Adab-adab Ziarah Kubur Yang Sunnah
1 >> Disunnahkan ziarah Kubur
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، فَزُورُوهَا
“Dulu aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kuburan, tetapi sekarang ziarahilah.” (Shahih Muslim, no. 977. Kitab al-Jana’iz)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يَزُورَ فَلْيَزُرْ، وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا
“Dulu aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kuburan, maka sekarang, sesiapa yang mahu menziarahi kubur, maka ziarahlah, dan janganlah mengucapkan kata-kata yang bathil.” (Sunan Ash-Shaghir An-Nasaa’i, no. 2033. Dinilai Sahih oleh Al-Albani)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ ثَلَاثٍ: عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا، وَلْتَزِدْكُمْ زِيَارَتُهَا خَيْرًا
“Dulu aku melarang kamu dari tiga perkara (iaitu) menziarahi kubur, tetapi sekarang, ziarahilah ia dan hendaklah ziarah yang kamu lakukan itu menambah kebaikan… (Sunan Ash-Shaghir an-Nasaa’i, no. 4429, 5653. Bab: Al-Idznu fii dzalika)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
زُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُمْ الْآخِرَةَ
“Ziarahilah kubur, kerana ia dapat mengingatkan kamu kepada akhirat.” (Sunan Ibnu Majah, no. 1558. Bab: Ziarah al-Qubuur)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنِّي نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا، فَإِنَّ فِيهَا عِبْرَةً
“Sesungguhnya aku pernah melarang kamu dari menziarahi kubur, tetapi sekarang, ziarahilah ia. Kerana padanya terdapat ‘ibrah (pelajaran).” (Musnad Ahmad, no. 11329. Dinilai sahih oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، ثُمَّ بَدَا لِي أَنَّهَا تُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ، وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ، فَزُورُوهَا وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا
“Sesungguhnya aku pernah melarang kamu dari menziarahi kubur, kemudian dibenarkan kepadaku kerana ia melembutkan hati, menitiskan air mata, dan mengingatkan kepada kehidupan akhirat. Maka ziarahilah ia. dan janganlah mengucapkan kata-kata yang bathil.” (Musnad Ahmad, no. 13487. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)
Haani’ maula ‘Utsman pernah berkata:
كَانَ عُثْمَانُ، إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ، فَقِيلَ لَهُ: تُذْكَرُ الجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا؟ فَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ القَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الآخِرَةِ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ، وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ
“Bahawasanya ‘Utsman apabila berdiri di kubur, beliau selalunya akan menangis sampai basah janggutnya. Maka ditanyakan kepada beliau:
“Ketika disebut-sebut tentang Syurga dan Neraka engkau tidak menangis, tetapi kenapa engkau menangis kerana kubur ini?”
Maka beliau (‘Utsman) pun menjawab, “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya kubur adalah tempat (rumah persinggahan) terawal dari tempat-tempat (persinggahan) di akhirat. Bila seorang selamat darinya, maka setelahnya akan lebih mudah. Jika tidak selamat darinya, maka setelahnya akan lebih sukar.”
‘Utsman berkata, “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا قَطُّ إِلَّا وَالقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ
“Tidaklah aku pernah melihat suatu yang sangat mengerikan berbanding dari kubur.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2308)
2 >> Dibolehkan Menziarahi Kubur Orang Kafir
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:
مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِامْرَأَةٍ عِنْدَ قَبْرٍ وَهِيَ تَبْكِي، فَقَالَ: اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي
“Pernah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang berada di perkuburan dan perempuan itu sedang menangis. Maka beliau pun berkata kepadanya:
Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1252)
Imam Badruddin Al-‘aini Al-Hanafi rahimahullah mengatakan:
وفيه جواز زيارة القبور مطلقا سواء كان الزائر رجلا أو امرأة وسواء كان المزور مسلما أو كافرا لعدم الفصل في ذلك وقال النووي وبالجواز قطع الجمهور وقال الماوردي لا يجوز زيارة قبر الكافر مستدلا بقوله تعالى ولا تقم على قبره ( التوبة 84 ) وهذا غلط وفي الاستدلال بالآية المذكورة نظر لا يخفى
“Di dalam hadis tersebut menunjukkan bolehnya menziarahi kubur secara mutlak, sama ada lelaki atau pun perempuan, atau yang diziarahi itu kubur Muslim atau pun kafir disebabkan tiadanya penjelasan berkenaan dengannya dan demikian yang dikatakan an-Nawawi dan yang diputuskan oleh al-jumhur. Dan al-Mawardi pula mengatakan “Tidak dibenarkan menziarahi kubur orang-orang kafir berdalilkan firman Allah Ta’ala: “Dan janganlah berdiri di atas kuburnya (di kubur orang-orang kafir untuk mendoakannya).” Dan ini adalah kesalahan dalam istidlal (mengambil hukum) dengan ayat yang bersifat khusus.” (Al-‘Aini, ‘Umdatu Al-Qari, 12/273)
Demikian juga yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari:
قال النووي: وبالجواز قطع الجمهور، وقال صاحب الحاوي: لا تجوز زيارة قبر الكافر وهو غلط
“Jumhur memutuskan boleh ziarah kubur orang-orang kafir. Berkata penulis kitab al-Haawii (Abul Hasal al-Mawardi): “Tidak dibolehkan menziarahi kubur orang-orang kafir.” Dan beliau telah salah (dalam perkara ini).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, 3/150)
Ini sebagaimana juga dalil hadis di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya yang mana beliau meninggal dunia dalam keadaan tidak memeluk Islam. Kata Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya lalu beliau mengangis, dan turut mengangis orang-orang di sekelilingnya. Maka beliau pun bersabda:
Aku memohon kepada Rabb-ku untuk memberikan keampunan untuk ibuku, tetapi Dia tidak mengizinkanku. Aku memohon untuk menziarahi kuburnya, maka Dia memberi izin kepadaku. Oleh itu, ziarahilah kubur, kerana ia dapat mengingatkan kepada kematian.” (Shahih Muslim, no. 976. Bab: Permohonan Nabi kepada Rabb-nya Untuk Menziarahi Kubur Ibunya)
3 >> Tujuan Menziarahi Kubur
Kata Syaikh al-Albani rahimahullah:
انتفاع الزائر بذكر الموت والموتى، وأن مآلهم إما إلى جنة وإما إلى نار وهو الغرض الاول من الزيارة
“Orang yang berziarah dapat mengambil manfaat dengan mengingati kematian orang-orang yang telah meninggal dunia dan bahawasanya tempat kembali mereka hanya Syurga atau Neraka. Demikianlah tujuan pertama menziarahi kubur.” (Al-Albani, Ahkam al-Jana’iz, m/s. 239 – Maktabah al-Ma’aarif)
Di antara lain, antaranya sebagaimana hadis-hadis yang dikemukakan di atas dapat kita fahami bahawa menziarahi kubur dapat:
1, Mengajak kita untuk mengingati akhirat,
2, di dalamnya terdapat ‘ibrah (pelajaran), dan
3, dapat melembutkan hati.
Sekaligus mampu menggerakkan kita agar bersegera kepada taubat, menguatkan usaha mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki amalan, meperbanyakkan mengingati Allah, dan memahami bahawa kita juga akan pergi ke sana menemui Allah yang mana kehidupan di dunia ini hanyalah sebentar sahaja.
Keduanya, kata Syaikh Al-Albani rahimahullah:
نفع الميت والاحسان إليه بالسلام عليه، والدعاء والاستغفار له، وهذا خاص بالمسلم
“(Ziarah kubur) dapat memberikan manfaat kepada si mati sekaligus sebagai bentuk ihsan untuknya dengan memberikan salam, mendoakannya, dan memohon keampunan untuknya. Dan yang ini khusus bagi Muslim sahaja.” (Al-Albani, Ahkam al-Jana’iz, m/s. 239 – Maktabah Al-Ma’aarif)
4 >> Mendoakan Ahli Kubur
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَدْعُو لَهُمْ، فَسَأَلَتْهُ عَائِشَةُ عَنْ ذَلِكَ ؟ فَقَالَ: إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَدْعُوَ لَهُمْ
“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah pergi ke tanah perkuburan Baqi’. Kemudian, beliau mendoakan para penghuninya.
