Fatwa Ulama Masa Kini Terhadap Gerakkan Ikhwanul Muslimin
http://bahaya-syirik.blogspot.com
1. Fatwa al-Imam ‘Abdul Aziz bin ‘Abdullah bin Baz rahimahullah
Beliau berkata:
حركة الإخوان المسلمين ينتقدها خواص أهل العلم لأنه ليس عندهم نشاط في الدعوة إلى توحيد الله وإنكار الشرك وإنكار البدع، لهم أساليب خاصة ينقصها عدم النشاط في الدعوة إلى الله وعدم التوجيه إلى العقيدة الصحيحة التي عليها أهل السنة والجماعة. فينبغي للإخوان المسلمين أن تكون عنايتهم بالدعوة السلفية الدعوة إلى توحيد الله وإنكار عبادة القبور والتعلق بالأموات والاستغاثة بأهل القبور كالحسين والحسن أو البدوي أو ما أشبة ذلك
“Harakah Ikhwanul Muslimin telah dikritik oleh para ulama kerana mereka tidak memiliki semangat untuk berdakwah kepada mentauhidkan Allah Ta’ala, mengingkari kesyirikan dan bid’ah, mereka mempunyai metode-metode (kaedah) khusus yang menguranginya untuk tidak bersemangat dalam dakwah kepada Allah dan tidak mengajak kepada aqidah yang benar yang merupakan jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka hendaklah Ikhwan al-Muslimin memberi perhatian terhadap dakwah salafiyah iaitu dakwah untuk mentauhidkan Allah Ta’ala, mengingkari peribadatan terhadap kubur, bergantung kepada mayat-mayat, dan beristighasah (meminta pertolongan) dengan penghuni kubur seperti Al-Husin, Al-Hasan, Al-Badawi atau apa-apa yang seperti demikian.” (Al-Majallah, m/s. 23, edisi 806, 25 safar 1416 hijriah dan Al-Ajwibah Al-Mufidah, m/s. 72. Rujuk juga web rasmi Syaikh Ibn Bazz:
binbaz.org)
Beliau juga pernah ditanya tentang suatu nas (dalil): Hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tentang perpecahan umat, baginda bersabda: “Umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya keneraka kecuali satu.” Apakah Jamaah Tabligh dengan apa yang ada pada mereka berupa berbagai-bagai kesyirikan, bid’ah dan Jamaah Ikhwanul Muslimin dengan berkelompok-kelompoknya mereka dan tidak taat serta patuh kepada penguasa, apakah kedua-dua Jamaah ini termasuk 72 golongan yang sesat?
Beliau menjawab:
من خالف عقيدة أهل السنة دخل في الاثنتين والسبعين، “أُمتي” : هي أمة الإجابه الذين استجابوا له وأظهروا الاتباع عنهم له، فثلاثة وسبعين: فرقة ناجية سليمة التي اتبعته واستقامت على دينه، واثنتان وسبعون فرقة فيهم الكافر وفيهم العاصي وفيهم المبتدع أقسام
“Sesiapa sahaja yang menyelisihi aqidah Ahli Sunnah akan masuk ke dalam 72 golongan sesat, sabda baginda “Umatku” adalah umat Ijabah, yakni orang-orang yang menjawab seruan bagiNya dan menampakkan diri bahawa mereka mengikuti (Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam), sehingga ada 73 golongan, satu kelompok yang selamat adalah yang mengikuti Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan istiqamah di atas agama baginda. Adapun 72 golongan itu, maka ada di antara mereka yang kafir, pelaku maksiat, ahli bid’ah dan berbagai-bagai.”
