(Berkenaan perkara ini) Terdapat kaedah syari’at yang telah ditetapkan dengan kesepakatan (ijma’), iaitu “Tidak boleh menghilangkan suatu keburukan dengan menimbulkan keburukan lain yang lebih besar lagi.” Bahkan apa yang sepatutnya adalah menolak keburukan tersebut dengan perkara yang dapat menghilangkan keburukan tersebut atau sekurang-kurangnya meringankannya. Adapun menolak kerosakan dengan perkara yang dapat menimbulkan kerosakan (atau keburukan) yang lebih besar maka ia tidak boleh dilakukan berdasarkan ijma’ kaum Muslimin. Dan sekiranya kelompok yang ingin melucutkan pemimpin yang telah dihukum kafir (dengan bukti yang benar) dan mereka memiliki kemampuan untuk melakukannya, dan mampu juga untuk menggantikannya dengan pemimpin yang soleh dan baik, dengan tidak mengakibatkan keburukan yang lebih besar kepada umat Islam dan keburukan yang lebih dahsyat dari keburukan penguasa, maka itu dibenarkan. Tetapi apabila keluar dari ketaatan kepada pemimpin akan menimbulkan keburukan yang besar dan menyebabkan hilangnya keamanan, menzalimi masyarakat, terbunuhnya orang-orang yang tidak bersalah, serta yang lain-lainnya yang seumpama dari bentuk-bentuk keburukan yang besar, maka ini tidak dibenarkan. Sebaliknya perlu bersabar, mendengar dan taat dalam perkara-perkara yang ma’ruf dan berusaha menasihati pemimpin, mendoakannya (atau mendakwahinya) dengan kebaikan, serta berusaha sedaya upaya menghilangkan serta mengurangkan keburukan dengan cara memperbanyakkan kebaikan. Inilah jalan (atau kaedah) yang tepat yang sepatutnya diambil kerana padanya terdapat kemaslahatan untuk umat Islam secara umum. Dan kerana padanya mengandungi usaha mengurangkan keburukan dengan cara menambahkan kebaikan. Juga kerana padanya terdapat usaha menjaga (memelihara) keamanan dan keselamatan umat Islam dari keburukan yang lebih banyak. Kepada Allah jualah kita memohon taufiq dan hidayah-Nya.” (‘Abdul ‘Aziz B. Baaz, Majmu’ Fatawa wa Maqalat Munawi’ah, 8/203-204 – Daar al-Qasim Linnasyr, Riyadh. Rujuk juga website rasmi beliau:
http://www.binbaz.org.sa/mat/21270)