Kisah Legenda Perjuangan Para Ulama Dalam Menegakkan Kebenaran
Mahkota Di Atas Sajadah
Judul Asli (‘Arab): Hukmu at-Ta’amul Ma’a al-Hukkam wa Shuwar min Ibtila’ al-Ulama
Syaikh Wahid ‘Abdus Salam Bali &
Publisher:
Pustaka at-Tibyan
Price:
RM15
Weight:
100g
Description:
Buku ini adalah sebuah buku yang disusun oleh syaikh Wahid B. ‘Abdus Salam Bali dan ‘Abdullah Humaid al-Falasi. Di dalamnya memuatkan kisah-kisah para ulama dari generasi awal umat Islam dalam menghadapi para pemimpin dan penguasa, sama ada yang ‘adil mahupun yang zalim, sama ada pemerintah dari wilayah mereka sendiri atau penguasa dari wilayah lainnya.
Dalam berhadapan dengan penguasa, kebanyakan umat Islam tebahagi kepada beberapa kelompok. Di antaranya adalah yang sentiasa membenarkan segala apa yang dilakukan oleh para penguasa sama ada yang baik mahu pun yang mungkar. Kelompok yang kedua, adalah kelompok yang suka membangkang iaitu mereka yang sentiasa menganggap apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa itu semuanya tidak benar dan sentiasa mencari-cari kesalahan penguasa supaya penguasa dapat dijatuhkan. Manakala kelompok yang ketiga pula, mereka adalah kelompok pertengahan yang selari dengan prinsip ahlus sunnah wal-Jama’ah. Mereka sentiasa menasihati pemerintah dalam perkara yang tidak benar, sentiasa membantu pemerintah dalam usahanya yang baik-baik di samping sentiasa memberikan bimbingan agar banyak kebaikan dapat diraih secara bersama. Mereka sentiasa taat kepada pemimpinnya. Dan sekiranya pemimpinnya melakukan kezaliman, mereka terus mentaatinya (dalam perkara selain kezaliman/kebatilan) namun akan terus berusaha untuk menegurnya dengan tatacara yang betul dengan mengelakkan keburukkan dari berlaku.
Buku ini membawakan kepada anda beebrapa gambaran dan kisah-kisah para ulama generasi awal dalam berhadapan dengan para penguasa. Kisah-kisah ini di ambil dari pelbagai sumber rujukan yang diperakui dari kitab-kitab aqidah, kitab-kitab sejarah, dan juga kitab-kitab lainnya seperti Siyar A’lamin Nubala’ (Imam adz-Dzahabi), Adabusy Syar’iyah (Imam Ibnu Muflih), al-Hilyatul Auliya’ (Abu Nuaim), Kitabil Kharraj (al-Qadhi Abu Yusuf pada muqaddimahnya), Mawa’izhul Khulafa’ (Ibnu Abid Dunya), dan juga yang lain-lain.
Ambillah manfaat daripada kisah-kisah yang dipaparkan seperti kisah Imam Ahmad dengan Khalifah al-Watsiq, Kisah asy-Sya’bi dengan al-Hajjaj, dialog Sa’id B. Jubair (tabi’in) dengan al-Hajjaj sebelum Sa’id B. Jubair dibunuh, kisah anak muda dengan ‘Umar B. ‘Abdul ‘Aziz, Ibnu Taimiyyah dengan Raja Tartar bernama Ghozan, serta banyak lagi yang lain.
Total Pages:
128 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.