Kitab Ihya’ ‘Ulumiddin Dalam Pandangan Ulama Ahli Sunnah wal-Jama’ah
Kebanyakan kita pada hari ini apabila membicarakan soal Tasawuf dan kesufian, sumber dan rujukan utama kita dalam bab ini akan tertumpu kepada karya-karya Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah (Wafat: 505H) sehingga terdengar sebahagian orang mengatakan bahawa di antara ciri-ciri Ahlus Sunnah wal-Jamaah itu adalah dengan mengikuti al-Ghazali dalam Tasawufnya.
Karangan Abu Hamid al-Ghazali menjadi rujukan utama dunia Sufi pada hari ini terutamanya Ihya’ ‘Ulumuddin sehingga mereka berkata, “Sekiranya semua kitab-kitab Islam itu hilang melainkan al-Ihya’ maka cukuplah dengannya” dan al-Ihya’ ini dianggap sebagai di antara kitab induk dalam ilmu Tasawuf.
Maka amat wajar bagi kita supaya mengkaji dan meneliti apakah pandangan para Ulama kaum Muslimin yang muktabar terhadap kitab-kitab Imam al-Ghazali yang sekaligus akan memberikan kita gambaran sebenar pendirian Ulama terhadap Tasawuf al-Ghazali – adakah benar Tasawuf yang dibawa oleh Abu Hamid al-Ghazali ini adalah Tasawuf yang suci dan sunni?
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka di sini dibawakan beberapa fatwa Ulama dan ulasan mereka berkenaan Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah (Wafat: 505H) dan karya-karya beliau:
1 – Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:
أَمَّا(الإِحيَاء) فَفِيْهِ مِنَ الأَحَادِيْثِ البَاطِلَة جُمْلَةٌ، وَفِيْهِ خَيْر كَثِيْر لَوْلاَ مَا فِيْهِ مِنْ آدَاب وَرسوم وَزُهْد مِنْ طرَائِق الحكمَاء وَمُنحَرِفِي الصُّوْفِيَّة
نَسْأَل اللهَ عِلْماً نَافِعاً، تَدْرِي مَا العِلْمُ النَّافِع؟هُوَ مَا نَزل بِهِ القُرْآنُ، وَفسَّره الرَّسُول – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – قَوْلاً وَفعلاً، وَلَمْ يَأْت نَهْي عَنْهُ، قَالَ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ: (مَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي، فَلَيْسَ مِنِّي)، فَعَلَيْك يَا أَخِي بتدبُّر كِتَاب اللهِ، وَبإِدمَان النَّظَر فِي (الصَّحِيْحَيْنِ) و(سُنَن النَّسَائِيّ)، وَ(رِيَاض النَّوَاوِي) وَأَذكَاره، تُفْلِحْ وَتُنْجِحْ، وَإِيَّاكَ وَآرَاءَ عُبَّادِ الفَلاَسِفَة، وَوظَائِفِ أَهْلِ الرِّيَاضَات، وَجُوعَ الرُّهبَان، وَخِطَابَ طَيْشِ رُؤُوْسِ أَصْحَابِ الخلوَات، فُكُلُّ الخَيْر فِي مُتَابعَة الحنِيفِيَة السَّمحَة، فَواغوثَاهُ بِاللهِ، اللَّهُمَّ اهدِنَا إِلَى صرَاطك المُسْتقيم
“Adapun al-Ihya’, padanya terdapat sejumlah hadis yang batil dan padanya ada kebaikan yang banyak jika padanya tiada adab-adab, ritual-ritual, dan zuhud dengan cara Ahli Hikmah (Falsafah) dan Sufi yang menyeleweng.”
“Kita memohon kepada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah kamu apa ilmu yang bermanfaat tersebut? Iaitu ilmu yang turun bersama al-Qur’an dan ditafsirkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan ucapan, perbuatan, dan yang tiada larangan daripadanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia tidak termasuk golonganku.” Wahai saudaraku, kamu perlu mempelajari kitab Allah dan menekuni dua kitab Sahih (ash-Shohihain: al-Bukhari dan Muslim), Sunan an-Nasaa’i, Riyadhus Sholihin, dan al-Adzkar karya Imam an-Nawawi, nescaya kamu akan beruntung dan selamat. Jauhilah pemikiran-pemikiran (syubhat) ahli falsafah, perbuatan ahli sufi, ajaran (tingkah-laku) para pendeta, dan khayalan orang-orang yang suka menyendiri. Seluruh kebaikan itu adalah dengan mengikuti jalan yang lurus. Mintalah pertolongan kepada Allah. Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan-Mu, jalan yang lurus.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/339-340)
Imam Adz-Dzahabi menyatakan bahawa Al-Ghazali berkata:
وَذَهَبت الصُّوْفِيَّةُ إِلَى العُلُوْمِ الإِلهَامِيَة دُوْنَ التَّعليمِيَة، فَيجلس فَارغَ القَلْب، مجموعَ الهَمِّ يَقُوْلُ:اللهُ اللهُ اللهُ عَلَى الدَّوَام، فَلْيُفَرِّغ قَلْبَهُ، وَلاَ يَشتغِلْ بِتِلاَوَة وَلاَ كتب حَدِيْث. قَالَ: فَإِذَا بلغَ هَذَا الحدّ، الْتزم الخلوَةَ فِي بَيْت مُظْلِمٍ وَتَدَثَّرَ كسَائِهِ، فَحِيْنَئِذٍ يَسْمَعُ نِدَاءَ الحَقّ :{يَا أَيُّهَا المُدَّثِّرُ }وَ {يَا أَيُّهَا المُزَّمِّلُ }. قُلْتُ:سَيِّدُ الخلقِ إِنَّمَا سَمِعَ {يَا أَيُّهَا المُدَّثِّرُ} مِنْ جِبْرِيْل عَنِ اللهِ، وَهَذَا الأَحْمَقُ لَمْ يَسْمَعْ نِدَاء الحَقِّ أَبَداً، بَلْ سَمِعَ شيطَاناً، أَوْ سَمِعَ شَيْئاً لاَ حقيقَةً مِنْ طَيش دِمَاغِه، وَالتَّوفِيقُ فِي الاعتصَام بِالسُّنَّةِ وَالإِجْمَاع
“Para sufi berpegang pada ilmu ilhami (ilham/firasat), bukan ilmu ta’limi (yang dipelajari). Beliau duduk dengan mengosongkan hati dan penuh harapan dengan berkata, “Allah, Allah, Allah,” dengan terus-menerus. Beliau mengosongkan hatinya, tidak disibukkan dengan membaca dan menulis hadis.” Beliau juga berkata, “Sekiranya beliau telah mencapai batasan ini, beliau sentiasa menyepi di dalam rumah gelap dan berselimut dengan pakaiannya. Pada ketika itu beliau mendengar panggilan al-Haq (seruan kebenaran), “Wahai orang yang berselimut (al-Muddatstsir),” dan “Wahai orang yang berselimut (al-Muzammil).”.”