Kemudian orang yang bertanya tadi mengatakan: “Apakah dua kelompok ini (Tabligh dan Ikhwan Muslimin) termasuk 72 golongan itu? Maka syeikh menjawab:
إيه ـ أي نعم ـ من الاثنتين والسبعين، بعض أهل العلم يرى الخوارج من الكفار لكن هم داخلون في عموم الاثنتين والسبعين؟
“Ya, termasuk 72 golongan tersebut, sebahagian ulama memandang bahawa kelompok khawarij termasuk orang-orang kafir, namun mereka termasuk dalam keumuman 72 golongan tersebut.” (Dari Kaset As-Ilatun wa Ajwibah. Rujuk juga:
fatwa1.com)
2. Fatwa ‘Alim Hadis zaman ini, al-Imam Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah
Beliau ditanya: “Apakah manhaj Ikhwanul Muslimin di atas sunnah?
Maka beliau menjawab:
من المعروف أن من قواعد الإخوان المسلمين “نتعاون فيما اتفقنا فيه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه”، وهذا الإطلاق غير صحيح وبالذات القسم الأخير “ويعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه!”، والخلاصة بارك الله فيك: الإخوان المسلمون ينطلقون من هذه القاعدة التي وضعها لهم رئيسهم الأول وعلى إطلاقها، ولذلك لا تجد فيهم التناصح المستقي من نصوص كتاب الله وسنة رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ لقوله تعالى: (( وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3) )). الحق كما تعلم ضد الباطل، والباطل أصولي وفروعي، وكل ما خالف الصواب فهو باطل، وهذه العبارة هي سبب بقاء الإخوان المسلمين نحو 70 سنة عملياً بعيدين عن فهم الإسلام فهماً صحيحاً وبالتالي بعيدين عن تطبيق الإسلام عملياً لأن فاقد الشيء لا يعطيه
“Suatu perkara yang telah dimaklumi/diketahui bahawa di antara kaedah Ikhwanul Muslimin adalah kita tolong-menolong pada perkara yang kita sepakat dan kita memaafkan pada perkara yang kita perselisihkan. Kaedah ini tidak benar dan pada bahagian yang terakhir (kita memaafkan pada perkara yang kita perselisihkan!) dan ringkasnya semoga Allah memberkati anda: Al-Ikhwanul Muslimin melalui kaedah yang diletakkan oleh pemimpin pertama mereka (yakni Hasan al-Banna) secara mutlaknya, dan oleh kerana itu tidak didapati pada mereka itu usaha saling menasihati antara satu sama lain yang diambil dari dalil-dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan firman Allah:
(Maksudnya): “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al-‘Asr, 103: 1-3)
Sebagaimana telah anda ketahui bahawa kebenaran adalah berlawanan dengan kebatilan dan kebatilan usul (asas), furu’ (cabang) dan segala sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran adalah kebatilan. Ungkapan (kaedah) inilah yang menjadi penyebab Ikhwanul Muslimin tetap selama sekitar 70 tahun beramal dan berfikir jauh dari kefahaman Islam yang benar dan seterusnya mereka jauh untuk mewujudkan Islam secara amaliah/praktikal, kerana sesuatu yang tidak ada, tidak akan mampu untuk memberi.” (Dari Kaset Liqo` ma’a sururi, milik Syaikh al-Albani, side A. Rujuk juga:
Fatawa A’immati Ahlis Sunnah as-Salafiyin fii Jama’atit Tabligh wal Ikhwan al-Muslimun, m/s. 14, susunan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Rayes al-Rayes)
Syeikh juga menegaskan sebagaimana dalam kaset beliau “Liqo` ma’a sururi”, juz pertama di side B, isinya adalah seperti berikut:
ليس صواباً أن يقال إن الإخوان المسلمين من أهل السنة لأنَّهم يحاربون السنة
“Tidak benar orang yang menyatakan Ikhwanul Muslimin sebagai Ahli Sunnah, kerana mereka memerangi (membenci) as-Sunnah.” (Untuk mendengar rakaman beliau akan perkataan ini, sila download:
http://www.fatwa1.com/anti-erhab/hezbeh/alb_akhwan.rm)
Beliau juga ditanya tentang hukum masuk ke dalam parti at-Tajammu’ Al-Yamani Lil Islah?
