Syaikh Prof. Dr Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili
Darus Sunnah Price:
RM28 Weight:
1kg Description:
Penilaian keutamaan perlaksanaan amalan/ibadah ini ditetapkan berdasarkan pembahagiannya di antara yang wajib dengan yang sunnah, berpandukan jenisnya, pertimbangan masa dan waktunya, tempatnya, situasi dan keadaan seseorang – susah atau senang, berdasarkan ilmu, serta kesannya kepada masyarakat atau makhluk yang lain. Juga berdasarkan kepada beberapa keadaan dan sebab-sebab lain yang membezakan di antara nilai keutamaan suatu amal.
Buku ini khusus untuk orang-orang yang ghairah sahaja. Maksud saya ghairah beramal untuk mendapatkan keutamaan dan ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.
Syarat Sah dan Diterima Sesuatu Amal Ibadah
Tidak semua perbuatan baik diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran pahala. Sarjana Islam mengeluarkan dua pra-syarat supaya sesuatu amalan itu diterima oleh Allah.
Secara ringkasnya ia boleh disimpulkan dalam dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh setiap orang Islam pada setiap kali solat. Maksudnya,
“Tiada Tuhan Yang layak diibadati, melainkan Allah. Dan Nabi Muhammad itu utusan Allah”.
Pertama: Ikhlas @ Tauhid
Ayat pertama mensyaratkan ikhlas beribadat hanya kepada Allah. Ikhlas juga bermakna mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu apapun. Definisi ini diambil dari Surah Al-Ikhlas yang inti seluruh surah ini berkaitan tauhid dan larangan syirik.
Kedua : Ikut Sunnah
Lafaz kedua kalimah syahadah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah dan wajib diikuti, bagi sesiapa yang mahu mendapat pahala dan masuk syurga.
Amal Apa Yang Utama
Setelah dua perkara pokok yang menjadi pra-syarat ini dipenuhi barulah sesuatu amal itu layak dinilai oleh Allah untuk diberi pahala.
Buku karya ilmuwan tersohor ini membincangkan jenis-jenis amalan dan darjat keutamannya menurut al-Qur’an dan as-Sunnah.
Beramal seperti berdagang juga. Kita bukan sahaja mahu berniaga sebanyak-banyaknya, kita juga mahu perniagaan kita untung semaksimal yang mungkin. Ada orang berniaga dari siang sampai ke malam, namun dek kerana kurangnya ilmu berniaga untungnya biasa-biasa sahaja. Dalam satu sisi yang lain, ada orang berniaga dalam masa yang sedikit sahaja, namun untungnya berlipat-kali ganda.
Kalau berdagang di dunia sahaja sudah perlu ilmu dan kemahiran, makanya tentu berdagang (baca: beramal) untuk akhirat lebih dari itu perlu kepada ilmu.
Dengan ilmu kita akan dapat membandingkan darjat amal antara satu dengan yang lain.Yang mana lebih utama
Memberi salam atau menjawab salam. Memberi salam itu sunat, manakala menjawab salam itu wajib hukumnya.
Membaca Al-Qur’an banyak secara pantas, atau membaca Al-Qur’an sedikit dengan perlahan dan tartil.
Sedekah sekali dengan jumlah banyak, berbanding sedekah sedikit secara berterusan.
Saya bawakan beberapa contoh perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini untuk menggamit perhatian pembaca.
Daftar Isi Buku Ini:
1 – Perhatian Generasi Salaf Terhadap Keutamaan Amal dan Keghairahan untuk Mendalami Amal.
2 – Keutamaan Amal Berdasarkan Jenisnya.
3 – Keutamaan Amal Berdasarkan Sisi Wajib dan Sunnahnya.
4 – Keutamaan Amal Berdasarkan Niat dan Kekuatan Ikhlas.
5 – Keutamaan Amal Berdasarkan pada Baiknya Ber-Ittiba’.
6 – Keutamaan Amal Berdasarkan Konsistensi dan Kadar istiqamah Perlaksanaannya.
7 – Keutamaan Amal Berdasarkan Perlaksanaan, Kesederhanaan, Ketepatan, dan Kemudahan Perlaksanaannya.
8 – Keutamaan Amal Berdasarkan pada Kedudukan dan Derajat Pelakunya di Sisi Allah Ta’ala.
9 – Keutamaan Amal Berdasarkan Masa dan Waktu Perlaksanannya.
10 – Keutamaan Amal Berdasarkan Tempat dan Lokasi Perlaksanaannya.
11 – Keutamaan Amal Berdasarkan Kesan Bagi Makhluk.
12 – Keutamaan Amal Berdasarkan Situasi yang Dihadapinya.
13 – Mempertimbangkan Hal-hal yang Menjadi Penyebab Utamanya Suatu Amal dan Mendahulukan Salah Satunya pada Waktu Sama.
342 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.