089 – Pertikaian Kalimah al-Jihah (arah) Dalam Persoalan al-Asma’ wa as-Sifat Allah

Pertikaian Kalimah al-Jihah (arah) Dalam Persoalan al-Asma’ wa as-Sifat Allah (الجهة)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Ibnu Taimiyah rahimahullah menjelaskan di dalam kitab-Nya, at-Tadmuriyyah, m/s. 45: “… Sebagaimana yang diketahui, tidak ada nash yang menetapkan atau menafikan kata jihah (arah) seperti yang ada pada penetapan sifat tinggi, beristiwa’ (bersemayam), di atas, naik ke atas dan selainnya. Kemudian, sebagaimana yang diketahui, sesuatu yang ada hanya ada dua macam: Sang Pencipta dan yang diciptakan (makhluk). Sang Pencipta tentunya berbeza dengan makhluk. Ertinya, tidak ada sedikit pun dari dzat-Nya yang terdapat dalam diri makhluk-Nya. Demikian pula sebaliknya.

Katakan kepada orang-orang yang menafikannya, “Adakah yang anda maksudkan dengan “arah” adalah sesuatu yang ada dan diciptakan? Jika memang demikian, maka Allah tidak termasuk yang diciptakan. Atau, yang engkau maksudkan dengan “arah” adalah apa yang ada di sebalik alam. Padahal tidak diragukan lagi bahawa Allah di atas alam.”

Begitu pula, katakan kepada orang yang mengatakan bahawa Allah berada dalam “arah”, “Adakah yang anda maksudkan adalah Allah berada di atas alam atau yang Anda maksudkan adalah Allah berada dalam diri setiap makhluk. Jika kemungkinan pertama yang anda maksudkan, maka hal tersebut adalah yang benar. Sedangkan jika kemungkinan kedua yang anda maksudkan, maka hal tersebut tidak benar.

Dari sini, jelaslah bahawa kata (jihah) tidak terdapat dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, oleh kerananya tidak seharusnya ditetapkan atau ditiadakan. Sebab, dalam penetapan dan peniadaan tersebut terdapat bahaya seperti yang disebutkan sebelum ini. Jika saja dalam penetapan sifat tersebut tidak menimbulkan ruang bagi para penentang untuk menisbatkannya kepada sifat “al-‘Uluw”, mungkin hal tersebut dapat dipertimbangkan (ditolak ansur).

Begitu juga, tidak selayaknya meniadakan (jihah) dengan dasar bahawa penetapan sifat tinggi (al-‘Uluw) bagi Allah pasti berimplikasi kepada penetapan arah bagi Allah. Sebab, dalam kepastian di sini, terdapat banyak bahaya menetapkan sifat tinggi bagi Allah. Selain itu, bahaya yang timbul adalah dinafikannya orang-orang beriman memandang Allah pada hari Kiamat. Termasuk yang secara tegas menafikan hal tersebut adalah golongan Muktazilah dan Syi’ah. Seorang tokoh (Syi’ah) bernama Ibnul Muthahhir asy-Syi’i dalam kitab Manahij memberikan argumen terhadap penafian tersebut. Dia berkata, “… kerana Dia tidak dalam arah”. …

…. Ringkasnya, “arah” adalah suatu perkara yang konkrit selain Allah, atau makhluk. Sedangkan Allah di atas makhluk-Nya tidak dibatasi atau dilingkupi oleh suatu apa pun dari makhluk-Nya, sebab Dia berbeza dari makhluk-makhluk-Nya. Jika yang dimaksudkan dengan “arah” adalah suatu perkara yang abstrak dan berada di atas alam, maka ketahuilah hanya Allah yang ada di sana.

Makna terakhir inilah yang dimaksudkan oleh pernyataan orang-orang yang menetapkan sifat Tinggi, dan orang-orang yang menukil (mengutip) dari ulama salaf tentang penetapan “arah” bagi Allah, sebagaimana dalam kutipan Imam al-Qurthubi dari para ulama salaf.

Ibnu Rusyd alam kitabnya al-Kasyfu Manaahil Adillah menyatakan pendapatnya tentang “arah”, “Ada pun tentang sifat ini, ahli syari’ah sejak semula telah menetapkannya bagi Allah, sehingga dinafikan oleh golongan Muktazilah. Kemudian, penafian tersebut diikuti pul oleh golongan terkini dari Asy’ariyyah, seperti Abul Ma’ali dan orang-orang yang mengikutinya. Padahal secara zahir, semua dalil-dalil syar’i mengindikasikan (menunjukkan) penetapan “arah”, seperti firman Allah… (Kemudian beliau menuturkan beberapa ayat-ayat yang terkenal). Lalu melanjutkan, …” hingga ayat-ayat lain yang jika ditakwilkan, maka seluruh syari’at akan mengalami penakwilan. Begitu pula jika dikatakan bahawa ayat-ayat tersebut dinyatakan sebagai ayat-ayat mutasyabihat (yang mengandung lebih dari satu makna), maka seluruh syari’at akan menjadi mutasyabihat (mengandungi lebih dari satu makna). Ini adalah kerana semuanya sepakat menyatakan bahawa Allah di langit, dan dari langit itu malaikat turun membawa wahyu untuk disampaikan kepada pra nabi…””

Penjelasan ini dipetik dari:

Syaik al-Albani, Mukhtashar al-‘Uluw li ‘Aliyyil Ghaffar, m/s. 71-70.