Aku katakan (adz-Dzahabi memberi komentar tentang perkataan al-Ghazali tersebut), “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendengar “Ya Ayyuhal Muddatstsir” daripada Jibril iaitu Jibril yang diutuskan oleh Allah (dengan membawa Kalamullah). Orang bodoh ini sekali-kali tidak akan mendengar panggilan al-Haq selamanya, tetapi apa yang dia dengar adalah daripada syaitan atau mendengar sesuatu yang tiada asal-usulnya, iaitu khayalannya semata-mata. Pertolongan hanya dapat diperolehi daripada as-Sunnah dan ijma’ (kesepakatan salaf).” (Siyar A’lam an-Nubala’, 19/333-334)
2 – Imam Abu Bakar Muhammad B. Al-Walid B. Ath-Thurthusyi rahimahullah (Wafat: 520H). Beliau berkata:
شَحَنَ أَبُو حَامِدٍ (الإِحيَاء) بِالكَذِبِ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – فَلاَ أَعْلَمُ كِتَاباً عَلَى بَسِيط الأَرْضِ أَكْثَرَ كذباً مِنْهُ، ثُمَّ شبَّكَهُ بِمَذَاهِبِ الفَلاَسِفَة، وَمعَانِي رَسَائِل إِخْوَانِ الصَّفَا، وَهُم قَوْم يَرَوْنَ النُّبُوَّة مكتَسَبَة، وَزعمُوا أَنَّ المعجزَاتِ حِيَلٌ وَمَخَارِيقُ.
“Abu Hamid (al-Ghazali) memenuhkan kitab al-Ihya’ tersebut dengan pendustaan atas nama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Aku tidak mengetahui satu pun kitab di muka bumi ini, sepanjang pengetahuanku yang paling banyak pendustaannya terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melainkan kitab beliau tersebut.
Beliau terperangkap dengan aliran-aliran falsafah dan ajaran yang terdapat dalam kitab Rasaa’il Ikhwanush Shafa yang berpendapat bahawa darjat nubuwwah (kenabian) dapat diperolehi dengan usaha, dan mukjizat menurut sangkaan mereka hanyalah tipu-daya.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/334)
Kata beliau (Imam Abu Bakar Muhammad B. al-Walid B. ath-Thurthusyi) dalam surat balasan kepada ‘Abdullah bin Muzaffar yang bertanya berkenaan Imam al-Ghazali dan kitab al-Ihya’:
فَأَمَّا مَا ذكرت مِنْ أَبِي حَامِد، فَقَدْ رَأَيْتُهُ، وَكَلَّمتُهُ، فَرَأَيْتهُ جَلِيْلاً مِنْ أَهْلِ العِلْمِ، وَاجتمع فِيْهِ العَقْلُ وَالفهْمُ، وَمَارسَ العُلُوْمَ طُولَ عُمُره، وَكَانَ عَلَى ذَلِكَ مُعْظَمَ زَمَانِهِ، ثُمَّ بدَا لَهُ عَنْ طَرِيْق العُلَمَاء، وَدَخَلَ فِي غُمَارِ العُمَّال، ثُمَّ تَصَوَّف، وَهجر العُلُوْمَ وَأَهْلهَا، وَدَخَلَ فِي عُلُوْم الخوَاطِرِ، وَأَربَابِ الْقُلُوب، وَوسَاوسِ الشَّيْطَان، ثُمَّ شَابَهَا بآرَاء الفَلاَسِفَةِ، وَرُموز الحلاَّجِ، وَجَعَلَ يَطْعُنُ عَلَى الفُقَهَاء وَالمتكلِّمِين، وَلَقَدْ كَادَ أَنْ يَنسلِخَ مِنَ الدِّين، فَلَمَّا عمل (الإِحيَاء)، عَمَدَ يَتَكَلَّم فِي عُلُوْم الأَحْوَال، وَمرَامزِ الصُّوْفِيَّة، وَكَانَ غَيْرَ أَنِيسٍ بِهَا، وَلاَ خبِير بِمَعْرِفَتِهَا، فَسَقَطَ عَلَى أُمِّ رَأْسِهِ، وَشحن كِتَابَهُ بِالمَوْضُوْعَات.
“Adapun apa yang engkau sebut berkenaan Abu Hamid maka aku telah melihatnya dan bercakap dengannya, maka aku dapati dia seorang yang jujur daripada ilmuan, dan berhimpun padanya akal dan kefahaman, seorang yang berlatih dengan ilmu sepanjang hayatnya dan dia adalah yang terulung di zamannya kemudian beliau mula meninggalkan jalan ulama lalu memasuki kesibukan para pekerja, kemudian beliau bertasawuf dan meninggalkan ilmu serta ahlinya dan beliau memasuki ilmu-ilmu perasaan hati dan was-was syaitan. Kemudian beliau mencampurnya dengan pandangan-pandangan falsafah dan simbol-simbol al-Hallaj serta mula mencela para Fuqaha’ dan Mutakallimin, dan dia hampir-hampir terkeluar daripada agama, maka apabila beliau menulis al-Ihya’ beliau berkata tentang Ahwal (keadaan tertentu yang dialami oleh seseorang sufi) dan simbol-simbol kesufian sedangkan beliau bukan seorang yang ahli dalam perkara tersebut dan tiada pengalaman dengan makna-maknanya, lalu beliau pun jatuh dari atas kepalanya dan memenuhkan kitabnya dengan hadis-hadis Palsu (maudhu’)”. (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/339)
3 – Al-Qadhi ‘Iyadh dalam Mu’jam Abi ‘Ali as-Sudafi (Wafat: 544H). Beliau berkata:
وَالشَّيْخ أَبُو حَامِدٍ ذُو الأَنبَاء الشَّنِيعَة، وَالتَّصَانِيْفِ العَظِيْمَة، غلاَ فِي طرِيقَة التَّصَوُّف، وَتَجرَّد لنَصر مَذْهَبهم، وَصَارَ دَاعِيَةً فِي ذَلِكَ، وَأَلَّف فِيْهِ تَوَالِيفه المَشْهُوْرَة، أُخِذَ عَلَيْهِ فِيْهَا مَوَاضِعُ، وَسَاءت بِهِ ظُنُوْنُ أُمَةٍ، وَاللهُ أَعْلَمُ بِسِرِّهِ، وَنَفَذَ أَمرُ السُّلْطَان عِنْدنَا بِالمَغْرِبِ وَفَتْوَى الفُقَهَاء بِإِحرَاقهَا وَالبُعدِ عَنْهَا، فَامْتُثِلَ ذَلِكَ