Al-Imam al-Albani (rahimahullah) menjawab:
إن الأحزاب في بلاد الإسلام حقاً لا تجوز لأن الله يقول: (( أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ))، فليس هناك إلا حزب واحد وتستطيع أن تفهم من كلمتي السابقة حول (الدعوة السلفية) ولماذا نحن نقول الكتاب والسنة ومنهج السلف الواحد (السلف الصالح) حتى يكون المسلمون حزباً واحداً وعلى منهج واحد، ولذلك فلا حزبية في الإسلام، وبخاصة ورب الأنام يقول في القرآن: (( وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ ))، وأنا صحيح لست يمانيّاً ولا جئت اليمن ولكن أنا أعرف أن مرض الأمة الإسلامية في كل بلاد الإسلام هو واحد وهو بعدُهُم ـ كما سمعت آنفاً ـ من جهة من حيث الأسلوب العلمي؛ كيف يعرفون الخطأ من الصواب! كيف يعرفون العقيدة الصحيحة من العقيدة الباطلة هو على منهج السلف الصالح وهم بعيدون عنها، ثم كثيرون منهم يقومون بأعمال صالحة ولكن لا يبتغون وجه الله كما كنت أشرع في الكلمة الثانية، الآن الداء في البلاد الإسلامية واحد لا فرق بين هنا ـ الأردن ـ وبين سوريا وبين الجزائر وبين تونس وبين ليبيا والمغرب ثم ارجع إلى الشرق كله، العلة واحدة وهي بعدهم عن الاهتداء بكتاب الله وسنة رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ وعلى ما كان عليه السلف الصالح.
الآن أقول: هذا التجمع ـ أي التجمع اليمني للإصلاح ـ يقيناً لم يقم على أساس الكتاب والسنة أولاً، ثم يقيناً لم يقم على أساس الكتاب والسنة ومنهج السلف….أنا لست يمانياً ولكن هذا الواقع في اليمن
“Sesungguhnya parti-parti di negeri-negeri Islam tidak dibolehkan kerana Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): “Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan Allah itu adalah golongan yang beruntung.” (al-Mujadalah, 58: 22)
Tidaklah ada di sana kecuali satu golongan dan anda dapat memahaminya dari perkataan saya yang lalu sekitar dakwah Islamiah dan kenapa kita menyerukan kepada al-Kitab, as-Sunnah dan manhaj Salaf yang satu (salafussoleh) sehingga umat Islam menjadi satu golongan dan mereka di atas satu manhaj. Oleh kerana itu tidak ada parti dalam Islam dan lebih-lebih lagi Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): “Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (ar-Rum, 30: 31-32)
Dan benar, saya (al-Albani) bukan orang Yaman dan tidak pula datang ke Yaman. Akan tetapi saya mengetahui bahawa penyakit umat Islam di semua negeri Islam adalah satu (sama) iaitu jauhnya mereka (sebagaimana baru saja ku dengari) dari segi metode-metode (kaedah) ilmiah. Bagaimana mereka mengetahui kesalahan dengan kebenaran! Bagaimana mereka mengetahui aqidah yang benar dari aqidah yang batil, iaitu di atas manhaj salafus soleh. Kemudian kebanyakan dari mereka mengerjakan amalan soleh namun mereka tidak mengharapkan wajah Allah Ta’ala sebagaimana aku telah memulai pada perkataan yang kedua. Sekarang ini penyakit yang ada di negeri-negeri Islam adalah satu, tidak ada perbezaan antara di sini (Jordan) dengan Syria, antara Jazirah Arab dan Tunisia dan antara Libiya dengan Maroko, kemudian kembali ke timur semuanya, penyakitnya adalah satu, iaitu jauhnya mereka dari petunjuk Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta apa yang salafus soleh berada di atasnya (berpegang dengannya).
