Menyingkap Aliran dan Paham Sesat
Ummu Tamim Izzah BT. Rasyad
Publisher:
Pustaka Imam Ahmad
400g
Description:
Aliran dan pemikiran sesat kian semakin mengepung umat Islam. Tetapi, majoriti daripada kita hampir sama sekali tidak memahami sedikit pun tentang aliran-aliran sesat yang wujud, apatah lagi memahami tentang al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat/benar), iaitu Ahlus Sunnah wal-Jamaah (bukan kenal hanya pada nama). Lebih parah bahawa semua aliran sesat ini menjajakan (mempromosikan) ajaran bid’ahnya dan menghalangi pengikut-pengikutnya dari menuntut ilmu syar’i (agama). Pada masa yang sama, setiap aliran mengakui bahawa mereka mengikuti Sunnah dan mencintai Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Salam. Ini sekaligus menjadikan isu kesesatan tersebut samar (sukar difahami) oleh kebanyakan umat Islam. Maka, kepada setiap orang yang mengaku bahawa ia mengikuti Sunnah dan mencintai Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Salam kami sampaikan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
“Katakanlah: ‘Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar’. ” (al-Baqarah, 2: 111)
Mereka tidak memiliki bukti dan dalil kecuali dalil-dalil lemah yang tidak dapat dijadikan sebagai hujjah. Kerana itu, perbahasan mengenai persoalan ini sangatlah penting. Kerana penelitian mengenai perkara tersebut akan memperlihatkan kepada kita rahsia-rahsia kesesatan dari aliran-aliran mereka tersebut yang sebenarnya banyak menyebar di tengah-tengah umat Islam. Terkadang sebahagian dari mereka meyakini sebahagian perkara yang tanpa mereka sedari bahawa ia sebenarnya adalah kefahaman aliran sesat. Walaupun secara zahirnya, mereka memang tidak terlibat secara rasmi dengan mana-mana aliran atau kelompok sesat yang dimaksudkan. Misalnya, ada orang melakukan dosa dan maksiat, sama ada zahir mahupun batin, lalu ia berdalih dengan nash-nash dari al-Qur’an mahupun as-Sunnah dengan mengharapkan sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Salam, “Sesiapa yang ucapan terakhirnya adalah la ilaha illallah, maka ia masuk syurga.” Dengan mengabaikan nash-nash lain yang mengandungi ancaman. Dan sebenarnya ini adalah fahaman kelompok sesat Murji’ah, sama ada ia sedar atau pun tidak. Ada pula orang yang gemar merayakan/membesarkan hari Maulid dan hari-hari lainya dengan anggapan bahawa ia adalah sebagai tanda kecintaan kepada Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Salam. Mungkin ia tidak tahu bahawa perayaan Maulid Nabi adalah ciptaan Daulah Fathimiyah al-Ubaidiyah (yang beraqidah Syi’ah sesat) yang dinisbatkan kepada Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah al-Yahudi, yang menguasai Mesir sejak tahun 357-567 H. Pertanyaan: Mengapa terjadi kesesatan? Menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, penyebab kesesatan itu di antaranya adalah kerana kejahilan orang yang jahil itu dalam mengikuti nenek moyang mereka dengan membabi-buta (tanpa ilmu), tokoh tertentu atau orang-orang yang dikasihinya sehingga ia menyimpang dari jalan yang lurus disebabkan kejahilannya terhadap perintah dan larangan Allah. Atau, mungkin juga kerana mengikuti nafsunya dengan tanpa petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga ia meninggalkan menuntut ilmu syar’i untuk mengetahui kebenaran. Sebab itulah, perbahasan mengenai persoalan ini sangat penting. Dengannya, ia membantu kita menyingkap rahsia dan bentuk-bentuk fahaman (ciri-ciri) dari aliran-aliran sesat yang masih berakar di tengah-tengah umat Islam dengan modes operandi yang lebih menarik, lebih moden.
Buku di hadapan Anda ini memang tidak membahaskan semua aliran secara terperinci, tetapi buku ini mengemukakan asas-asas dan ciri-ciri utama yang dipegang oleh aliran-aliran sesat. Meskipun buku ini tidak menyebutkan semua aliran yang ada, tetapi keyakinan-keyakinan dan dasar-dasar mereka tidak keluar dari apa yang telah disebutkan di sini. Jadi, buku ini diharapkan mampu dijadikan sebagai panduan untuk menilai adakah suatu aliran atau doktrin itu sesat atau tidak. Dengan kemunculan pelbagai bentuk aliran sesat, para ulama telah berusaha dengan sedaya-upaya dari dulu hingga kini untuk menghadapi/menangkis serangan pemikiran mereka dengan rapi di setiap masa dan tempat, dengan mengerahkan jerih-payah dan waktu mereka, menggoreskan pena mereka untuk membela agama ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas jasa mereka terhadap Islam dan umat Islam. Namun disebabkan luasnya ilmu mereka, maka penuntut ilmu yang masih di awal pembelajaran akan merasa sedikit (atau beberapa) bentuk kesukaran untuk memahami kitab-kitab mereka, apatah lagi masyarakat awam di luar sana. Sering ada pertanyaan tentang kitab yang mudah difahami yang membahaskan berkaitan doktrin aliran-aliran sesat yang wujud di sekitar mereka. Inilah buku ‘Aqa’id al-Firaq adh-Dhallah wa Aqidah al-Firqah an-Najiyah, di antara buku-buku yang berusaha melakukan perbandingan di antara ciri-ciri utama bagi setiap aliran sesat dengan asas manhaj/prinsip ahlus sunnah wal-Jama’ah. Ini adalah kerana sesuatu itu akan lebih mudah untuk dikenal dengan menunjukkan lawannya atau kebalikannya, dan kebenaran akan menjadi jelas dan terang bila dibuat perbandingan dengan yang batil, hakikat tauhid akan lebih mudah difahami dengan menjelaskan contoh-contoh kesyirikan.
Syaikh Musthofa al-‘Adawi hafizahullah berkata ketika memberi kata-kata aluan buku ini:Ini adalah kitab yang bermanfaat yang menjelaskan berkaitan aliran-aliran dan fahaman sesat berserta penganutnya, yang ditulis oleh ukhtina fillah, seorang da’iyah ilallah (pendakwah wanita) dan kita tidak mensucikan seseorang di hadapan Allah ‘azza wa Jalla. Ia berjalan di atas manhaj Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, memilih yang haq dan kebenaran, serta mencari dalil yang sahih, iaitu saudari kita, Ummu Tamim…… Beliau menulis buku ini sebagai nasihat, penjelasan, dan peringatan bagi umat Islam secara umum dan bagi saudara-saudaranya, sama ada lelaki atau pun wanita, dari kalangan penuntut ilmu secara khususnya, sehingga jalan mereka tidak bercabang dan tidak tercerai-berai dari jalan Allah……. Saya telah membaca tulisannya ini dan saya mendapati (alhamdulillah) sebagai buku yang bermanfaat walaupun perbahasannya ringkas. Saya melihat, semua dalil-dalil hadis yang digunakan adalah sahih. Penulis juga memenuhi kajiannya ini dengan nukilan-nukilan perkataan para ulama dengan menyertakan sekali rujukannya…… Hanya kepada Allah saya memohon supaya memahkotai segala usahanya dengan kejayaan dan kelurusan, menerima amalnya dengan penerimaan yang baik dan memberinya taufiq pada jalan yang ditempuhnya sama ada ilmiah mahupun dakwah….
Total Pages:
252 m/s.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.