“Dan Syaikh Abu Hamid (al-Ghazali) memiliki maklumat-maklumat (berita) yang buruk dan tulisan-tulisan yang besar, beliau melampau dalam jalan tasawuf serta memberi tumpuan dalam memenangkan mazhab mereka dan menjadi salah seorang penyeru kepadanya (tasawuf), beliau menyusun beberapa karya berkaitan tasawuf yang masyhur, karya beliau tersebut dikritik pada beberapa tempat dan sangkaan umat padanya telah menjadi buruk, dan Allah-lah yang lebih mengetahui niatnya dan arahan daripada Sultan di tempat kami telah pun dikeluarkan, al-Maghrib (Morocco), dan fatwa para fuqaha’ (para ulama fiqh) untuk membakarnya dan menjauhinya lalu perintah tersebut pun dilaksanakan.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/327)
Imam Abu Bakar Muhammad B. al-Walid ath-Thurthusyi rahimahullah mengulas berkenaan pembakaran kitab al-Ihya, katanya:
وَأَمَّا مَا ذكرتَ مِنْ إِحرَاق الكِتَابِ، فَلعمرِي إِذَا انْتَشَر بَيْنَ مَنْ لاَمَعْرِفَةَ لَهُ بِسُمومه القَاتِلَةِ، خِيْفَ عَلَيْهِم أَنْ يَعتقدُوا إِذاً صِحَّة مَا فِيْهِ، فَكَانَ تَحْرِيْقُه فِي مَعْنَى مَا حرَّقته الصَّحَابَة مِنْ صُحف المَصَاحِفِ الَّتِي تُخَالِفُ المُصْحَفَ العُثْمَانِيّ
“Adapun apa yang kamu sebut berkenaan pembakaran kitab tersebut (al-Ihya’), sesungguhnya jika ia tersebar dalam kalangan orang yang tidak mengetahui berkenaan racun yang membunuh yang terdapat di dalamnya, ditakuti dia (pembaca) akan mempercayai apa yang terkandung di dalamnya sebagai benar, maka perbuatan membakarnya adalah sebagaimana perbuatan para Sahabat membakar mushaf yang menyelisihi mushaf ‘Utsmani”. (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/495-496)
4 – Qadhi Al-Jama’ah Ibn Hamdin al-Qurtubi rahimahullah.
Beliau adalah: al-‘Allamah Qadhi al-Jama’ah Abu ‘Abdillah Muhammad B. ‘Ali bin Muhammad B. Abdul Aziz B. Hamdin al-Andalusi al-Maliki, Qadhi di zaman Amirul Muslimin Yusuf bin Tasyifin al-Murabiti, guru kepada al-Qadhi ‘Iyadh, wafat pada 508H. (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/422)
Beliau berkata:
إِن بَعْضَ مَنْ يَعِظُ مِمَّنْ كَانَ يَنْتَحِلُ رسمَ الفِقْه، ثُمَّ تَبرَّأَ مِنْهُ شغفاً بِالشِّرعَة الغزَّاليَة، وَالنِّحلَة الصُّوْفِيَّة، أَنشَأَ كُرَاسَةً تَشْتَمِلُ عَلَى مَعْنَى التعصُّب لِكِتَابِ أَبِي حَامِد إِمَام بِدعتِهِم، فَأَيْنَ هُوَ مِنْ شُنَعِ مَنَاكِيْره، وَمَضَاليلِ أَسَاطيرِهِ المُبَاينَة لِلدِّين؟!وَزَعَمَ أَنَّ هَذَا مِنْ علم المعَامِلَة المُفضِي إِلَى علم المكَاشفَة الوَاقع بِهِم عَلَى سِرِّ الربوبيَة الَّذِي لاَ يُسفِر عَنْ قِنَاعِهِ، وَلاَ يَفُوزُ بِاطِّلاعه إِلاَّ مَنْ تَمَطَّى إِلَيْهِ ثَبَج ضَلاَلَته الَّتِي رفع لَهُم أَعْلاَمَهَا، وَشرع أَحكَامَهَا
“Sesungguhnya sebahagian mereka yang memberi mau’izah (untaian nasihat dan motivasi) adalah sebahagian daripada mereka yang mengikut luaran fiqh kemudian berlepas diri daripadanya kerana menggilai (memuja) syariat al-Ghazali dan agama kesufian (tasawuf), mereka menyusun helaian-helaian yang mengandungi sikap taksub kepada kitab Abu Hamid (al-Ghazali) – Imam bidaah mereka, maka di manakah kedudukan dia dengan segala keburukkan kemungkarannya dan kesesatan hikayat-hikayat dongengnya yang menyalahi agama?! Mereka menyangka bahawa semua ini adalah ilmu mu’amalah yang akan membawa kepada ilmu mukasyafah yang akan membawa mereka kepada terbukanya rahsia rububiyah yang tidak akan dibuka penutup wajahnya dan tidak akan mendapat melihatnya melainkan mereka yang berjalan kepadanya di atas kesesatannya yang dengannya diangkat untuk mereka panji-panji dan hukum-hukumnya”. (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/332)
5 – Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali al-Mazari al-Siqilli.
Beliau adalah al-Syaikh al-Imam al-‘Allamah al-Bahr (lautan Ilmu), pengarang Syarah Shahih Muslim: al-Mu’lim bi Fawa’id Shahih Muslim. Guru kepada al-Qadhi ‘Iyadh dan daripada kitab al-Mazari-lah al-Qadhi ‘Iyadh mengarang Ikmalul Mu’lim Syarah Shahih Muslim. Wafat pada tahun 536H.