Sekarang saya katakan: Perkumpulan ini (at-Tajammu’ Al-Yamani Lil Islah) yang pertama, saya yakin tidak berdiri di atas asas al-Kitab dan as-Sunnah. Kemudian saya yakin tidak dibina di atas asas al-Kitab dan as-Sunnah serta manhaj Salaf… Saya bukan orang Yaman tapi demikianlah realiti yang terjadi di Yaman.” (Dari Kaset I’lamul Qadhi wad Dani, milik Syeikh Al-Albani)
3. Fatwa al-Allamah Muhammad Sholeh al-‘Utsaimin rahimahullah sebagai anggota Manjlis Kibar Ulama Arab Saudi
Beliau ditanya adakah terdapat dalil dari al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang membolehkan berbilang-bilangnya jama’ah dan ikhwan?
Maka beliau menjawab:
نعم أقول ليس في الكتاب ولا في السنة ما يبيح تعدد الأحزاب والجماعات، بل إن في الكتاب والسنة ما يذم ذلك، قال الله تعالى: (( إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ ))، وقال تعالى: (( كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ )).
ولا شك أن هذه الأحزاب تتنافى ما أمر الله به بل ما حث عليه في قوله: (( وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ )).
وقول بعضهم: إنه لا يمكن للدعوة أن تقوى إلا إذا كانت تحت حزب!؟ نقول هذا ليس صحيحاً بل إن الدعوة تقوى كُلما كان الإنسان منطوياً تحت كتاب الله وسنة رسول الله متبعاً لآثار النبي وخلفائه الراشدين.
“Ya, saya katakan tidak ada di dalam al-Kitab dan as-Sunnah yang membolehkan berbilangnya kelompok-kelompok dan jama’ah-jama’ah, bahkan yang ada di dalam al-Kitab dan Sunnah adalah celaan terhadap hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman (Maksudnya): “Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau (wahai Muhammad) terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Allah akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).” (al-An’am, 6: 159) Dan Allah Ta’ala berfirman (maksudnya): “Tiap-tiap golongan berasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (ar-Ruum, 30: 32)
Dan tidak diragukan lagi bahawa kelompok-kelompok ini menafikan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dengannya bahkan apa yang dianjurkanNya di dalam firmanNya (maksudnya): “Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepadaKu.” (al-Mukminun, 23: 52)
Adapun perkataan sebahagian mereka: Bahawa tidak mungkin dakwah akan menjadi kuat melainkan jika berada di bawah kelompok!? Kita katakan bahawa ini sama sekali tidak benar bahkan dakwah akan semakin kuat setiap kali seseorang semakin bernaung di bawah Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta mengikuti jejak Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan Al-Khulafa` Ar-Rasyidin.” (Dari Kaset Majmu’ah Kalamil Ulama fi Abdurrahman Abdul Khaliq pada side B)
4. Fatwa Muhaddis Negeri Yaman Muqbil bin Hadi Al-Wadi’iy rahimahullah
Beliau ditanya apakah jamaah Ikhwanul Muslimin, Jamaah Tabligh dan Qutubiyyin termasuk Ahli Sunnah Wal Jamaah atau tidak?
