Ringkasan Siyar ‘Alam an-Nubala’
(Nuzhatul Fudhala Tahdzib Siyar A’lam an-Nubala’)
Title:
Ringkasan Siyar A’lam an-Nubala’
Ringkasan Siyar A’lam an-Nubala’
Nuzhatul Fudhala Tahdzib Siyar A’lam an-Nubala’
Author:
Imam Syamsyudin Muhamamd bin Ahmad bin Utsman Adz Dzahabi
Imam Syamsyudin Muhamamd bin Ahmad bin Utsman Adz Dzahabi
(Imam adz-Dzahabi)
Peringkas: Dr. Muhammad Hasan bin Aqil Musa Asy-Syarif
Publisher:
Pustaka Azzam
Price:
RM320 (4 Jilid)
Weight:
4kg
Description:
Sejarah adalah salah satu disiplin ilmu yang mulia dan bermanfaat. Setiap peristiwa yang telah terjadi di dalam sejarah melahirkan pelajaran, sedangkan tragedinya menimbulkan titisan air mata. Memang benar, orang-orang yang peduli dengan kebangkitan Islam sewajarnya tahu melihat kepada sejarah, mengambil perhatian, dan memanfaatkan sesuatu yang positif sebagai penerus generasi untuk meluruskan jalan dan menjernihkan fikiran mereka. Kitab Sirah ini merupakan kitab yang sangat penting/bernilai, lengkap dengan pelbagai bentuk disiplin ilmu, dan lambakkan maklumat, yang tidak hanya terbatas pada satu fasa generasi atau masa, tetapi mencakupi awal mula kemunculan Islam sehingga abad ke-tujuh Hijriyah. Inforrnasi-informasi yang dimuatkan di dalamnya juga mencakup sekitar maklumat kota-kota Islam pada pada zaman kegemilangannya.
Selain itu, kitab ini cukup penting sebagai bahan rujukan ilmiyah untuk dan mampu memenuhi keperluan para sejarawan, ahli jarh dan ta’dil (salah satu cabang disiplin ilmu hadis yang membahaskan tentang sisi keadilan, kedhabitan dan cacat yang dimiliki oleh setiap individu yang meriwayatkan hadis) serta para penelitinya), informasi tentang semangat dan perhatian generasi Islam terdahulu dalam berdakwah serta beribadah.
Begitu pula informasi tentang tokoh-tokoh umat Islam, kilasan tentang keadaan dan ibadah mereka, yang diperlukan oleh mereka yang ingin mendapatkan gambaran tentang kehidupan generasi Islam pada masa sekarang dan akan datang, (insyaallah).
Peringatan berkaitan kesan yang diterima oleh orang-orang zalim, sombong, melampaui batas, ahli bid’ah, fasiq, dan ahli maksiat, sehingga generasi manusia pada masa ini dapat lebih berhati-hati turut terangkum di dalamnya. Muatan kisah-kisahnya yang indah dan penting berupaya menjadi bahan cerita alternatif untuk menggantikan kedudukan berita dan informasi yang tidak mendidik, yang disumbatkan/dipaksakan oleh mereka yang menginginkan generasi umat Islam rosak. Selain itu, terdapat sejumlah kaedah-kaedah agama, kemuliaan tauhid, perilaku, dan perhubungan sosial yang menyejukkan hati juga dimuatkan di sini. Perkara tersebut dikemukakan oleh adz-Dzahabi di sela-sela pembentangannya terhadap biografi seseorang tokoh.