Imam al-Mazari rahimahullah mengarang sebuah kitab radd (bantahan) ke atas al-Ihya’ yang berjudul al-Kasyfu wal Inba’ fi al-Raddi ‘alal Ihya’. Beliau menyebutkan:
وَأَمَّا مَذَاهِبُ الصُّوْفِيَّة، فَلاَ أَدْرِي عَلَى مَنْ عوَّل فِيْهَا، لَكِنِّي رَأَيْتُ فِيمَا عَلَّق بَعْضُ أَصْحَابه أَنَّهُ ذكر كُتُبَ ابْنِ سينَا وَمَا فِيْهَا، وَذَكَرَ بَعْدَ ذَلِكَ كُتبَ أَبِي حَيَّانَ التَّوحيدي، وَعِنْدِي أَنَّهُ عَلَيْهِ عوَّل فِي مَذْهَب التَّصَوُّف، وَأُخْبِرْتُ أَنَّ أَبَا حَيَّان أَلَّف دِيْوَاناً عَظِيْماً فِي هَذَا الفنّ، وَفِي (الإِحيَاء) مِنَ الوَاهيَات كَثِيْر
“Adapun berkenaan mazhab Sufiyah, aku tidak tahu kepada siapa beliau merujuk berkenaannya, tetapi aku melihat sebahagian ulasan yang diberi oleh pengikutnya bahawa beliau ada menyebut kitab-kitab Ibn Sina dan apa yang ada di dalamnya dan menyebut juga selepas itu kitab-kitab Abu Hayyan at-Tauhidi, pada pendapatku pada dialah (yakni Abu Hayyan) beliau (al-Ghazali) merujuk dalam Tasawuf dan aku telah dikhabarkan bahawa Abu Hayyan ada mengarang diwan yang besar dalam ilmu ini (Tasawuf) dan di dalam al-Ihya’ terdapat banyak hadis-hadis wahi (lemah dan palsu).” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/341)
Berkenaan Abu Hayyan al-Tauhidi ini – yang Abu Hamid al-Ghazali menyandarkan sumber Tasawufnya kepada beliau. Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) menyatakan:
زَنَادقَةُ الإِسْلاَمِ ثَلاَثَةٌ:ابْنُ الرَّاوَنْدِي، وَأَبُو حَيَّانَ التَّوْحِيْدِيُّ، وَأَبُو العَلاَءِ المَعَرِيُّ، وَأَشدُّهُم عَلَى الإِسْلاَم أَبُو حَيَّانَ
“Zindiq dalam Islam itu ada tiga: Ibn al-Rawandi, Abu Hayyan at-Tauhidi, dan Abul Ala’ al-Ma’arri; dan yang paling bahaya kepada Islam adalah Abu Hayyan.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 17/120)
Imam adz-Dzahabi berkata:
الضَّالُ المُلحد، أَبُو حَيَّانَ عَلِيُّ بنُ مُحَمَّدِ بنِ العَبَّاسِ البَغْدَادِيُّ، الصُّوْفِيُّ
“Seorang yang sesat mulhid (atheis), Abu Hayyan ‘Ali B. Muhammad bin al-‘Abbas al-Baghdadi al-Sufi.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/110)
Dari sini, kita dapati bahawa Abu Hayyan at-Tauhidi adalah di antara pengamal tasawuf falsafah mulhid (atheis). Jadi, telah amat jelaslah sekiranya tasawuf imam al-Ghazali berasal daripada Tasawuf Abu Hayyan ini, maka ianya adalah tasawuf falsafi yang sesat lagi menyesatkan. Bukan sunni mahupun salafi (Ahlus sunnah wal-jama’ah).
6 – Imam Ibnul Jauzi rahimahullah.
Sebagaimana disebutkan oleh Imam adz-Dzahabi, beliau adalah al-Syaikh, al-Imam, al-‘Allamah, al-Hafiz, al-Mufassir, Syaikhul Islam dan kebanggaan ‘Iraq (di zamannya). Pengarang Talbis Iblis, al-Muntazim, al-Maudhu’at al-Kabir, Zaadul Maasir fii ‘ilm Tafsir. Wafat pada 597H.
Imam Ibn al-Jauzi mengkritik Imam al-Ghazali dan Tasawuf dalam beberapa buah karangan beliau, di antara yang terkenal dan menjadi sumber rujukan utama dalam kritikan terhadap Tasawuf adalah kitab beliau yang sangat berharga – Talbis Iblis (Belitan Iblis) dan beliau memiliki kitab khusus mengkritik Ihya ‘Ulumuddin berjudul I’lamul Ahya’ bi Aghlatil Ihya’.
Beliau berkata dalam kitabnya Talbis Iblis:
وجاء أبو حامد الغزالي فصنف لهم كتاب الأحياء على طريقة القوم وملأه بالأحاديث الباطله وهو لا يعلم بطلانها وتكلم في علم المكاشفة وخرج عن قانون الفقه وقال أن المراد بالكوكب والشمس والقمر اللواتي رآهن إبراهيم صلوات الله عليه أنوار هي حجب الله عز وجل ولم يرد هذه المعروفات وهذا من جنس كلام الباطنية وقال في كتابه المفصح بالأحوال إن الصوفية في يقظتهم يشاهدون الملائكة وأرواح الأنبياء ويسمعون منهم أصواتا ويقتبسون منهم فوائد ثم يترقى الحال من مشاهدة الصورة إلى درجات يضيق عنها نطاق النطق
“Dan datang pula Abu Hamid al-Ghazali lalu beliau menyusun untuk mereka (kaum Sufi) kitab al-Ihya’ yang selari dengan jalan kaum dan dia memenuhkannya dengan hadis-hadis yang batil sedangkan dia tidak tahu kebatilannya dan dia bercakap berkenaan ilmu kasyaf dan keluar daripada disiplin ilmu fiqh dan berkata: “Maksud al-Kaukab (bintang), Matahari, dan Bulan yang dilihat oleh Ibrahim (selawat Allah ke atas baginda) adalah cahaya-cahaya yang merupakan hijab-hijab Allah ‘Azza wa Jalla.” Padahal bukan ini yang dimaksudkan. Ini adalah perkataan Bathiniyah, dan beliau berkata dalam kitabnya al-Mufsih bil Ahwal (iaitu kitab al-Munqiz min al-Dholal – pent.) bahawa Sufiyah itu dalam keadaan sedar mereka menyaksikan Malaikat dan ruh-ruh para Nabi serta mendengar suara-suara mereka dan mengambil faedah daripada mereka kemudian meningkat tahapnya (fasa) keadaan mereka itu dari melihat bentuk kepada keadaan yang tidak dapat digambarkan oleh perkataan.” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 149)
7 – Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengulas dengan panjang lebar tentang Abu Hamid al-Ghazali dalam Majmu’ al-Fatawanya (4/63-66).
