Hari Raya Bersama Pemerintah dan Jamaah Kaum Muslimin

Hari Raya Bersama Pemerintah dan Jama’ah Kaum Muslimin

www.ilmusunnah.com

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anh, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ، وَالفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ، وَالأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ»: «هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ»، ” وَفَسَّرَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ هَذَا الحَدِيثَ، فَقَالَ: إِنَّمَا مَعْنَى هَذَا أَنَّ الصَّوْمَ وَالفِطْرَ مَعَ الجَمَاعَةِ وَعُظْمِ النَّاسِ

“Puasa adalah hari di mana orang-orang (kaum muslimin) berpuasa, dan Al-Fithr (‘Iedul Fithr) adalah hari di mana orang-orang berbuka (yakni kembali makan-makan setelah sebelumnya mereka berpuasa – pent.) yakni berhari-raya, manakala Al-Adh-ha (‘Iedul Adh-ha) pula adalah hari di mana orang-orang menyembelih haiwan korban.”

Kata At-Tirmidzi setelah meriwayatkan hadis ini dalam Sunan beliau, “Hadis ini adalah hasan gharib. Sebahagian ahli ilmu menafsirkan hadis ini bahawa puasa dan hari raya Al-fithr itu adalah bersama-sama dengan al-jama’ah (pemerintah) dan jama’ah kaum muslimin (orang ramai).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 697)

Berkata Abu Al-Hasan Muhammad bin ‘Abdil Hadi As-Sindi rahimahullah (Wafat: 1138H):

وَفِي رِوَايَة التِّرْمِذِيّ الصَّوْم يَوْم تَصُومُونَ وَالظَّاهِر أَنَّ مَعْنَاهُ أَنَّ هَذِهِ الْأُمُور لَيْسَ لِلْآحَادِ فِيهَا دَخْل وَلَيْسَ لَهُمْ التَّفَرُّد فِيهَا بَلْ الْأَمْر فِيهَا إِلَى الْإِمَام وَالْجَمَاعَة وَيَجِب عَلَى الْآحَاد اِتِّبَاعهمْ لِلْإِمَامِ وَالْجَمَاعَة وَعَلَى هَذَا فَإِذَا رَأَى أَحَد الْهِلَال وَرَدَّ الْإِمَام شَهَادَته يَنْبَغِي أَنْ لَا يَثْبُت فِي حَقّه شَيْء مِنْ هَذِهِ الْأُمُور وَيَجِب عَلَيْهِ أَنْ يَتْبَع الْجَمَاعَة فِي ذَلِكَ

وَقَالَ الْخَطَّابِيُّ مَعْنَى الْحَدِيث أَنَّ الْخِطَاب مَوْضُوع عَلَى النَّاس فِيمَا سَبِيله الِاجْتِهَاد فَلَوْ أَنَّ قَوْمًا اِجْتَهَدُوا فَلَمْ يَرَوْا الْهِلَال إِلَّا بَعْد الثَّلَاثِينَ فَلَمْ يُفْطِرُوا حَتَّى اِسْتَوْفَوْا الْعَدَد ثُمَّ ثَبَتَ عِنْدهمْ أَنَّ الشَّهْر تِسْع وَعُشْرُونَ فَإِنَّ صَوْمهمْ وَفِطْرهمْ مَاضٍ وَلَا عَتْب عَلَيْهِمْ

“Pada riwayat At-Tirmidzi “Puasa adalah hari di mana orang-orang berpuasa”, zahir maknanya bahawa pada urusan penentuan puasa ini bukanlah urusan individu-individu tertentu, tidak boleh seseorang bersendirian dalam menentukan hari-hari puasa mereka, akan tetapi urusan ini adalah urusan yang diserahkan dan dipegang oleh pemerintah dan al-jama’ah. Wajib bagi setiap orang untuk mengikuti para pemerintah mereka dan al-jama’ah. Hadis ini juga menunjukkan jika seseorang melihat hilal namun persaksian mereka ditolak oleh pihak pemerintah maka tidak boleh mereka menetapkannya untuk dirinya sendiri dan wajib baginya untuk tetap mengikuti al-jama’ah dalam keadaan yang demikian.