Kelebihan Kitab Siyar A’lam An-Nubala:
1 – Ketelitian penulis. Beliau (rahimahullah) tidak hanya membentangkan biografi orang yang ditulis, tetapi juga disertakan dengan komentar jika menurutnya adalah perlu, iaitu dengan melakukan semakkan secara sempurna terhadap cerita yang dipaparkannya, sama ada dengan menyebutkan sisi kekurangannya mahu pun menjelaskan kelebihannya jika orang-orang pada umumnya menganggapnya buruk, atau berpandangan lain sekiranya diperlukan, atau mengkritik perilakunya dengan kritikan yang berpandukan kdpada syari’at. Kemudian beliau berusaha mengeluarkan kesimpulan secara umum terhadap individu yang ditulis biografinya tersebut, disertai dengan ketelitian. Ketelitian dalam menilai keperibadian manusia ini, memberikan cahaya terang yang dapat diambil manfaatnya oleh kebangkitan Islam, iaitu kebangkitan yang hampir memberikan hasilnya jika tidak dikotori oleh ulah sebahagian kelompok yang memiliki pandangan tersasar, yang menuduh para ulama dan da’i sebagai orang-orang fasik, ahli bid’ah, berpaling dari madzhab salaf, tidak berhati-hati dalam menilai orang lain, dan tidak takut kepada Allah ketika berprasangka buruk terhadap orang lain. Ada juga orang yang tidak mampu hidup melainkan dengan mencela orang yang tidak sama dengannya, melupakan kebaikannya, dan menyembunyikannya. Orang-orang seperti itulah yang disangkal secara tegas oleh Imam adz-Dzahabi, yang akan anda lihat/perhatikan di sela-sela pembentangan buku ini secara jelas, InsyaAllah. Adanya kajian kritis dalam kitab ini. Adz-Dzahabi tidak membiarkan peristiwa sejarah berjalan tanpa kritikan sekiranya menurutnya ia perlu diberi kritikkan dan penjelasan. Oleh karena itu, anda melihat beliau terkadang menolak peristiwa yang dinilainya mungkar atau memperbaiki (memberi pencerahan) terhadap peristiwa yang masih samar-samar atau mendukung pendapat penulis lain atau menjelaskan pendapatnya di dalam masalah tertentu yang perlu diberi perincian, penjelasan, dan seumpamanya. Metode kritis seperti inilah yang sering ditinggalkan oleh buku-buku sejarah dan penulis biografi lainnya.
2. – Kitab ini memuatkan masalah-masalah yang tidak dimuatkan oleh kitab-kitab lain, kerana ia menyatukan pelbagai input sejarah dengan riwayat hidup. Kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah misalnya, memuatkan cerita-cerita sejarah yang cukup luas, tetapi tidak memuatkan biografi para ulama, orang-orang yang terpilih, para pemimpin, dan sebagainya. Begitu juga kitab Al-Kamil karya Ibnu Al-Atsir (rahimahullah) dan kitab Tarikhul Umam wa Al-Muluk karya Ath-Thabari (rahimahullah). Memang ada kitab-kitab yang memuatkan biografi para tokoh seperti ini, namun dari rentetan cerita sejarah dengan metode penyusunan yang dibawakan oleh adz-Dzahabi ini tidak ditemukan di dalamnya. Misalnya kitab Hilyah Al-Auliya’ dan Ath-Thabaqat karya Ibnu Sa’ad, serta Wafayat Al-‘A’yaan. Sedangkan kitab ini membahaskan berkaitan biografi secara panjang lebar dengan disertakan kisah-kisah sejarah dan metode yang sangat tersusun, yang ditulis di sela-sela penulisan biografi seorang tokoh, khususnya biografi para khilafah, raja, dan pemimpin.
3 – Kitab Siyar a’lam an-Nubala’ ini merangkumi sebahagian besar sejarah tokoh-tokoh penting dimata manusia (kebanyakan mereka atau sebahagian mereka, walaupun cacat di mata syariat) tidak hanya memuatank pengikut madzhab fiqih tertentu, raja, khalifah, pemimpin, penyair, ahli osastera Arab, ahli bahasa, pahlawan, panglima, pemimpin perang, doktor, hakim, para pekerja, dan penganut madzhab tertentu, tetapi juga mencakupi seluruh kelompok yang disebutkan dan hampir mencakupi seluruh teritorial/wilayah Islam. Memang benar biografi para ahli hadis lebih banyak disebutkan daripada tokoh tokoh lainnya. Ini adalah kerana perhatian/komitmen imam adz-Dzahabi yang sangat tinggi terhadap prinsip-prinsip ilmu hadis, lebih besar daripada disiplin ilmu lainnya, kerena sememangnya beliau adalah merupakan seorang hafiz (dalam bidang hadis) dan mahir di dalam hadis. Akan tetapi, kebanyakan para ahli hadis pada abad keemasan Islam dan selepasnya, adalah para ahli fiqih, ahli tafsir, orang-orang yang berperang di jalan Allah, para sasterawan, ahli nahwu (bahasa), dan tokoh-tokoh lainnya yang terkenal.
Total Pages:
lebih 800 m/s. bagi setiap jilid
lebih 800 m/s. bagi setiap jilid
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.
Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.