Di antara perkataan beliau adalah:
وتجد أبا حامد الغزالي ـ مع أن له من العلم بالفقه والتصوف والكلام والأصول وغير ذلك، مع الزهد والعبادة وحسن القصد، وتبحره في العلوم الإسلامية أكثر من أولئك ـ يذكر في كتاب [ الأربعين ] ونحوه، كتابه : [ المضنون به على غير أهله] ، فإذا طلبت ذلك الكتاب واعتقدت فيه أسرار الحقائق وغاية المطالب، وجدته قول الصابئة المتفلسفة بعينه، قد غيرت عباراتهم وترتيباتهم، ومن لم يعلم حقائق مقالات العباد ومقالات أهل الملل، يعتقد أن ذاك هو السر الذي كان بين النبي صلى الله عليه وسلم وأبي بكر، وأنه هو الذي يطلع عليه المكاشفون الذين أدركوا الحقائق بنور إلهي
“Dan engkau dapati Abu Hamid al-Ghazali dalam keadaannya seorang yang berilmu dalam fiqh, tasawuf, kalam, ushul, dan lainnya, berserta dengan zuhud, ibadah, niat yang baik dan pengetahuannya dalam ilmu-ilmu Islam melebihi mereka itu (iaitu para Ahli Kalam dan Falsafah sebelumnya), beliau menyebut dalam kitabnya, al-Arba’in, dan seumpamanya dan dalam kitabnya, al-Madhnun bihi ‘ala Ghairi Ahlih, jika kamu semak kitab-kitab ini dan kamu percaya padanya terdapat rahsia-rahsia hakikat dan kemuncak pencarian, kamu akan dapati sebenarnya ia adalah perkataan kaum falsafah Sabiah yang telah diubah ibarat dan susunannya, sesiapa yang tidak mengetahui hakikat-hakikat perkataan para ahli ibadat dan ahli agama, dia akan percaya bahawa itulah sebenarnya rahsia antara Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Abu Bakar, dan itulah dia yang dilihat oleh para Ahli Kasyaf yang mendapat hakikat melalui Nur Ilahi”.
Catatan: Imam Ibnush-Sholah rahimahullah mengingkari penisbatan kitab ini kepada al-Ghazali tetapi Ibnu Taimiyah rahimahullah mengulas: “Adapun al-Madhnun ‘ala Ghairi Ahlih, ada sebahagian ulama yang menafikan penisbatannya kepada beliau (al-Ghazali) namun mereka yang pakar berkenaan beliau (al-Ghazali) mengetahui bahawa ini memang perkataan beliau berdasarkan ilmu mereka terhadap kandungan perktaan beliau dan persamaannya dengan kalam beliau yang lain…” (Majmu’ al-Fatawa, 4/65)
وهو يميل إلى الفلسفة، لكنه أظهرها في قالب التصوف والعبارات الإسلامية
“Dan beliau (al-Ghazali) cenderung kepada falsafah tetapi menzahirkannya dalam kerangka tasawuf dan frasa-frasa berunsur keislaman.” (Majmu’ al-Fatawa, 4/66)
Syaikhul Islam menjelaskan dalam rangka menjawab persoalan khusus yang diajukan kepada beliau berkenaan Ihya ‘Ulumuddin (Majmu’ al-Fatawa, 10/551-552), katanya:
وأما ما في [ الإحياء ] من الكلام في [ المهلكات ] مثل الكلام على الكبر، والعجب والرياء، والحسد ونحو ذلك، فغالبه منقول من كلام الحارث المحاسبي في الرعاية، ومنه ماهو مقبول ومنه ماهو مردود، ومنه ما هو متنازع فيه
“Dan adapun apa yang terkandung dalam al-Ihya’ (Ihya ‘Ulumuddin) dari perbahasan mengenai al-muhlikat (akhlak yang keji) seperti perbahasan berkenaan al-kibr (sombong), ‘ujub, riya’, hasad dan seumpamanya maka kebanyakannya diambil daripada kalam al-Harits al-Muhasibi dalam al-Ri’ayah, ada antaranya yang diterima dan ada yang ditolak dan ada yang dikhilafkan (diperselisihkan).”
Al-Haris al-Muhasibi adalah antara yang terawal berkata mengenai Tasawuf dan istilah-istilah mereka, beliau dipulaukan oleh Ahlus Sunnah wal-Jamaah atas fatwa Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah kerana menganut aqidah Kullabiyah dan juga kerana perkataannya yang tidak tsabit/warid daripada salaf berkenaan hati dan was-was (tasawuf).
Ibnul Jauzi menyebutkan:
وقد ذكر الحارث المحاسبي في هذا كلاما طويلا وشيده أبو حامد الغزالي ونصره والحارث عندي أعذر من أبي حامد لأن أبا حامد كان أفقه غير أن دخوله في التصوف أوجب عليه نصرة ما دخل فيه
Al-Harits al-Muhasibi berbicara panjang lebar berkaitan masalah ini (menjauhi harta), dan Abu Hamid al-Ghazali menyanjung-nyanjungnya. Padahal al-Harits sendiri berdasarkan penelitian kami, beliau lebih sukar untuk diterima daripada al-Ghazali. Di sisi yang lain, al-Ghazali masih memahami fiqh. Hanya saja kerana beliau masuk ke dalam dunia tasawuf, maka mahu atau tidak, beliau perlu bersama-sama dengan dunia tersebut. (Talbis Iblis, m/s. 158)
Ibnu Taimiyyah berkata lagi:
و [الإحياء] فيه فوائد كثيرة، لكن فيه مواد مذمومة، فإنه فيه مواد فاسدة من كلام الفلاسفة تتعلق بالتوحيد والنبوة والمعاد، فإذا ذكر معارف الصوفية كان بمنزلة من أخذ عدوًا للمسلمين ألبسه ثياب المسلمين. وقد أنكر أئمة الدين على أبي حامد هذا في كتبه. وقالوا: مرضه [الشفاء] يعني شفاء ابن سينا في الفلسفة. وفيه أحاديث وآثار ضعيفة، بل موضوعة كثيرة .وفيه أشياء من أغاليط الصوفية وترهاتهم
“Dan [al-Ihya’] ianya memiliki faedah yang banyak tetapi padanya juga terdapat perkara yang dicela dan ada juga kandungan yang berbahaya daripada perkataan Ahli Falsafah (pemikir) berkaitan dengan Tauhid (aqidah), kenabian, ma’ad (hari akhirat) serta apabila beliau menyebut berkenaan ilmu kesufian adalah seperti orang yang mengambil musuh kaum muslimin lalu dipakaikan padanya pakaian kaum muslimin. Dan para Ulama telah mengingkari Abu Hamid (al-Ghazali) atas perkara ini dalam kitab-kitabnya dan mereka berkata, “Asal penyakitnya adalah kitab [al-Syifa’] iaitu karya Ibnu Sina dalam ilmu Falsafah.” Dan padanya juga ada hadis-hadis dhaif bahkan yang palsu amat banyak dan padanya juga ada kesalahan dan karut-marut kesufian”. (Majmu’ al-Fatawa, 10/552)
8 – Imam Ibnu Abu Bakar Ibnul ‘Arabi rahimahullah (pengarang al-‘Awashim min al-Qawashim – Wafat: 543H).
