412 – Tafsir Ibnu Abbas

Tafsir Ibnu Abbas

Title:
Tafsir Ibnu Abbas
Judul Asli: Tafsir Ibnu Abbas, al-Musamma Shahifah Ali B. Abu Thalhah ‘an Ibni ‘Abbas fii Tafsir al-Qur’an al-Karim

Author:
Dikumpulkan daripada riwayat ‘Ali B. Abu Thalhah
Oleh: Rasyid ‘Abdul Mun’im ar-Rajal

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM100

Weight:
1.3kg

Description:

Sebuah khazanah tafsir milik seorang pakar tafsir dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ibnu ‘Abbas, beliau adalah seorang sahabat Rasulullah yang pernah didoakan supaya diberi kefaqihan oleh Allah khusus dalam ilmu Tafsir. Beliau adalah salah seorang di antara dua orang sahabat Rasulullah yang paling pakar dalam ilmu tafsir. Seorang lagi adalah Ibnu Mas’oud.

Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

“Hendaklah kamu mencari tafsir (kefahaman) terhadap suatu ayat al-Qur’an dengan melihat kepada ayat al-Qur’an yang lainnya. Sekiranya tidak ditemui, maka hendaklah menafsirkannya dengan as-Sunnah. Apabila kita tidak menemui tafsirnya dalam al-Qur’an atau as-Sunnah, maka hendaklah kita merujuk kepada ucapan para sahabat, kerana mereka lebih mengetahui berkenaan hal tersebut. Mereka menyaksikan secara langsung petunjuk-petunjuk dan keadaannya secara khusus. Mereka memiliki kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih, dan amal yang soleh, lebih-lebih lagi di kalangan mereka ada ramai ulama seperti tokoh-tokoh mereka dari kalangan empat orang Khulafa’ur Rasyidin dan para imam yang mendapat petunjuk, di antaranya adalah ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhum.

Imam Abu Ja’far B. Jarir ath-Thabari meriwayatkan daripada ‘Abdullah, iaitu ‘Abdullah B. Mas’oud, beliau berkata, “Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Dia. Tidaklah turun satu ayat pun dari Kitabullah, melainkan aku mengetahui berkaitan dengan apa ayat tersebut diturunkan dan di mana ayat tersebut diturunkan. Sekiranya ada seseorang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah dariku yang berada di tempat yang mampu dijangkau kenderaan, nescaya aku akan mendatanginya.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Dan di antara mereka adalah al-Habrul Bahr (samudera ilmu), ‘Abdullah B. ‘Abbas, anak kepada pak cik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan turjumanul Qur’an (pakar tafsir al-Qur’an) dengan berkah doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Ya Allah, berilah kepada beliau (Ibnu ‘Abbas) kefaqihan dalam agama dan ajarkanlah kepadanya ta’wil (ilmu tafsir).”

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada ‘Abdullah B. ‘Mas’oud, “Sebaik-baik turjumanul Qur’an adalah Ibnu ‘Abbas.” Sanad hadis ini sahih.

Ibnu Mas’oud wafat pada tahun 32 Hijrah berdasarkan riwayat yang sahih. Dan ‘Abdullah B. ‘Abbas dipanjangkan umurnya sehingga 36 tahun setelahnya. Lalu bagaimana pula dengan ilmu yang diperolehinya setelah pemergian ‘Abdullah B. Mas’oud?

Al-A’masy meriwayatkan daripada Abu Wa’il, beliau berkata, “‘Ali menunjuk (mengisyaratkan) Ibnu ‘Abbas sebagai amir (pemimpin) bagi satu musim haji. Maka beliau berkhutbah di hadapan orang ramai yang kemudiannya beliau membaca surah al-Baqarah (dalam riwayat yang lain, surah an-Nuur) lalu menjelaskan tafsirannya dengan sebuah penafsiran yang sekiranya penduduk Romawi, Turki, dan Dailam mendengarnya, nescaya mereka akan masuk Islam.”

Oleh sebab itulah Ismai’il B. ‘Abdirrahman as-Suddi al-Kabir dalam tafsirnya banyak meriwayatkan daripada dua sahabat ini, iaitu Ibnu Mas’oud dan Ibnu ‘Abbas.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Dari itu, tela’ahlah hasil khazanah tinggalan para sahabat Rasulullah ini. Beliau telah selamat meninggalkan kita. Jalannya jelas. Bahkan di antara manusia yang telah dijanjikan Syurga. Maka, tiada alasan lagi untuk kita tidak berpedoman kepada mutiara tinggalannya. Semoga kita mampu mengikuti jejak langkah mereka yang sejahtera. Agar kita terhindar dari kefahaman-kefahaman al-Qur’an yang menyimpang!

Total Pages:

840 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.