaan. Mereka selesa untuk beragama dengan agama yang mereka perolehi dari apa yang datuk nenek mereka amal dan wariskan walau pun apa yang datang dari datuk nenek mereka itu adalah suatu kebatilan. Kesalahan dari datuk nenek mereka terus diperturunkan dari suatu generasi ke generasi seterusnya disebabkan kejahilan mereka yang meninggalkan sikap ilmiyah dan kritis dalam memahami sumber-sumber agama yang benar.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi peringatan:
7 – Taklid buta dengan apa keluar dari mulut-mulut manusia yang digelarkan sebagai Ustaz mahu pun ulama menjadi suatu perkara yang biasa. Mereka merasa puas dan cukup dengan perkataan ustaz dan ulama. Lalu mereka mengabaikan perkataan yang lebih agung iaitu dari Kalam Allah dan perkataan Rasul-Nya. Ia menjadi lebih parah apabila perasaan taksub dan fanatik menguasai hati-hati mereka dengan tidak mahu mengakui setiap manusia itu mungkin berbuat salah dan tidak maksum.
Imam asy-Syafi’e rahimahullah berpesan:
Begitulah serba sedikit berkenaan beberapa fenomena yang menjadikan golongan yang mengamalkan Islam yang tulen lagi sahih tersisih dan terasing. Mereka yang berada di atas kebenaran itu dipandang asing lagi pelik. Lebih parah, mereka bukan sahaja diasingkan, malah turut ditohmah dengan pelbagai bentuk fitnah dan kedustaan. Mereka dilabel sebagai sesat dan menyimpang.
Walhal, itu adalah disebabkan kejahilan golongan yang melabel itu sendiri lantaran jauhnya mereka dari ilmu dan sunnah-sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Jika mereka mahu meluangkan masa-masa mereka untuk menela’ah, nescaya mereka akan menemui semua itu sebenarnya bersumberkan kepada sandaran yang jelas dari Kalamullah dan as-Sunnah yang terang benderang…
5 Comments
Samalah kita
bahkan dakwah salaf ditentang habis-habisan. Ada orang tu sampai yelling on the face atas pendakwah salafiyyah. ada lagi diceritakan hadis, tapi ditolak mentah2. Jahil tapi rasa pandai (masalah orang sekarang).
Diorang cakap kau bagitahu salah orang … tapi kita rasa kalau tak cakap samapi bila lagi nak sampaikan dakwah. Ada pulak orang tu, kata dakwah biarlah secara berhikmah tapi tak cakap2 dakwah sebab belum sampai masa hikmah. Nak tunggu masa majlis2 susah pulak sebab bukan kita yang imam tapi tekong tahlil, yasin dan zikir jadi kepala
Wan,
Salam Alaykum
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).”
1) Islam itu bermula dalam keadaan asing: Pengnut dan pengamal Islam ketika mulanya dipandang asing, berlawanan cara hidup semasa maka ditindas dan disingkirkan dari arus perdana kehidupan semasa.
2) … dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya: Di akhir zaman ini (sebelum kiamat) penganut dan pengamal Islam yang diwariskan Rasullah saw mengamalkan sebagaimana dalam Kitab dan Sunnahnya juga dipandang asing, berlawanan cara hidup semasa maka ditindas dan disingkirkan dari arus perdana kehidupan semasa.
Umpamanya bentuk Islam yang tidak sesuai dan dipersetujui oleh USA, dunia Barat dan sekularismenya pasti akan tidak dibenarkan duduk semeja, akan dilebel ekstrimis, fundamentalis malahan teroris lalu disingkir-asingkan dan dijadikan pelarian lalu dikandang seperti ternak dan disembelih bila-bila masa pun at their leisure and pleasure. Demikian ghareebnya Islam sebagaimana diprophasikan olih Rasulullah saw. di akhir zaman ini.
3) Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’): Maka beruntunglah jika tetap berpegang kepada Qur'an dan Sunnah at whatever cost.
Jika seseorang itu tak sanggup to keep to Islam as per The Qur'an and Sunnah at whatever cost ini, maka Islamnya tersecularised as per the wish of the globalised world just to survive and his Islam is no longger ghareeb … no longer situated within keberuntungan sebagaimana disabdakan Rasulullah saw 1430 tahun dahulu.
Hari ini kebanyakan negara Islam bersama-sama memerangi Islam. Bagaimana pendapat?
Assalamualaikum,
Maaf dengan sedikit teguran di sini. Adab berdakwah, jaranglah kita menonjolkan diri kita melebihi dari yang lain kerana ditakuti berlaku ketaksuban dan sifat ujub. Jika orang tidak mahu menerima apa yang kita sampaikan, usah merungut, menyebarkan dan menyatakan kekecewaan kita. Ini adalah kerana tugas hamba Allah adalah berdakwah tetapi hidayah cuma datangnya dari Allah. Seperkara lagi, jangan menganggap ilmu yg kita ada dan sudah diperolehi oleh kita sudah mencukupi, kajilah dan rujuklah ilmu dari semua sudut iaitu dari ilmuwan rujukan salafiyyah atau ilmuwan yang tidak sealiran dengannya. Ini adalah kerana kita wajib berlaku adil.
Wa 'alaikumussalam…
Sebenarnya artikel tersebut bersifat umum. Bergantung kpd cara pembaca memahaminya.
Artikel di atas asalnya diambil dari buku: Hanya Islam Bukan Wahhabi.
Walau bagaimana pun terima kasih kerana memberi komen.