Sifat Mandi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
Abu Sa’id Bal’id B. Ahmad
Publisher:
Pustaka Darul Ilmi
Price:
RM16
Weight:
250g
Description:
Buku yang sederhana ini merupakan tulisan yang membahaskan dan memperincikan tatacara mandi yang dicontohkan oleh Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta beberapa penjelasan yang berkaitan dengan jenis-jenis mandi dan hukum-hukumnya.
Pada ketika ini, begitu ramai dari kalangan umat Islam yang meremehkan mempelajari ilmu-ilmu seperti ini dan sedikit pula kelompok yang mahu mendidik masyarakat dalam persoalan-persoalan asas ibadah bersuci ini. Sedangkan ia adalah merupakan salah satu perkara ilmu dan praktikal yang asas lagi penting bagi diri seorang muslim. Lebih-lebih lagi, permasalahan bersuci ini sangat berhubung rapat dengan ibadah-ibadah besar lainnya seperti solat. Dan solat pula adalah rukun yang paling agung dalam Islam setelah pengakuan sebagai seorang muslim (syahadah). Maka hendaklah kita sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan amalan-amalan kita. Adakah ianya bersesuaian dengan apa yang telah ditunjuk-ajarkan oleh Nabi, amalan para sahabat dan mereka yang berada di atas jalan kebenaran, atau sebaliknya. Jadi, untuk mengenal pasti semua itu, kita memerlukan ilmu yang diambil dari rujukan al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. Semoga dengannya, akan mendekatkan diri kita kepada Allah sekaligus membawa kepada keredhaan-Nya.
Di antara tajuk-tajuk yang dibincangkan oleh buku ini adalah pengertian mandi, bagaimana mandi yang sebenarnya menurut syari’at, jenis-jenis mandi, hukum-hakamnya, mandi wanita dan mandi lelaki, mandi kerana haidh dan junub, mandi wanita mustahadah, mandi hari Juma’at, hukum mandi dengan wangian, mandi hari raya, mandi jenazah, mandi kerana mengebumikan, mandi kerana masuk Islam, mandi ihram, mandi kerana memasuki makkah, dan beberapa maklumat-maklumat perbahasan lainnya…
Total Pages:
181 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.