Dan Sabdanya (yang ertinya): “Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam harinya maka tidak ada puasa baginya”. (Hadis Riwayat an-Nasa’i (4/196), al-Baihqi (4/202), Ibnu Hazm (6/162), dari jalan Abdur Razaq dari Ibnu Juraij dari Ibnu Syihab. Sanadnya sahih sekiranya tiada ‘an ‘Anah Ibnu Juraij, akan tetapi sahih dengan riwayat sebelumnya)
Niat itu tempatnya di hati, melafazkannya dan ditambah dengan susunkata atau barisan perkataan yang tertentu adalah bid’ah yang sesat walaupun ada sebahagian manusia yang menganggapnya sebagai baik. Kewajiban untuk berniat bermula di waktu malam adalah merupakan suatu yang khusus bagi puasa wajib (Ramadhan), kerana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam pernah datang kepada ‘Aisyah di dalam selain bulan Ramadhan dan beliau berkata: “Apakah engkau punyai santapan siang? Kalau tidak ada, maka aku berpuasa”. (Hadis Riwayat Muslim (1154))
Perkara yang sama juga dilakukan oleh para sahabat: Abu Darda’, Abu Thalhah, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Hudzaifah bin al-Yaman radhiallahu ‘anhum.
Ini berlaku di dalam ketika puasa sunnah. Manakala hadis menunjukan wajibnya niat di malam hari sebelum terbit fajar bagi tujuan puasa wajib.
Namun, apabila dia terlupa untuk berniat. Dia tetap perlu meneruskan puasanya dan berhenti dari segala perkara yang boleh membatalkan puasanya. Ini adalah berdasarkan beberapa hadis yang tsabit.
Wallahu Ta’ala A’lam.
2 Comments
assalamualaikum. maka jika kita terlupa utk berniat secara lisan pd mlm sebelum puasa ramadhan, tp kita mmg berniat di dalam hati utk berpuasa ramadhan pd keesokkan harinya, apakah sah puasa tersebut?dan jika terlupa berniat, tetapi dikehendakki berpuasa sepertimana yg ustaz sebut kan, apakah hukum puasa tersebut?adakah wajib mengqadhanya?
wa 'alaikumussalam, cukup berniat dengan hati sahaja. Tidak perlu dilafazkan dengan lisan.
Niat itu sendiri merujuk kepada perbuatan hati (kehendak).