Beliau berkata:
شَيخُنَا أَبُو حَامِدٍ بَلَعَ الفَلاسفَةَ، وَأَرَادَ أَنْ يَتَقَيَّأَهُم، فَمَا اسْتَطَاعَ
Syaikh kami, Abu Hamid (al-Ghazali) banyak menghadam pemikiran Ahli Falsafah. Beliau ingin memuntahkannya keluar tetapi beliau tidak mampu. (Siyar A’lam an-Nubala’, 19/327)
9 – Imam adz-Dzahabi menyatakan:
قَدْ أَلَّفَ الرَّجُلُ فِي ذَمِّ الفَلاَسِفَة كِتَاب (التهَافت)، وَكَشَفَ عوَارهُم، وَوَافقهُم فِي موَاضِع ظنّاً مِنْهُ أَنَّ ذَلِكَ حقٌّ، أَوْ مُوَافِقٌ لِلملَّةِ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ عِلْمٌ بِالآثَار وَلاَ خِبْرَةٌ بِالسُّنَنِ النَّبويَّة القَاضِيَة عَلَى العَقْل، وَحُبِّبَ إِلَيْهِ إِدمَانُ النَّظَر فِي كِتَاب (رَسَائِلِ إِخْوَانِ الصَّفَا) وَهُوَ دَاءٌ عُضَال، وَجَرَبٌ مُرْدٍ، وَسُمٌّ قَتَّالٌ، وَلَوْلاَ أَنَّ أَبَا حَامِد مِنْ كِبَارِ الأَذكيَاء، وَخيَارِ المُخلِصينَ، لَتَلِفَ. فَالحِذَارَ الحِذَارَ مِنْ هَذِهِ الكُتُب، وَاهرُبُوا بدينكُم مِنْ شُبَهِ الأَوَائِلِ، وَإِلاَّ وَقعتُم فِي الحَيْرَةِ، فَمَنْ رَام النَّجَاةَ وَالفوز، فَليلزمِ العُبُوديَّة، وَليُدْمِنِ الاسْتغَاثَةَ بِاللهِ، وَليبتهِلْ إِلَى مَوْلاَهُ فِي الثَّبَاتِ عَلَى الإِسْلاَمِ وَأَنْ يُتوفَّى عَلَى إِيْمَانِ الصَّحَابَة، وَسَادَةِ التَّابِعِيْنَ، وَاللهُ الْمُوفق، فَبِحُسْنِ قَصْدِ العَالِمِ يُغْفَرُ لَهُ وَيَنجُو – إِنْ شَاءَ اللهُ
Lelaki ini (al-Ghazali) telah menulis buku at-Tahafut yang mencela dan mengungkap tabir aib para Ahli Falsafah. Beliau bersepakat dengan mereka dalam beberapa perkara dengan menganggap bahawa ianya haq (benar) atau bersesuaian dengan agama. Beliau tidak memiliki pengetahuan berkaitan riwayat (atsar) dan sejarah kenabian yang mematikan (menundukkan) akal. Beliau ketagih (ghairah) dalam menela’ah kitab Rasa’il Ikhwanush Shafa, padahal kitab tersebut adalah penyakit yang merbahaya dan merupakan racun yang mematikan. Sekiranya Abu Hamid tersebut bukan termasuk golongan tokoh yang cerdik, maka beliau telah lenyap (tenggelam/hanyut). Berhati-hati dengan buku-buku ini. Larilah dengan membawa agamamu dari syubhat (ketidak-pastian) para Ahli Falsafah jika kamu tidak mahu terjatuh dalam kebingungan. Sesiapa yang menghendaki kemenangan, maka beribadahlah, sentiasa memohon pertolongan kepada Allah, meminta supaya diberi ketetapan dengan Islam dan mendapat bimbingan untuk beriman sebagaimana iman para sahabat dan para Tabi’in. Allah Maha Pemberi Pertolongan. Dengan niat yang benar, Allah akan menolong dan mengampuni hamba-Nya. InsyaAllah. (Siyar A’lam an-Nubala’, 19/328-329)
10 – Imam Abu ‘Amr Ibn ash-Shalah rahimahullah.
Imam adz-Dzahabi rahimahullah menyebutkan:
وَقَالَ أَبُو عَمْرٍو بنُ الصَّلاَح:فَصلٌ لِبيَانِ أَشيَاء مُهِمَّةٍ أُنْكِرَتْ عَلَى أَبِي حَامِد: فَفِي تَوَالِيْفِهِ أَشيَاءُ لَمْ يَرتضِهَا أَهْلُ مَذْهَبه مِنَ الشُّذوذ، مِنْهَا قَوْله فِي الْمنطق:هُوَ مقدمَة العُلُوْمِ كُلِّهَا، وَمَنْ لاَ يُحيطُ بِهِ، فَلاَ ثِقَة لَهُ بِمَعلُوْم أَصلاً. قَالَ:فَهَذَا مَرْدُوْدٌ، إِذْ كُلُّ صَحِيْحِ الذّهن منطقِيٌّ بِالطَّبع، وَكم مِنْ إِمَام مَا رَفَعَ بِالمنطِق رَأْساً
Berkata Abu ‘Amr B. Ash-Shalah dalam persoalan yang menjelaskan perkara-perkara penting yang perlu dijauhi dari Abu Hamid (al-Ghazali):
“Dalam buku-buku beliau mengandungi keganjilan-keganjilan yang tidak dapat diterima oleh pengikut mazhabnya. Di antaranya adalah pendapat beliau berkenaan ilmu mantiq (ilmu kalam), bahawa (katanya) mantiq adalah kunci kepada semua ilmu. Sesiapa yang tidak dapat menguasai mantiq, maka ia tidak dapat dipercayai (tidak tsiqah) ilmunya.”
Ibnush Shalah berkata lagi:
“Pendapat ini tertolak (tidak benar). Setiap akal yang waras, secara automatik adalah akan menerima (pendapat yang benar berpandukan wahyu). Betapa ramai imam (ulama) yang tidak menggunakan mantiq sebagai panduan!” (Siyar A’lam an-Nubala’, 19/329)
11 – al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H).
