260 – Beginilah Rasulullah Mengajari Kami

Beginilah Rasulullah Mengajari Kami

Title:
Beginilah Rasulullah Mengajari Kami
Judul Asli (‘Arab): Hakadza ‘Allamana an-Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam

Author:
Syaikh Khumais as-Sa’id Muhammad ‘Abdullah (Mesir)

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM18

Weight:
300g

Description:

Akhlak adalah nilai-nilai murni yang tertanam dalam jiwa manusia yang mendorong melakukan kebaikan dengan mudah tanpa perlu berfikir dan mempertimbangkan terlebih dahulu. Bila perbuatan yang dilakukan dianggap baik menurut akal dan syariat, maka disebut dengan akhlak yang mulia. Tetapi sebaliknya, apabila yang dilakukan adalah perbuatan yang buruk, maka disebut akhlak buruk (tercela). Di antara misi kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Akhlak merupakan syarat utama dalam membina sebuah susunan kehidupan manusia. Seseorang tidak akan selamat, sebuah masyarakat tidak akan mampu berdiri dengan kukuh, dan sesebuah negara tidak akan berjaya tanpa dipasak oleh nilai-nilai akhlak yang mulia.

Melalui buku ini, penulis berusaha memperincikan secara jelas pengajran yang dapat diambil daripada akhlak Rasulullah kepada umatnya. Bagaimana seseorang dapat berakhlak mulia kepada Allah, sesama manusia, binatang, bahkan kepada alam sekitarnya. Buku ini juga menyebutkan contoh-cotoh perilaku Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai suri tauladan, imam (pemimpin), dan guru yang agung bagi umat manusia. Maka berbahagialah sesiapa yang mengikuti jejak langkahnya, berpedoman dengan petunjuknya, meniti di atas ajarannya, melaksanakan perintahnya, serta menjauhi larangannya.

Buku ini membawakan perbahasan yang terpercaya dengan garis panduan ilmu serta fakta ilmiah. Dengan rujukan yang akurat dari dalil-dalil al-Qur’an, as-Sunnah, dan kefahaman para salafus soleh yang amat didahagakan oleh masyarakat masa kini.

Fahamilah bahawa hamba yang paling dicintai dan mendapat tempat di sisi Allah dan Rasul-Nya adalah yang paling baik akhlaknya. Seseorang tidak akan dapat memberi kebahagian kepada orang lain dengan harta, kedudukan, keturunan mahu pun kecantikan. Tetapi kebahagian dapat diperolehi dengan akhlak yang baik. Dan akhlak yang baik itu ada pada pada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sebagaimana tertera di dalam surah al-Ahzaab ayat 21 yang menyatakan bahawa suri tauladan yang baik itu telah ada pada diri Rasulullah bagi sesiapa yang mengharap kebaikan di hari akhirat. Begitu juga sebagaimana tertera di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 31 yang menyatakan bahawa sekiranya kita mencintai Allah, hendaklah kita mengikuti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Total Pages:
253 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.