Kongsi kuih di hari raya tidak mengapa. Kongsi duit pun tidak apa. Kongsi kereta nak balik berhari raya di kampung pun lagi lah elok.
Tapi, jangan pulak raya pun kita nak kongsi. Sampai tak cukup dengan dua hari raya yang diberi. Nak turut serta orang lain punya raya pula…
Mentang-mentang la si Ah Chong dan Ramasamy tu selalu ucapkan selamat di hari raya kita, kita pulak nak ucapkan selamat dan tahniah kat hari perayaan mereka. Kerana rasa termakan budi, kita pun selamba “wish”:
Wah! You punya raya banyak bagus la. Banyak orang kasi itu ang paw. Ada itu tarian singa, sangat menarik, I sangat suka. Tahniah, tahniah…
Ini tahun, apa tahun? Ada banyak ong tak? Kalau tahun babi banyak ong tak? I lahir dalam tahun babi la…
Atau,
Selamat berpesta cahaya. Semoga hidup anda terus disinari cahaya dewa dewi.
Atau,
Hallooo Ah Chong, Hallooo Ramasamy, hari ini kami datang adalah untuk meraikan kegembiraan bersama-sama kamu. Kita kan satu hati, satu jiwa. Kita rakyat Malaysia…
Dalam tidak sedar, rupanya kita telah ucap selamat dan bagus kepada orang yang sedang melakukan sebesar-besar keburukan, iaitu syirik.
6 Comments
Islam ada hari.
peringatan yg bagus…nmapak remeh tp besar kesalahnya..huhuu
Betul tu zool … tu penganut Islam ada hari punyer raya…. kekekek !
Bodoh nya kau ni. Patotlah orang lain pandang rendah kat agama Islam. Perangai macam tak bertamadun. Kalau nak 'wish' sekadar menghormati apa salahnya. Bukan ko sembah tuhan dia. Bebal nak mampos. Pastu kalau orang pandang rendah kat Islam dia yg marah. Orang bangang macam ko tak patot cakap pasal agama!
Saudara mungkin boleh lihat artikel saya yang terdahulu:
"Happy Syirik (Selamat Menyekutukan Allah)!"
Link – http://an-nawawi.blogspot.com/2007/12/happy-syirik-selamat-menyekutukan-allah.html
siapala "nawawi bangang" nieh..ckp org bangang..dye yang bangang..takde adab dlm bicara