Al-Khaththabi berkata, makna hadis ini adalah bahawa penetapan masuknya puasa (Ramadhan) dan hari raya itu hendaklah diserahkan kepada manusia (yakni urusan pemerintah) serta termasuk perkara yang ditetapkan dengan jalan Ijtihad (usaha-usaha melihat hilal). Sekiranya sekelompok ahli telah berijtihad, namun mereka tidak melihat hilal kecuali setelah hari yang ke-30, lalu mereka pun tidak berbuka (berhenti bepuasa untuk berhari-raya) sehingga mereka menyempurnakan hari berpuasa mereka menjadi 30 hari, tetapi ternyata di kemudian hari menjadi jelas bagi mereka bahawa sepatutnya bulan Ramadhan tersebut sepatutnya hanya 29 hari, maka puasa dan hari-raya mereka telah berlalu dan tidaklah ada celaan ke atas mereka.” (Hasyi’ah As-Sindi ‘ala Ibn Majah, no. 1650)

Disebutkan juga oleh penyusun Tuhfatul Ahwazi:

وقال المنذري في تلخيص السنن وقيل فيه الاشارة إلى أن يوم الشك لا يصام احتياطا وإنما يصوم يوم يصوم الناس وقيل فيه الرد على من يقول إن من عرف طلوع القمر بتقدير حساب المنازل جاز له أن يصوم به ويفطر دون من لم يعلم وقيل إن الشاهد الواحد إذا رأى الهلال ولم يحكم القاضي بشهادته أن هذا لا يكون هذا صوما له كما لم يكن للناس

“Telah berkata Al-Mundziri dalam Talkhish As-Sunan, ini merupakan isyarat agar tidak berpuasa pada hari syak (yang orang-orang berselisih padanya), akan tetapi hendaklah dia berpuasa pada hari orang ramai berpuasa. Dan ini juga merupakan BANTAHAN bagi sesiapa yang mengatakan (berpendapat):

“Siapa yang mengetahui terbitnya bulan bersesuaian ketentuan kiraan-kiraan hisab manzilah-manzilahnya bolehlah dia berpuasa atau berhari-raya tanpa diketahui orang ramai.”

Jika seseorang menyaksikan hilal (masuknya Ramadhan atau Syawwal) namun persaksiannya tidak diperakui oleh Qadhi (hakim atau badan berautoriti di bawah seliaan pemerintah), maka tidak boleh dia berpuasa dan tidak pula bagi yang lainnya.” (Tuhfatul Ahwadzi oleh Al-Mubarakfuri, 3/313)

Memang pada asal keumumannya sebagaimana Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِذَا رَأَيْتُمُ الْهِلَالَ فَصُومُوا، وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَصُومُوا ثَلَاثِينَ يَوْمًا

“Apabila kalian MELIHAT hilal (masuknya Ramadhan) maka puasalah. Dan apabila kalian MELIHAT hilal (masuknya Syawwal) maka berbukalah (yakni berhenti puasa dan berhari raya), tetapi jika hilal itu terhalang bagi kalian maka cukupkan puasa kalian 30 hari.” (Shahih Muslim, no. 1081, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anh)

Namun ketika orang-orang mula berbeza pendapat dan berselisih, maka ketentuannya adalah di tangan pemerintah untuk mengatur urusan kaum muslimin di negeri masing-masing. Demikian diisyaratkan dalam hadis dari Kuraib di Shahih Muslim (no. 1087) dan Sunan Abi Dawud (no. 2332) yang marfu’ kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikian pula yang difatwakan oleh Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Ibn ‘Utsaimin dan Al-Albani rahimahumullah.

Pada hadis ini juga terkandung faedah bahawa penentuan masuknya Ramadhan atau Syawwal itu adalah dengan “MELIHAT” (rukyah) dengan mata kasar, bukannya dengan sekadar anggaran-anggaran atau jangkaan-jangkaan hisab. Kiraan-kiraan hisab dibuat hanyalah sebatas alat bantu untuk mendapatkan jangkaan atau anggaran kedudukan hilal atau bulan, namun ketentuan yang diambil adalah ketika hilal benar-benar telah dilihat dan disaksikan (dengan mata kasar) dan mendapat perakuan pihak pemerintah (atau badan berautoriti yang diperkenankan oleh pemerintah.

