Hukum Bertepuk Tangan Dalam Majlis
Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah
حكم التصفيق في الحفلات
www.ilmusunnah.com
Ditanyakan kepada Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah:
ما حكم التصفيق للرجال في المناسبات والاحتفالات؟
“Apa hukum bertepuk-tangan bagi lelaki bagi waktu-waktu dan dalam pertemuan-pertemuan tertentu?”
التصفيق في الحفلات من أعمال الجاهلية وأقل ما يقال فيه الكراهة ، والأظهر في الدليل تحريمه لأن المسلمين منهيون عن التشبه بالكفرة وقد قال الله سبحانه في وصف الكفار من أهل مكة وَمَا كَانَ صَلاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً.
قال العلماء المكاء الصفير والتصدية التصفيق والسنة للمؤمن إذا رأى أو سمع ما يعجبه أو ما ينكره أن يقول: سبحان الله أو يقول: الله أكبر كما صح ذلك عن النبي صلى الله عليه وسلم في أحاديث كثيرة ، ويشرع التصفيق للنساء خاصة إذا نابهن شيء في الصلاة أو كن مع الرجال فسهى الإمام في الصلاة فإنه يشرع لهن التنبيه بالتصفيق أما الرجال فينبهونه بالتسبيح كما صحت بذلك السنة عن النبي صلى الله عليه وسلم وبهذا يعلم أن التصفيق من الرجال فيه تشبه بالكفرة وبالنساء وكلا ذلك منهي عنه. والله ولي التوفيق
Jawab Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz:
“Bertepuk tangan dalam pertemuan-pertemuan merupakan perbuatan jahiliyyah. Pendapat yang paling ringan menegaskan hukumnya makruh (dibenci). Dan yang lebih nyata dari dalil-dalil yang ada adalah bahawa perbuatan tersebut adalah haram, kerana kaum muslimin dilarang menyerupai orang-orang kafir. Benar-benar Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman menyebutkan sifat orang kafir penduduk Makkah:
وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاءً وَتَصْدِيَةً
“Solat mereka di sekitar Baitullah itu tidak lain hanyalah siulan dan tepukan-tangan.” (Surah Al-Anfal, 8: 35)
Para ulama mengatakan, الْـمُكَاءُ adalah siulan manakala التَّصْدِيَةُ adalah tepuk-tangan. Dan yang sunnah bagi seorang mukmin ketika melihat atau mendengar sesuatu yang mengagumkan atau yang dia benci adalah mengucapkan Subhanallah (Maha Suci Allah) atau Allahu Akbar (Allah Maha Besar), sebagaimana ianya sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam banyak hadis.
Dan disyari’atkan bertepuk-tangan secara khusus bagi wanita ketika mereka mengingatkan sesuatu dalam solat, atau ketika mereka solat bersama kaum lelaki iaitu di ketika imamnya lupa (tersalah). Ketika itu disyari’atkan bagi wanita untuk mengingatkan dengan tepukan tangan. Adapun bagi lelaki, mereka mengingatkan imam dengan tasbih (ucapan Subhanallah) sebagaimana ianya sahih dari Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Dari sini dapat diketahui bahawa tepuk-tangan bagi lelaki adalah perbuatan menyerupai orang-orang kafir dan kaum wanita. Keduanya merupakan perkara yang dilarang bagi kaum lelaki. Allah Subhanahu wa Ta’ala sajalah yang memberi taufiq.”
Sumber: http://www.binbaz.org.sa/mat/54