299 – Dzikir Jama’i Yang Sunnah & Bid’ah

Dzikir Jama’i Yang Sunnah & Bid’ah

Title:
Dzikir Jama’i Yang Sunnah & Bid’ah

Author:
Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Abdurrahman al-Khumais

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Dalam kehidupan ini, sudah tentu kita ingin mengisi setiap hari-hari kita dengan aktiviti yang bermakna. Dan perlu kita ketahui bahawa tiada amal yang lebih mulia bagi seseorang hamba melebihi ibadah kepada Allah. Dan, berdzikir kepada Allah merupakan salah satu bentuk amal ibadah yang mulia dan sangat-sangat dianjurkan Islam supaya melaksanakannya.

Namun, dalam keadaan kebaikan dzikir yang sangat mulia dan dianjurkan agama tersebut, terdapat sebuah fenomena dzikir yang asalnya aneh tetapi kini mula menjadi masyhur dan diamalkan di tengah-tengah masyarakat. Fenomena tersebut adalah mengadakan upacara dzikir tertentu secara berjama’ah dan bermai-ramai. Ditambah pula dengan laungan suara dzikir berlagu yang dilaungkan mendayu-dayu. Golongan mereka ini mengemukakan pelbagai dalil dan hujjah bagi menguatkan tindakan mereka tersebut.

Oleh sebab itulah buku ini pun disusun dan kini kami terjemahkan untuk tatapan para pembaca. Tindakan, amalan dan fenomena dzikir berjama’ah yang semakin menyebar luas ke serata dunia kini dijawab dengan hujjah-hujjah yang tuntas berpandukan dalil-dalil yang akurat berserta kefahaman ahlus sunnahw al-Jama’ah dan fatwa-fatwa para ulama. Dalam zaman yang penuh kecanggihan ini, kebenaran tidak dapat lagi disembunyikan. Ilmu-ilmu berkaitan al-Qur’an dan hadis kini rancak disebarkan ke serata dunia bagi tujuan membasmi kebatilan dan penyimpangan dalam mengambil dan memahami agama.

Buku ini membahaskan persoalan Fenomena Dzikir Jama’i bermula dari pengertiannya, asal-usulnya, popularitinya di kalangan umat Islam, dan kemudian dengan mengetengahkan hujjah-hujjah yang akurat bagi menjernihkan situasi sebenar dalam berdzikir.

Total Pages:
253 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.