‘Aisyah bertanya kepada beliau berkenaan perkara tersebut, maka beliau menjawab:
Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mendoakan mereka.” (Musnad Ahmad, no. 26148. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)
5 >> Doa Ketika Menziarahi Kubur
Dari sebuah hadis yang agak panjang: “(‘Aisyah bertanya) Bagaimana perlu aku katakan (doakan) kepada mereka (ahli kubur) wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab, katakanlah:
السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَلَاحِقُونَ
“Semoga keselamatan dilimpahkan kepada kamu semua wahai para penghuni kubur, dari kalangan orang-orang Mukmin dan Muslim. Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang telah meninggal dunia terdahulu dan yang terkemudian. Sesungguhnya, insyaAllah kami akan menyusul bertemu kamu semua.” (Shahih Muslim, no. 974. Bab: Apa yang diucapkan oleh orang yang memasuki kubur dan doa untuk ahlinya. Sunan Ash-Shaghir An-Nasaa’i, no. 2037. Bab: Perintah Istighfar untuk kaum Mukminin)
Berdasarkan hadis yang sama ini juga, di dalamnya terdapat petunjuk bahawa disunnahkan agar mengangkat tangan ketika mendoakan ahli kubur:
فَقَامَ، فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ انْحَرَفَ فَانْحَرَفْتُ
“(Ketika di perkuburan Baqi’) Nabi berdiri cukup lama dan kemudian mengangkat kedua tangannya tiga kali. Dan kemudian beliau pun terus pulang…” (Shahih Muslim, no. 974)
Syaikh al-Albani menjelaskan bahawa ketika berdoa hendaklah tidak menghadap ke arah kubur sebaliknya hendaklah menghadap ke arah kiblat. Ini adalah kerana terdapat larangan bersolat dengan menghadap ke arah kubur. (Untuk penjelasan lanjut, sila membuat rujukan di kitab Ahkam al-Janai’z karya Syaikh al-Albani rahimahullah)
Daripada Buraidah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُهُمْ إِذَا خَرَجُوا إِلَى الْمَقَابِرِ، فَكَانَ قَائِلُهُمْ يَقُولُ – فِي رِوَايَةِ أَبِي بَكْرٍ -: السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ، – وَفِي رِوَايَةِ زُهَيْرٍ -: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَإِنَّا، إِنْ شَاءَ اللهُ لَلَاحِقُونَ، أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengajarkan (kepada para sahabat) apabila keluar pergi ke kuburan maka ucapkanlah:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَإِنَّا، إِنْ شَاءَ اللهُ لَلَاحِقُونَ، أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
“Salam ke atas ahli kubur dari kalangan kaum mukminin dan muslimin. Dan sesungguhnya kami insyaAllah akan bertemu kalian. Aku memohon kepada Allah untuk kami dan kalian al-‘afiyah (keselamatan).”
Dalam riwayat Zuhair lafaz doanya dimulakan dengan:
السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ
“…Salam ke atas kalian, ahli kubur dari kalangan kaum mukminin dan muslimin…” (Shahih Muslim, no. 975. Bab: Apa yang diucapkan oleh orang yang memasuki kubur dan doa untuk ahlinya)
6 >> Tidak Membaca Al-Qur’an Di Kuburan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
“Jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya Syaitan melarikan diri dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah.” (Shahih Muslim, no. 780)
Hadis ini menunjukkan saranan agar mengamalkan membaca al-Qur’an di rumah dan jangan sampai menjadikan rumah seperti kuburan, kerana kuburan itu adalah tempat yang tidak dibacakan al-Qur’an padanya. (lihat perbahasannya di artikel, Hukum Membaca Al-Qur’an di Kuburan)
7 >> Tidak Mendoakan Orang Kafir
Dalam sebuah hadis daripada Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنَّ أَبِي كَانَ يَصِلُ الرَّحِمَ وَكَانَ وَكَانَ فَأَيْنَ هُوَ؟ قال: (فِي النَّارِ) فكأن الْأَعْرَابِيُّ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَيْنَ أَبُوكَ؟ قَالَ: (حَيْثُمَا مَرَرْتَ بِقَبْرِ كَافِرٍ فَبَشِّرْهُ بِالنَّارِ) قال: فَأَسْلَمَ الْأَعْرَابِيُّ بَعْدُ فقال: َقَدْ كَلَّفَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَبًا مَا مَرَرْتُ بِقَبْرِ كَافِرٍ إِلَّا بَشَّرْتُهُ بِالنَّارِ
“Ada seorang ‘Arab Badwi datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata:
“Sesungguhnya ayahku biasa bersilaturrahim (menyambungkan tali kekeluargaan), dan beliau juga biasa beramal begitu dan begini, maka di manakah tempat beliau?”
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab:
“Di Neraka.” Maka seolah-olah ‘Arab Badwi tersebut merasa sesuatu dari perkara tersebut, maka dia pun bertanya:
“Wahai Rasulullah, di manakah ayahmu?”
Beliau pun menjawab:
“Di manapun engkau melintasi kuburan orang kafir, maka sampaikanlah berita gembira kepada mereka berupa Neraka.”
Sa’ad bin Abi Waqqash berkata:
“Setelah itu, ‘Arab Badwi itu pun memeluk Islam, lalu berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membebankan aku dengan sesuatu yang melelahkan. Tidaklah aku melintasi kuburan orang kafir melainkan aku sampaikan berita gembira kepadanya berupa Neraka.” (ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 326. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Berdalilkan hadis ini, Syaikh al-Albani rahimahullah mengatakan:
وإذا زار قبر الكافر فلا يسلم عليه، ولا يدعو له، بل يبشره بالنار، كذلك أمر رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في حديث سعد بن أبي وقاص
“Jika menziarahi kuburan orang kafir, maka janganlah mengucapkan salam ke atasnya dan jangan mendoakannya. Sebaliknya berilah berita gembira ke atas mereka dengan Neraka. Demikianlah yang diperintahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam hadis Sa’ad B. Abi Waqqash.” (Al-Albani, Ahkam al-Jana’iz wa Bida’uha, m/s. 251 – Maktabah al-Ma’aarif)
8 >> Dibolehkan Menziarahi Kubur Di Waktu Malam
Terdapat juga contoh dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau menziarahi kubur di waktu malam.
Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang agak panjang, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar menziarahi perkuburan Baqi’ di waktu malam dan mendoakan untuk penghuninya. (lihat: Shahih Muslim, no. 974)
9 >> Disunnahkan Membuka Selipar atau Kasut
Adalah disunnahkan supaya membuka kasut atau selipar ketika menziarahi tanah perkuburan Islam. Ini berdasarkan hadis berikut:
فَبَيْنَمَا هُوَ يَمْشِي إِذْ حَانَتْ مِنْهُ نَظْرَةٌ فَإِذَا رَجُلٌ يَمْشِي بَيْنَ الْقُبُورِ عَلَيْهِ نَعْلَانِ فَقَالَ: يَا صَاحِبَ السِّبْتِيَّتَيْنِ وَيْحَكَ أَلْقِ سِبْتِيَّتَيْكَ فَنَظَرَ فَلَمَّا عَرَفَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلَعَ نَعْلَيْهِ
“Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berjalan, tiba-tiba pandangannya tertumpu kepada satu arah. Ternyata beliau melihat seorang lelaki berjalan-jalan di antara kubur dengan mengenakan sepasang terompah. Maka beliau pun bersabda:
“Wahai orang yang memakai dua terompah, celaka engkau, lepaskanlah kedua terompahmu itu.”
Maka orang tersebut pun memandang dan ketika orang itu mengetahui bahawa yang dilihat itu adalah Rasulullah, dia pun segera melepaskan kedua terompahnya.” (Sunan al-Kubra al-Baihaqi, no. 7216. Shahih Ibnu Hibban, no. 3170. Dinilai hasan oleh Al-Albani)
Dalam Musnad Ahmad, daripada Basyiir bin Khoshoshiyah:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا يَمْشِي فِي نَعْلَيْنِ بَيْنَ الْقُبُورِ، فَقَالَ: يَا صَاحِبَ السَّبْتِيَّتَيْنِ، أَلْقِهِمَا
“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki berjalan di antara kuburan dengan memakai sepasang kasut. Maka Rasulullah pun berkata: “Wahai orang yang memakai dua terompah, tanggalkan keduanya.” (Musnad Ahmad, no. 20784. Dinilai sahih sanadnya oleh Syu’aib Al-Arnauth)
Kata As-Sindi, “Hadis ini menunjukkan dibencinya berjalan di atas kuburan dengan memakai kasut.” (Musnad Ahmad, 34/381)
Manakala Syaikh al-Albani berkenaan hadis ini, beliau mengatakan:
والاقرب أن النهي من باب احترام الموتى، فهو كالنهي عن الجلوس على القبر
“Dan yang lebih dekat dengan kebenaran adalah bahawa larangan tersebut sebagai sebuah tindakan menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia. Ia sama juga seperti larangan duduk-duduk di atas kuburan.” (Al-Albani, Ahkam Al-Jana’iz, m/s. 253 – Maktabah Al-Ma’aarif)
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah turut mengamalkan sunnah tersebut sebagaimana disebutkan oleh al-Albani dalam Ahkam al-Jana’iz:
“Abu Daud di dalam kitab Masaail-nya, m/s. 158 mengatakan:
رأيت أحمد إذا تبع الجنازة فقرب من المقابر خلع نعليه
“Aku melihat Ahmad apabila mengikuti jenazah (di urusan pengebumian) lalu ketika sampai berdekatan dengan perkuburan, beliau pun menanggalkan kedua kasutnya.” (Al-Albani, Ahkam al-Jana’iz, m/s. 253 – Maktabah al-Ma’aarif)
10 >> Larangan Mengadakan ‘Ied (Hari Raya) Di Kubur
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا وَلَا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ
“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai ‘Ied (tempat hari raya). Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada.” (Sunan Abi Dawud, no. 2042. Syu’ab Al-Iman Al Baihaqi, no. 3865. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Dalam Musnad Ahmad disebutkan dengan lafaz:
لَا تَتَّخِذُوا قَبْرِي عِيدًا، وَلَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا، وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَصَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي
“Jangan ambil kuburku sebagai ‘Ied (tempat berhari raya), dan jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Berselawatlah ke atasku di manapun kamu berada kerana sesungguhnya selawat kamu sampai kepadaku.” (Musnad Ahmad, no. 8804)
Syaikh Al-Albani rahimahullah menjelaskan maksud ‘Ied yang terdapat dalam hadis tersebut, kata beliau:
والعيد إذا جعل اسما للمكان فهو المكان الذي يقصد الاجتماع فيه وإتيانه للعبادة عنده أو لغير العبادة، كما أن المسجد الحرام ومنى ومزدلفة وعرفة جعلها الله عيدا مثابة للناس، يجتمعون فيها وينتابونها للدعاء والذكر والنسك. وكان للمشركين أمكنة ينتابونها للاجتماع عندها، فلما جاء الاسلام محا الله ذلك كله. وهذا النوع من الامكنة يدخل فيه قبور الانبياء والصالحين
