Ringkasan Shahih Muslim
Imam Muslim
Publisher:
Pustaka as-Sunnah
Price:
RM120
Weight:
3kg
Description:
Kitab Shohih Muslim adalah salah satu dari kitab hadis yang paling sahih dalam mengumpulkan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam setelah al-Qur’an. Imam Muslim rahimahullah sangat teliti dalam meneliti para perawi, melakukan pemilihan periwayatan, dan membandingkan antara riwayat yang satu dengan lainnya, meneliti susunan lafaznya dan memberikan petunjuk bila terdapat perbezaan pada lafaz-lafaz itu. Dari usaha ini terhasillah sebuah kitab sahih yang menjadi rujukan bagi para pengkaji dan para ulama. Imam Muslim rahimahullah menyaring hadis-hadis yang dimasukkan dalam kitabnya itu dari ribuan hadis yang telah beliau terima/dengar. Dia pernah berkata: “Aku menyusun kitab sahih ini hasil dari 300 ribu hadis.” Kitab sahih ini adalah hasil dari kehidupan yang penuh berkah, yang ditulis di mana saja ia berada, sama ada dalam waktu sempit atau pun lapang. Dia mengumpulkan, menghafal, menyaring dan menulis sehingga menjadi sebuah kitab sahih yang sangat baik dan teratur. Dia dan beberapa muridnya menyelesaikan penyusunan kitab sahihnya dalam waktu lima belas tahun. Ahmad bin Salamah rahimahullah mengatakan: “Aku menulis bersama Muslim untuk menyusun kitab sahih itu selama lima belas tahun. Kitab itu berisi 12 ribu hadis.
Kita tidak perlu merasa hairan apabila Imam Muslim rahimahullah sangat bangga dengan kitab sahihnya itu. Dia pernah berkata sebagai ungkapan rasa syukur atas nikmat Allah yang diterimanya, “Apabila penduduk bumi ini menulis hadis ini selama 200 tahun, maka mereka hanya berputar sekitar kitab ini saja.” Setelah menyusun kitab sahih itu, Imam Muslim rahimahullah memberikannya kepada para ulama hadis untuk diperiksa/disemak. al-Khatib meriwayatkan daripada Makki bin Abdan, salah seorang hafiz dari Naisabur, ia berkata: “Saya mendengar Muslim berkata: “Aku memperlihatkan kitabku ini kepada Abu Zur’ah ar-Razi. Semua hadis yang ditunjukkan ar-Razi ada kelemahannya, aku tinggalkan. Dan semua yang dikatakan sahih, itulah yang aku tulis.” Itulah sikap rendah hati Imam Muslim yang tidak terpengaruh dengan hawa nafsu dan bangga atas pendapatnya sendiri.
Shahih Muslim ini kemudiannya kini diringkaskan oleh muhaddis (ahli hadis) Syaikh Abdul ‘Adzim al-Munziri, dan ditahqiq oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Buku inilah yang kemudian diterjemahkan/diterbitkan oleh Pustaka as-Sunnah (Jakarta) dengan judul Ringkasan Shahih Muslim. Untuk memudahkan dalam mempelajarinya, buku ini dibahagikan menjadi beberapa kitab/bab, seperti iman, wudhu, mandi, hadas, solat, haji/umrah, jihad, pakaian, jual-beli, dan pelbagai lagi yang selainnya. Selain itu, zakat, puasa, i’tikaf, haji, nikah dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Pada bahagian akhir, buku ini dilengkapi dengan tafsir sejumlah surah dalam al-Qur’an, dari surah al-Baqarah sehingga an-Nas. Buku ini juga dilengkapi dengan catatan kaki untuk memberikan penjelasan kepada para pembaca mengenai perkara-perkara tertentu. Buku ini tampil dalam format hadrcover yang cukup menarik. Terjemahannya pun cukup mudah dibaca. Memang, buku ini dianggap sangat tebal (sekitar 1600 halaman). Namun, itu adalah disebabkan isinya yang lengkap maka ia menjadikan buku ini sebagai rujukan yang sangat penting bagi setiap umat Islam, khususnya di bidang hadis.
Total Pages:
1587 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.