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menjelaskan:

إذَا رَأَى هِلَالَ الصَّوْمِ وَحْدَهُ أَوْ هِلَالَ الْفِطْرِ وَحْدَهُ فَهَلْ عَلَيْهِ أَنْ يَصُومَ بِرُؤْيَةِ نَفْسِهِ ؟ أَوْ يُفْطِرَ بِرُؤْيَةِ نَفْسِهِ ؟ أَمْ لَا يَصُومُ وَلَا يُفْطِرُ إلَّا مَعَ النَّاسِ ؟ عَلَى ثَلَاثَةِ أَقْوَالٍ هِيَ ثَلَاثُ رِوَايَاتٍ عَنْ أَحْمَد : أَحَدُهَا : أَنَّ عَلَيْهِ أَنْ يَصُومَ وَأَنْ يُفْطِرَ سِرًّا وَهُوَ مَذْهَبُ الشَّافِعِيِّ . وَالثَّانِي : يَصُومُ وَلَا يُفْطِرُ إلَّا مَعَ النَّاسِ وَهُوَ الْمَشْهُورُ مِنْ مَذْهَبَ أَحْمَد وَمَالِكٍ وَأَبِي حَنِيفَةَ . وَالثَّالِثُ : يَصُومُ مَعَ النَّاسِ وَيُفْطِرُ مَعَ النَّاسِ وَهَذَا أَظْهَرُ الْأَقْوَالِ

“Apabila seseorang melihat hilal masuknya Ramadhan atau melihat hilal Syawwal adakah dia boleh berpuasa atau berhari raya sendiri-sendiri bersesuaian ru’yah tersebut? Atau dia boleh berhari-raya bersesuaian ru’yahnya sendiri? Atau dia tidak berpuasa mahupun berhari-raya kecuali bersama-sama orang ramai (yakni ketentuan pemerintah)?

Bagi perkara ini terdapat tiga pendapat yang diriwayatkan. Pertamanya dari mazhab Asy-Syafi’i bahawa seseorang yang melihat hilal itu dia puasa atau berhari-raya secara sirr (sorok-sorok dan sendiri-sendiri saja). Pendapat yang kedua, hendaklah dia berpuasa secara sendirian tetapi janganlah dia berhari-raya kecuali bersama orang ramai dan inilah yang masyhur diriwayatkan dari mazhab Ahmad, Malik dan Abu Hanifah. Pendapat yang ketiga, Hendaklah dia berpuasa dan berhari-raya bersama orang ramai dan inilah pendapat yang jelas (berdasarkan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kemudian beliau pun paparkan hadis-hadisnya – pent.).” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/114-115)

Beliau menegaskan (sebagaimana dalam risalah Al-Aqidah Al-Wasithiyyah):

وَيَرَوْنَ إِقَامَةَ الْحَجِّ وَالْجِهَادِ وَالْجُمَعِ وَالْأَعْيَادِ مَعَ الْأُمَرَاءِ أَبْرَارًا كَانُوا أَوْ فُجَّارًا

“Bahawasanya ahlus sunnah berpandangan bagi perlaksanaan haji, jihad, solat Juma’at, dan penentuan hari raya itu adalah bersama-sama pemerintah, sama ada yang baik mahupun yang fajir.” (Majmu’ Al-Fatawa, 3/158)

Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H) menegaskan:

هم يلون من أمورنا خمساً: الجمعة، والجماعة، والعيد، والثغور، والحدود. والله لا يستقيم الدين إلا بهم، وإن جاروا وظلموا

“Mereka (pemerintah) mewarnai (mengelola) urusan kita dalam lima perkara utama, iaitu Al-Jumu’ah (solat Juma’at), Al-Jama’ah (kesatuan), Al-‘Ied (hari raya), perbatasan (benteng pertahanan negara), dan Al-Hudud (perundangan).” (Dinukil dari Jaami’ Al-‘Ulum wal Hikam, m/s. 262)

Wallaahu a’lam.