“Perkataan ‘Ied sekiranya dijadikan sebagai isim bagi tempat, ia membawa maksud tempat yang digunakan untuk berkumpul (berhimpun) dan mendatanginya bagi tujuan melaksanakan ibadah atau yang selainnya, seperti Masjid al-Haram, Mina, Muzdalifah, dan ‘Arafah yang telah dijadikan sebagai tempat perayaan oleh Allah bagi ummat manusia. Di tempat-tempat tersebutlah mereka berkumpul lalu memanjatkan doa dan zikir serta manasik (haji dan ‘umrah). Manakala kaum musyrikin pula turut memiliki tempat-tempat untuk mereka berkumpul. Kemudian ketika datangnya Islam, Allah pun menghapuskan tempat-tempat kaum musyrikin tersebut yang termasuk di dalamnya kubur para Nabi dan orang-orang soleh (bagi tujuan membasmi kesyirikan).” (Al-Albani, Ahkam al-Jana’iz, m/s. 221)
Artikel lengkap untuk perbahasan ini boleh disemak di, https://ilmusunnah.com/menilai-kembali-tradisi-berhari-raya-di-perkuburan/
11 >> Tidak Menanam Pokok dan Menabur Bunga Di Atas Kubur
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:
مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ المَدِينَةِ، أَوْ مَكَّةَ، فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ» ثُمَّ قَالَ: «بَلَى، كَانَ أَحَدُهُمَا لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ، وَكَانَ الآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ». ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ، فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ، فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً، فَقِيلَ لَهُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: «لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا» أَوْ: «إِلَى أَنْ يَيْبَسَا»
“Nabi Shallallahu ‘alahi wa Sallam melewati berhampiran salah satu kebun di Madinah atau Makkah lalu beliau terdengar suara dua orang yang diazab di dalam kubur mereka. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:
“Mereka berdua sedang diazab. Tidaklah mereka berdua itu diazab kerana perkara yang besar.” Kemudian beliau berkata lagi: “Benarlah, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan dari air kencingnya manakala seorang lagi sering melakukan namimah (mengadu-domba).”
Kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meminta supaya dibawakan pelepah kurma kemudian beliau membelahnya menjadi dua bahagian lalu meletakkannya atas setiap kubur tersebut. Beliau ditanya:
“Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?” Beliau pun menjawab:
“Semoga itu dapat meringankan (azab) dari mereka berdua selagi mana ia tidak kering atau sehingga ia kering.” (Shahih Al-Bukhari, no. 216)
Daripada keratan hadis Jabir radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنِّي مَرَرْتُ بِقَبْرَيْنِ يُعَذَّبَانِ، فَأَحْبَبْتُ، بِشَفَاعَتِي، أَنْ يُرَفَّهَ عَنْهُمَا، مَا دَامَ الْغُصْنَانِ رَطْبَيْنِ
“Sesungguhnya aku pernah melintasi dua buah kuburan yang sedang diadzab lalu aku ingin dengan syafa’atku agar azab tersebut diringankan dari keduanya selagi mana pelepah (pelepah kurma) tersebut masih basah.” (Shahih Muslim, no. 3012)
Ada dari kalangan umat Islam pada hari ini yang berdalilkan hadis ini untuk membolehkan menanam dan malahan menabur bunga-bungaan di atas kubur. Sedangkan dari hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa perletakkan pelepah kurma tersebut adalah merujuk kekhususan bagi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kerana di dalamnya menyebutkan, “Dengan syafa’atku…”. Selain itu, turut dinyatakan perkhabaran bahawa kuburan tersebut sedang diazab. Tidak ada yang mengetahui apa yang sedang berlaku di dalam kubur sama ada mendapat siksa atau mendapat nikmat, melainkan Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam yang mana beliau mengetahuinya dari wahyu.
Lalu adakah dari kalangan kita pada hari ini setelah beliau yang menerima wahyu sehingga mengetahui apa yang berlaku di dalam kubur?