Beliau menjawab:
أما جماعة الإخوان والتبليغ والقطبيين فالأولى أن يحكم على مناهجهم، فمناهجهم ليست بمناهج أهل السنة والجماعة أما الأفراد فأنتم تعرفون أن بعض الناس ملبَّسٌ عليه، ويكون سلفياً ويأتونه من باب نصر دين الله ويمشي معهم لا يدري ماهم عليه، فهم خليط، الأفراد خليط لا يستطاع الحكم عليهم بحكم عام لكن المناهج ليست بمناهج أهل السنة والجماعة
“Adapun Jamaah al-Ikhwan (Muslimin), Jamaah Tabligh dan Qutubiyyin. Lebil layak jikalau kita menghakimi manhaj mereka, manhaj mereka bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Adapun secara individu maka kamu telah pun ketahui bahawa ada sebahagian orang tertipu, dan menjadi seorang salafi lalu mereka datang kepadanya dalam rangka menolong agama Allah Ta’ala dan orang itu berjalan bersama mereka sementara dia tidak mengetahui bagaimana keadaan mereka sebenarnya sehingga mereka tercampur, masing-masing individu tercampur sehingga tidak dapat menghukum ke atas mereka dengan hukuman yang umum, akan tetapi manhaj mereka bukanlah manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.” (Dari
Kaset Al-As`ilah As-Sunniyah Li ‘Alamatil Bilad Al-Yamaniyah)
5. Fatwa al-Allamah Syaikh Sholeh bin Fauzan al-Fauzan hafizahullah, sebagai anggota Majlis Kibar Ulama Saudi
Beliau berkata:
فقد حاول أعداء هذه الدعوة أن يقضوا عليها بالقوة فلم ينجحوا، وحاولوا أن يقاوموها بالتشكيك والتخليل والشبهات ووصفها بالأوصاف المنفرة فما زادها إلا تألقاً ووضوحاً وقبولاً وإقبالاً. ومن آخر ذلك ما نعايشه الآن من وفود أفكار غريبة مشبوهة إلى بلادنا باسم الدعوة على أيدي جماعات تتسمى بأسماء مختلفة مثل الإخوان المسلمين، وجماعة التبليغ وجماعة كذا، وكذا، وهدفها واحد وهو أن تزيح دعوة التوحيد وتحل محلها
“Musuh-musuh dakwah ini berusaha untuk menghabiskan dengan sekuat tenaga, namun mereka tidak berjaya, dan mereka berusaha untuk melawannya dengan menanamkan keraguan, merenggangkan persatuan, melemparkan syubhat dan mensifati dakwah ini dengan sifat-sifat yang membuatkan manusia lari darinya, sehingga tidak bertambah (usaha demikian) kecuali kecerahan, kejelasan dan penerimaan (terhadap dakwah ini). Dan akhir dari yang demikian itu adalah apa yang kami jalaninya sekarang ini dari datangnya pemikiran-pemikiran asing dan penuh syubhat ke negeri kita dengan mengatasnamakan dakwah di atas jama’ah-jama’ah yang menamakan dirinya dengan nama-nama yang berbeza-beza seperti Ikhwanul Muslimin, Jama’ah Tabligh, Jama’ah ini dan itu. Tujuan mereka adalah satu iaitu untuk menyingkirkan dakwah tauhid dan menukar tempatnya (menggantikannya dengan yang lain).” (
Muqaddimah Kitab Haqiqatu Ad-Da’wah Ilallah, m/s. 3-4)
Sumber: Risalatun Akhawiyah, Limaza Taraktu Da’wah Al-Ikhwan Al-Muslimin Wattaba’tu Al-Manhaj As-Salaf, Faishol bin Abduh Qa`id Al-Hasyidi, hal 26-28. Download kitab tersebut dari:
sahab.net
5 Comments
Fatwa yang merapu.
IKhwan meraikan khilaf dalam masalah fiqh dan menggunakan manhaj salafi dalam akidah.
kalau dah taksub..beginila jadinya..Ulama sunnah dikatanya merapu..
Cemanalah orang boleh taksub dengan Ikhwanul Muslimin? Apa yang menarik dengan mereka? Lagi merapu banyak laaa…
Eloklah ditinggalkan Ikhwanul Muslimin dengar kadar yang segera. Kalau tak camni la jadinya. Sapa Ulama' yang perlu diikuti pun tak jelas malah dikatakan merapu plak tu! Mendukacitakan btol!
Aku pun bukan bagus sangat bab agama ni, tapi sekurang-kurangnya aku rasa aku boleh beza lagi mana satu betul mana satu yang gelong.
Salam,
Ayatnya terlalu ilmiah.
Boleh tak jelaskan secara santai bagaimana boleh dikatakan manhaj ikhwanul muslimin yang diasaskan Hassan al-Banna itu bertentangan dengan ahlus sunnah wal jamaah?
Dibawahnya ialah KRIM dan saya pernah sertai, ok je..
Jelasnya org yang mengeluarkan fatwa ini sebenarnya jahil tentang Ikhwanul Muslimin.