157 – Melakukan Sujud Sahwi Jika Tertinggal Beberapa Raka’at dan Melakukan Salam Lebih Awal Dalam Solat

Melakukan Sujud Sahwi Jika Tertinggal Beberapa Raka’at dan Melakukan Salam Lebih Awal Dalam Solat

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ سَمَّاهَا أَبُو هُرَيْرَةَ وَلَكِنْ نَسِيتُ أَنَا قَالَ فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ فَقَامَ إِلَى خَشَبَةٍ مَعْرُوضَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَاتَّكَأَ عَلَيْهَا كَأَنَّه غَضْبَانُ وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ وَوَضَعَ خَدَّهُ الْأَيْمَنَ عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى وَخَرَجَتْ السَّرَعَانُ مِنْ أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ فَقَالُوا قَصُرَتْ الصَّلَاةُ وَفِي الْقَوْمِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ فَهَابَا أَنْ يُكَلِّمَاهُ وَفِي الْقَوْمِ رَجُلٌ فِي يَدَيْهِ طُولٌ يُقَالُ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ أَمْ قَصُرَتْ الصَّلَاةُ قَالَ لَمْ أَنْسَ وَلَمْ تُقْصَرْ فَقَالَ أَكَمَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ فَقَالُوا نَعَمْ فَتَقَدَّمَ فَصَلَّى مَا تَرَكَ ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ فَرُبَّمَا سَأَلُوهُ ثُمَّ سَلَّمَ فَيَقُولُ نُبِّئْتُ أَنَّ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ ثُمَّ سَلَّمَ

Maksud: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (beliau berkata):

Kami solat bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada salah satu solat di waktu siang hari (sama ada zuhur atau ‘asar (Ibnu Sirin menyebut: Abu Hurairah ada menyebutkan tentang solat tersebut, tetapi aku terlupa)), tetapi beliau hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebatang kayu yang terhampar (melintang/terbaring) di masjid lalu duduk di atasnya seolah-olah sedang geram. Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya sambil menggenggam jari-jarinya, manakala pipinya diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar melalui pintu-pintu masjid. Mereka agak kehairanan disebabkan solat telah dipendekkan. Di antara orang ramai itu terdapat pula Abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk bertanyakan akan perkara tersebut. Kebetulan di antara mereka terdapat seorang lelaki bernama Dzulyadain, beliau bertanya (kepada Rasulullah):

“Ya Rasulullah, adakah anda telah lupa atau solat tadi itu memang telah dipendekkan?” Baginda bersabda:

“Aku tidak lupa dan solat tadi tidak pula dipendekkan.”

Maka Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat,

“Adakah benar sebagaimana apa yang dikatakan oleh Dzulyadain?” Para sahabat menjawab:

“Benar”. Maka baginda pun menuju kembali ke tampat semula (tempat solat) dan menyempurnakan baki rakaat yang ditinggalkan, kemudian terus memberi salam. Setelah salam itu baginda bertakbir, sujud sebagaimana biasa atau agak panjang sedikit, lalu mengangkat kepala dan bertakbir. Seterusnya baginda bertakbir lagi lalu bersujud seperti biasa atau agak lama sedikit, kemudian mengangkat kembali kepalanya. Kemudian beliau memberi salam.

– Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 460 (بَاب تَشْبِيكِ الْأَصَابِعِ فِي الْمَسْجِدِ وَغَيْرِهِ)

Note: Berdasakan situasi sebagaimana di dalam hadis di atas, sujud sahwi hendaklah dilaksanakan selepas salam. Sujud dilakukan sebanyak dua kali sujud (selepas salam) dan kemudian memberi salam semula setelah selesai dua kali sujud (sujud sahwi).

Untuk lebih lanjut, boleh merujuk artikel terdahulu: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/08/perihal-tatacara-sujud-syahwi-yang.html

5 Comments

  1. salam.. seriously, I haven't heard it before.. I don't understand that we need to do the sahwi after salam.. could you please explain it a bit more..

  2. sujud sahwi ni bila kite tak yakin dengan bilangan rakaat yang telah kita sempurnakan, tak yakin kite telah membuat atau tak buat sesuatu rukun solat, so kene la buat sujud sahwi. bagi salam dulu macam biase, pastu sujud sebanyak 2kali macam biase n then bagi salam buat kali kedua. sujud sahwi ini ada bacaannya tersendiri iaitu: 'subhanamanlayanamualahasyur' (3kali). kalo saya tersalah, sila betulkan. wallahu'alam.

  3. ya…betul apa yg dkatakan oleh niza..semmgnya sujud sahwi ini perlu bagi megelakkan keraguan dalam solat kita..

  4. Bacaan ketika sujud sahwi:

    سُبْحَانَ مَن لاَيَنَامُ وَلايَسْهُو

  5. i thought we need to do sahwi b4 salam if we lack of 'rakaat'….after salam if we exceed of 'rakaat'…im sorry if i do any mistake

Comments are closed.