Beliau menyebutkan berkaitan Imam al-Ghazali sebagaimana berikut:
وصنف في هذه المدة كتابه إحياء علوم الدين، وهو كتاب عجيب، يشتمل على علوم كثيرة من الشرعيات، وممزوج بأشياء لطيفة من التصوف وأعمال القلوب، لكن فيه أحاديث كثيرة غرائب ومنكرات وموضوعات، كما يوجد في غيره من كتب الفروع التي يستدل بها على الحلال والحرام، فالكتاب الموضوع للرقائق والترغيب والترهيب أسهل أمرا من غيره، وقد شنع عليه أبو الفرج بن الجوزي، ثم ابن الصلاح، في ذلك تشنيعا كثيرا، وأراد المازري أن يحرق كتابه إحياء علوم الدين، وكذلك غيره من المغاربة، وقالوا: هذا كتاب إحياء علوم دينه، وأما ديننا فإحياء علومه كتاب الله وسنة رسوله، كما قد حكيت ذلك في ترجمته في الطبقات، وقد زيف ابن شكر مواضع إحياء علوم الدين، وبين زيفها في مصنف مفيد، وقد كان الغزالي يقول: أنا مزجي البضاعة في الحديث
Dalam masa tersebut beliau (al-Ghazali) menulis kitab yang berjudul Ihya’ ‘Ulumuddin yang merupakan kitab yang mengagumkan dan merangkumi banyak ilmu dari ilmu-ilmu syari’at. Kitab ini telah bercampur-campur dengan sesuatu yang halus yang berasal dari ajaran tasawuf dan amalan-amalan hati. Akan tetapi di dalamnya mengandungi hadis-hadis yang aneh, mungkar dan maudhu’ (palsu), sebagaimana terdapat di dalam kitab-kitab cabang yang dapat diambil darinya hukum halal dan haram. Akan tetapi kitab Ihya’ ini berguna untuk melunakkan hati, memberi khabar gembira (at-Targhib) dan khabar ancaman (at-Tarhib). Abu al-Faraj Ibnul Jauzi, begitu juga dengan Ibnu ash-Sholah telah berulangkali mengkritik al-Ghazali, bahkan al-Maazari ingin membakar kitab Ihya’ ‘Ulumuddin tersebut. Begitu juga dengan yang lainnya yang tinggal di bahagian bumi sebelah barat. Mereka berkata, “(Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin) ini adalah kitab yang menghidupkan ilmu-ilmu agama beliau (yang menghidupkan ajaran al-Ghazali). Sedangkan kami, menghidupkan ilmu-ilmu agama kami dengan kitabullah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya.” Sebagaimana yang telah aku tulis pada biografinya dalam kitab at-Thabaqat. Dan benar-benar Ibnu Syakr telah meneliti pada beberapa tempat dalam Ihya’ ‘Ulumuddin sekaligus menjelaskan penyimpangannya dalam sebuah kitab yang sangat bermanfaat. Al-Ghazali sendiri pernah berkata, “Perbendaharaanku dalam ilmu hadis sangat sedikit.”. (Ibnu Katsir, al-Bidayah wa an-Nihayah, 12/214 – Maktabah Syamilah)
Kesimpulan:
Dari apa yang kita dapat daripada fatwa dan peringatan para Ulama umat Islam berkenaan Tasawuf Imam al-Ghazali rahimahullah di atas, jelas kepada kita bahawa Tasawuf yang sebenar lagi sahih yang bertepatan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah bukanlah Tasawuf Imam al-Ghazali sebagaimana yang diwar-warkan oleh sebahagian umat Islam.
Ketahuilah Tasawuf Ahlus Sunnah wal-Jama’ah itu berada pada al-Qur’an dan as-Sunnah itu sendiri yang berdiri teguh di atas kefahaman para Sahabat dan Tabi’in ridwanullahi ‘alaihim ajma’in. Tasawuf Salafus Soleh itu berada dalam Tafsir ath-Thobari, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir al-Baghawi, berada di celah-celah lembaran Shohih al-Bukhari, Shohih Muslim, Musnad Ahmad, Sunan Sittah, Muwatta’ Imam Malik, Riyadhus Sholihin milik Imam an-Nawawi serta ia berada di antara helai-helaian as-Sunnah oleh ‘Abdullah B. Ahmad, as-Sunnah oleh al-Khallal, asy-Syariah oleh al-Ajurri dan terhimpun serta berkumpul dalam Majmu’ al-Fatawa Ibn Taimiyah, Madarijus Salikin Ibnul Qayyim, dan Kitab at-Tauhid oleh Muhammad bin Abdul Wahab.
Sekiranya kita masih juga mahu mencari sinar Tasawuf yang bersih di celah-celah Ihya’ ‘Ulumuddin maka carilah ia melalui Mukhtasar Minhajul Qasidin oleh Ibn Qudamah Al-Maqdisi (Wafat: 620H) dan Mau’izatul Mukminin min Ihya’ ‘Ulumiddin oleh Syaikh Jamaluddin Al-Qasimi rahimahullah.
Ketahuilah juga bahawa Tasawuf yang murni itu tidak berada bersama tarekat-tarekat sufi yang ada pada hari ini, tetapi ia berada bersama gerakan ishlah (tasfiyah) dan dakwah (tarbiyah) di atas manhaj salaf, maka janganlah kamu dihalang oleh bisikan jahat Iblis daripada menemuinya bersama mereka, bergeraklah bersama dakwah Ahlus Sunnah wal-Jamaah maka kamu akan selamat insyaAllah.
Artikel yang disusun ini sedikitpun tidak ada unsur-unsur menghina Imam al-Ghazali rahimahullah kerana boleh jadi akan ada mereka yang cuba hendak mengaburi mata para pembaca bahawa tulisan ini cuba merendah-rendahkan ulama kaum muslimin, namun ketahuilah kita memuliakan Imam al-Ghazali dan sumbangan beliau dalam dunia Fiqh terutamanya Fiqh asy-Syafi’i. Ia sama sekali tidak dapat dinafikan.
Namun, kesalahan tetap kesalahan. Ia perlu kepada pencerahan, para ulama bukannya maksum, dan kesalahan para ulama perlu dijauhi, bukan diikuti. Ia perlu kepada penjelasan supaya golongan awam tidak tertipu dan agama ini sentiasa murni.