Kemudian apa yang ditancapkan tersebut adalah pelepah kurma, bukan pokok kurma, dan bukanlah juga dengan tujuan menanam pokok-pokok di atasnya. Kemudian perbuatan Nabi tersebut tidaklah berlaku secara berterusan di mana apabila pelepah tersebut kering, maka beliau kembali untuk menggantikannya dengan yang lain sehinggalah seterusnya.
Selain itu, perbuatan Nabi tersebut tidaklah berlaku (tidak diamalkan oleh Nabi atau para sahabat) ke atas setiap kubur secara umum melainkan pada kubur tersebut sebagaimana dalam hadis yang mana beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengetahui bahawa kubur tersebut sedang diazab. Dan ini menunjukkan kekhususan untuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Bahkan apa yang dibuat oleh Nabi tersebut tidak pula diamalkan oleh sahabat-sabahat yang lain yang memiliki keutamaan, sama ada ketika waktu pengebumian, atau ketika menziarahi kuburan. Sebaliknya yang ada merupakan amaran sebagaimana diisyaratkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab Shahih beliau.
Syaikh Ahmad Syakir mengatakan amalan meletakkan daun-daun hijau atau perbuatan menabur bunga-bunga di atas kubur yang banyak berlaku pada hari ini adalah termasuk perbuatan meniru amalan kaum kristian. Sehingga amalan ini pun menjadi adat kebiasaan umat Islam dan dijadikan sebagai tanda penghormatan terhadap si mati. Lalu kemudian amalan ini dijadikan pula sebagai ritual dalam acara pengebumian para tentera. Mereka meletakkan kalungan bunga di atas kuburan tentera yang mati, malah ada juga yang meletakkan bunga-bunga plastik!
Lalu kemudian beliau menegaskan bahawa ini semua adalah perbuatan bid’ah lagi mungkar yang tidak memiliki sebarang sandaran dalam agama serta tidak pula memiliki dalil dari al-Qur’an mahupun as-Sunnah. (Sila lihat teks penuh Ahmad Syakir sebagaimana dinukilkan oleh Syaikh Al-Albani dalam kitab beliau Ahkam Al-Jana’iz wa Bida’uha, m/s. 254 terbitan Maktabah Al-Ma’aarif)
Kemudian Syaikh Al-Albani mengatakan:
ولا يشرع وضع الاس ونحوها من الرياحين والورود على القبور، لانه لم يكن من فعل السلف، ولو كان خيرا لسبقونا إليه
“Tidak disyari’atkan menanam pokok-pokok dan bunga-bungaan lainnya di atas kuburan. Kerana perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh para salaf (para ulama generasi awal). Kalaulah seandainya perbuatan tersebut termasuk kebaikan, nescaya mereka berlumba-lumba mengamalkannya.” (Al-Albani, Ahkam Al-Jana’iz wa Bida’uha, m/s. 254 – Maktabah Al-Ma’aarif)
Lihat lebih lengkap artikel berjudul “Kenapa Tabur Bunga Di Kubur?”
12 >> Larangan Duduk-duduk Di Atas Kubur Serta Bersandar Padanya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ
“Sesungguhnya jika seseorang daripada kamu duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya, maka ia adalah lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.” (Shahih Muslim, no. 971. Bab: Larangan Duduk Di Atas Kubur dan Solat Di Atasnya)
Dalam riwayat yang lain:
لَا تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ، وَلَا تُصَلُّوا إِلَيْهَا
“Janganlah duduk di atas kubur dan jangan solat di atasnya.” (Shahih Muslim, no. 972)
Tetapi dibenarkan (dibolehkan) duduk di tepi atau di sisi kubur berdasarkan hadis berikut (daripada Anas radhiyallahu ‘anhu):
شَهِدْنَا بِنْتًا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. قَالَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ عَلَى الْقَبْرِ قَالَ: فَرَأَيْتُ عَيْنَيْهِ تَدْمَعَانِ
“Kami melihat ketika kematian puteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (iaitu Ummi Kaltsum radhiyallahu ‘anha). (Anas menyambung): “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam duduk di atas kubur, maka aku melihat kedua-dua matanya menitiskan air mata.”
