083 – Berkasih Sayang Dan Bersabahat Dengan Yahudi?

Berkasih Sayang Dan Bersabahat Dengan Yahudi?

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Ketauhilah Wahai Pengekor (Pentaksub) Hasan al-Banna, bahawa Hasan al-Banna pernah menyatakan:

“Dan saya menegaskan bahawa perselisihan kita dengan Yahudi bukanlah perselisihan agama, kerana al-Qur’an menjelaskan adanya hubungan kasih dan persahabatan dengan mereka. Syari’at Islam itu adalah syari’at kemanusiaan, sebelum dia sebagai kebangsaan (nasionalis). Dan al-Qur’an pula telah memuji (kaum Yahudi) dan telah menjadikan adanya bentuk kesamaan antara kita dengan mereka.” (al-Ikhwan al-Muslimun Ahdatsun Shana’at at-Tarikh, 1/409. Hasan al-Banna Mawaqifu fid Dakwah wat Tarbiyah, m/s. 488, karya ‘Abbas as-Sisiy. Lihat juga: Kitab al-Mauridul ‘Adzbuz Zallal, m/s. 163-164, karya Ahmad Yahya an-Najmi)

Pernyataan yang senada juga telah diucapkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

“… Kami tidak memerangi Yahudi kerana alas an aqidah, namun kami memerangi Yahudi kerana alas an tanah…” (Dimuatkan di dalam Harian ar-Rayah, no. 4696, 24/8/1415H (25/1/1995M). Rujuk juga: Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wada’iy rahimahullah, kitab Raad ‘alal Qardhawi, m/s. 17, Cet: Daarul Atsar, Shona’a-Yaman.)

Sungguh mengecewakan dan mendukacitakan kita, apabila seorang tokoh yang dianggap besar yang selalu dibangga-banggakan, dan selalu disebut-disebut namanya dengan gelaran asy-Syahid oleh para pengikut-pengikutnya, bahkan kerap juga digelar dengan gelaran al-Mujaddid (tokoh pembaharu Islam), atau seorang Alim Rabbani, sanggup menyatakan pernyataan seperti demikian, yang sungguh mengerikan dan sangat-sangat bertentangan dengan hati nurani setiap muslim, lebih dari itu telah jelas-jelas menyelisihi al-Qur’an dan as-Sunnah. Sedangkan al-Qur’an telah lama menyatakan,

“Dan orang-orang Yahudi dan Nashara tidak akan redha kepada mu sehingga kamu mengikuti agama mereka.” (Surah al-Baqarah, 2: 120)

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (Surah al-Ma’idah, 5: 82)

Rujukan:

Dipetik dari sebuah buku berjudul “Mereka Adalah Teroris”, m/s. 216, terbitan Pustaka Qaulan Sadida oleh Ustaz Luqman Muhammad Ba’aduh, yang ditulis sebagai bantahan terhadap buku “Aku Melawan Teroris” oleh Imam Samudra.

2 Comments

  1. saya tak faham maksud artikel ini… seolah kita tak bleh buat baik lansung ngan yahudi dan nasrani.. kalaulah diorang baik budi pekerinya??? dan bukan ke ada hadis rasul dan fakir miskin yahudi buta yang selalu memaki hamun nabi, tapi nabi tetap menyuap makanan untuk dia? tolong jelaskan.. faiz_alsalik@yahoo.com

  2. Tiada masalah utk bermu'amalah dengan mereka dan berbuat baik dgn mrk dalam rangka mu'amalah dengan kaum kafir. Tetapi bukan utk berkasih sayang.

Comments are closed.