Hal-hal Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim
Ibrahim B. asy-Syaikh Shalih B. Ahmad al-Khurashi
Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi’i
Price:
RM28
Weight:
800g
Description:
Sebagaimana diketahui oleh umat Islam, berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah, bahawasanya setiap amal dan ucapan seseorang akan dianggap benar dan dapat diterima sekiranya selari dengan ‘aqidah yang benar. Apabila ‘aqidahnya tidak benar, maka setiap amal dan ucapannya akan menjadi batal (sia-sia) atau tidak sah. Mengingat akan pentingnya persoalan tersebut, Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta’ala kami dapat menerbitkan sebuah risalah yang berjudul “Hal-Hal yang Wajib Diketahui Setiap Muslim“. Risalah ini kami terjemahkan dari kitab at-Tanbiihaat al-Mukhtasharah Syarh al-Waajibaat al-Mutahattimaat al-Ma’rifah’alaa Kulli Muslim wa Muslimah, yang ditulis secara sistematik dengan penjelasan yang baik oleh Syaikh Ibrahim bin asy-Syaikh Sholeh B. Ahmad al-Khuraishi. Melalui buku ini perbahasan dimulakan dengan penjelasan tiga landasan utama yang wajib dikuasai (difahami) oleh setiap umat Islam, iaitu mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala, mengenal agama-Nya (Islam), dan mengenal Nabi-Nya, Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Ketiga-tiga perkara tersebutlah yang akan dipersoalkan kepada setiap manusia di ketika ia berada di alam kubur. Risalah ini juga membahaskan persoalan yang paling agung dan yang menjadi dasar bagi agama Islam, iaitu Tauhid. Ini adalah kerana manusia itu sendiri diciptakan hanya untuk mentauhidkan Allah, maka Dia menciptakan jin dan manusia, menurunkan Kitab-Kitab-Nya, mengutus para Rasul-Nya, serta menciptakan Syurga dan Neraka. Perbahasan penting lain yang dibentangkan melalui buku ini adalah syarat-syarat diterima Tauhid dan kalimah syahadah, perkara-perkara yang dapat membatalkan keislaman, pembahagian tauhid, perincian tentang syirik, persoalan kufur dan perinciannya, jenis-jenis kemunafikan, serta definisi dan perincian berkaitan thaghut.
Total Pages:
332 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.