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan duduk di atas kubur dari hadis di atas adalah duduk di sisi kubur di ketika urusan pengebumian berlangsung. (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, 1/269)
‘Amr bin Hazm Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu menceritakan:
رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا عَلَى قَبْرٍ فَقَالَ: لاَ تُؤْذِ صَاحِبَ هَذَا الْقَبْرِ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat aku bersandar kepada suatu kubur lalu beliau berkata: “(Turunlah), Janganlah menyakiti ahli kubur ini. (atau – janganlah menyakitinya).” (Musnad Ahmad, no. 24009/39. 24009/40. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)
13 >> Larangan Membuat Binaan dan Menulis Di Atas Kubur
Jabir radhiyallahu ‘ahu berkata:
نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُجَصَّصَ الْقُبُورُ وَأَنْ يُكْتَبَ عَلَيْهَا وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهَا وَأَنْ تُوطَأَ
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang menyimen kubur, menulis di atasnya (melainkan sekiranya sekadar tanda – pent.), membina sebarang binaan di atasnya dan berjalan di atasnya (memijaknya).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1052. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)
Abu Al-Hayyaj Al-Asadi berkata:
“Ali bin Abi Thalib pernah berkata kepadaku, mahukah engkau aku utus untuk melakukan sesuatu sebagaimana aku pernah diutus oleh Rasulullah untuk melakukannya: (iaitu salah satunya)…
ولا قبرا مشرفا إلا سويته
“Dan jangan biarkan walau satu kubur pun yang menjulang tinggi, melainkan engkau meratakannya.”.” (Musnad Ahmad, no. 741. Shahih Muslim, no. 969)
Hadis ini menjelaskan terlarangnya menyimen kubur, mengecat atau menulis di atasnya, membina sebarang binaan di atasnya, dan larangan duduk-duduk di atasnya. Cukup bagi sesebuah kubur itu ditimbus semula atau ditinggikan sekadar dengan tanah galiannya yang asal.
Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata di dalam kitabnya, Nailul Authar:
فيه أن السنة أن القبر لا يرفع رفعا كثيرا من غير فرق بين من كان فاضلا ومن كان غير فاضل. والظاهر أن رفع القبور زيادة على القدر المأذون فيه محرم وقد صرح بذلك أصحاب أحمد وجماعة من أصحاب الشافعي ومالك
ومن رفع القبور الداخل تحت الحديث دخولا أوليا القبب والمشاهد المعمورة على القبور وأيضا هو من اتخاذ القبور مساجد وقد لعن النبي صلى الله عليه وآله وسلم فاعل ذلك
“Di dalamnya mengandungi penjelasan bahawa apa yang sunnah untuk dilaksanakan adalah tidak meninggikan kubur secara berlebihan, tanpa membezakan di antara orang terhormat (memiliki nama di tengah masyarakat) dengan orang orang yang tidak terhormat. Dan secara zahirnya, perbuatan menambah tinggikan kubur melebihi ukuran yang dibenarkan adalah haram. Ini adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh para Sahabat Imam Ahmad, sebahagian besar ulama dari mazhab asy-Syafi’i dan Malik.
Di antara perbuatan meninggikan kubur yang termasuk di dalam maksud hadis tersebut adalah pemasangan kubah dan menara yang dibina di atas kubur. Perkara ini termasuk tindakan menjadikan kubur sebagai masjid. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat mereka yang melakukan sebegitu rupa.” (Asy-Syaukani, Nail Al-Authar, 4/131)
Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:
فيه أن السنة أن القبر لا يرفع على الأرض رفعا كثيرا ولا يسنم بل يرفع نحو شبر ويسطح وهذا مذهب الشافعى ومن وافقه
“Pada hadis tersebut menjelaskan bahawa yang disunnahkan adalah kubur itu tidak ditinggikan di atas permukaan bumi dan tidak dibentuk seperti bonggol unta, sebaliknya hanya ditinggikan seukuran sejengkal dan diratakan. Dan ini adalah mazhab asy-Syafi’i dan orang-orang yang sepakat dengan beliau.” (An-Nawawi, Syarh Shahih Muslim, 7/36)
Dibolehkan membuat tanda sekadar pengenalan bahawa ia adalah kuburan dan tidak perlu ditulis dengan sebarang perkataan atau tulisan melainkan memang benar-benar diperlukan. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah meletakkan batu di kubur ‘Umar B. Mazh’un radhiyallahu ‘anhu sebagai tanda dengan katanya:
أَتَعَلَّمُ بِهَا قَبْرَ أَخِي وَأَدْفِنُ إِلَيْهِ مَنْ مَاتَ مِنْ أَهْلِي
“Aku memberi tanda dengan batu ini untuk kubur saudaraku dan di sinilah akan dikebumikan sesiapa yang meninggal dunia dari kalangan ahli keluargaku.” (Sunan Abi Dawud, no. 3206. Dinilai hasan oleh Al-Albani)
Lihat juga artikel kami dengan judul Kubur Bukan Tempat Ibadah, Bukan Tugu Peringatan.