Wallahu a’lam…
10 Comments
Salam,
Maknanya dalam karra Imam al-Ghazali ini, kita hanya boleh menerima pakai figh nya sahaja? Tetapi tidak pada aliran pemikiran, falsafah serta tasawwuf nya? Maka, kita kini dilarang membaca kitab beliau, ihya' ulumuddin, kerana akan menyebabkan keracunan minda terhadap umat Islam yang lain, begitu?
saya sangat tertarik dengan blog saudara yang sangat berilmu ini. saya telah menjadi pengikut blog saudara dan saya mohon saudara juga melakukan perkara yang sama pada blog saya. biarlah politik dan perjuangan yang saya lalui ini berteraskan islam yang sebenar bukan islam yang hanya dipolitikkan. bagi saya islam yang dipolitikkan sangat bahaya kepada ummah sebagaimana berlaku sekarang..terima kasih..
Baguslah komen tentang Imam Ghazali…tp satu sahaja perangai enta yang sama dengan sahabat2 enta yang sudah sinis dengan tasawwuf wpun nampaknya enta beri jalan keluar untuk cari tasawwuf murni dari 2 ulama…ana nak tanya siapa dia mujaddid yang di sebut oleh rasul pada zaman hidupnya Imam Ghazali..klu ada tolong enta nyatakan,klu tak ada maka ana antara org yang beringat2 pada apa yg di bawa Imam tersebut..tp manfaat dan kehebatan dia tidak tenggelam habis disebabkan hadis dan filsafat yg di terapkan…tetapi enta menggambarkan seolah2 Imam ini tiada faedah.kecuali lah enta sudah menyelami tasawwuf Imam Ghazali dengan sebenar2 nya.
KLu benar2 mahu menunjukkan komen dari ulama maka enta kena baca banyak lagi buku nak tunjukkanlah komen positif bahkan komen yang membayangkan kemuliaan Imam Ghazali seperti…Iraqi yang mentakhrij hdis Ihya,,,dan sekian banyak lagi..enta sudah berbuat khianat ilmu apabila menyembunyikan komen pujian terhadap Imam ataupun enta sememamngnya mencari2 komen negatif terhadap Imam,jgn lupa terhadap mimpi ulama yang ingin membakar kitab Imam Ghazali pd hari jumaat di Damsyiq, malmnya ia bermimpi nabi junjungan membaca kitab Ihya juga Sayyidina Abu Bakar dan Umar lalu memberi komentar kitab tewrsebut sebagai 'hasan'.lalu ulama ini di rotan oleh nabi dibalakangnya sehingga bertaubat org ini selepas jaganya dari tidur..tetapi kesakitan tersebut dideritai sehingga ia bermimpi sekali lagi bertemu rasul lalu Rasul junjungan meyapu dengan tangannya yang mulia,sembuhlah ia.tetapi sewaktu di mandikan mayat ulama ini ,masih lagi ada kesan rotan di belakang beliau…kecuali enta termasuk orh yang mengingkari mimpi berjumpa nabi sebagaimana golongan wahabi memandang rendah terhadap kepentingan mengambil sanad dlm menuntut ilmu,demikian juga ramai wahabi yg kurang peduli dgn restu nabi yg di dapat dengan mimpi yang benar tersebut
Ana tunggu pujian yang enta sudi berikan pada Imam al-Ghazali kecuali lah enta rasa pahit dan berat hati untuk menukilkan ..sesungguhnya klu ingin memaparkan kebaikan jangan lupa berlaku adil;klu enta tidak umumkan pujian yang sebenar terhadap Imam Al-Ghazali oleh ulama2 besar maka ana berlepas diri dan ingin memberikan nasihat supaya tak perlu ada blog cukup lah buat kajian dan belajar banyak lagi baru kemukakan komentar.jangan ilmu besar padi bising sampai satu negeri sbb ulama dulu belajar puluhan tahun ilmunya satu guni dia diam sahaja sedang ilmunya tersebar luas sampai timur atau sampai ke barat.
wahai saudara2 saya,,disebabkan perselisihan yang sedikit inilah ramai ummat muhammad telah berpecah,,
ketahuilah Rasulullah S.A.W tlh meramalkan cbrn dan dugaan2 yg akn dihadapi olh para mukmin,da'ei dan mujahidin di jln Allah..
Rasullullah S.A.W bersabda:
'org mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yg susah:
1-mukmin yg dgki padanya
2-munafiq yg bnci kpdnya
3-kafir yg memeranginya
4-syaitan yg menyesatkannya
5-nafsu yg sering bertarung utk mengalahkannya.
(hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas dalam tajuk:"Akhlak Yang Luhur.")
dalam hadith ini Rasulullah tlh menghuraikan tntang fitnah dan kesusahan yg boleh menimpa para Daie.
jgnlah memburukkan orang: jikalau Ulama Sunni dan Ibn Taimiyah berkata begitu tntg Imam al-Ghazali, Ulama Sunni juga berkata tentang Ibn Taimiyah…
tgk dlm link ni http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=478827 …nasihat,,mereka adalah org yg alim,,jgn bnyk tnya dan kritikan,kna igt slalu peristiwa Nabi Musa A.S dgn Nabi Khidir.Mereka ulama2 ada penjelasan mereka tersendiri,, Allahu A'lam…
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani di dalam karyanya Ad-Durruts Tsamin (1232 H/1816 M) pernah mengungkapkan bahawa manusia ada jenis yang dinamakan hubbul ulama, iaitu "kasih kepada ulama", dan sejenis lagi dinamakan bughdhul ulama, iaitu "benci kepada ulama"
saya hanya ingin urun rembuk,perbanyaklah belajar ilmu agama.kajilah kalamulloh dgn hati bersih.alloh ada dihati masing 2 kaum muslim..jadi klo mau mengomentari suatu ilmu gunakan hati. nabi ketika melihat sahabat beliau melakukan sesuatu yang tidak beliau lakukan namun tidak melanggar sariat beliau biarkan itu…nabi sosok yang sangat arif,teladan kita semua..allah tidak melarang umat berinofasi apalagi demi taqorrub kpd-nya.mari kita hilangkan sifat paling benar sendiri. okay..
Tidak ramai di kalangan kita yang benar2 menguasai ilmu hadis.
Ini kerana menguasai ilmu hadis termasuk menghafal, memahami, mengetahui asal-usul, perawi2nya hadis2 yang:
1. Sahih dan rajih
2. Palsu
3. Tidak lengkap
4. Lemah
Oleh itu, sebelum membaca kitab2 imam al Ghazali, hendaklah kita mendalami ilmu hadis terlebih dahulu untuk mempertimbangkan penggunaan hadis2 yang terdapat di dalam kitab beliau.
http://www.youtube.com/watch?v=pK_9soBuhWQ&feature;=related
Please watch