14 >> Larangan Buang Air Di Atas Kubur
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لأَنْ أَمْشِيَ عَلَى جَمْرَةٍ أَوْ سَيْفٍ أَوْ أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ وَمَا أُبَالِي أَوَسْطَ الْقُبُورِ قَضَيْتُ حَاجَتِي أَوْ وَسْطَ السُّوقِ
“Sesungguhnya berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Dan tidak ada beza keburukannya bagiku, sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar.” (Sunan Ibnu Majah, no. 1556. Bab: Larangan Berjalan-jalan di Atas Kubur dan Duduk Di Atasnya)
15 >> Larangan Solat Menghadap Kubur
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَا تُصَلُّوا إِلَى الْقُبُورِ وَلَا تَجْلِسُوا عَلَيْهَا
“Janganlah kamu mengerjakan solat dengan menghadap kuburan dan jangan pula kamu duduk-duduk di atasnya.” (Musnad Ahmad, no. 17215. Shahih Muslim, no. 972. Bab Larangan duduk-duduk di atas kubur dan solat padanya)
Walau bagaimanapun sebagai sebuah pengkhususan, adalah bagi sesiapa yang ingin menyolati jenazah seseorang tetapi ia terlewat dan jenazah telah dikebumikan, maka dibolehkan baginya menyolatinya di kubur si jenazah tersebut.
16 >> Tidak Meletak Gambar Di Kubur Dan Larangan Beribadah di Kuburan
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata – Ummu Habibah dan Ummu Salamah pernah menceritakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa mereka melihat gereja di Habasyah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar. Maka beliau pun bersabda:
إِنَّ أُولَئِكَ إِذَا كَانَ فِيهِمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ فَمَاتَ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلكَ الصُّوَرَ فَأُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Mereka (ahli kitab), jika ada seorang yang soleh dari kalangan mereka meninggal, mereka membina masjid (tempat ibadah) di atas kuburnya dan mereka membuat (meletakkan) gambarnya pada kubur tersebut. Merekalah makhluk yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat.” (Shahih Al-Bukhari, no. 427)
Hadis ini menjelaskan tercelanya perbuatan meletakkan gambar-gambar di kuburan dan larangan solat serta membuat tempat ibadah di kuburan.
Kata al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani rahimahullah:
وَفِيهِ كَرَاهِيَة الصَّلَاة فِي الْمَقَابِر سَوَاء كَانَتْ بِجَنْبِ الْقَبْر أَوْ عَلَيْهِ أَوْ إِلَيْهِ
“Dan pada hadis ini menunjukkan dibencinya bersolat di perkuburan sama ada bersebelahan kubur atau di atasnya atau menghadapnya.” (Fathul Bari, 1/525)
17 >> Bolehkah Berjalan Jauh Untuk Menuju Kubur
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
“Janganlah bersusah-payah melakukan perjalanan (dalam rangka ibadah) melainkan ke tiga masjid, iaitu masjid al-Haram, masjid ar-Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (masjid Nabawi), dan masjid al-Aqsha.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1189)
Dalam riwayat Muslim:
إِنَّمَا يُسَافَرُ إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ: مَسْجِدِ الْكَعْبَةِ، وَمَسْجِدِي، وَمَسْجِدِ إِيلِيَاءَ
“Sesungguhnya perjalanan jauh (safar dalam rangka ibadah) itu hanya untuk tiga masjid, iaitu masjid al-Ka’bah (masjid al-Haram di Makkah), masjid-ku (masjid Nabawi), dan masjid Iliyaa’ (masjid al-Aqsha).” (Shahih Muslim, no. 1397)
Secara umumnya, hadis ini menjelaskan bahawa beribadah di mana-mana masjid pun adalah sama yang mana masjid merupakan tempat yang disukai Allah sebagai tempat beribadah para hamba-Nya. Jadi, tidak perlu berjalan jauh semata-mata alasan mahu beribadah di masjid sekian atau sekian sedang dalam masa yang sama ada masjid yang dekat. Kecuali bagi tiga masjid, iaitu sebagaimana disebutkan hadis yang mana pada ketiga-tiga masjid tersebut memiliki keutamaannya yang khusus.
Berkaitan dengan perkara ini, kalau rumah Allah sahaja ditegah dari mengadakan perjalanan jauh semata-mata untuk beribadah di dalamnya, maka apatah lagi amalan menziarahi kuburan?
Pada hari ini terdapat sebahagian kelompok umat Islam bersusah-payah dan berpenat-lelah semata-mata mahu menziarahi kubur yang jauh-jauh. Bahkan ada pula yang berjalan ke kuburan yang jauh-jauh dengan tujuan mencari barakah, mahu berdoa di kuburan, dan ada pula yang berziarah kerana alasan mahu bertawassul, memohon hajat serta beribadah padanya.
Sedangkan perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan apa yang disunnahkan, malah termasuk bid’ah dan melibatkan kesyirikkan. Oleh itu, perkara ini harus difahami baik-baik agar kita benar-benar memahami untuk apa sebenarnya menziarahi kubur di dalam Islam.
Wallahu a’lam…